VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

Rabu, 28 Januari 2015

Anak Kerak – Ilmu Hitam Bayi Dibunuh Sebelum Lahir (Seram ke?)

Assalamualaikum

Nak kongsi satu artikel bersumberkan MyNewshub (boleh rujuk link asal)


Anak Kerak

Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan.

Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan. Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk pantai timur untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Pattani.

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang. Anak kerak ini biasanya dibeli dari Tok Cha siam atau Tok Bomoh. Popularnya di Malaysia area Kelantan dan Kedah.

Terdapat beberapa grade (semakin kuat semakin mahal).

Tujuanya pelbagai, biasanya digunakan untuk pelaris (sehingga menutup kedai-kedai orang lain), pengasih, pendinding (kebal, kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain. Popular juga orang menggunakan anak kerak ini untuk bermain nombor ekor dan mahu cepat kaya.

Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah ditapakan dan dibentukkan ke dalam acuan dijadikan patung kecil lalu dimasukkan ke dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu memilikinya.

Manakala grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan dan dibalut kain kuning. Orang yang beli anak kerak ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya kena beri MAKAN kepada anak kerak ini. Kalau tidak diberi makan maka akan mengamuklah anak kerak ini terhadap tuannya.

Anak kerak yang paling “power” dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh.

Mereka menggunakan beberapa “bodypart” (anggota/panca indera) janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka Tok Bomoh boleh tahu dengan menggunakan “bodypart” seperti mata janin disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm “spycam”.

Toyol dan Anak Kerak

Dua jenis yang hampir sama tapi tak serupa dan tugasnya berbeza. Toyol tugasnya mencuri duit manakala Anak Kerak tidak membuat kerja-kerja tersebut. Anak Kerak lebih pada kerja ala-ala “James Bond” dan berprofil tinggi. Anak kerak susah dikesan kerana kelicikkanya, hanya perawat yang benar-benar mengetahui punca, baru anak kerak ini akan muncul. Tanpa mengetahui punca, maka berulang-ulanglah perawat akan meruqyah pesakit dengan muka “blur”. Manakala Toyol boleh dikesan dan dihalang dengan mudah dari menggangu si mangsa.

Tanda Diganggu Anak Kerak

Pada yang boleh melihat alam ghaib boleh mengenal pasti Anak Kerak ini, kulitnya kekuningan, kepala botak , mulut air liur meleleh-leleh dan mata merah.

Diruqyah tidak mendatangkan kesan

Tanda gangguan dalam sedar – Seperti sihir biasa, susah hendak dikesan ia dari angkara Anak Kerak. Kadangkala terperasan di hujung mata kelibat paras lutut melintas.

Tanda ketika tidak sedar – kerasukan yang sangat keras dan adakala akan menyebut SUSU, IBU, EMAK bilamana anak kerak itu telah hampir tewas.

Pesanan Dari Kami !!!!

Sesungguhnya perbuatan ini adalah HARAM dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya kerana esok nak mati susah!!! Benda ini perlu DIWARISKAN dan menjadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. Sekali silap sampai bila-bila anda akan menderita. Bahkan anak cucu yang tidak mengetahuinya juga bakal menderita.







Sumber Gambar - Google.com


Layan................

Isnin, 26 Januari 2015

New World Trade Center, Bangkok, Thailand. Seram tak?

New World Trade Center, Bangkok Thailand


Assalamualaikum

Saja nak berkongsi sebuah lokasi yang agak unik di Bangkok, Thailand. Tak pernah pergi pun tapi pernah terbaca artikel pasal Mall ni sebelum ni. Tadi sekali lagi ada terbaca di Harian Metro Online, terus teringat nak buat posting pasal Mall yang unik dan jadi tempat tumpuan pelancong ni.



Jelas nampak usang.



New World Trade Center (NWTC) adalah sebuah pusat beli belah terkenal di Bankok, Thailand (ada yang mengatakan antara pusat beli belah terbesar ketika itu) pada masa tu. Tahun dibina, 1982 (aku tak lahir lagi) tetapi ia ditutup sepenuhnya pada tahun 1997 akibat kemelesetan ekonomi dan terus terbiar sehinggalah dua tahun kemudian satu kejadian kebakaran besar telah menyebabkan hampir keseluruhan bumbung NWTC ni runtuh. Akibat dari kejadian bumbung runtuh itu, ruang dalaman NWTC telah ditenggelami air. Semakin lama semakin banyak air yang bertakung sehinggakan terbentuk sebuah kolam yang besar.







"Gambar sumber google"



Penduduk sekitar yang risau tempat itu jadi pembiakan nyamuk dan larva akibat tiada tindakan dari pihak berkuasa telah meletakkan pelbagai jenis ikan antaranya talapia, karp dan keli. Semakin lama, semakin banyak ikan-ikan itu membiak dengan subur. Ada yang mengatakan ada lebih 3000 ekor ikan di dalam "aquarium gergasi" itu.

Akhirnya, tempat itu telah menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tetapi, tapak "aquarium gergasi" itu bakal diruntuhkan pada tahun ini untuk tujuan pembangunan lain... Maka berakhirlah kisah sebuah mall yang hebat pada suatu ketika masa dahulu...






"Menjadi tempat tarikan pelancongan"
sumber google


Petikan dari Harian Metro Online

"Bagaimanapun, bekas tapak pusat beli-belah ini sudah sedia untuk diruntuhkan. Hujung minggu lalu, pekerja bekerjasama membersihkan kawasan seperti kolam itu. Berbekalkan jaring, lampu kepala dan but kalis air mereka menang­kap semua benda hidup di dalamnya. Air yang bertakung kemudian disalurkan keluar mengguna pam dan vakum. Bangunan pusat beli-belah pakaian New World yang tidak berbumbung itu musnah akibat satu kebakaran lebih 10 tahun lalu. Ramai yang datang untuk menyaksikan usaha pembersihan itu dijalankan. Pihak berkuasa bimbang struktur bangunan itu runtuh bila-bila masa lebih-lebih lagi dengan eskalator dan laluan pejalan kaki sudah hampir roboh. Malah, yang lebih membimbangkan, kawasan terbiar ini boleh menjadi sarang penyakit. Ikan yang ditangkap dalam operasi pembersihan minggu lalu dijual kepada pelancong. Bangunan yang dibina pada 1982 ini akan sentiasa diingati penduduk tempatan sebagai antara mercu tanda Bangkok ketika zaman kegemilangannya."




Usaha menangkap ikan sedang giat dijalankan...


Artikel lain yang berkaitan, boleh rujuk link.












Layan...........................

Sabtu, 21 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 5)

Esoknya, kecoh di asrama suatu berita gempar. Abang Hussin mengamuk kerana marahkan kawan-kawannya yang sengaja mencari pasal dengan beliau. Beliau mengamuk sambil mencari-cari siapa punya punya angkara yang menyebabkan beliau tidur di luar bilik asrama sampai pagi. Amukannya berpanjangan sehingga waktu rehat tengahari. Tiada seorang pun yang berani mengaku. Untuk tidak menghampakan beliau, aku pun menceritakan perkara sebenar.

Tetapi amukan abang Hussin bertambah. Dia anggap aku sengaja mahu mempermainkannya. Aku terkejut dan bertanya, salahkah apa yang aku cakap? Dia cakap, “Abang Fendi balik kampung sepanjang hari minggu ni dan hari ni adalah hari yang dia akan sampai ke asrama! Macam mana kau boleh cakap semalam Abang Fendi teman kau pergi terkucil?” Aku semakin seram bila dengar perkara tu. Tapi kalau jiwa penyiasat memang sudah ada dalam jiwa aku, ia takkan aku biarkan berlalu begitu sahaja. Aku pun pergi ke bilik warden dan cek bulu log masuk pelajar.

Memang sah dan terbukti! Abang Fendi memang belum sampai dari kampung lagi. Dan lebih gerun lagi menyeramkan, locker Abang Fendi berkunci. Aku cari satu asrama tapi memang dia tak kelihatan langsung.

Untuk menambah keseraman cerita aku ni, aku telah ternampak Abang Fendi masuk ke perkarangan asrama pada jam 2 petang bersama-sama keluarga beliau! - - > Pengsan 3 jam.. Demam 3 hari…

Aku pasrah… tamat. Tiada sambungan.

Khamis, 19 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 4)

Tandas berada di tingkat bawah tetapi di bahagian belakang asrama. Asrama aku pulak berada di tingkat 2. Sebelum sampai ke tandas, aku perlu melalui sederat kelas pelajar tingkatan 1. Kebiasaannya, kelas berkunci. Jadi aku perlu berjalan jauh untuk ke tandas. No shortcuts for us.

Tetapi, nak di jadikan cerita, ketika kami turun ke tingkat bawah, didapati, semua kelas tidak berkunci. Aku bersyukur sebab ia memudahkan kerja aku dan Abang Fendi untuk ke tandas. Tanpa perlu berjalan jauh, aku merentas kelas dengan berkaki ayam sambil terkinja-kinja keriangan. Abang Fendi memegang tangan aku di sepanjang perjalanan ke tandas. Takut aku lari agaknya.

Sesampai di tandas, Abang Fendi menukar fikiran. Dia menyuruh aku berpatah balik ke arah asrama dan menuju ke tempat mengambil wudhu’. Pada fikiran aku, dia menyuruh aku berwudhu’ dahulu sebelum membuang. Tetapi telahan aku meleset. Apabila tiba sahaja di tempat mengambil wudhu’ tersebut, aku di suruh mengosongkan kantung air terjunku di tempat itu! So weird! Tapi melihatkan mukanya yang serius, aku ikutkan sahaja. Itulah kali pertama dan terkhir aku melepaskan air terjun di tempat wudhu’!

Setelah selesai, tiba pula giliran beliau. Sambil tersenyum sinis, beliau pun melepas juga di situ. Kendian, kami naik semula ke asrama. Aku masih boleh nampak yang Abang Hussin masih lena diulit mimpi di luar bilik asrama. Aku ketawa dalam hati.

Abang Fendi menyuruh aku terus masuk ke bilik dan jangan keluar-keluar selagi belum subuh. Aku cakap ok. Ketika aku baru nak ucapkan ribuan terima kasih, kelibat Abang Febdi sudah tiada…


Aku pasrah.. bersambung..

Rabu, 18 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 3)

Abang Fendi bertanya lagi, “nak abang teman ke tak nak? Cepatlah bangun dari katil tu!” "Sabarlah bongok, kau tak nampak ke aku baru nak terbangkan punggung ni?", getus hati kecilku. Aku pun bangun terus ikut dia ke muka pintu bilik asrama. Ketika aku sedang tercari-cari selipar Mickey Mouse ku yang berwarna merah jambu, sekali lagi aku dikejutkan dengan arahan dari Abang Fendi, “jangan pakai selipar tu, nanti budak-budak lain bangun pastu bising pulak”. Aku akur dengan tidak memakai selipar.

Akhirnya setelah pelbagai rintangan yang aku alami hanya kerana mahu melepaskan Air Terjun Viagra, eh silap, Air terjun Niagra dari empangannya, berjaya juga aku keluar dari pintu asrama tu. Ketika melangkah longlai sambil terkepit-kepit, aku ternampak sekujur tubuh yang sedang berbaring di beranda asrama tingkat dua. Tubuh itu menampakkan dirinya seolah-olah sedang tidur walaupun memang ia sedang tidur. Aku amati dengan teliti. Dengan berbekalkan cahaya bulan yang seram, aku dapat lihat, Abang Hussin sedang tidur dengan nyenyaknya sambil memeluk selimut dan beralaskan tilam beserta jam meja di sebelah kanan beliau!

Macam mana beliau boleh tidur dengan nyenyak di beranda asrama? Kenapa? Kenapa? Aku Tanya Abang Fendi, kenapa Abang Hussin tidur kat beranda. Abang Fendi cakap, dia yang buat macam tu. Dia yang angkat abang Hussin tidur di luar. Tapi kenapa abang Fendi? Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan, Abang Fendi sekadar mahu bergurau dengan Abang Hussin. Lagipun Abang Hussin memang suka menyakat orang dan tak salah kita sakat dia balik. Tak gitu Syak?

Tapi aku masih lagi musykil, macam mana dengan tilam-tilam sekali Abang Fendi boleh angkut bawak keluar? Diam jela! Banyak betul pertanyaan ko eh..?

Aku pasrah… bersambung…

Selasa, 17 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 2)

Aku cuba untuk pergi ke tandas dengan sendirinya walaupun aku tahu risikonya. Tiba-tiba, aku terasa seperti ada orang yang mencuit bahuku yang berotot dan pejal. Aku menoleh dengan segala adrenalin tertumpu di urat leherku. La, Abang Fendi rupanya. “Berapa banyak abang da dalam cerita aku ni…?” Kata Aie seraya mahu mengkondem cerita seram aku. Yela, takkan jumpa Kak Siti atau Kak Wani dalam asrama lelaki? Karang lagi pelik!

Balik pada cerita. La, Abang Fendi rupanya. Terkezut beruk tapir aku dibuatnya. Mana tidaknya. Tiba-tiba sahaja tepuk bahu aku. “Kamu nak ke tandas ya?” Tanya Abang Fendi dalam loghat Sabahnya yang di buat-dibuat dan entah dari mana datangnya. Kononnnya seksi. Eh, tahu-tahu je beruk ni. Eh silap, tahu-tahu je bro ni yang aku dalam hazab sengsara.

“Eh taklah, saya nak ke bulan”, balasku dalam nada sinis dan bergurau manja. Tak nampak ke muka aku yang kekebasan ni? “Jom abang temankan kamu pergi”, pelawa abang Fendi dengan ramah. Aku ok je, no hal walaupun sedikit pelik tentang tujuan murni abang Fendi itu.

Yang tak bestnya tu, tiba-tiba je gendang cina mati berhenti bergendang tetapi diganti pulak dengan suasana Air Terjun Niagra yang mahu terhempas. Ni yang tak best ni. Penat-penat je feeling tadi. Tapi salah aku juga sebab melepaskan angin sepoi-sepoi bahasa bahasa cepat sangat. Ini terbukti perut aku memang penuh dengan angin je dari tadi.

Tapi walaupun tidak jadi keluar, ia tetap mahu diganti dengan sesuatu, Air Terjun Niagra, bukan Viagra.

Aku pasrah.. bersambung..

Isnin, 16 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 1)

Cerita ni terjadi ketika aku tinggal di sebuah asrama yang terletak di Ipoh. Menjadi amalan aku setiap malam sebelum tidur adalah menghadirkan diriku yang hensem ke tandas untuk melepaskan segala sengsara yang akan aku tanggung jika tak dilepaskan sebelum tidur .

Tapi suatu malam tu, puas aku paksa. Puas aku teran. Puas aku merayu dengan ayat-ayat cinta supaya ia melepaskan dirinya dari belenggu tapi ia tetap tidak mahu. Mungkin ia tanda protes dan saja nak cari pasal malam karang.

Tepat telahan aku. Pada malam itu, pada jam 1 pagi, perutku telah memulakan rentak balada dan jazz yang mendayu-dayu. Aku buat derk je. Kemudian pasukan orchestra pula memainkan peranan. Aku buat derk lagi. Kendian lagi, pasukan pancaragam pulak buat persembahan. Aku tahan lagi.. Tiba-tiba, pasukan gendang cina mati pulak amik peranan. Waktu tu muka dah naik kebas. Aku tak boleh tahan lagi!

Aku tengok kiri dan kanan. Ha, ada pun Abang Salleh sedang lena tidur sambil pasukan koirnya menyanyikan lagu katak oh katak. Macam bunyi lembu pun ada. Tapi apa aku kisah janji ada peneman ke “bank” di tingkat bawah.

Aku pun kejut beliau dengan rakus sambil jari jemariku meramas-ramas apa yang boleh diramas supaya beliau boleh bangun dengan girang. Tapi apakan daya, kudrat lelakiku tidak mampu untuk megejutkan Abang Salleh yang memang terkenal dengan tidur separa mampusnya. Mungkin kudrat perempuan kot yang mampu. Hanya Abang Salleh yang tahu.

Aku pasrah. Bersambung..