Assalamualaikum
Disebabkan hari Khamis ni akan bercuti panjang, mari kita buat posting bertubi-tubi. Hehehe. Aku ada buat bisnes "tempahan ABC" untuk sebarang majlis. Kalau nak boleh
SMS/Whatsapp di 013 - 282 5823.
Tapi entri kali ni bukan nak cerita sangat pasal bisnes ni, tapi lebih kepada adik bongsu aku, Ahmad Ghazni. Berusia 13 tahun (tingkatan 1) dan bersekolah di SMK Putrajaya (2).
Walaupun berstatus adik bongsu, tapi jaranglah dapat kelebihan. Hehehe. Semua sama rata. Cuma kadang-kadang perhatian tu lebihlah daripada mak aku. Aku selalu pesan kat dia, kalau nak sesuatu kena usaha sendiri. Jangan minta-minta dengan orang. Tapi bila kanak-kanak, "minta-minta" tu tak lepaslah dari mulut dia... Adat...
Cuma aku cakap, kalau nak sesuatu contoh duit lebih, kena bantu aku kerja. Hahaha ni adalah salah satu yang dia kena bantu, JAGA GERAI ABC. Kadang-kadang buat pelamin pun dia kena tolong. Aku bayarlah upah sikit. Bagi dia semangat sikit. Hahaha. Tapi dia ni memang rajin. Dari kecik ikut aku pergi mana-mana. Aku pernah kerja kedai runcit pun dia ikut. Hehehe kenangan. Aku rapat dengan dia dan adik perempuan aku berbanding adik-beradik lain.
Berjam-jam duk situ tak merungt pun.
Pembantu yang ceria! Manis
Mak selalu pesan, kalau apa-apa berlaku, utamakan adik bongsu dan adik perempuan aku, Farah Amirah... Dorang kategori kecik lagi. Insyaallah aku tak akan abaikan dorang.. Sayang semuanya...
Layan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan