VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 29 April 2009

Wajah-wajah tokoh Yahudi?

Inilah wajah sebenar tokoh-tokoh Yahudi terkenal. Ada yang berasal dari Israel sendiri dan rata-rata yang lain berasal dari Amerika (United States). Mereka adalah orang disebalik jenama terkenal yang kita guna atau pakai barang-barang mereka. Sumber gambar adalah dari pencarian aku sendiri. Jika ada kesalahan, bagi tahu.




Taylor Elie Metchnikoff - Pemenang Hadiah Nobel untuk kajian berkaitan penyakit berjangkit



Levis Strauss - Levi's Jeans



Bernanrd Katz - Pemenang Hadiah Nobel untuk kajian transmisi neoromuskular



Surgey Brin - c0-founder Enjin Pencarian Internet, Google. Juga orang ke-26 terkaya di dunia ketika umur baru mencecah 35 tahun [mengikut Forbes]



Andrew Schally Berry - Pemenang Nobel untuk kajian endokrinologi



Howard Schultz - Pemilik Restoran Starbuck's



Irv Robbins - Baskin & Robbins (Aiskrim)



Ralph Lauren - Pemilik Jenama Pakaian POLO



Gregory Pincus - Pembangun pil perancang keluarga yang pertama



Peter Schultz - Kabel Gentian Optik



Paul Samuelson - Penerima Hadiah Nobel untuk Sains Ekonomi



Milton Friedman Greyscale - Pakar makroekonomi dan mikroekonomi serta kapitalism. Juga menerima hadiah Nobel



Karl Marx - Pemikiran kapitalism, komunism dan sosialis



Leo Szilard - Membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama



Larry Ellison - CEO Oracle Corporation, Syarikat Perisian terkenal dunia dan antara orang terkaya dunia



Jonas Salk - Mereka vaksin Polio pertama



Gertrude Elion - Menjumpai ubat melawan penyakit leukemia



George Wald - Penerima Hadiah Nobel bagi kajian mata manusia



Sigmund Freud - Teori Id, Ego dan Super Ego



Donna Karan - Pereka fesyen dan pemilik jenama fesyen terkenal, DKNY



Baruch Blumberg - Mencipta vaksin Hepatitis B



Bill Rosenberg - Dunkin Donuts



Elbert Einstein - Saintis terkenal






Adakah korang kenal mereka-mereka ini? Sebenarnya ramai lagi tokoh Yahudi yang lain tapi malas aku nak upload gambar dorang sebab nanti page aku berat. Aku bukan kagum kepada mereka-mereka ni sebab dikalangan orang Islam pun ramai jugak yang hebat-hebat cuma mereka-mereka ni tak didedahkan oleh media dan dunia sebab mereka ni Muslim. Gambar-gambar ni pun sekadar maklumat sahaja kepada yang mereka terlalu agungkan sangat barat tu. OK?





Layan.....


p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Selasa, 28 April 2009

Filem filem filem filem!!!

Semalam, Isnin 27 April 2009 aku tibai dua filem seram, Hollywood dan Thailand. Semua bertempat di Berjaya Times Square, KL. Coming Soon dan The Uninvited. Huhuhuhu!! Tengok sorang-sorang ok!




Coming Soon

Sinopsis

Mengisahkan Shane, seorang pekerja di pawagam dan bekas aweknya, Som seorang guard pawagam. Cerita seram mereka bermula apabila filem baru yang akan ditayangkan, Roh Pendendam mencari mangsa mereka melalui penonton filem. Selepas rakan baik mereka, Yod yang menonton filem ni hilang, mereka cuba menyiasat. Roh jahat dalam filem ni asyik menggangu Shane sebab dia adalah penonton kedua yang menonton. Bagi Shane, kehilangan Yod memang ada kaitan dengan filem seram ni dan untuk mengelakkan lebih ramai yang terkorban, Shane perlu segera mencari sebab kenapa filem ni sangat menagih mangsa sebelum filem ini akan ditayangkan kepada umum. Berjayakah mereka?

Komen

Bagi aku, filem ni memang agak berlainan dengan filem seram yang lain. Menggunakan pawagam atau filem sebagai jalan cerita memang mengagumkan. Tahap keseraman dan suspen memang bagus. Tapi, takkan aku nak puji je kot? Hahahaha.. Filem ni macam ada sesuatu yang tak kena. Kalau seram dah bagus, tapi jalan cerita yang kabur akan tetap mencacatkan filem ni. Seolah-olah, ia sekadar filem seram sahaja tetapi jalan cerita, moral dan lain-lain, diabaikan. Pengakhiran yang tergantung memang buat aku bertambah geram. Mungkin ada sambungan. Kalau nak harap teknik penceritaan, memang GAGAL. Takda cerita pun filem ni. Keseluruhan 3 bintang! Yang penting 18PL. Hahahaha







The Uninvited

Sinopsis

Selepas kematian ibu Anna, dia mengalami trauma yang teruk sehingga dimasukkan ke wad. Selepas 10 bulan, dia balik semula ke rumah. Tetapi dia tengok bapak dia ada awek baru. Seorang jururawat yang merawat mak dia. Bagi dia, kematian mak dia ada kaitan dengan jururawat tu. Anna bersama Alex, (kakak) cuba menyiasat siapa jururawat yang berjaya bertakhta di hati bapak dia tu walaupun bapak dia taknak percaya cerita mereka. Bagi mereka, jururawat tu memang bersalah. Seorang demi seorang mati. Siapa pulak yang seterusnya?

Komen

Filem seram psiko yang berjaya membuatkan aku menteraburkan popcorn aku! Hahahaha bukanlah seram sangat tapi tahap suspen tu yang mengejutkan aku! Jalan cerita yang baik, diolah begitu perlahan supaya kita mudah untuk faham dan teka. Jalan cerita seperti filem Water Spirit yang memainkan sentimen kekeluargaan dan pencarian kebenaran oleh seorang anak yang taat.

Pada permulaan cerita memang korang akan rasa macam, "kalau cerita macam ni baik takyah tengok, senang sangat nak tahu kisah cerita!". Tapi selepas tengok," owh... Ingatkan macam tu.." Hahahah...

Tapi takkan aku nak puji je kot? Hahahah... Pelakon yang memainkan watak Anna ni macam tak pandai berlakon. Feel kepada lakonan agak dibuat-buat. Lagi-lagi time dia menangis. Macam orang nak berak! Aku suka dia sebab comel jer... Hahahaha... Kakak dia Alex pulak, macam pelakon lucah. Gatal semacam. Sepatutnya pelakon lain seperti pakwe Anna tu tak payah ada pun takpa sebab banyak pelakon akan menyebabkan sesebuah filem akan nampak sarat!

Keseluruhan dari segi jalan cerita, suspen, moral, dan sedikit pengetahuan am yang korang dapat, aku bagi 4 bintang! Sebab yang penting, 18PL!! Amaran: Cerita ni agak melucahkan! Hahahahaha....!!






Layan......

Ahad, 26 April 2009

Jangan kahwin dengan 6 jenis wanita ini!!!

Janganlah engkau mengahwini 6 jenis wanita ini, Ananah, Mananah, dan Hananah. Janganlah engkau mengahwini juga wanita yang Hadaqah, Baraqah dan Syadaqah.

Wanita Ananah:

Banyak mengeluh dan mengadu. Tiap saat mengolok-olokkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:

Suka membangkit-bangkitkan (mengungkit) sesuatu perkara terhadap suaminya. Wanita jenis ini sering mengatakan, "Aku melakukan itu keranamu".

Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang terdahulu. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap-tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan sebahagiannya.

Wanita Syadaqah:

Banyak mengatakan sesuatu yang tidak menentu (membebel, merepek, dan cakap kosong)

Dicatat oleh Imam Ghazali









Layan........???

Selasa, 21 April 2009

Temui Penulis Buku Ayat-Ayat Cinta!! (Pembetulan)

Update: Pembetulan

Ingat buku-buku ni? Kenal siapa penulisnya?



Beliau adalah Habiburrahman El Shirazy. Insyaallah, beliau akan hadir di Pentas Utama, Ruang Legar PWTC pada hari Sabtu, 25 April pada jam 4 petang hingga 7 malam untuk bertemu peminat-peminat novel beliau. Kepada yang berminat, silalah datang ke PWTC sambil membeli apa-apa yang patut di booth Al-Hidayah Publication. Potongan sehingga 15% kepada yang layak. Huhuhuh!!
(promot lebih sikit!)


Insyaallah...





Habiburrahman El Shirazy





p/s: Tahun lepas tak jadi datang sebab ada hal penting yang perlu diselesaikan.




Layan...

Pesta Buku Antarabangsa 2