VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2015

Review - Fantastic Four

Assalamualaikum




Nak cerita pasal filem terbaru - Fantastic Four. Filem ni bukan sambungan kepada filem Fantastic 4 yang dulu tu, tetapi adalah sebuah filem yang dibuat semula tetapi menceritakan sejarah awal kenapa dorang ni boleh dapat kuasa-kuasa pelik tu dan macam mana dorang dapat nama. Jangan bandingkan dengan filem sebelum ni sebab memang ada sedikit persamaan tetapi jalan cerita dan cara penceritaan tak semua sama. Filem sebelum ni mula-mula cerita terus dah kenal satu sama lain. Tapi yang terbaru ni bermula dari budak, sampailah kepada kuasa yang dorang dapat. 

Serius 40 minit pertama sangatlah membosankan sampai aku rasa nak keluar panggung. Tapi member pujuk suruh sabar. Lepas tu semakin menarik dengan aksi dan jalan cerita. Cuma tak suka watak perempuan tu, lakonan Kate Mara sebagai Sue Storm. Macam kaku sangat dan takda perasaan bila berlakon. Dah kena tembak pun muka macam "oh, kena tembak eh" camtulah. Hahaha. Yang lain pulak berlakon ok, bagus tapi macam takda chemistry antara satu sama lain. Seolah-olah, kau berlakon filem tu, aku berlakon filem ni. Kikikiki aku cuma suka jalan cerita dan cara dia olah filem ni. Samalah macam filem Spiderman, Cinderella, dan pelbagai lagi filem yang dibuat semula tetapi lain dari filem sebelumnya. Aku lebih suka cerita macam tu dari mula-mula je filem terus tonggeng-tonggeng berlawan. Kikikiki

Apa pun, 3.5 bintang. Tu je,,




p/s: dapatkan simkad Onexox Prepaid dengan harga cuma RM10 sekeping. Internet Laju, SMS Murah, Call Jimat. Hubungi 013 - 282 5823. Untuk penerangan percuma, whtsapp je...

Khamis, 13 Jun 2013

Drama The Good Old Days

Aku teringat drama ni masa kecil. Pukul 6 petang je dah terpacak depan tv. Budak lain sibuk main kat luar, aku jadi anak dara tengok drama ni. Aku rindukan lagu tema dia. Ada sesiapa boleh bagi link? heheh

Layan...

Isnin, 9 Mei 2011

Review Filem-Filem Seram (setakat Mei 2011)

- Senjakala -



Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.

Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Apakah yang berlaku seterusnya?


Komen aku: Aku pun tak tahu apa yang hendak disampaikan oleh pengarah filem ni kepada penonton. Banyak sangat cacatnya. Terkejut jugak aku Ahmad Idham boleh buat filem teruk camni! Filem ni agak merepek jalan ceritanya. Walaupun ia adalah filem seram dan harus dianggap tahyul tetapi pengarah tidak seharusnya mengabaikan kelogikan jalan ceritanya. Sebagai contoh, eh jap-jap. Contoh tu banyak sangat. Korang tengoklah sendiri. Malas nak terangkan.


Korang ada saka tak? Huhuhu


- Penunggu Istana -



Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.


Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Komen aku: Sesuatu yang baru dan belum lagi filem Malaysia buat camni. Kalau nak ikutkan, filem ni memang seram walaupun kita tak nampak apa yang kita seramkan tu. Perasaan berdebar-debar sepanjang menonton filem ni tak pernah berhenti. Kita nak tahu apa yang jadi seterusnya. Tetapi yang menjadi masalah dia adalah, semua itu hanya lakonan tidak seperti yang Uncle Seekers uar-uarkan dalam blog beliau. Mula-mula kita nampak seperti real tetapi bila nak habis filem ni, semakin ketara ketidak logikan dan nampak sangat lakonan. Ada pulak kru filem ternampakkan kepala (bayang-bayang kot) kat kamera. Pastu, dah tahu kawan hilang, pergilah keluar mintak bantuan bukan meraung-raung dalam tu. Betul tak?


So, janganlah menipu penonton dengan mengatakan rakaman sebenar. Siap guna nama polis lagi tu. Kalau cakap perkara sebenar pun penonton masih akan jenguk jika memang filem itu berkualiti. Tapi memang sungguh mendebarkan. Takda pun nampak hantu tapi feeling-feeling nampak hantu tu yang buat takut. Hahaha. Watak Amar tidak mati ye seperti dalam filem ni sebab aku baru je add Faceboook dia dan chat dengan dia. Muahahaha!





- Momok Jangan Panggil Aku -



Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku. Apakah yang cuba disampaikan oleh filem ni?

Komen aku: 3-4 cerita hantu digabungkan dalam sebuah filem memang menjadi tren sejak kebelakangan ni. Bagi aku cerita ni agak best sebab cara hantu-hantu tu keluar mengejutkan penonton agak memeranjatkan. Ada jugak penonton (perempuan opkos) menjerit histeria - tipu je - apabila hantu muncul. Takda hantu pun dia jerit gak. nampak gedik. Muahahah. Kostum dan make-up memang bagus. Jalan cerita je yang aku rasa agak pelik. Kejap pelakon ni nampak penakut kejap nampak berani sangat. Tapi lebih kepada santai seolah-olah hantu ni dah biasa jumpa.


Uncle Seekers pun ada gak berlakon dalam filem ni dan lakonan beliau aku rasa memang menaikkan mood penonton berbanding lakonan M. Jamil yang nampak poyo. Baru aku tahu polong dan penanggal tu sama jenis... (ngarut) Lawak-lawak yang diselitkan memang menjadi. Tahniah.


- Seru -



Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.

Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak..... (proses pemujaan)


Komen aku: Sungguh kreatif. Tahniah kepada kedua-dua pengarah filem ni kerana berjaya membuatkan aku keluar wayang tanpa mencarut-carut tak paham jalan cerita. Mula-mula memang dah seram. Ingatkan cerita hantu dah terus mula. Rupa-rupanya itu hanya lakonan sebab cerita sebenar adalah membabitkan kru filem itu sendiri. Nora Danish memang hot mama. Hahahah keluar tajuk pulak.


Kita bukan disajikan dengan hantu tetapi manusia yang dirasuk hantu (syaitan). Betul-betul boleh membuatkan orang yang lemah semangat terkincit atau terberry dengan lancar.. Lakonan Nisha Dirr (betul ke eja) memang superb sebab pandai buat mimik muka kena rasuk. Tetapi... tetap ada tetapinya... Hahahaha kamera sepatutnya fokus kepada belakang pelakon (seolah-olah dari mata penonton - apa aku cakap ni?) sebab sepanjang filem ni, kamera menggunakan teknik apa ntah nama dia dan yang aku paham, dorang pegang kamera ni. Jadi, visual nampak hidup dan tidak statik. Apa yang jadi dalam filem ni, kamera seolah-olah mendahului pelakon apabila time berjalan, berlari dan macam-macam lagi. Ada ke kalau korang dalam keadaan cemas dan takut, pastu kena pulak ambik gambar orang (kru filem), korang ambik dalam keadaan berundur atau menyenget? Mesti amik dari belakang orang tu sebab korang pun nak tahu apa yang berlaku kat depan orang tu kan? Tengah berundur nak ambik gambar orang, kang tak pasal-pasal korang pulak yang kena bunuh. Tu ikut logik la..


Pelakon semua mati (kot la). Apa jadi dengan video tu? Harap-harap ada sambungan atau sekuel.






- Dilarang Masuk -




Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh, kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.

Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia, rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ? Sama-sama la kita nantikan cerita ini di pawagam..





Komen aku: Aku tak paham sangat cerita ni. Yang aku tahu bukan cerita hantu. Tetapi kisah pembunuhan kejam. Yang seram adalah bagaimana perasaan kita untuk selamatkan diri apabila dikejar pembunh yang kita tak nampak. Memang mendebarkan. Yang last, aku memang tak paham sebab pelakon + pelakon pembantu macam Mr. Bean perangai. Cakap ntah pape pastu berlagak seolah-olah tengah bersajak atau berpuisi.


Lebih kepada pemerdagangan manusia kot. Tapi memang tak paham. Aku pun tak tahu apa yang aku takutkan sangat. Hahahaha. ada jugak yang tak logik. Beselah filem. Tapi korang kena ingat apabila filem ni jenis yang serius, kelogikan (betul ke bahasa den ni?) perlu diambil berat. Kalau filem Naurto, Cicak Man atau fiksyen aku maafkan. Ok?



p/s: Aku taknak bagi bintang. Malas nak ambik kalkulator.








Layan.......

Sabtu, 15 Januari 2011

Filem Kembali! (Melayu)

Haq The Movie :-


Filem Haq menceritakan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Sambungan..

Komen:
Terlau boring. Jalan cerita yang tiada arah tujuan. Lebih kepada aksi yang tak jadi. Kenapa mesti pertaruhkan pelakon yang hebat-hebat kalau jalan cerita tidak hebat? Seolah-olah filem eksperimen. Seperti ada yang tidak kena pada filem ni. Adi Putra tidak perlu tayang badan untuk promosi filem sebab kalau cerita bagus, pakai plastik tutup muka pun orang akan tengok. Aksi yang menggunakan CGI percubaan yang bagus tetapi pelakon agak malas dan kaku. Pelakon tambahan pun tangkap muat. Pelakon yang lebih senior lagi menghampakan aku. Hish! Macam tengok Dragon Ball jer.. Ada kawan bisk kat telinga aku, HAQtuihhh!!! Jangan marah, 2 bintang sahaja.

Ngangkung:-


‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Sambungan..

Komen:

Jalan cerita agak perlahan. Watak Tasnim agak over. Lakonan Sam pun nampak macam bodoh-bodoh. Beliau boleh buat lagi bagus dari tu. Lawak selamba memang menjadi tapi jalan cerita yang agak perlahan. Adegan seram agak menjadi. Cerita ni memang santai+lawak. Sesuai untuk semua. Banyak cakap pun tak guna sebab penonton macam aku akan cepat bosan. Aku bagi 3.5 bintang... .

p/s: Aku berdua je dengan kawan aku tengok filem ni. First time masuk panggung filem tak play lagi. Hahaha. Terpaksa panggil pekerja minta play filem. Ala beselah, dorang ingat takda orang nak tengok.

p/s: Tahniah. Kutipan cecah 8.4 juta. Malaysian Bokk of Records!


Aku Masih Dara:-


Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Sambungan..

Komen:

Mesej yang cuba hendak disampaikan memang bagus tapi cara cerita yang diolah agak kurang menjadi. Watak-watak dilihat tidak begitu serius dalam tugas menyampaiakan dakwah atau peranan masing-masing. Cuma seorang dua sahaja yang boleh dipuji. Ada adegan yang betul-betul tidak logik dan amat meloyakan penonton. Seolah-olah maksiat tu harus dibanggakan. Ada juga adegan buruk yang sengaja diulang-ulang konon tujuan hendak mendidik masyarakat tapi hal sebenar hanya mahu mengkormesialkan maksiat. Jalan cerita yang perlahan dan membosankan. Tapi ada juga adegan yang harus dipuji. Bukan semua buruk. Klimaks filem banyak sangat. Ingat dah habis tapi ada sambungan lagi...3 Bintang!


Hantu Kak Limah Balik Rumah:-


Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Sambungan..

Komen:

Lawak seram yang dibuat memang menjadi. Tetapi macam bisalah, kita tak boleh aspek semua benda perlu gempak. Jalan cerita? Rasa-rasa lebih kepada komedi dan seram. Ada mesej yang nak disampaikan tetapi sudah terlambat. Hehehe.. Dah last-last baru tau tujuannya.. Props pun banyak salah gak.. Tapi takpa, cerita lawak memang camtu... 3.5 bintang!


Khurafat:-


Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan.

Sambungan..

Komen:

Sebuah lagi filem seram yang pada aku patut dibuat dengan serius untuk mendidik masyarakat. Bukan seram sahaja yang patut menjadi keutamaan pengarah. Kalau kesan khas dan seram, memang SUPERB! Tapi aku tak tahu cerita atau mesej apa yang nak disampaikan oleh pengarah sebenanya. Walaupun cerita seram ni seolah-olah tengok filem KL Menjerit, Bohisa etc, masih ada juga pengajaran yang boleh diambil. Khurafat membawa kepada Khufur@murtad seorang Islam. Ada sedikit kelainan yang cuba dibawa. Harap-harap lepas ni usaha lagi. Pelakon: mimik muka yang tak jadi macam syamsul yusuf. Muka orang takut tak macam muka tu. Tu muka macam kena asma. Belajar lagi buat mimik muka (ceh macam gempak je aku). Last, walau apa juga alasan, jalan cerita perlulah LOGIK. 3.5 bintang!



"Segala komen di atas adalah komen peribadi aku sahaja. Aku bukanlah dari kalangan penggiat filem. Tapi aku adalah seorang pencinta filem melayu. Kalau tak setuju itu adalah hak korang. Aku hanya sampaikan apa yang aku lihat.. Sekian Terima Kasih.."



Layan.....

Sabtu, 22 Mei 2010

Robin Hood 2010


Review:

4 bintang. Tidaklah gempak sangat tapi masih boleh dikatakan hebat dengan adegan perang. Macam betul-betul berlaku. Cuma, ada sedikit fakta yang agak melencong dari fakta sebenar. Cerita ni juga adalah kisah sebelum Robin menjadi Robin Hood. Keliru? Tengok sendiri.

Sinopsis:

(click here)

Oscar winner Russell Crowe stars as the legendary figure known by generations as Robin Hood, whose exploits have endured in popular mythology and ignited the imagination of those who share his spirit of adventure and righteousness. In 13th century England, Robin and his band of marauders confront corruption in a local village and lead an uprising against the crown that will forever alter the balance of world power. And whether thief or hero, one man from humble beginnings will become an eternal symbol of freedom for his people. Robin Hood chronicles the life of an expert archer, previously interested only in self-preservation, from his service in King Richards army against the French. Upon Richards death, Robin travels to Nottingham, a town suffering from the corruption of a despotic sheriff and crippling taxation, where he falls for the spirited widow Lady Marian (Oscar winner Cate Blanchett), a woman skeptical of the identity and motivations of this crusader from the forest. Hoping to earn the hand of Maid Marian and salvage the village, Robin assembles a gang whose lethal mercenary skills are matched only by its appetite for life. Together, they begin preying on the indulgent upper class to correct injustices under the sheriff. With their country weakened from decades of war, embattled from the ineffective rule of the new king and vulnerable to insurgencies from within and threats from afar, Robin and his men heed a call to ever greater adventure. This unlikeliest of heroes and his allies set off to protect their country from slipping into bloody civil war and return glory to England once more.


Layan....

Sabtu, 24 April 2010

Semerah Cinta Stilleto


Tadi baru tengok filem ni.. Not bad.. 3 bintang.

Sinopsis: (Sumber)

Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.

Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).

Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.

Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.

Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.

Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.

Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.


Layan....

Review Filem April

Bulan ni dah dekat 6 filem aku tengok (tak ingat semua nama filem, sorry). Memang sedikit terlambat. Tapi semua filem-filem ni belum cukup untuk memuaskan hati aku. Filem terakhir yang betul-betul buat hati aku terhibur adalah filem Adnan Sempit (Bulan Mac). Itu pun tiga kali je aku tengok kat wayang. Lagi 21 kali adalah melalui DVD original yang dimainkan oleh DVD mahal keluaran Sony (warna hitam bebeh!). Kalau betul-betul best, aku tengok tiap-tiap hari. kat pawagam. Boleh?

Thank You Aeon Jusco Bukit Tinggi, Klang sebab terletak di sebelah rumah aku, dekat sikit je dengan opis. Tiap-tiap minggu mengadap skrin TGV kat kaunter bayaran sebab memang habit aku.

Antara filem-filem yang aku sempat tengok (sempat?):


ALICE IN WONDERLAND
(3.5 bintang - menghiburkan tetapi belum cukup untuk dikategorikan sebagai filem fantasi sebab kita boleh jangka babak seterusnya dan tak banyak benda pelik. cukup sesuai untuk kanak-kanak dan adik-adik. Anne Hathaway plak terlalu gedik untuk menjadi seorang permaisuri yang memerintah sebuah kerajaan. but she still hot! Hehehe... The Red Queen lebih memberi kesan kepada penonton.)





CLASH OF THE TITANS
(3.5 bintang - CGI yang gempak, tetapi jalan cerita yang agak merepek, dan tidak serius. kalau yang dah tengok Percy Jacson and the Olympians - the Lightning Thief, mesti perasan jalan cerita ni lebih kurang sama. penuh dengan sinikal dan lawak terpendam, sebab tu boleh dikatakan filem yang tidak serius)





JUST ANOTHER PANDORA'S BOX
(1 bintang - tak tau motif filem ni di buat. Tau-tau je dah habis. Boleh mengakibatkan tahap nak mencarut dalam pawagam yang tinggi)





IT'S COMPLICATED
(2 bintang - sungguh menggelikan sebab cerita orang tua yang bercerai dan curang kepada pasangan masing-masing tetapi dianggap perkara yang mulia. masih ada pengajaran cuma dah terlambat)





Ni filem terbaru yang aku shorkan. Ada sedih, lawak, gembira, terasa bodoh dan macam-macam.

KICK-ASS!
(4 bintang)

Sinopsis:

Dave Lizewski is an unnoticed high school student and comic book fan with a few friends and who lives alone with his father. His life is not very difficult and his personal trials not that overwhelming. However, one day he makes the simple decision to become a super-hero even though he has no powers or training.


p/s: Nak gi Alamanda tengok filem baru. Ada cadangan?


Layan...









Khamis, 29 Oktober 2009

Film review: This Is It by Michael Jackson..

Yup, aku baru selesai menonton filem This Is It. Tapi bagi aku ia lebih layak digelar dokumentari berkaitan Raja Pop itu. Filem ini berdurasi lebih kurang 90 minit.

Memang agak boring apabila segala aktiviti latihan yang diadakan sempena konsert This Is It (Julai 2009, London) telah dirakamkan dan dijadikan filem dokumentari khas. Sebab apa boring? Sebab aku mengharapkan sebuah filem biografi Michael Jakcson dan bukan apa yang dia buat untuk konsert di London itu.

Tetapi, aku bagi 3 bintang untuk dokumentari seperti ini sebab berjaya membuat aku tersentuh (serius aku touching!). Dan 4 bintang untuk lagu-lagu apabila 80% lagu-lagu yang bakal beliau nyanyikan di konsert adalah lagu yang aku minat dari kecil sampai sekarang. Best dengar lagu-lagu yang diberi nafas baru seperti lagu-lagu dari album Thriller. Lagu baru beliau, This Is It memang meremang dengar! Try download..

p/s: aie, syak dan sharol memang tak sesuai tengok cerita ni sebab korang suka tengok cerita lain.. Muahaahah!!



Layan...

Ahad, 24 Mei 2009

Filem minggu ini!


PUSH
Sinopsis:
Push mengisahkan tentang manusia yang mempunyai kelebihan tertentu seperti membaca pemikiran orang lain, menggerakkan barang tanpa sentuh, mengetahui tentang masa depan dan sebagainya. Dalam filem ni, Nick (Chris Evans) membawa diri ke Hong Kong selepas di buru oleh pemburu Manusia Pelik (hahaha) bernama Tak Tahu. Tak Tahu ni akan membunuh sesiapa sahaja yang ada kuasa pelik-pelik termasuk bapa Nick sendiri yang dibunuh ketika Nick masih kecil. Selepas tu datang pulak Budak Perempuan (Dakota Fanning - betul eja?) untuk membantu Nick dalam usaha menyelamatkan diri.

Komen:
Aku bagi 2 bintang jer... Amik ko! Sampai sudah aku tak faham cerita ni! Agak mengelirukan dan Chris Evans betul-betul jadi budak bodoh dalam fiilem ni. Memang berbeza masa dia berlakon dalam filem Fantastic Four. Ending macam tergantung tetapi mungkin ada sambungan. Yang boleh dibanggakan hanya Dakota Si Comel tu je. Lakonan bersahaja. Tetapi serius, aku bagi filem ni 2 BINTANG. Preview kat dalam tv tu korang jangan percaya! Sikit je babak baling-baling orang yang lain tu baling bola sendiri! (ops!) Yang lain tu lebih kepada bercakap dan main kejar-kejar!
 
 ANGLES and DEMONS
Sinopsis:
Berdasarkan novel terkenal, Angles and Demons karya Dan Brown, filem ini mengisahkan pertubuhan sulit bernama Illuminati yang berpendapat semua manusia perlu berada di bawah seorang pemimpin. Pertubuhan sulit ini memang betul-betul wujud dan cuba dibongkar oleh Dan Brown dalam novelnya dan dijadikan filem oleh Hollywood. Bermula dengan kamatian Pope (ketua paderi dan orang kristian di dunia), paderi-paderi di Vatican City telah bermesyuarat untuk memilih Pope yang baru. Tapi pada masa yang sama, empat paderi besar telah di culik oleh Ahli Pertubuhan Illuminati untuk menggertak Vatican City. Seorang demi seorang paderi besar dibunuh. Siapa sebenarnya Illuminati? Siapa yang seterusnya mampus? Dapatkah Professor Langdon (Tom Hanks) Menyelesaikan kes ni?
Komen:
4 bintang! Memang best dan mencabar pemikiran kita untuk memahami setiap plot. Kalau tertinggal satu plot, plot yang berikut akan terangkan balik. Memang unik cerita ni. Lebih kurang macam cerita National Treasure dan The Da Vinci Code. Cuma cerita ni lebih kepada cerita sebenar apa yang berlaku dalam agama Kristian selama ni. Dorang cuba tunjukkan yang agama Krisitian ni memang banyak masalah dan penuh dengan poltik.
Beuk gak perangan paderi-paderi ni. Ada satu babak tu, memang sah-sah kutuk Kristian! Pihak gereja yang penuh penipuan dan macam-macam lagi masalah dalaman.
Fakta best:
  1. Untuk perhatian, interpretasi beliau adalah jauh berbeza dengan Islam, jadi untuk menonton cerita ini, diharapkan kita juga mendapat ulasan dan pandangan dari sudut Islam untuk memastikan fikiran tidak terpesong.
  2. Kebanyakan gereja yang sudah “terkantoi” penipuan mereka oleh Dan Brown dalam novel The Da Vinci Code dan Angels & Demons telah mengambil tindakan menghalang produksi Angels & Demons daripada menjalankan penggambaran di kawasan mereka. Hasilnya, krew produksi terpaksa menyediakan sendiri set untuk disamakan dengan satu-satu tempat yang menghalang mereka melakukan penggambaran.
  3. Transkrip asala Bible (Injil) memang disimpan oleh pihak gereja di Vatican City. Terdapat bilik kebal bom dan peluru untuk menyimpan transkrip asal mana-mana penerbitan.
  4. Gereja Vatican anti Bahasa Inggeris dan pernah mengharamkan bahasa itu.
  5. Kebanyakan patung-patung di sana dibuat mengikut tema-tema tertentu dan mungkin ada maksud lain seperti penunjuk arah.
  6. Paderi pun perangai macam setan. Muahahaha!!! Tak caya tengok sendiri!


So, Layan je lah...

Ahad, 3 Mei 2009

Lagi lagi filem!



X-Men Origins - Wolverine

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang sejarah awal Wolverine, sang manusia Serigala Dua puluh tahun sebelum bergabung dengan kumpulan X-Men. James Howlett atau yang lebih dikenal sebagai Logan adalah seorang tentera. Akibat salah faham, Logan meninggalkan kumpulan tentera elit ini dan bekerja sebagai penebang pokok (bodoh jer kerja selepas pencen)

Selepas mendapat tahu isterinya di bunuh oleh Victor, dia terus menanam hasrat untuk membalas dendam. Ketika inilah dia disuntik logam admantium oleh sape ntah nama dia untuk bertukar menjadi serigala logam bertujuan membalas dendam ke atas pembunuh isteri dia. Apa kesudahannya?

Komen:

Keseluruhan filem memang gempak! Aku bagi 4 bintang sebab tiada tanda-tanda aku akan boring dari mula filem sampai akhir. Terlalu banyak aksi sampai aku tahan nak pergi tandas, takut terlepas babak-babk penting. Untuk yang baru bercadang nak pergi menonton filem ni, anda perlu menyediakan mental dan fizikal anda untuk filem ini dan jangan mengelamun sebab setiap plot adalah penting! Kalau tak faham, tengok sekali lagi, muahahahaha!!!

Tapi takkan nak puji je kot? Bagi aku watak isteri Wolverine agak kaku dan macam takda perasaan langsung. Mungkin ikut arahan pengarah kot. Yang lain ok jer.. Filem ini terlalu kurang adegan berahi atau lebih tepat seks dan sebab itulah ia memang sesuai ditonton oleh semua peringkat umur. Jangan risau nak tengok dengan parents atau adik-adik korang..







Layan...

Selasa, 28 April 2009

Filem filem filem filem!!!

Semalam, Isnin 27 April 2009 aku tibai dua filem seram, Hollywood dan Thailand. Semua bertempat di Berjaya Times Square, KL. Coming Soon dan The Uninvited. Huhuhuhu!! Tengok sorang-sorang ok!




Coming Soon

Sinopsis

Mengisahkan Shane, seorang pekerja di pawagam dan bekas aweknya, Som seorang guard pawagam. Cerita seram mereka bermula apabila filem baru yang akan ditayangkan, Roh Pendendam mencari mangsa mereka melalui penonton filem. Selepas rakan baik mereka, Yod yang menonton filem ni hilang, mereka cuba menyiasat. Roh jahat dalam filem ni asyik menggangu Shane sebab dia adalah penonton kedua yang menonton. Bagi Shane, kehilangan Yod memang ada kaitan dengan filem seram ni dan untuk mengelakkan lebih ramai yang terkorban, Shane perlu segera mencari sebab kenapa filem ni sangat menagih mangsa sebelum filem ini akan ditayangkan kepada umum. Berjayakah mereka?

Komen

Bagi aku, filem ni memang agak berlainan dengan filem seram yang lain. Menggunakan pawagam atau filem sebagai jalan cerita memang mengagumkan. Tahap keseraman dan suspen memang bagus. Tapi, takkan aku nak puji je kot? Hahahaha.. Filem ni macam ada sesuatu yang tak kena. Kalau seram dah bagus, tapi jalan cerita yang kabur akan tetap mencacatkan filem ni. Seolah-olah, ia sekadar filem seram sahaja tetapi jalan cerita, moral dan lain-lain, diabaikan. Pengakhiran yang tergantung memang buat aku bertambah geram. Mungkin ada sambungan. Kalau nak harap teknik penceritaan, memang GAGAL. Takda cerita pun filem ni. Keseluruhan 3 bintang! Yang penting 18PL. Hahahaha







The Uninvited

Sinopsis

Selepas kematian ibu Anna, dia mengalami trauma yang teruk sehingga dimasukkan ke wad. Selepas 10 bulan, dia balik semula ke rumah. Tetapi dia tengok bapak dia ada awek baru. Seorang jururawat yang merawat mak dia. Bagi dia, kematian mak dia ada kaitan dengan jururawat tu. Anna bersama Alex, (kakak) cuba menyiasat siapa jururawat yang berjaya bertakhta di hati bapak dia tu walaupun bapak dia taknak percaya cerita mereka. Bagi mereka, jururawat tu memang bersalah. Seorang demi seorang mati. Siapa pulak yang seterusnya?

Komen

Filem seram psiko yang berjaya membuatkan aku menteraburkan popcorn aku! Hahahaha bukanlah seram sangat tapi tahap suspen tu yang mengejutkan aku! Jalan cerita yang baik, diolah begitu perlahan supaya kita mudah untuk faham dan teka. Jalan cerita seperti filem Water Spirit yang memainkan sentimen kekeluargaan dan pencarian kebenaran oleh seorang anak yang taat.

Pada permulaan cerita memang korang akan rasa macam, "kalau cerita macam ni baik takyah tengok, senang sangat nak tahu kisah cerita!". Tapi selepas tengok," owh... Ingatkan macam tu.." Hahahah...

Tapi takkan aku nak puji je kot? Hahahah... Pelakon yang memainkan watak Anna ni macam tak pandai berlakon. Feel kepada lakonan agak dibuat-buat. Lagi-lagi time dia menangis. Macam orang nak berak! Aku suka dia sebab comel jer... Hahahaha... Kakak dia Alex pulak, macam pelakon lucah. Gatal semacam. Sepatutnya pelakon lain seperti pakwe Anna tu tak payah ada pun takpa sebab banyak pelakon akan menyebabkan sesebuah filem akan nampak sarat!

Keseluruhan dari segi jalan cerita, suspen, moral, dan sedikit pengetahuan am yang korang dapat, aku bagi 4 bintang! Sebab yang penting, 18PL!! Amaran: Cerita ni agak melucahkan! Hahahahaha....!!






Layan......

Ahad, 12 April 2009

Review Filem!

Jangan Tegur

Sinopsis

Natasya mengalami kemalangan dan koma selama beberapa minggu. Selepas sedar dari koma, Natasya mempunyai kelebihan untuk melihat alam ghaib dan pada masa yang sama, Baizura selalu muncul dalam mimpi Natasya. Setiap masa Baizura mengganggu Natasya. Apakah sebabnya Baizura selalu muncul dalam hidup Natasya? Apa yang Baizura mahu dari Natasya?

Komen:

Filem ni agak memuaskan aku. Jalan cerita digarap dengan baik cuma ia terlalu mudah . Dari segi jalan cerita, aku bagi 3 bintang sebab plot dia terlalu mudah untuk difahami dan ada beberapa plot yang kita dah boleh agak apa yang akan terjadi. Kalau tahap suspense dan seram, aku bagi 4 bintang sebab memang agak seram dan mendebarkan. Sistem audio memang tak dapat disangkal lagi. Mungkin penangan dari Digital Dolby kot. Filem ni membuatkan kita seperti berada dalam filem tu sendiri. Keseluruhan, 4 bintang!!

p/s: Ada babak yang diambil kat depan Apartment Seri Batu dan Masjid Saidina Hamzah. Bangga siot!!

p/s: Aku tengok kali yang ke-2. Heheheh… Jangan jeles…


Dragon Ball

Sinopsis

Goku (omputih) perlu mencari kesemua 7 biji bola naga untuk memastikan ia tidak jatuh ke tangan sape ntah dan untuk memastikan juga dunia selamat. Semua ni adalah wasiat dari atuk beliau. Dengan dibantu oleh seorang perempuan dan seorang lelaki (aku tak ingat nama), dapatkah dorang mencari bebola ikan tu? eh silap, bebola naga itu?

Komen:

Aku amat-amatlah tak puas hati dengan filem ni! Siot je habiskan duit aku! Ingat gempaq sangat!! Plot agak mengelirukan dan ada kalanya tak masuk akal langsung! Memang berbeza dari komik Dragonball sebenar. Jangan harap ko nak tengok Goku macam dalam komik tuh! Jalan penceritaan yang kabur aku bagi, 1.5 bintang. Kesan khas dan pelbagai, aku bagi 2.5 bintang sebab ada CGI yang digunakan seolah-olah membodohkan penonton! Macamlah aku tak dapat bezakan yang mana asli dan yang mana tiruan (kata seorang teman)

Fast and Furious 4 (F&F)


Dom Toretto kematian awek dia, Letty. Dom berusaha untuk menjejaki siapa dalang disebalik kematian awek terseksi dia. Eh, awek tersayang dia. Dalam menyiasat punca kematian Letty, Dom terjerat pulak dalam kegiatan kongsi gelap, iaitu mengedar dadah. Ketua kongsi gelap tu ada kaitan dengan kematian Letty. Siapa yang mati selepas tu?

Komen:

Bila aku tanya kawan-kawan aku, apa pendapat dorang tentang filem ni. Dorang cakap sequel yang paling gempak pernah dihasilkan. Rata-rata bagi 5 bintang. Tapi bila aku cakap tak berapa best, ramai yang cakap aku tak minat pasal kereta, aku tak tengok filem-filem sebelum ni dan pelbagai lagi sebab yang membolehkan aku tak berapa suka filem ni. Hello!! Ko sedar tak ko sedang bercakap dengan siapa ni?? Bila aku tanya sikit pasal watak-watak, ko bukan boleh jawab pun!! Nampak sangat korang jarang pergi tengok filem kat wayang! Maksud aku yang dikatakan tak berapa best adalah, terlalu banyak plot yang kabur. Sampai kita tak boleh nak agak, cerita ni pasal kereta ataupun pasal Dom (Vin Diesel).

Jika kita tengok filem-filem F&F sebelum ni, kebanyakkan cerita berkisar dengan kereta dan hanya selit beberapa perkara tentang selain kereta. Tapi plot dia lebih terarah kepada perlumbaan kereta, dan aksesori kereta terkini. Tapi dalam F&F 4 ni, plot lebih kepada masalah balas dendam, kesedihan (touching la konon) dan persahabatan. Aku nak tengok pasal kereta bukan pasal orang lelaki menangis! Kalau sikit-sikit tu bolehlah, ni sampai habis, berapa babak je yang cerita pasal perlumbaan dan teknik CGI tidak berapa kemas. Korang akan nampak ada babak memang nampak tipu gila-gila! Pelik cerita Hollywood macam ni. Keseluruhan filem aku bagi 3.5 bintang. Jangan nak marah aku ek!

p/s: aku hampir terlelap tengok filem ni sebab ada babak yang tersangat boring dan terlalu banyak cakap sampai kita pun dah tak concentrate. Hehehe…

Confession of a Shopaholic

Rebecca ni seorang journalist. Pada masa yang sama, dia tersangatlah suka membeli belah. Suatu hari, bil kad kredit beliau mencecah USD 16,000 sebulan. Pastu hilang pulak kerja. Puas dia fikir macam mana nak setel bil kad kredit dia. Tapi dalam tak cukup duit tu, dia masih boleh tibai shopping lagi sampai titisan dolar terakhir beliau. Penat dia cuba macam mana nak berhenti shopping benda yang tak patut tapi kurenggg berjaya… sampai satu ketika, kawan baik dia pun dah taknak cakap dengan dia. Apa kesudahan dia?

Komen:

Jalan cerita yang mudah untuk difahami dan ada babak seperti sudah dijangka (stereotaip). Dari mula sampai akhir, kita boleh nampak plot agak tersusun walaupun ada beberapa plot yang cacamarba (gila guna ayat nih!). mungkin nak siap cepat kot. Tapi, dari segi jalan cerita, 3.5 bintang. Tiada kesan khas yang banyak digunakan. Jadi, aku bagi 3 bintang. Keseluruhan, 3 bintang…

p/s: filem ni betul-betul memberi pengajaran kepada kita. aku sedar, kita memang tak boleh elak untuk terbeli barangan yang bukan keperluan kita. (terbeli?) kepada dara dan teruna yang gila shopping, tonton dulu filem ni. Pastu pergilah membeli-belah dengan fikiran yang tergak-agak. Okk?










Layan…

Sabtu, 11 April 2009

Filem oh filem!!

[updated - 8.25 am, Ahad]

4 filem yang sedang menanti untuk dipuji atau dimaki. Khas untuk bulan April sahaja. Gilakan? dalam 2 minggu, 4 filem aku tibai!

Tarikh: 2 minggu pertama bulan April
Tempat kejadian: Times Square dan Pavilion
Harga tiket: Terima kasih kepada penaja-penaja tiket.
Tajuk filem:
  1. Confession of a Shopaholic
  2. Dragon Ball
  3. Fast and Furious 4
  4. Jangan Tegur

Nantikan review filem-filem ini...

p/s: Aku tengok JANGAN TEGUR kali yang ke-2 semalam!! Heheehehehe




Layan....

Jumaat, 20 Mac 2009

Race to Witch Mountain

Semalam, aku pergi menonton filem [Race to Witch Mountain] bersama-sama sahabat, Sharol & Syak (terima kasih belanja!) di Berjaya Times Square, KL. Bagi aku, ni adalah filem kedua terbaik (ikut suka akulah nak cakap yang ke berapa terbaik, aku yang tengok, bukan ko! Huhuhuh!!!) keluaran Disney Pictures selepas National Treasure (betul ke eja??).

Nak kata best sangat pun tak, tapi aku lebih suka cara penyampaian filem ni yang betul-betul penuh dengan fakta-fakta menarik tentang UFO dan makhluk asing. Filem ni bukan sekadar Sains Fiksyen, tapi lebih kepada pendedahan sebenar mengenai makhluk asing yang cuba disorok oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pernah tengok National Treasure? Lebih kurang macam tulah filem ni. Terpulang nak tengok ke tak, tapi bagi aku, empat bintang (4) sudah memadai. Tapi korang janganlah sangka semua perkara dalam filem ni betul. Mungkin ada gak yang auta! Ada gak sesetengah babak tu boleh dikategorikan sebagai klise. Apa-apa pun, selamat menonton!








Layan...

Khamis, 12 Februari 2009

Geng: Pengembaraan Bermula!



Tadi aku pergi Pavilion, KL tengok filem animasi 3D pertama Malaysia. Best sangat!! Aku setakat ni aku puas hati sebab filem ni memang berkualiti dari segi penceritaan, grafik dan watak-watak yang merangkumi pelbagai kaum di Malaysia ni.

Hari ni adalah hari pertama filem Geng ni ditayangkan secara rasmi. Aku kira orang terawal la pergi tengok! Aku syorkan korang tengok sebab cerita ni memang tak boring. Lagipun sesuai sangat kalau bapak dan mak budak pergi tengok. Tak percaya? Tadi melambak family datang siap bawak atuk nenek, pastu anak-anak dorang. Poster cute kat atas ni menceritakan segalanya.

Satu je aku mintak, korang kalau tengok filem ni janganlah harap sangat Upin dan Ipin tu jadi pelakon utama. Sebab cerita ni sebenarnya bukanlah cerita pasal Upin dan Ipin sahaja. That's why the title is GENG. Upin dan Ipin ni hanyalah sebagai promo sahaja. Ingat!

Untuk itu, terimalah bintang dari aku:

1) Grafik : 4 Bintang (memang gempak!)

2) Jalan cerita: 3.5 Bintang (terlalu ringkas - memang untuk kanak-kanak dan menghiburkan)

3) Lawak: 4.5 Bintang (tersangat lah kelakar! Senak perut!)

Sinopsis Geng: Pengembaraan Bermula

Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam. Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini!

Layan....