VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 10 Februari 2015

Nak tolong adik beradik.

Assalamualaikum




Aku nak tolong promosi facebook kakak aku. Hehehe beliau ada jual replika beg dari jenama terkenal. Harga Insyaallah berpatutan dan kualiti terjamin. Meh jenguk facebook beliau, Masita Kamaruddin (klik link) untuk koleksi terkini.

Terima Kasih



Layan.......

Isnin, 9 Februari 2015

Isnin hingga Jumaat je...



Assalamualaikum peminat semua (poyo)

Aku ada masalah nak update blog kalau hari Sabtu dan Ahad sebab laptop problem. Rosak dah lama tapi belum berkesempatan nak baiki sebab aku fikir, bukan keperluan buat masa ni. Bila fikir balik, susah jugak kalau tak ada laptop ni sebab payah nak update blog, nak balas email, nak edit gambar percutian, tengok filem.

Aku sekarang ni update blog kat opis je waktu petang. Kadang-kadang masa tengah ada kerja tiba-tiba banyak pulak idea nak menulis tapi bila dah petang "line clear" terus lupa apa nak kongsi kat blog. Akhirnya baca blog orang je. Hiks. Teringin nak beli laptop baru tapi kewangan belum mengizinkan.

Ada sesiapa nak taja laptop kat aku? larekk

p/s: Ada sesiapa pakar komputer? Hubungi 013-282 5823














Layan................

Jumaat, 6 Februari 2015

Medan Selera IOI City Mall melampau?

Assalamualaikum

Cuti hari Isnin baru-baru ni dimanfaatkan sabaiknya. Aku bawa adik-adik jalan ke IOI City Mall. Puas berjalan, singgah ke medan seleranya, Food Junction @ IOI City Mall. Kami order makanan dari kedai berlainan. Nak banding harga.

Ghazni makan set nasi, RM 11.45 (termasuk cukai)
Nasi putih + sayur goreng belacan + ayam masak paprik + telur dadar + sup pedas



Amirah makan makanan Korea, RM 12 (kalau tak silap)
Ramyun + kimchi


Bila tengok harga yang Maha Mahal, aku terus batalkan niat nak makan masakan Jepun. Pusing-punya pusing, ternampak kedai nasi campur. Terus ambik lauk camni supaya harga tak lebih RM6 (nak sedapkan hati).

Nasi putih + tauhu 2 keping + telur goreng bersos
Simple kan lauk aku. Tapi korang nak tahu harga dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM 9.00 ye!! tidak termasuk cukai!!

Serius takda mood nak makan masa tu. Aku siap boleh tak sengaja tertengking bangla tu, MAHALNYA HARGA MAKANAN NI??!! Pastu kesian pulak tengok bangla tu sebab dia tak bersalah, buat muka kesian sangat. Aku yang emosional sangat. Hehehe. Ingat nak berjimat kalau ambik nasi campur. Sekali kena bedal jugak. Aku ambik nasi putih bukan nasi lemak. Resit tu tak betul.

Pastu lagi bertambah terkejut, tengok milo ais yang adik aku beli cawan plastik besar ni.

Comel tak? dan harga dia....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM 3.90 segelas tidak termasuk cukai!!!
kau rasa?






Layan..................

Perangai Aneh Pekerja Malaysia

Assalamualaikum

Pagi ni nak mengomel sikit + maki hamun + meluahkan rasa tak puas hati. Hari ni aku sampai lewat ke opis. Tapi bukan masuk lewat. Biasanya dalam jam 7.45 pagi dah sampai. Tadi aku sampai jam 7.55 pagi. Waktu kerja bermula jam 8.00 pagi. Kalau sampai awal, sempatlah beli makanan untuk sarapan. Jadi, disebabkan tak berapa nak awal, aku terus buat kerja apa yang patut bila sampai kat opis. Sedar-sedar je dah jam 8.45 pagi. Perut mula menyanyi riang. Kemas-kemas sikit meja, terus menuju ke cafe di tingkat bawah dengan harapan masih sempat membeli sarapan.

Dengan berhati-hati menuju ke cafe supaya tak terserempak dengan pegawai-pegawai besar (pengawas) yang bila-bila masa sahaja boleh buat laporan pasal kita. Sampai je kat cafe, terkejut aku tengok punyalah ramai makhluk berjantina jantan yang tanpa segan silu melepak sambil bergelak pontianak kat suatu sudut. Kat jari pulak, masing-masing ada sebatang rokok - padahal cafe ni kawasan larangan merokok dan berpendingin hawa. Memang jenis tak reti bahasa. Adalah dalam 7-8 orang yang melepak tu.

Aku beli makanan terus naik ke opis semula. Kecewa dan geram. Tu je yang nak melalut pagi ni. Sekian.

Kalau orang kata kita mundur + pemalas - kita marah


Layan...........

Khamis, 5 Februari 2015

Nampak sama tapi tak serupa.

Assalamualaikum

Lama aku bercuti, 5 hari. Pergi Melaka dan Johor melawat saudara dan rakan yang sakit. Selama tu jugaklah aku tak sempat nak belek-belek blog orang. Hehehe. Hari ni baca blog Kakcik Seroja. Dapat tahu beliau baru pulang dari Vietnam. Dalam banyak-banyak gambar dalam posting tu, tertarik dengan sebuah gambar.



Tertarik dengan gambar bangunan tu, terus Google maklumat pasal bangunan tu. Dan ini hasilnya.


Menara Bitexco Financial, Ho Chi Minh Vietnam

"Bitexco Financial Tower is a skyscraper in Ho Chi Minh City, Vietnam, owned by Bitexco Group, a Vietnamese company. With 68 floors above ground and three basements, the building has a height of 262.5 metres (861 ft), making it the 124th tallest building in the world. The tower was made by the French company AREP and architects J.M. Duthilleul, E. Tricaud and Carlos Zapata. World renowned Venezuelan architect Carlos Zapata, who was behind Bitexco Financial Tower, drew inspiration for this skyscraper’s unique shape from Vietnam’s national flower, the Lotus.[citation needed] The tower was the tallest building in Vietnam from 2010 to early 2011 when Keangnam Hanoi Landmark Tower topped out on 24 January 2011.

The tower was officially inaugurated on October 31, 2010."


Tiba-tiba teringat kat Malaysia. 


Menara Telekom, Bangsar Kuala Lumpur

"The Telekom Tower (Malay: Menara Telekom) is a skyscraper in Malaysia. It is 310 m (1,017 ft) tall, has 55 floors, and is shaped to represent a sprouting "bamboo shoot". It is located along the Federal Highway, Sprint Expressway and Jalan Pantai Baharu and is served by the Rapid KL Kerinchi, LRT station. It was designed by Hijjas Kasturi Associates and was constructed between 1998 and 2001 by Deawoo Construction. The building was officially opened on 11 February 2003 by fourth Malaysian Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohammad.

The complex also includes a theatre able to seat a 2,500 audience, a large prayer hall (surau) and a sports facility. A unique feature of the tower is its 22 open skygardens alternating every three floors. The office floors are separated into north and south wings served by express double-deck elevators.

Near the building is Kerinchi Pylon, the tallest electricity pylon in Southeast Asia."


Hehehe kebetulan hampir sama reka bentuk walaupun arkitek berlainan. Insyaallah tahun ni nak selfie jugak macam Kakcik Seroja kat sana. Eh?


Layan............