Semalam (Ahad), aku sempat singgah ke Quill City Mall, berlokasi di Jalan Sultan Ismail. Sempatlah pusing-pusing dalam tu. Ruang kedai yang amat besar serta ada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang "beroperasi" kat pusat beli-belah tu. Mari kita terjah! Cekidaut
Gambar hadapan Quill City Mall - sumber Google
Ruangan parkir yang luas dan mudah untuk diakses. Terdapat lampu yang akan bertukar warna untuk setiap lot parkir. Hijau bermakna ada kekosongan dan merah tanda sudah "diisi" dengan kenderaan. Hiks. Terdapat juga tanda arah bilangan parkir yang tinggal untuk setiap lorong.
Ketika ni caj parkir masih lagi percuma.
Ruang untuk menunggu lif. Macam hotel. Lif tersangat luas.
Maklumat setiap tingkat berhadapan lif - model segera untuk Quill City. Hahaha
Papan info - kurang jelas sebab tulisan kecik dan back ground hitam. Tak menarik
Dekorasi ni menarik. Dari tingkat atas menjulur ke bawah.
H & M - Semakin femes kan butik ni? Hahaha
Penyewa utama - AEON. Tapi warna jadi tema hitam pulak.
Tappers - Antara restoran yang terdapat kat dalam ni. Sempatlah merasa makan kat sini -
review menyusul
Golden Screen Cinema - Besar tapi tengok dari luar je. takda cerita menarik pun masa tu.
Mana-mana pusat beli belah sekarang memang perlu ada panggung wayang sebagai tarikan utama selain boling dan pusat permainan video serta karaoke. Eh?
KOMONOYA - seperti Daiso. Semua barang RM5 sahaja. Hahaha
Nasiblah aku... Jadi jurugambar peribadi Abang Wan.
Masa ni dekorasi Tahun Baru Cina.
Pemandangan lain sekitar pusat beli belah ini. Nampak mewah dan bergaya.
Dekorasi terkini.
Amek kau ada skrin besar - untuk pengiklanan ye, bukan filem percuma. kikikiki
Akhir sekali, bahagian tandas. Hehehe tempat yang memang wajib aku pergi jika "melawat" mall. Memang besar dan selesa. Paling utama, ada getah paip. Miahahaha kalau takda terus badmood tau. Hiks
Yang ni aku agak tak berkenan. Mall dah rasmi lama, tapi benda-benda macam ni tak boleh nak betulkan. Bukan satu-dua tempat je, tapi hampir setiap tingkat ada dan ia sangatlah merbahaya untuk dewasa dan tentulah juga kanak-kanak. Senang-senang je boleh tersadung. Bukan benda kecik tau tapi BATANG PAIP. Harap pihak pengurusan bubuhlah apa-apa pun untuk tutup benda ni bukan setakat tepek pelekat cinonet camtu je sebelum mendatangkan kecederaan serius kepada orang ramai. Selagi tak kenakan...
Komen aku:
- Memang banyak kedai dan sesuai untuk keluarga.
- Cuma susunan kedai je yang sedikit serabut. Ada kebarangkalian yang tak semua kedai kau akan dapat jenguk. Nak sesat pun boleh. Hahaha
- Perbanyakkan lagi tanda arah dalam Bahasa Melayu sebab pelanggan kau bukan semua faham bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
- Yang lain ok!
Layan............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan