VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Khamis, 7 Mei 2009

Sidang DUN Perak yang kecoh!



























Beginilah keadaan sidang DUN Perak yang sedang berlangsung ketika ini. Perebutan kuasa antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Sumber gambar dari blog CinaIslam.



The World is Watching!
The World is Watching!
The World is Watching!
The World is Watching!

Ya Allah, selamatkan Malaysia!!!!!!!!!!!



Layan............

Selamat tinggal rumahku....

Ya, aku dan kawan-kawan akan tinggalkan rumah sewa yang kami sewa hampir 3 tahun ni. Sebab apa? Sebab kami tidak mampu lagi bayar sewa yang agak tinggi oleh kerana rakan yang keluar meniggalkan kami. Kami tidak mampu lagi membayar sewa RM750. Jika sebelum ini, kami berkongsi dengan 7 orang, kini kami perlu berkongsi dengan hanya seramai 4 orang. WTF?? Mahal dowh!

Jadi, dengan secara rasmi dan sukarelanya, kami akan keluar dari rumah sewa ni hujung bulan, secara beramai-ramai. Terima kasih kepada tuan rumah yang banyak bersabar dengan kerenah kami selama ini.. Selama tinggal rumahku...

p/s: Rumah ni banyak menyusahkan meniggalkan kenangan manis buat aku. Persahabatan, kesabaran, pergaduhan dan banyak lagi.

p/s: Ada seorang rakan blogger dari Santa Clara, USA yang selalu lawat blog aku. Boleh tahu siapa anda?

Layan....

Selasa, 5 Mei 2009

Happy Mother's Day!



Selamat Hari Ibu kepada ibuku yang tersayang...


Wan Faizah Bt. Wan Abd Majid
50 tahun (2009)
29 November 1959


p/s: Aku beli hadiah untuk mak aku tapi tak bagi tahu pun sebab apa hadiah tu. Adakah aku ego?

p/s: Aie mesti nak tiru lepas ni. Hahaha... Sakinah, bila lagi?

p/s: Kak Nur bagi apa kat ibu tercinta? Bagi jer Haze tu terus. Heheheh..

p/s: Ada orang cakap, kenapa tak beli hadiah atau kenang jasa ibu setiap hari? Kenapa nak tunggu Hari Ibu baru nak buat? Aku balas,

"Ingat aku banyak duit nak beli hadiah setiap hari? Bagi hadiah tak semestinya tanda sayang. Lagi pun, aku tak tinggal dengan mak aku. Macam mana nak jumpa selalu? Salah ker?" Hahahaha... Peace no war kepada mangsa carutan tu... Huhuhu.."




Layan...

Isnin, 4 Mei 2009

Dilema Pencinta Buku

Aku terbaca laporan oleh sebuah akhbar utama berkaitan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia yang masih rendah menurut mereka. Hanya 10 hingga 20 peratus (aku lupa peratus sebenar) sahaja rakyat Malaysia mengamalkan tabiat membaca, terlalu kurang peratusnya jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Peratus yang sedikit ini membuktikan rakyat Malaysia tidak menjadikan membaca itu satu tabiat menurut kajian mereka dan rakyat Malaysia tidak gemar buku-buku berbentuk ilmiah. Mereka lebih gemar buku-buku bercorak hiburan semata-mata.

Sedih aku baca artikel ni sebab ramai sangat dikalangan kita, terutamanya "pengkaji-pengkaji peratus" yang suka membuat sesuatu peratusan tanpa membuat kajian yang mendalam, tetapi hanya mengeluarkan peratusan yang bersifat luaran.

1) Adakah kerana kita tidak membaca sebuah buku sehari dianggap tidak cintakan ilmu?

2) Adakah kerana kita tidak membeli buku Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam kita dianggap tidak gemar buku ilmiah atau tidak minat membaca?

3) Adakah kerana ita membeli buku-buku seperti Mangga, Mempelam, Durian, Hai, Hoi, kita dianggap hanya memntingkan hiburan?

Tidak adil bagi rakyat Malaysia jika peratusan macam ni diambil sebagai sebab mutlak kepada tabiat membaca rakyat Malaysia.

Akibat dari kajian peratusan ini, ramai diantara rakyat Malaysia yang menjadikan ia sebagai rujukan atau "bahan bukti" untuk menidakkan kemampuan diri sendiri. Ramai juga antara kita membandingkan negara sendiri dengan negara lain kononnya mereka lagi hebat. Ada pula yang meletakkan di dalam blog mereka peratusan ini semata-mata untuk menunjukkan yang memang terbukti rakyat Malaysia tidak suka membaca! Adakah etika seperti ini adil dan bertanggungjawab?

Sepanjang 10 hari aku bekerja sebagai penjual buku di Pesta Buku Antarabangsa Antarabangsa, banyak benda yang aku pelajari. Banyak ragam manusia yang aku perhatikan. Dengan jumlah pelawat harian mencecah 50,000 hingga 70,000 orang, tidak termasuk hujung minggu, adakah kita boleh menganggap yang rakyat Malaysia tidak gemarkan buku dan membaca? Rata-rata pengunjung, pelawat, pembeli, pemerhati dan pembawa yang datang, mereka bukan datang berseorangan, tapi mereka datang dengan keluarga, rakan-rakan dan ibu bapa. Adakah ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak gemar membaca?

Aku dapat simpulkan beberapa sebab kenapa peratusan kajian itu tidak memihak kepada rakyat Malaysia. Ia bukanlah mahu menegakkan benang yang basah tetapi ia adalah lebih kepada memaklumkan kepada mereka-mereka yang suka menyanjung orang lain dan menidakkan kemampuan diri sendiri.

1) Rata-rata buku berbentuk ilmiah yang dijual di Malaysia adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan buku bercorak hiburan. Sebab apa ramai orang datang ke pesta buku? Sebab dorang mahukan harga yang murah! Kalau beli di luar, kita tidak akan dapat buku Al Islam serendah RM2 sebuah! Walaupun buku-buku lama, tetapi apa yang penting bagi pencinta buku ini adalah harga yang murah! Ada jugak aku tengok yang mengambil kesempatan dengan menjual buku pada harga yang agak tinggi dari harga buku sebenar kerana mereka tahu, rakyat Malaysia akan tetap beli.

Jika ada yang membandingkan Malaysia dan Singapura, dengan mengatakan harga buku mereka lagi mahal dari kita, tetapi sedar tak, rata-rata rakyat Singapura mempunyai pendapatan yang tinggi! Tidak seperti kita. Kenapa taknak bandingkan dengan Indonesia? Mereka negara susah atau miskin. Tetapi peratusan membaca buku agak tinggi dari negara kita. Sebab apa? Sebab harga buku-buku dorang berkali-kali ganda murah dari buku kita!

2) Keadaan buku yang langsung tidak menarik dan buku-buku yang diterbitkan adalah sekadar mahu mengisi masa lapang penulis itu sendiri. Cuba bandingkan dengan majalah Mangga, Hai, Gempak atau majalah hiburan yang lain. Terlalu berbeza dengan majalah ilmiah yang lain. Buku-buku ilmiah memang dapat kita bezakan dengan buku-buku hiburan. Yang mana kita akan nampak dulu kalau masuk kedai, ilmiah atau hiburan? Sebab apa Majalah Mastika dari dulu sampai sekarang popular? Sebab majalah ni memang menarik!

Perhatikan buku-buku ilmiah dari Indonesia seperti Fiqh Sunnah, Al Umm, dan Riyadhusolihin, berwarna warni! Sungguh menyelerakan kalau di pandang! Mereka cuba sedaya upaya untuk menarik minat orang ramai membaca. Mereka bukan menerbitkan buku-buku untuk suka-suka dan mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada niat untuk menyampaikan dakwah!

3) Buku yang baik dan popular, harga mesti mahal dari buku lain. Kebanyakkan buku yang dijual sekarang, kalau semakin laris, semakin mahal! Lagi-lagi kalau ia adalah cetakan kedua atau seterusnya. Jika setiap kali cetakan, harga buku meningkat RM2, cuba bayangkan harga buku itu jika ia adalah cetakan yang ke-12. Ini semua adalah semata-mata mahu mengaut keuntungan! Yang jadi mangsa adalah rakyat bawahan yang mahukan buku tersebut tapi tidak mampu. Selepas itu, keluar peratusan tabiat membaca yang semakin tinggi indeksnya.

4) Taraf hidup rakyat Malaysia adalah tinggi, tidak selari dengan pendapatan mereka. Mereka bukan tidak minat kepada buku, tetapi bagi mereka, lebih baik utamakn yang utama seperti, makanan, tempat tinggal, rumah dan pakaian.

Rata-rata yang membeli buku ketika di pesta buku, adalah dari kalangan mereka yang masih belajar dan golongan profesional yang berada. Kalau orang kebanyakan, mereka lebih suka beli buku-buku hiburan yang lebih murah atau meminta diskaun sehingga 70% untuk buku-buku ilmiah. Kalau bagi diskaun sampai 70% peratus pun, belum tentu harga buku tu boleh cecah RM15 ke bawah.

Alasan klise penerbit buku yang menjual mahal buku-buku meraka adalah kerana kos untuk menerbitkan buku adalah tinggi! Ada juga mengatakan lagi tebal buku tersebut, makin mahal. Bagi aku, ia bukan masalah kos tetapi lebih kepada ketamakan sahaja. Jika benar, kenapa Majalah Al Islam yang hanya ada lebih kurang 80 muka surat bergambarlebih mahal dari Majalah Mangga yang boleh mencecah sehingga 150 muka surat bergambar? Aku rasa itu semua alasan je. Kalau kos meningkat, dan syarikat penerbitan kerugian, kenapa untuk pesta buku 2009, ada lebih 100 syarikat penerbitan baru mengambil bahagian. Kenapa? Kerana mereka tahu pasaran buku di Malaysia sekarang ni memang cerah! Kalau rugi, mesti dah lama mereka tutup syarikat!

5) Buku dari luar walaupun murah, tetapi tetap mahal jika berada di dalam negara. Ada rakan mengomel, kalau buku dari luar lagi murah, kenapa rakyat Malaysia tidak sahaja membeli buku terbitan luar negara tersebut? Sebab apa mereka tidak membeli? Sebab harga buku itu akan naik lebih kurang 300% hingga 500% sebuah bergantung kepada populariti dan ketebalan muka surat. Sebagai contoh, ada buku agama dari Indonesia berharga cuma RM15 sebuah. Ketebalan muka surat lebih kurang 400 hingga 500 muka surat. Sampai di Malaysia, ia akan jadi lebih kurang RM90. Adakah ia adil untuk rakyat Malaysia?

p/s: Aku sedih tengok kegigihan seorang mahasiswi OKU dari UPM yang datang nak beli buku tapi buku yang lecturer cadangkan tu agak mahal. Merayu-rayu mintak turun harga buku. Empat kali pergi balik mintak kurangkan harga buku. Last-last, dia bukak dompet dia depan aku cakap memang duit dia ada banyak tu je! Habis dia tunjuk berapa semua duit syiling yang tinggal. Tapi apakan daya, aku bukan BOS! Akhirnya aku bagi potongan 30% tanpa rujuk bos.

p/s: Ada juga yang tawar menawar harga Al-Quran sampai tak masuk akal. Aku cadangkan kalau nak murah skit, amiklah Quran harga RM18. Yang kulit tebal tu memang mahal. RM35 sebuah. Pakcik tu cakap, Quran RM18 tak cantik, yang RM35 tu cantik. Dia nak RM35 jadi RM20. Apa kejadahnya semua ini?

p/s: Dah lama tak tulis entri panjang-panjang. Hehehehe..


Layan......

Ahad, 3 Mei 2009

Lagi lagi filem!



X-Men Origins - Wolverine

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang sejarah awal Wolverine, sang manusia Serigala Dua puluh tahun sebelum bergabung dengan kumpulan X-Men. James Howlett atau yang lebih dikenal sebagai Logan adalah seorang tentera. Akibat salah faham, Logan meninggalkan kumpulan tentera elit ini dan bekerja sebagai penebang pokok (bodoh jer kerja selepas pencen)

Selepas mendapat tahu isterinya di bunuh oleh Victor, dia terus menanam hasrat untuk membalas dendam. Ketika inilah dia disuntik logam admantium oleh sape ntah nama dia untuk bertukar menjadi serigala logam bertujuan membalas dendam ke atas pembunuh isteri dia. Apa kesudahannya?

Komen:

Keseluruhan filem memang gempak! Aku bagi 4 bintang sebab tiada tanda-tanda aku akan boring dari mula filem sampai akhir. Terlalu banyak aksi sampai aku tahan nak pergi tandas, takut terlepas babak-babk penting. Untuk yang baru bercadang nak pergi menonton filem ni, anda perlu menyediakan mental dan fizikal anda untuk filem ini dan jangan mengelamun sebab setiap plot adalah penting! Kalau tak faham, tengok sekali lagi, muahahahaha!!!

Tapi takkan nak puji je kot? Bagi aku watak isteri Wolverine agak kaku dan macam takda perasaan langsung. Mungkin ikut arahan pengarah kot. Yang lain ok jer.. Filem ini terlalu kurang adegan berahi atau lebih tepat seks dan sebab itulah ia memang sesuai ditonton oleh semua peringkat umur. Jangan risau nak tengok dengan parents atau adik-adik korang..







Layan...