VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 20 Februari 2009

Siapa Takut Cikgu Disiplin?

Pendahuluan

Dulu masa zaman sekolah, antara cikgu yang paling digeruni adalah Cikgu Disiplin (CD). Walaupun aku tak pernah kena tibai dengan CD ni, tapi aku tetap gerun kalau dengar nama beliau (tapi dengan cikgu or ustaz, memang banyak kali kena "belai" sebab aku ni murid kesayangan dorang - betul tak?)


Cikgu Disiplin korang??


Jenis-jenis rotan

CD biasanya menggunakan pelbagai jenis rotan untuk merotan pelajar. Ada yang tebal, yang nipis, yang panjang, yang pendek, dan ada juga yang macam batang afrika. Eh silap, batang buluh..

Macam-macam ada...


Yang paling gerun, batang paip!

Teknik Pertahanan

Aku teringat lagi, kalau ada je pelajar yang bakal dirotan oleh CD ni, mesti budak-budak lain pun turut merasa tempias gerun. Ada yang simpati, dan tak lupa juga cuba meraih simpati. Hehehe.. Kalau yang dah biasa kena, mesti dah prepare dari awal-awal lagi. Kalau dulu, budak-budak yang akan dirotan di bahagian punggung akan cuba selit buku latihan atau apa sahaja kertas keras di celah seluar dorang supaya time kena tibai nanti taklah teruk sangat effect-nya.

Tapi sekarang benda tu dah kantoi dan tak praktikal lagi. Dorang letak pulak sapu tangan atau kain tebal supaya bahagian punggung dorang Lebih Tebal Dari Biasa (cakap style hot.fm okkk?). Masa depan nanti tak tau la pulak macam mana budak-budak ni meng-evolusi-kan teknik pertahanan dorang.


Dulu....
(tahun 1980 - kad raya pun boleh....)



Kini...
(tahun 2000 - kain lap dapur mak)


Selamanya?
(tahun 2015)



Gaya Merotan

Gaya rotan pun pelbagai. Pernah kena gaya macam ni?

Menonggeng bergaya!

Persoalan

Tapi persoalannya, adakah rotan masih lagi perlu dilaksanakan dalam menghukum pelajar kita pada hari ini? Sedangkan, merotan itu menjatuhkan maruah pelajar itu sendiri dan negara-negara maju seperti Amerika dan United Kingdom sendiri telah menghapuskan sistem rotan di dalam sistem pendidikan mereka. Hasilnya ramai juga cerdik pandai yang "terbit".

Aku tak cakap merotan tu tidak elok tapi cikgu-cikgu (bukan semua) sekarang merotan anak murid disebabkan tekanan yang dialami oleh mereka. Jika mereka merotan untuk mendidik, kenapa "aktiviti: ini dilakukan setiap minggu oleh CD?

Dan aku pernah dirotan oleh ustaz menggunakn kayu silambam hanya disebabkan oleh beliau marah dengan orang lain (Ustaz tu yang mengaku sebab apa aku dirotan guna kayu tu!)

Dan jika merotan itu untuk mengajar, kenapa perlu rotan yang pelbagai jenis dan gaya merotan yang pelbagai? (kat umah pun bapak aku pakai hanger jer... Gaya pun tak prnah berubah selama 20 tahun!)


Watcha!! Hamik ko budak!!


Layan.....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok la.... topik nyer ok, tapi tak menarik perhatian aku... huahua....

coz aku tak pernah kene rotan agaknyer, so tak heran sangat lah...

wakakakakakka...

wassalam...

Unknown berkata...

ape punyer komen da...