VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 26 Januari 2015

New World Trade Center, Bangkok, Thailand. Seram tak?

New World Trade Center, Bangkok Thailand


Assalamualaikum

Saja nak berkongsi sebuah lokasi yang agak unik di Bangkok, Thailand. Tak pernah pergi pun tapi pernah terbaca artikel pasal Mall ni sebelum ni. Tadi sekali lagi ada terbaca di Harian Metro Online, terus teringat nak buat posting pasal Mall yang unik dan jadi tempat tumpuan pelancong ni.



Jelas nampak usang.



New World Trade Center (NWTC) adalah sebuah pusat beli belah terkenal di Bankok, Thailand (ada yang mengatakan antara pusat beli belah terbesar ketika itu) pada masa tu. Tahun dibina, 1982 (aku tak lahir lagi) tetapi ia ditutup sepenuhnya pada tahun 1997 akibat kemelesetan ekonomi dan terus terbiar sehinggalah dua tahun kemudian satu kejadian kebakaran besar telah menyebabkan hampir keseluruhan bumbung NWTC ni runtuh. Akibat dari kejadian bumbung runtuh itu, ruang dalaman NWTC telah ditenggelami air. Semakin lama semakin banyak air yang bertakung sehinggakan terbentuk sebuah kolam yang besar.







"Gambar sumber google"



Penduduk sekitar yang risau tempat itu jadi pembiakan nyamuk dan larva akibat tiada tindakan dari pihak berkuasa telah meletakkan pelbagai jenis ikan antaranya talapia, karp dan keli. Semakin lama, semakin banyak ikan-ikan itu membiak dengan subur. Ada yang mengatakan ada lebih 3000 ekor ikan di dalam "aquarium gergasi" itu.

Akhirnya, tempat itu telah menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tetapi, tapak "aquarium gergasi" itu bakal diruntuhkan pada tahun ini untuk tujuan pembangunan lain... Maka berakhirlah kisah sebuah mall yang hebat pada suatu ketika masa dahulu...






"Menjadi tempat tarikan pelancongan"
sumber google


Petikan dari Harian Metro Online

"Bagaimanapun, bekas tapak pusat beli-belah ini sudah sedia untuk diruntuhkan. Hujung minggu lalu, pekerja bekerjasama membersihkan kawasan seperti kolam itu. Berbekalkan jaring, lampu kepala dan but kalis air mereka menang­kap semua benda hidup di dalamnya. Air yang bertakung kemudian disalurkan keluar mengguna pam dan vakum. Bangunan pusat beli-belah pakaian New World yang tidak berbumbung itu musnah akibat satu kebakaran lebih 10 tahun lalu. Ramai yang datang untuk menyaksikan usaha pembersihan itu dijalankan. Pihak berkuasa bimbang struktur bangunan itu runtuh bila-bila masa lebih-lebih lagi dengan eskalator dan laluan pejalan kaki sudah hampir roboh. Malah, yang lebih membimbangkan, kawasan terbiar ini boleh menjadi sarang penyakit. Ikan yang ditangkap dalam operasi pembersihan minggu lalu dijual kepada pelancong. Bangunan yang dibina pada 1982 ini akan sentiasa diingati penduduk tempatan sebagai antara mercu tanda Bangkok ketika zaman kegemilangannya."




Usaha menangkap ikan sedang giat dijalankan...


Artikel lain yang berkaitan, boleh rujuk link.












Layan...........................

Jumaat, 23 Januari 2015

Dataran Gemilang, Putrajaya

Assalamualaikum

Setiap hari Ahad untuk bulan Januari 2015, aku akan meniaga Air Batu Campur (ABC) di Dataran Gemilang Putrajaya (rujuk link) 


  1. Lokasi
  2. Penerangan ringkas


Meniaga untuk sebulan je sebab lesen dikeluarkan setiap bulan. Kalau ada berhampiran, silalah jangan malu atau segan untuk singgah. Heheheh





Sambil bawak anak-anak mandi, bolehlah beli-belah barang/makanan dan menyaksikan persembahan artis yang berlainan setiap minggu. Setiap hari Ahad memang ada orang meniaga tapi peniaga akan bertukar setiap bulan.



Sekadar gambar hiasan je,,,, Hehehe aku jual dalam bentuk "cup" je...



Kebetulan minggu ni kawan adik aku nak tumpang gerai aku untuk jual Pisang Goreng Cheese ni. 



Layan..........

Berbaloi ke tak?

Assalamualaikum

Pagi tadi rasa-rasanya terlewat sikit je nak ke cafe beli sarapan. Biasa sebelum kul 8 pagi dah terpacul kat cafe. Tapi hari ni jam 8.20 barulah berkesempatan ke cafe. 

Maaf video senget. Hahaha.
Nasi putih + ayam goreng cinonet + kuah dari lebihan lontong + telur goreng
= RM 4.50

Dahlah tinggal sikit je lauk tapi harga taknak kurang langsung..... erm.... sabar jelah....


Layan..........

Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29)

Assalamualaikum

AJL29 dah melabuhkan tirai. Rumah dah siap, pahat berbunyi. Hehehe biasalah mana-mana acara besar secara langsung macam ni. Yang betul-betul berkesan di hati bukanlah persembahan artis, tapi lebih kepada Datuk Vida (PAMOGA - QU PUTIH). kikiki Melekat terus tagline tu dalam kepala aku. 

Taknak cerita panjang, cuma nak tanya, kenapa kurang liputan mengenai kemenangan Shila Amzah eh? Betul ke dia kena pulau dengan wartawan? Hehehe saja nak bakar line. Kasi panas...



Shila Amzah.
Pape pun tahniah...


Layan.............

Khamis, 22 Januari 2015

Sambutan Hari Lahir 2015

Assalamualaikum.... 

Hari Selasa lepas, 20 Januari 2015 adalah hari lahir aku yang ke-??... Hehehe masih muda cuma bertambah umur. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk tengok dunia ni. Kebetulan lepas balik dari opis (dapat cuti kerana lelah tu), aku terlelap sebab makan ubat. Sedar-sedar dah pukul 5 petang.

Kebetulan lagi dapat call dari Abang Noraidi cakap nak belanja makan sempena hari lahir aku. Kebetulan-kebetulan lagi hari tu dia free sebab esoknya tak jadi meniaga (abang ni jual nasi lemak kukus yang teramat sedap di Medan Selera Down Town Cheras bersama rakan kongsi, Abang Ramlee dan aku pelaggan tetap dorang). Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku terus bersiap untuk ke rumah Abang Noraidi kat Kajang. hew hew

Ajak sekali Abang Wan supaya lebih meriah. Sampai sana lepak-lepak jap terus ke Taman Kosas Ampang ambik Ustaz Fuad pulak (Ustaz yang mengajar kat Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul Ulum (rujuk link). Jadi semuanya 5 orang yang besar gedabak naik sebuah kereta. Huhuhu

Lokasi makan malam kami adalah di 


Fiske Steakhouse, AU2 Keramat. 
Link Facebook


Dari kiri, Abang Ramlee, Ustaz Fuad, Abang Wan, Abang Noraidi dan aku.


Breaded Chicken Chop + Salad + Fries.
Memang sedap!


Kek segera ni ada jual jugak kat restoran ni. Ustaz Fuad belikan cuma tak tahu namanya. Makan je tau. Hehehe


Garlic Bread with Mushroom soup. 
Nampak biasa tapi rasa amat berbeza dengan yang lain.


Speghetti Cheese
Sedikit muak kalau nak habiskan. Sedap memang sedaplah.


Melayan perasaan Abang Wan ni... asyik dengan HP. kui kui kui


Secara keseluruhan restoran ni bagus, makanan sedap. Cuma bila orang terlalu ramai kau akan jadi kurang selesa dan rasa nak pengsan. Mungkin kebetulan hari tu aku kurang sihat kut. (banyaknya kebetulan kan). Harga boleh tahan mahal. Hehehe gulp... takpa orang belanja kan...



Yang ni gambar bersumberkan Google. 


Layan..........