VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details
Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2015

Van Putih Penculik - Betul ke Bohong?

Assalamualaikum

Petikan dari Harian Metro

Lawan tiga penculik

Sungai Petani: Seorang lelaki beraksi bagaikan hero ketika menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang bergelut dengan tiga lelaki dalam cubaan culik di Jalan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 7 pagi ketika kanak-kanak terbabit yang juga anak tunggal dikatakan ke padang berhampiran rumahnya untuk mengutip batu bagi aktiviti di sekolah sebelum dihampiri lelaki berusia 20-an yang datang menaiki van.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Aini, 30, berkata, anaknya memaklumkan ketika leka mengutip batu, tiba-tiba lelaki datang menghampiri lalu menarik lengannya dengan kuat.
“Ketika itu, berlaku pergelutan antara anak saya dengan lelaki terbabit sebelum muncul lelaki berusia 30-an menaiki motosikal datang membantunya.

“Anak saya memberitahu lelaki yang membantunya turut dihalang dua lelaki berusia 20-an yang berada di dalam van berwarna putih dengan menggunakan parang dan ketika itu, anak saya mengambil kesempatan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, di sini.

p/s: Dulu pernah baca kenyataan pihak berkuasa, jangan percaya pasal penculik van putih. Kisah ni pernah popular dalam aplikasi whatsapp 2 tahun lepas. Pihak berkuaa pernah keluar kenyataan akan menyiasat sesiapa yang menyebarkan "khabar angin" ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, semakin banyak cerita pasal van putih ni dalam akhbar. Yang mana satu ni? Betul ke Bohong?







p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Isnin, 23 Mac 2015

Hudud: "Tak tahulah kalau DAP ada agenda tersembunyi" - Bahagian 2

Assalamualaikum

Ini adalah sambungan kepada temubual sebelum ni. Artikel asal  "Tak tahulah kalau DAP ada agenda tersembunyi"

Baca dan hadam. Nak berdebat silakan.




PAS Kelantan mempersoalkan kenapa DAP terus berkeras untuk menghalang usaha mereka melaksanakan hudud di Kelantan sedangkan perkara itu tidak melibatkan golongan bukan Islam.

Malah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, usaha itu dijalankan berdasarkan kerangka undang-undang dan demokrasi, melalui Parlimen.

Mohd Amar juga berkata telah membangkitkan perkara itu kepada Lim Kit Siang sendiri berhubung perkara itu dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara sebelum ini.

“Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah.

“Jadi sebab itu saya tak faham kenapa berkeras lagi, kecuali dia ada suatu agenda tersembunyi, kita tak tahu,” katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mohd Amar mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu tersangkut di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.

Malaysiakini: Bagaimana nak dapatkan sokongan dua pertiga di Parlimen untuk luluskan Rang Undang-undang Persendirian?

Mohd Amar: Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah. Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan.

Kalau ditolak di Parlimen, apa tindakan seterusnya?

Kalau Parlimen tolak, kita berhentilah. Kita cukup di situ. Kita cari jalan lain pula setakat yang kita boleh buat. Ada dua, tiga pilihan tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk terangkan. Sebab kita ada pendapat undang-undang dalam isu ini, dan kita mahu guna cara perlembagaan.

Orang bukan Islam tidak akan terlibat dengan enakmen hudud ini?

Kita dah beritahu sangat jelas. Dulu mungkin ada keraguan sebab kita bagi pilihan (kepada orang bukan Islam). Jadi kita fikir semua pandangan-pandangan, sebab itu (enakmen) yang baru ini kita buang terus (orang bukan Islam). Orang bukan Islam langsung tidak dibicarakan bawah Undang-undang Islam walaupun mereka mahu. Jadi, apa lagi yang hendak dibimbangkan?

Dan saya pun dah sebut dengan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang masa kali terakhir berjumpa di pejabat PAS. Lim Kit Siang, (Presiden PKR) Wan Azizah (Ismail) semua ada pada masa itu.

Saya tanya dia (Lim), kawan-kawan kita dalam DAP ini: "You kata you tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan sekarang PAS ikut prosedur, kita bawa masuk dalam Dewan (DUN), ikut undang-undang.

“Dan dilulus dalam Dewan, kemudian kita bawa ke Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi ini semua proses demokrasi dan proses Perlembagaan. Jadi apa masalah sebenarnya?

“Kenapa you nak halang? Kalau betul-betul cakap tentang demokrasi, you kena bagi kita lalu. Lepas itu, biar (Dewan) tentukan kita kalah di Parlimen. You nak bahas pun tak apa, you nak reject (tolak) pun tak apa sebab itu hak anda. Tapi jangan hentikan kita di tengah jalan dan jangan halang kita. “

Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah. Jadi sebab itu saya tak faham kenapa berkeras lagi, kecuali dia ada suatu agenda tersembunyi, kita tak tahu.

Apa dalam hati dia, atau ada agenda tersembunyi kita tak tahu. Apa motif dia kita tak tahu.

Terdapat kesilapan bahasa dalam dokumen enakmen hudud. Dan dari situ orang mengatakan "benda macam ini pun boleh silap, macam mana nak laksanakan hudud"?

Di Parlimen lagi teruk kesilapan (bahasa) saya duduk dalam Parlimen dua penggal. Parlimen lagi teruk silap. Saya tahu itu. Tapi kita tak bising sebab benda itu teknikal.

Macam hudud, ini memang kita akui hukumannya berat. Tetapi untuk hakim nak jatuhkan hukuman itu, syaratnya terlalu ketat. Jadi kita tengok dari sudut itu.

Bukan senang-senang kita nak potong tangan orang. Ada sikit sahaja keraguan, buang kes. Itu cara islam.

Macam undang-undang sivil dipanggil melampaui keraguan yang munasabah, dalam undang-undang Islam dipanggil kepastian yang mutlak. Jadi benda itu kalau kita faham, kita yang belajar Islam ini, tak pelik.

Zaman Nabi dulu, berapa orang sahaja yang dipotong tangan, berapa orang sahaja direjam. Sepuluh tahun Nabi duduk di Madinah, yang potong tangan hanya dua kes yang kes zina, dalam dua atau tiga kes. Itu pun orang ini mengaku. Bukan ada saksi.

Undang-undang ini sukar nak dilaksanakan (untuk dapatkan empat orang saksi). Tujuannya, dalam Islam supaya kejahatan itu tidak dilakukan secara terbuka.

Sebab kalau empat orang boleh tengok kejadian (zina) itu secara terbuka sampai habis, maknanya masyarakat kita sudah teruk. Maka hukuman rejam paling sesuai untuk orang macam ini. Sebab itu dalam Islam kita tak boleh nak cari (kesalahan).

Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab nak pergi solat pada waktu Subuh, dia nampak orang berzina di tepi jalan, dia kebetulan lalu. Dan keadaan itu gelap. Dia terserempak tapi Saidina Umar buat tak tahu sahaja sebab dia seorang sahaja.

Dia seorang tak boleh jadi saksi. Bukan mudah. Kalau dia tangkap dia tak ada bukti sebab dia seorang dan dalam gelap. Kalau waktu subuh ni, kadang-kadang kita nak cari selipar kita pun tak jumpa cari.

Maknanya bukan senang. Tujuannya kita tak mahu jadi macam di barat, orang boleh buat zina di tempat awam. Kalau benda ini (hudud) tak ada, mungkin akan berlaku.

Dalam taman, tepi jalan, orang jadi macam binatang tak reti malu. Jadi ini sebenarnya tujuannya pun. Benda ini sebagai pencegahan. Tapi orang tak tengok benda itu.

Malaysiakini: Kenapa lesbian, seks dengan mayat dan binatang diletakkan bawah hukuman liwat?

Mohd Amar: Itu silap. Silap saya. Sebenarnya yang liwat itu hanya untuk dalam kes liwat. Lesbian, setubuh dengan binatang, mayat akan masuk dalam kategori takzir, iaitu kita akan pinda Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985.

Bukan dalam kategori liwat dan hudud. Itu silap saya terangkan tempoh hari kerana bila semak balik saya silap. Sebenarnya di bawah takzir yang kita akan pinda dan masukkan dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 iaitu, insya-Allah akan dibuat dalam sidang DUN akan datang.

Sidang DUN akan datang akan bincang secara terperinci tentang Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985 dan khusus kesalahan bawah takzir sahaja.

Kalau kesalahan takzir hukumannya terserah pada hakim. Tidak ditetapkan kerana kadang-kadang kesalahan takzir itu hukumannya lebih berat daripada hudud bagi sesetengah kes.

Hukuman lesbian dan liwat lain kerana lain kaedahnya. Dari segi sains pun lain. Macam kes suami meliwat isteri ada khilaf dan dipanggil istilah syubhah.

Bila ada pandangan berbeza, hudud tak boleh buat. Suami meliwat isteri salah juga tetapi bukan bawah kesalahan hudud tapi kesalahan takzir. Bukan nak kata mereka terlepas. Tidak. Tapi di bawah kesalahan takzir mungkin lagi berat kerana mahkamah yang buat keputusan.

Boleh jadi hukuman seks dengan binatang, mayat pun lebih berat, ia atas mahkamah. Mahkamah akan tengok kes itu macam mana. Jadi seks luar tabii tidak masuk dalam kesalahan hudud dan masuk dalam kesalahan takzir.

Tetapi ada juga yang mempertikaikan kenapa orang yang lakukan rasuah tidak dikenakan apa-apa hukuman?

Rasuah itu kena jelaskan. Kalau undang-undang mengatakan rasuah itu sebahagian daripada mencuri, jadi kita potong tangan juga. Tapi apa yang ada dalam dunia sekarang lain, mencuri lain dan pecah amanah lain. Malah mencuri juga hukumannya berbeza. Dalam undang-undang sivil pun kita ada kategori yang berbeza, jadi apa salahnya dengan yang ini (hudud).

Masalah dengan potong tangan ini, kalau doktor potong tangan tak ada orang kata doktor jahat sebab doktor potong tangan, kaki nak selamatkan nyawa orang itu. Tapi Islam, nak potong tangan pencuri untuk menyelamatkan nyawa masyarakat. Jadi tujuan Islam lebih baik dari perubatan.

Perubatan hanya nak selamatkan seorang individu tetapi Islam nak selamatkan seluruh masyarakat. Kita kena tengok macam itu. Kalau dalam kampung, orang itu akan fikir banyak kali (untuk mencuri). Kalau nak mencuri, kena potong tangan, dengan sendiri orang ramai akan selamat.

Tengok hari ini, berapa ramai perempuan mati diragut, ditarik sehingga pecah kepala dan mati macam itu sahaja. Orang yang meragut dikenakan penjara empat, lima hari atau seminggu. Bunuh orang dipenjara untuk 20 tahun.

Perspektif itu penting, cara kita tengok (pelaksanaan hukuman hudud). Sebab kalau doktor potong tangan sebab kencing manis, orang tak kata doktor jahat. Sebab tujuan doktor itu untuk menyelamatkan pesakit.


Layan....




p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Hudud: "Bukan Islam OK hudud, DAP saja yang bising" - Bahagian 1

Assalamualaikum

Tertarik dengan artikel temubual dari Malaysiakini. Baca dan hadam. Artikel asal  "Bukan Islam OK hudud, DAP saja yang bising"



Walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan di Kelantan, namun masih terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Malah, rakan sekutu PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR juga dengan jelas menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian hudud sekiranya dibawa ke Parlimen.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkongsi dengan Malaysiakini masalah yang dihadapi PAS bersama rakan sekutunya serta menjawab pandangan umum berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Malaysiakini: Ada pihak berpendapat undang-undang hudud tak patut dilaksanakan sekarang kerana sehingga kini, kerajaan negeri masih gagal untuk menguruskan masalah rakyat dari segi ekonomi dan hal-hal lain. Jadi kenapa mesti nak laksanakan hudud sekarang juga?

Mohd Amar: Dari segi ekonomi kita buat juga, program-program lain pun kita buat. Undang-undang lain pun kita buat. Ini sebahagian daripada pentadbiran. Takkanlah buat satu benda sahaja. Kerajaan macam pasar raya, semua barang ada, bukan jual satu barang sahaja. Di pasar raya ada pakaian, makanan, aksesori. Jadi kerajaan macam itu jugalah.

Tapi ada yang mengatakan, Kelantan patut memastikan negeri ini bebas kemiskinan terlebih dahulu sebelum nak melaksanakan hudud bagi memastikan tiada kecurian berlaku?

Bila nak jumpa (negeri macam itu)? Boleh beritahu saya di mana negeri macam itu di dunia? Mana ada dalam dunia ini yang negeri macam itu. Ia seolah macam utopia. Utopia ialah sesuatu yang kita tak boleh nak dicapai. Tak mungkin.

Zaman Nabi dulu majoriti orang Islam, termasuk Rasulullah juga miskin. Dalam keadaan majoriti orang miskin dan hidup susah, undang-undang jenayah sudah dijalankan dan undang-undang jenayah itu bertujuan untuk menghukum orang jahat, bukan hukum orang miskin. Kalau masyarakat itu baik semuanya, apa yang jadi masalah.

Walaupun hudud hukum Allah, tetapi ada kebimbangan terhadap pihak yang akan melaksanakannya kerana bimbang ia tidak dilaksanakan dengan betul? 

Kebimbangan semua orang ada. Macam takut nak beli kereta kerana takut kemalangan. Adakah kerana itu kita tak pakai kereta? Saya ambil analogi sahaja. Adakah ia satu pendapat yang betul? Macam kapal terbang jatuh, adakah kerana itu kita semua tak nak naik (kapal terbang)? Tak boleh begitu, ia salah. Sebab benda yang melibatkan kemalangan memang tak boleh lari dan dalam kes mesti ada satu, dua kesilapan. Kita tak nafikan, tapi kita akan cuba yang terbaik.

Paling penting dalam perspektif kita ialah melaksanakan tuntutan agama sebab dalam Islam, bila kita ada kuasa politik, bila jadi kerajaan, antara perkara yg kita perlu buat ialah menegakkan undang-undang jenayah Islam. Setelah 23 tahun, kita rasa ini adalah masa yang sesuai.

Dan kita nak jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang. bukan mesti laksana terus. Laksana bergantung kepada keadaan kalau tak ada kes yang berlaku kita tak hukum sesiapa. Bukan bila undang-undang ini ada kita nak cari orang untuk potong tangan. Itu bukan tujuan undang-undang ini, sebab tujuan utama ialah mencegah.

Bila letak hukuman keras, kita harap masyarakat akan rasa takut untuk melakukan jenayah. Hari ini orang rasa tak bimbang nak buat kesalahan. Kerana dia tahu paling kurang pun dia kena denda RM400, RM500 kemudian keluar (penjara). Jadi tak ada perasaan takut. Bila curi kena potong tangan, orang akan fikir dua, tiga kali.

Bukan bila kita lulus undang-undang ini kita cari orang, kemudian potong tangan. Tidak. Bila baca balik enakmen ini, ada 20 keadaan di mana hukuman potong tangan tak boleh dikenakan. Jadi undang-undang Islam ini untuk wujudkan perasaan takut dalam hati. Perspektif itu yang penting.

Bila hukuman ini akan dilaksanakan? 

Langkah pertama, perlu lulus dalam dewan (DUN). Langkah kedua, bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk buat pindaan pada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah 1965). Kalau diluluskan, empat daripada enam kesalahan jenayah hudud dah boleh dilaksanakan. Yang tak boleh (dilaksanakan) ialah potong tangan, rejam, hukuman bunuh sebab itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Daripada situlah, kita memerlukan kepada Perkara 76A (1) Perlembagaan (untuk memberikan kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang). Kalau itu lulus di Parlimen, barulah keseluruhan undang-undang itu dibuat dan prosesnya bergantung pada langkah-langkah ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim kata tidak boleh bawa rang undang-undang persendirian pada sidang Parlimen kali ini kerana jadual penuh? 

Kita ada masa. Tengok pada peraturan Parlimen, kita hanya perlu 14 hari daripada tarikh untuk dibentangkan dalam Parlimen. Parlimen sampai 9 April depan. Kita ada masa lagi.

Jadual kerajaan penuh, betul. Tapi kita boleh masuk usul pada bila-bila masa. Yang penting cukup masa 14 hari, lepas itu masalah naik atau tidak usul tersebut, itu isu kedua. Nak masuk usul, bila-bila masa boleh masuk.

Kenapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian, dan bukan Datuk Takiyuddin Hassan (ahli Parlimen Kota Bharu)?

Kelantan mencadangkan supaya Hadi yang bawa. Datuk Takiyuddin akan bawa Perkara 76A(1) sebab ia spesifik untuk Kelantan. Jadi kemungkinan wakil rakyat dari Kelantan akan bawa, tapi pindaan Akta 355 ini umum dan bukan spesifik di Kelantan jadi Hadi orang paling sesuai, itu pandangan kita.

Kenapa tidak berbincang dengan Pakatan Rakyat terlebih dahulu tentang pemilihan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bawa rang undang-undang persendirian di Parlimen?

Kalau kita bincang adakah Pakatan akan setuju? Saya nak cerita, DAP kata kita tak bincang dengan dia. Waktu bincang Khamis lepas, dua wakil Kelantan pergi iaitu Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan, Datuk Nasaruddin Daud bersama Datuk Takiyuddin memberi keterangan tentang ini (enakmen hudud). Dia (DAP) mengadu suruh kita buat macam ini, tetapi bila Takiyuddin tanya Gobind Singh (peguam DAP) "kalau kita ikut you punya cadangan, adakah you akan sokong?" Dia tak sokong juga. Jadi apa gunanya. Apa gunanya kita nak bincang, sebab dia tidak akan sokong juga.

Apa yang DAP bimbangkan? 

Itu saya tak tahu, awak kena tanya merekalah.

Tapi di laman sosial ada juga orang bukan Islam bising mengenai pelaksanaan ini?

Bukan orang bukan Islam, tetapi DAP. Orang bukan Islam tak ada (bising). Di Kelantan, awak boleh buat tinjauan, mereka OK dan tak ada masalah (dengan pelaksanaan hudud). Yang bising ialah ahli politik sebab mereka ada niat politik. Baca di Facebook, mereka ramai yang bukan Islam sokong.

Niat politik? Niat politik macam mana?

Itu saya tak tahu. Kena tanya DAP

Ada mereka beritahu tentang perkara yang mereka tak puas hati berkaitan rang undang-undang ini?

Tak ada. Alasan mereka macam ini, mereka kata tak bincang. Empat kali saya jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat. Empat kali saya berbahas, saya mewakili Kelantan. Dalam pertemuan ini semua hujah dia, dia tak boleh pertahan. Dia kata bukan rangka kerja dasar yang sama. Kita kata memang bukan, sebab hudud muncul 1993, masa itu Pakatan tak ada lagi. Jadi memang tidak akan ada dalam (dasar) itu. Jadi kita buat benda yang sudah memang ada.

Takkan bila ada Pakatan kita nak tinggalkan perjuangan kita. Masa saya mula-mula bentang di ibu pejabat DAP, kita berbahas dan masa itu Datuk Seri Anwar (Ibrahim) semua ada, akhirnya masa itu kita buat keputusan untuk setuju untuk tidak bersetuju dan Pakatan tak akan halang PAS untuk meneruskan agenda politik. Sangat jelas masa itu.

Kemudian, kita bincang lagi, dan dia kata benda ini (enakmen hudud) benda baru. Ini bukan yang baru, tapi ini pindaan kepada apa yang sudah ada pada 1993. Dia kata tak betul formatnya. Jadi, Takiyuddin tanya, "kalau ikut 100 peratus macam you nak, adakah akan sokong?" Mereka kata tak sokong juga. Jadi apa gunanya?

Harapan PAS pada PKR dalam isu ini? 

Kita hanya boleh berharap mereka (PKR) boleh ada faham dengan kita sebab kita pun banyak bertolak ansur contoh dalam isu pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita tak ganggu, walaupun kita tak setuju, kita tak bising, kita tak serang. Tak boleh ke kalau DAP ambil pendirian yang sama macam kita. Dia tak setuju, itu tidak apa. Tapi jangan serang, ugut, jangan tekan kita.

Kalau nak gaduh, dah lama kita boleh bergaduh dengan DAP mengenai isu PBT ini tapi sebab tak nak rosakkan Pakatan, kita ambil pendirian untuk senyap. Kita dah suarakan pendirian kita dan kemudian, senyap. Dan kita tak tekan, tak desak. Kalau Dap boleh ambil pendirian macam itu. Kita PAS bertolak ansur untuk Pakatan, isu Negara Islam, sanggup tukar jadi Negara Berkebajikan. Walaupun isinya sama tapi kita tukar juga, walaupun kita dimarahi pengundi kita. Isu kalimah Allah pun kita ambil pendekatan terbuka.

DAP mesti berani berdepan dengan pengundi, beritahu pengundi "Ini hak orang-orang Islam, undang-undang ini hanya untuk orang Islam kita tak perlu bimbang apa-apa biar PAS uruskan dengan orang Islam", itu sahaja yang kita harap tapi itu pun dia tak boleh buat, jadi kita nak kata apa? Maka serah pada DAP dan PKR untuk buat keputusan.



Layan......


p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Rabu, 18 Februari 2015

Kita hidup susah? Mari minta sedekah!

Assalamualaikum

Setiap hari kita risau pasal duit. Cukup ke bulan ni belanja banyak ni? Minggu depan nak makan apa? Kita memang selalu ditakutkan kalau takda duit tak bermakna hidup. Aku pun selalu macam tu. Padahal gaji cukup je tapi perbelanjaan tu yang melampau. Belanja lebih dari mampu.

Pastu kita rasa dunia ni tak adil, kenapa kita hidup susah. Setiap hari meratap nasib hidup. Belanja asyik tak cukup je. Yang takda kenderaan pulak, merintih bilalah nak merasa naik kereta, naik motor. Yang ada kenderaan pulak, merungut bilalah nak merasa naik kereta besar ni, motor besar ni. Sentiasa rasa tak cukup. Tapi pernah ke kita pikirkan pasal orang lain? Aku pun rasa macam tak cukup je kenderaan yang ada sekarang. Rasa kecik dan cemburu dengan member lain yang ada kereta besar. Padahal dulu sama-sama belajar, sama-sama tak cerdik. Hehehe tapi tengok member lagi berjaya dari kita. CEMBURU!

Tapi sedarkah kita, mereka berjaya dengan usaha sendiri, kita ni? Usaha pun sekadar cakap nak berusaha. Tindakan? TIADA.


Bila tengok gambar ni, aku tersedar. Betapa busuknya hati ni merintih nasib macam-macam. Sekurang-kurangnya aku ada kereta dan masih bujang, tapi keluarga ni? Adakah dorang tak berusaha? Tidak! Mereka telah berusaha dan mungkin hari ni rezeki mereka macam tu. Esok lusa??


Ya Allah, ampunkan hambamu ini...




p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Selasa, 17 Februari 2015

Benar atau palsu?

Assalamualaikum

3 minggu lepas, masa dalam perjalanan ke Bandar Baru Bangi, (lama peram gambar ni) ternampak aktiviti makcik ni, dipercayai bukan warga tempatan. Dalam keadaan cuaca panas terik, beliau berjalan ke setiap kereta untuk berjual beli (bukan minta sedekah). Tak tahulah nak kesian ke, nak marah ke nak apa. Kalau betul-betul susah, kita semua wajib bantu. Tapi kalau hanya sindiket, mana pihak berkuasa? Dan lebih malang kalau beliau dilanggar kenderaan lain.


Risau aku tengok.


Kasi zoom sikit. Banyak barang dia bawak tu.





Layan....

Khamis, 12 Februari 2015

Dilarang merokoklah!



Assalamualaikum

Semalam lepak kedai makan dengan Zainuddin. Tengah borak-borak, tiba-tiba brader meja sebelah start bakar rokok. Pastu yang lain pun ikut. Maka asap pun berderaian ke arah kami. Zainuddin pulak tengah batuk dan demam. Bagi aku perkara tu sangat kurang ajar. 

  1. Tempat awam
  2. Ada kanak-kanak


Aku bekas penghisap rokok sebelum ni. Alhamdulillah hampir 2 tahun berhenti membuatkan aku betul-betul menghargai diri. Tapi, masa aku sorang perokok, aku cukup berjaga-jaga dengan orang sekeliling aku. Nak hisap kat kedai makan, ambik meja yang paling hujung. Terutama di kedai mamak. Jika ada yang kurang selesa sekeliling aku, aku akan padamkan baranya. Sekarang ni nak bau asap rokok pun dah macam nak termuntah. Pening. Ada yang degil seperti :-

  1. Hisap rokok sambil berjalan-jalan di kaki lima kedai + waktu sesak
  2. Hisap rokok di dalam kawasan berpendingin hawa
  3. Hisap rokok ketika di taman permainan kanak-kanak
  4. Hisap rokok di premis menjual makanan
  5. Hisap rokok ketika jalan-jalan di pasar malam


bla bla bla bla banyak lagi.

Bukan nak cakap kita ni baik, tapi cubalah pikir kalau anak-anak kita merokok, adik-adik kita merokok, anak buah, dan ramai lagi yang bawah umur, mesti kita marah dan rasa nak pelempang. Tapi bila kita hisap sebelah mereka ni, sama seperti memaksa mereka hisap rokok secara tak langsung. Tergamak tak? Anak kau, tahu pulak tak bagi hisap rokok, tapi anak orang lain kau paksa telan asap tu?


Layan..........

Jumaat, 6 Februari 2015

Medan Selera IOI City Mall melampau?

Assalamualaikum

Cuti hari Isnin baru-baru ni dimanfaatkan sabaiknya. Aku bawa adik-adik jalan ke IOI City Mall. Puas berjalan, singgah ke medan seleranya, Food Junction @ IOI City Mall. Kami order makanan dari kedai berlainan. Nak banding harga.

Ghazni makan set nasi, RM 11.45 (termasuk cukai)
Nasi putih + sayur goreng belacan + ayam masak paprik + telur dadar + sup pedas



Amirah makan makanan Korea, RM 12 (kalau tak silap)
Ramyun + kimchi


Bila tengok harga yang Maha Mahal, aku terus batalkan niat nak makan masakan Jepun. Pusing-punya pusing, ternampak kedai nasi campur. Terus ambik lauk camni supaya harga tak lebih RM6 (nak sedapkan hati).

Nasi putih + tauhu 2 keping + telur goreng bersos
Simple kan lauk aku. Tapi korang nak tahu harga dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM 9.00 ye!! tidak termasuk cukai!!

Serius takda mood nak makan masa tu. Aku siap boleh tak sengaja tertengking bangla tu, MAHALNYA HARGA MAKANAN NI??!! Pastu kesian pulak tengok bangla tu sebab dia tak bersalah, buat muka kesian sangat. Aku yang emosional sangat. Hehehe. Ingat nak berjimat kalau ambik nasi campur. Sekali kena bedal jugak. Aku ambik nasi putih bukan nasi lemak. Resit tu tak betul.

Pastu lagi bertambah terkejut, tengok milo ais yang adik aku beli cawan plastik besar ni.

Comel tak? dan harga dia....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM 3.90 segelas tidak termasuk cukai!!!
kau rasa?






Layan..................

Khamis, 29 Januari 2015

Bandung vs Jakarta

Assalamualaikum

Mana lagi best, Jakarta ke Bandung? Hehehe bagi aku kalau nak beli-belah, Jakarta lebih murah dan berbaloi berbanding Bandung.


Kota Bandung



VS



Jakarta


Satu hari nanti nak pergi lagi tapi dengan keluarga + adik beradik. Hehehe


Layan........

Rabu, 28 Januari 2015

Pengintip (Spy) dari Israel dan Amerika?

Adik-beradik, Israel dan Amerika (USA)


Assalamualaikum

Aku baru perasan yang blogger.com ada menyediakan fungsi semak stats atau trafik. Hahaha aku masih tak begitu "power" lagi dengan blogger baru ni sebab baru aktif balik blogging. Tu takda masalah. Cuma yang jadi "kepelikan" aku adalah jumlah trafik yang agak melampau dari Amerika dan Israel. Adakah blog yang cikai ini diintip oleh pengintip mereka? Katakunci mereka yang masuk ke blog ni pun adalah nama blog ni (kayrolldin) seolah-olah memang sengaja masuk nak baca. Hiks. Dalam minggu ni, trafik dari Amerika melampau tinggi dan berada di kedudukan kedua selepas Malaysia. Israel dalam top 5. Risau pulak aku. Sebab apa ek?




Layan..............

Isnin, 26 Januari 2015

Quill City Mall, Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Semalam (Ahad), aku sempat singgah ke Quill City Mall, berlokasi di Jalan Sultan Ismail. Sempatlah pusing-pusing dalam tu. Ruang kedai yang amat besar serta ada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang "beroperasi" kat pusat beli-belah tu. Mari kita terjah! Cekidaut



Gambar hadapan Quill City Mall - sumber Google



Ruangan parkir yang luas dan mudah untuk diakses. Terdapat lampu yang akan bertukar warna untuk setiap lot parkir. Hijau bermakna ada kekosongan dan merah tanda sudah "diisi" dengan kenderaan. Hiks. Terdapat juga tanda arah bilangan parkir yang tinggal untuk setiap lorong.
Ketika ni caj parkir masih lagi percuma.



Ruang untuk menunggu lif. Macam hotel. Lif tersangat luas.



Maklumat setiap tingkat berhadapan lif - model segera untuk Quill City. Hahaha



Papan info - kurang jelas sebab tulisan kecik dan back ground hitam. Tak menarik



Dekorasi ni menarik. Dari tingkat atas menjulur ke bawah.



H & M - Semakin femes kan butik ni? Hahaha



Penyewa utama - AEON. Tapi warna jadi tema hitam pulak.



Tappers - Antara restoran yang terdapat kat dalam ni. Sempatlah merasa makan kat sini - 
review menyusul



Golden Screen Cinema - Besar tapi tengok dari luar je. takda cerita menarik pun masa tu.
 Mana-mana pusat beli belah sekarang memang perlu ada panggung wayang sebagai tarikan utama selain boling dan pusat permainan video serta karaoke. Eh?



KOMONOYA - seperti Daiso. Semua barang RM5 sahaja. Hahaha



Nasiblah aku... Jadi jurugambar peribadi Abang Wan.
Masa ni dekorasi Tahun Baru Cina.




Pemandangan lain sekitar pusat beli belah ini. Nampak mewah dan bergaya.
Dekorasi terkini.



Amek kau ada skrin besar - untuk pengiklanan ye, bukan filem percuma. kikikiki



Akhir sekali, bahagian tandas. Hehehe tempat yang memang wajib aku pergi jika "melawat" mall. Memang besar dan selesa. Paling utama, ada getah paip. Miahahaha kalau takda terus badmood tau. Hiks




Yang ni aku agak tak berkenan. Mall dah rasmi lama, tapi benda-benda macam ni tak boleh nak betulkan. Bukan satu-dua tempat je, tapi hampir setiap tingkat ada dan ia sangatlah merbahaya untuk dewasa dan tentulah juga kanak-kanak. Senang-senang je boleh tersadung. Bukan benda kecik tau tapi BATANG PAIP. Harap pihak pengurusan bubuhlah apa-apa pun untuk tutup benda ni bukan setakat tepek pelekat cinonet camtu je sebelum mendatangkan kecederaan serius kepada orang ramai. Selagi tak kenakan...



Komen aku:

  1. Memang banyak kedai dan sesuai untuk keluarga.
  2. Cuma susunan kedai je yang sedikit serabut. Ada kebarangkalian yang tak semua kedai kau akan dapat jenguk. Nak sesat pun boleh. Hahaha
  3. Perbanyakkan lagi tanda arah dalam Bahasa Melayu sebab pelanggan kau bukan semua faham bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
  4. Yang lain ok!


Layan............

Khamis, 15 Januari 2015

Nak pergi ke tak?

Assalamualaikum



22 - 24 Januari 2015 trip ke Langkawi kali ke-2 bersama sahabat Zainuddin. Yang ni dah plan lama. Nak naik AirAsia. Tapi aku semakin teragak-agak sama ada nak pergi ke tak sebab, NAIK KAPAL TERBANG. Walaupun dah berpuluh kali naik, aku tetap trauma dan rasa takut tiap kali nak menggunakan perkhidmatan awam yang boleh dikategorikan sebagai terselamat di dunia.

Masa usia kanak-kanak takda rasa takut pun malah selalu teruja. Balik kampung Kuantan je pun kerap naik flight. Tapi bila dah dewasa, keadaan cemas dan takut tu bertambah - padahal selalu usha website AirAsia. Lagi-lagi bila ada kes seperti MH370, MH17, QZ8501 dan kes-kes yang lain berkaitan dengan pesawat awam. Lagilah bertambah gerun. 

Kalau ikutkan memang tak nak pergi tapi jadi serba salah sebab sahabat aku, Zainuddin yang belanja tiket. Ermmm... kalau tak pergi mesti dia sangat kecewa. Adoi.... seram + takut + trauma + gayat = sama je maksud.


Air Asia


MAS

Ahad, 18 Julai 2010

Penyelarasan Subsidi : Satu Pandangan

6 Syaaban 1431H.
HASANHUSAINI,

Tanggal 4 jun 2008, Perdana Menteri malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak yang memecahkan rekod kenaikan harga bahan bakar itu, petrol 78 sen dan RM 1 bagi diesel. Mungkin itulah tanda terima kasih beliau kepada penyokong setia kerajaan dan mungkin juga sebagai ancaman kerana mempercayai janji Pakatan Rakyat. Walaupun alasan yang diberi ialah kerana kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, ramailah yang bangkit menentang, berpiket dan menganjurkan tunjuk perasaan. Tidak kurang juga yang bersedia dengan pelan perancangan hidup baru, mungkin merancang untuk kembali menunggang motosikal, berbasikal atau bersunnah dengan menunggang kuda. Yang malang ialah mereka yang bersetuju malah membela keputusan kerajaan menaikkan harga emas cecair itu.

Julai 2010. Harga barang naik lagi dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar. Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik dikampung yang perlu diajak berjimat. Bahkan para pembesar nun disinggahsana yang wajib turun merasai bagaimana lazatnya nasi putih beras usang bersama ulam pucuk ubi kayu.

baca selanjutnya di, Cina Islam.