VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 4 Februari 2009

Syukur...

- PTPTN dah masuk pagi tadi.
- duit kolej da bayar. lagi RM500 lepas final.
- duit kawan, dan broadband langsai sikit.
- duit sewa rumah da bayar.
- barang-barang peribadi dah langsai.
- hadiah untuk Ma dan Abah pun dah beli.

simpan sikit untuk bulan february.

Layan.....

Selasa, 3 Februari 2009

Kerja Kosong!

Perhatian Kepada Pelajar IIC!!

Pihak kami sedang mencari pelajar IIC yang berkebolehan dalam bidang komunikasi dan penyampaian untuk menyertai kami dalam bidang facilitator.

Syarat-syarat:

1) Lelaki dan Perempuan sahaja.
2) Pelajar IIC, semester 5 dan ke bawah.
3) Menyayangi kanak-kanak dan menghormati yang lebih tua.
4) Sanggup dihantar ke mana-mana untuk bertugas.
5) Tidak cerewet dalam pembahagian tugas dan gaji.

Cara untuk memohon:

1) Ambil borang di STAD, tingkat 3.
2) Kembalikan semula di STAD sebelum 13 February 2009.

Makluman

- Borang terhad kepada 25 calon
- Temuduga akan diadakan pada 15 February 2009.
- Tempat temuduga akan di diberitahu kelak.

p/s: Ni iklan sahaja. Pasni aku delete kot. Hehehe. Jangan tanya aku. Pergi STAD sendiri. Sebarang surat menyurat, surat layang, surat mahkamah tidak dilayan.

Layan.....

2 x 5 = 10

Semenjak aku tulis blog ni, ramai yang tanya. Blog aku ni apa tujuan sebenarnya. Dorang kata macam takda hala tuju. Copy and paste. Link ke blog orang lain. Betul ke? (kadang-kadang je betul! Yang lain aku buat sendiri okkkk!) Kejap politik. Kejap kehidupan. Jawapan saya muuudddahhhh (cakap cara aie berdebat), blog aku, suka hati akulah!!!! Muahahahah!!!

kui kui kui! Ok-ok. Serius. Aku sebenarnya suka tulis apa yang aku nampak setiap hari. Apa yang aku tak puas hati. Ataupun tentang kehidupan aku. Aku tak suka tulis tentang satu-satu benda sahaja. Lain orang, lain cara untuk berkarya. Tapi aku sedar, semenjak aku memblog, makin ramai kawan-kawan aku pun start memblog (aku tak cakap pun, aku pemangkin dorang - tapi memang ye pon. Aku buat blog, korang pun nak buat gak!!!! Benci!!!).

Ada gak yang tanya, blog aku ni tuju kat siapa? Atau blog aku ni lebih ke arah kerajaan atau pembangkang. Jawapan saya muuudddahhhh (cakap cara aie berdebat), blog aku suka hati akulah!!!! Muahahahah!!!

Ok-ok. Serius kembali. Aku tak sokong mana-mana pun. Kalau aku pro ke arah sesuatu pakatan (ada ke?), apa pula kata penaja. Elok-elok dapat sponsor, tiba-tiba hilang. Peminat aku pun lari. Muahahahaha!!!!! Aku lebih suka menulis apa-apa sahaja yang aku rasa tak patut atau apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan benda tu dikritik. Terus terang aku cakap, hidup aku penuh dengan ketidak puasan hati. Bukan nak cari gaduh, tapi bagi aku, selagi boleh dikritik, aku kritik puas-puas! Sebab tu Miss Zakiah letak aku sebgai Third Debater. Kuang kuang kuang!! Kalau korang rase aku perasan handsome, cuba baca horoskop atau apa-apa sahaja cerita tentang kelahiran mengikut bulan. Aku lahir pada 20 January 1987. Based on horoskop or Dr. Fadhilah Kamsah, memang aku ni suka mengkritik. (Nasib korang lah budak-budak rumah aku sebab dapat housemate macam aku. kui kui kui)

Jadi, kepada sesiapa yang baca entry special ni, (muaHAHAHA) sila berhenti bertanya pasal arah tuju blog aku. Korang nak baca, baca. taknak sudey! Aku tak rugi apa-apa pun (habis nuffnang aku!! waaaaa!!!). Peace no War!

Layan................

p/s: Nuffnang memang S**L. Meter duit tak jalan-jalan pun! Nak kata salah letak, apsal orang lain dapat? Tolong sket!

p/s: Aku dapat tau ada orang mintak derma atas nama Untukmu Palestin tapi menipu orang awam, (macam yang terjadi baru-baru ni) aku tak teragak-agak buat laporan polis. Aku serius ni. Sedih sangat tengok orang penipu macam ni. Klik Sini!!!!!!!!!!

Isnin, 2 Februari 2009

Hahahahaha!!!!!!!

Hahahahahaha!!!!!!!! Muahahahahah!!!!!!!!!!!! Lawak tol! Klik Sini untuk baca kisah lawak!!!!

Yang Terindah....

Tersengih aku baca entry sahabat IIC ni... Walaupun ringkas, tapi padat dengan pengajaran...
Nak tau apa aku baca? Silalah klik sini!

Minggu ni aku malas nak tulis entry baru sebab masih lagi penat selepas bergelut di ASTAR. Walau tak menang, tapi aku puas kerjakan orang. Muahahaha!!! Kalau dah ok, nanti aku post entry baru. Sebab tu aku suka baca blog orang dan linkkan kat blog aku supaya korang boleh baca sama-sama.

Ok, layan..............