VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Sabtu, 22 September 2012

Rindu...

Assalamualaikum...
Rindunya pada penulisan blog... Dah lama takda entry terbaru.. Alhamdulillah, berkesempatan menulis pada pagi ni...
Kepada yang tinggalkan komen, harap maaf tak dapat siarkan lagi sebab belum bertapis... Insyaallah, akan disiarkan... huhu
Ruangan chat pulak dah jadi ruang iklan. Tapi takpa, free je. Saya tak kisah... jika lihat entry terakhir, memang dah lama sangat menyepi. Bukan apa, facebookkan dah ada. Hahaha. Jadi masa untuk berblog dah makin berkurang... itulah penangan facebook.
Ok, jumpa lagi di entry terbaru...
Layan,....

Jumaat, 11 November 2011

Polis siasat Anwar kerana buat laporan 'video seks'


PKR hari ini mendakwa BN dan Umno menggunakan jentera kerajaan untuk membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dalam satu lagi cubaan untuk menganiaya bekas timbalan perdana menteri itu.

Dakwaan itu timbul ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Ahli parlimen Subang PKR, R Sivarasa berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.

Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi.

Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.

Rabu, 1 Jun 2011

Gambar Aneh (HARAJUKU)

Ni fesyen Harajuku yang femes kat Jepun dan beberapa buah negara kat Asia. Tak tahulah "tang" mana yang nampak cantik kalau guna fesyen ni.. hehehe

















Layan...

Ahad, 22 Mei 2011

Al Fatihah untuk pelajar-pelajar tahfiz At-Taqwa..

Sedih bila mendengar berita mengenai tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 16 orang pelajar tahfiz At-Taqwa.. Hilanglah sedikit demi sedikit pewaris Al-Quran dari muka bumi ini.. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. Mungkin inilah petanda yang Allah dan Nabi Muhammad janjikan untuk umat manusia di akhir zaman ini..

Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

berita sila klik link ini

Layan...