VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 3 Mac 2009

Stop Blogging for a While!

Aku mungkin agak susah nak tulis entry selepas ini sebab Maxis Broadband aku mencemburui aku.

Insyaallah dalam sehari dua lagi, aku update.

Hehehehe....


Layan...............

Isnin, 2 Mac 2009

Pengemis Terlampau!

Setelah aku terbaca kisah di blog rakan aku [rujuk], aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman menarik aku.

Suatu hari yang tak berapa cerah dan tak berapa mendung, aku dengan ditemani beberapa kawan seLEPAKan aku mengunjungi medan selera kat Pertama Complex. Alah, yang banyak jual HP murah tu... Dekat pulak dengan Sogo.

Alkisahnya, tengah sedap aku melantak makanan tengahari tu, datanglah seorang budak lelaki (macam anak Myanmar) mintak aku keluarkan sedikit lebihan kekayaan yang aku ada masa tu untuk diberikan kepada beliau tanda kemurahan rezeki yang Allah berikan kepada aku. Aku mulanya buat derk je sebab ko kacau aku makan! Pantang nenek moyang aku (aku tak sempat pun jumpa moyang aku - kui kui kui!!) kalau tengah makan orang datang buat iklan "Bersamamu" depan aku!

Tapi hati aku lembut gak sebab:

  1. Budak tu beri salam banyak kali
  2. Siap baca Al-Fatihah lagi.
  3. Buat muka seperti anak-anak Afrika yang tengah bogel.
  4. Kawan-kawan aku buat seperti budak tu tak wujud. Aku kesian..!
  5. Budak tu berdiri sebelah aku dan aku nak dia pergi!

kesiankan tengok budak ni...


So, dengan perasaan kesian 30%, menyampah 50%, dan ikhlas 20%, aku bagilah RM2.00 tanpa meminta dulang hantaran balas dari pihak budak tu.. Dia pun, GET OUT! Antara lega dan marah dengan sifat rakan-rakan yang sengaja membiarkan aku terkapai-kapai di lautan perikemanusiaan..

Tiba-tiba, kawan aku cakap aku manusia pemurah tetapi bodoh! Aku tanya, "apahal ko cakap macam tu?"

"Nanti ko ikut aku", balas beliau dengan muka kelat tetapi tidak ubah seperti orang yang confident memberi hujah.

Lepas makan, aku ikut dorang berkaraoke kat tingkat atas sekali Sogo. Alah, yang ada game tu... Tiba-tiba (berdebar-debar nak tahu berita selanjutnya),
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku nampak budak tu tengah main Daytona USA kat atas tu....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(kena gelak dengan member!)
Aku terus blah dengan rakus ke tingkat bawah...



Jaga ko budak!!! Aku jumpa ko kat food court tu lagi, aku kerat-kerat mulut ko!!!






Layan....

Rahsia Ketenteraan Malaysia

Aku terbaca blog mengenai kehebatan Sistem Pertahanan Malaysia. Aku harap korang boleh baca blog ni yang pada pandangan aku dapat menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia. Kita patut berbangga kerana negara kita setanding dengan negara-negara luar dari segi Sistem Pertahanan.

[rujuk blog ni]

p/s: Kepada yang selalu perlekeh negara sendiri tu, sedar sikit! Ko tu duduk kat Malaysia, bukan negara yang ko bangga-bangggakan tu!

p/s: Kepada yang kurang percaya kepada sumber blog tu, report kat polis. Ok?


Layan....

Ahad, 1 Mac 2009

Bumiputera: Sebuah Penindasan?

Di "copy and paste" dari Wikipedia

Definisi

Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu, peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.

Dasar Pro-bumiputera

Dasar pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat aksi afirmatif untuk bumiputera. Dasar sebegini termasuk kuota untuk yang berikut:

  1. Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA)
  2. Kelayakan untuk biasiswa Kerajaan
  3. Jawatan dalam kerajaan dan pemilikan perniagaan.

Kebanyakan dasar ini dibentuk dalam Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP) dan memberi tumpuan pada menerbitkan pemilikan saham bumiputera dalam korporat sekurang-kurangya 30 peratus. Matlamat ini asalnya dicadangkan oleh Ismail Abdul Rahman, setelah kerajaan tidak dapat mencapai persetujuan atas satu matlamat dasar yang sesuai.

Contoh-contoh dasar pro-bumiputera:

1. Syarikat disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur mesti mencari Bumiputera untuk memenuhi sekurang-kurangnya 30% saham sebagai salah satu syarat untuk disenaraikan.

2. Peratusan tertentu kawasan perumahan hendaklah dijual kepada Bumiputera. Pembangun rumah perlu memberikan sekurang-kurangnya 7% potongan kepada pembeli Bumiputera.

3. Dana bersama (mutual fund) Kerajaan tertentu hanya terhad pembeliannya kepada Bumiputera sahaja.

4. Banyak projek perlu tender kerajaan memerlukan syarikat yang menghantar tender dimiliki Bumiputera. Syarat ini mengakibatkan syarikat bukan Bumiputera bekerjasama dengan syarikat Bumiputera yang mendapat projek dengan amalan yang dikenali "Ali Baba", di mana Ali (Bumiputera) wujud semata-mata untuk memenuhi syarat ini dan Baba (bukan Bumiputera) memberi Ali jumlah tertentu sebagai pertukaran. Projek-projek terhad kepada Melayu bagi mereka menimba pengalaman di berbagai-bagai bidang. Namun projek-projek tersebut selalunya dijual kepada bukan Melayu kerana pentendernya tidak berminat atau malas bekerja, dan hanya berminat untuk memenangi kontrak sahaja (untuk duit cepat).

5. AP kereta diberi khasnya kepada Bumiputera untuk mengimport kereta. Syarikat pengedar kereta yang berhajat membawa masuk kereta perlu mendapat AP (permit). AP asalnya diwujudkan untuk membenarkan Bumiputera mengambil bahagian dalam industri kereta. Pada 2004, the Edge (suatu akhbar perniagaan Malaysia) menjangka bahawa,

"setiap keping AP bernilai lebih kurang RM35,000. The Edge juga menjangka bahawa Nasimuddin Amin, pengerusi Naza Group menerima 6,387 keping pada 2003, menjadikannya penerima AP terbesar. 12,234 keping AP diisu pada 2003. Tambahan pula, pembuat kereta asing diwajibkan membayar antara 140% dan 300% duti import."

Ekoran dasar-dasar ini, banyak jutawan Bumiputera lahir dengan senangnya daripada hubungan mereka.

Keadaan Kini

Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengulas tentang pergantungan Bumiputera pada dasar pro-Bumiputera:-


"Kami telah cuba memberitahu mereka kalau mereka bergantung pada subsidi, mereka akan terus menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kami memberitahu mereka kalau mereka guna tongkat, mereka tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri tegak kerana anda masih ada kemampuan itu. Saya pernah cakap tentang ini dan sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu cari jalan senang. Kalau saya ada AP dan jualkannya untuk mendapatkan wang, itu tiada masalah, kata mereka."



Penterjemahan Bahasa Inggeris


"We have tried to tell them if you depend on subsidies, you are going to be very weak. But they don’t seem to understand. We tell them if you use crutches, you will not be able to stand up. Throw away the crutches; stand up straight because you still have the capacity. I have talked about this thing and as a doctor I know very well the meaning of crutches but somehow or rather they want the easy way out. If I get an AP and I sell it and make some money, it’s all right, they say."



Mahathir Mohammad pada tahun 2004 mengulas graduan Melayu mempunyai kadar pekerjaan rendah kerana "graduan Cina memilih mata pelajaran yang betul supaya mereka boleh diambil.

"Kami mendapati bahawa graduan Melayu, terutamanya yang berasal dari aliran Melayu, tidak fasih berbahasa Inggeris. Tidak kisah berapa harga anda letak pada sijil, hakikatnya majikan hendak mengupah seseorang yang dapat berkomunikasi. Majikan itu bukan Melayu, mereka dari luar negara. Dan sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dengan anda, mereka tidak akan mengambil anda."



Tambahan pula, penuntut Melayu yang ditaja oleh kerajaan cenderung untuk mengambil mata pelajaran seperti Hukum Syariah, Sejarah Islam dan lain-lain mata pelajaran berkaitan Islam. Daripada memilih untuk belajar Bahasa Inggeris dan mata pelajaran yang bernilai ekonomi (contohnya Kejuruteraan, Perubatan dan sebagainya) ada yang pergi melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dan mempelajari Bahasa Arab. Namun demikian, akibat tindakan yang kurang pragmatik ini adalah malang - pada Jun 2006, ia didedahkan bahawa sekumpulan 169 penuntut yang dihantar ke Universiti Al-Azhar di Kairo menghadapi masalah dengan Bahasa Arab, dan hanya 5 penuntut yang menghabiskan kursus mereka.

Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah mengkritik tren kalangan penuntut Melayu untuk memilih "mata pelajaran senang" yang langsung tiada nilai di pasaran kerja.

Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia, Mustapa Mohamad, pernah menyatakan keinginan kerajaan untuk mengambil lebih staf akademik bukan Bumiputera untuk "mencapai taraf institusi kelas antarabangsa", yang menandakan suatu usaha ke arah mengurangkan profail berdasarkan kaum di kalangan ahli akademik.

Namun, setakat 2007, kaum Cina Malaysia menguasai profesyen akauntan, arkitet dan jurutera manakala kaum India Malaysia menguasai profesyen veterinarian, doktor, peguam dan doktor gigi jauh melebihi nisbah populasi masing-masing berbanding Bumiputera.....



Layan.....

Kontrak Sosial: Tidak Relevan?

Diambil bulat-bulat dari, Wikipedia

Kontrak sosial di Malaysia

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Syarat-syarat kontrak

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan:

"Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu.

Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa

"...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan."

Bagaimanapun, dia menambah bahawa

"Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."

Kritikan awal

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia".

Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan:

"Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun."

Penggunaan dalam konteks lain


Kontrak sosial kadangkala digunakan untuk merujuk kepada konteks yang tidak melibatkan hubungan kaum. Dalam pilihanraya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdama Menteri,Mahathir bin Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara.

Pelbagai bantahan

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan kaum Cina dan India 'kecil hati'. Beliau merasmikan Konvensyen Anak Malaysia anjuran Pergerakan Pemuda Gerakan pada 13 Ogos 2005. Apabila Utusan Malaysia dan Berita Harian menghangatkan isu ini , Lim Keng Yaik menyerahkan salinan teks ucapan 13 muka surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Subjek Kontrak Sosial

Pada 22 Oktober 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mencadangkan supaya subjek kontrak sosial diperkenalkan di di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kontrak sosial menjadi subjek ko kurikulum di universiti-universiti kerana bukan semua faham dengan kontrak sosial ini. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus diterima oleh semua pihak. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 'Politik Melayu-Islam Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21 Oktober 2008.

Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian lama.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan subjek ini / penekanan topik dalam subjek Sejarah hanya boleh diperkenalkan pada 2010. Ini kerana ia perlu kajian menyeluruh , tenaga pengajar, peralatan, dan prasarana yang mencukupi. Jika tidak , ia akan dipolitikkan dan menjadi polemik berpanjangan.

Pada 16 Ogos 2008, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan formula kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum. Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.



Layan....