Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Ahad, 23 November 2008

Bukan Melayu Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia?

Petikan dari Akbar Utusan Melayu, Ahad - 23 November, 2008

Obama Sedarkan Orang Melayu


Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44. Mereka membuat pelbagai andaian dan menyatakan badai perubahan melanda bukan sahaja di AS bahkan di seluruh dunia. Dan kemungkinan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia juga tidak lagi merupakan sesuatu yang mustahil. Tetapi tidak pula mereka mahu katakan bahawa orang Melayu juga boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini semestinya satu perubahan yang menarik, kalau berlaku boleh mencerminkan kematangan pemikiran pengundi dan orang Cina dan bukan Melayu lain di negeri itu. Tetapi kenapa bukan Melayu tidak mahu menganggap perubahan seperti ini sebagai perubahan yang pelik dan tidak mustahil boleh berlaku seperti mana kemenangan Obama?

Soalan yang sama telah juga diajukan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang tidak menyangkal kemungkinan negaranya mempunyai Perdana Menteri keturunan Melayu. Bagaimanapun, beliau merasa sangsi ia akan berlaku, kerana menurut beliau, pemilihan orang Melayu sebagai Perdana Menteri tertakluk kepada pemilihan daripada pengundi-pengundi di Singapura yang rata-rata bukan Melayu.

Beliau juga memberitahu bahawa walaupun Obama menang dalam pilihan raya Presiden AS yang lalu, namun pengundi bukan keturunan Afrika tidak sepakat menyokongnya; Obama mendapat sokongan padu daripada pengundi keturunan Afrika atau berkulit hitam dan lebih kurang 46 peratus daripada kaum lain. Tetapi, apa yang Hsien Loong tidak mahu katakan ialah: Apakah Singapura tidak boleh melantik Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri? Ia tidak tertakluk kepada pemilihan pengundi, tetapi dipilih oleh parti yang menang dan bagaimana pula kalau seorang wanita Cina jadi Perdana Menteri di Singapura? Adakah ini satu pembaharuan yang pelik dan baik di Singapura? Bolehkah pembaharuan seperti ini berlaku?

Sedangkan kita sering mendengar bahawa wanita Melayu dan Islam tertekan, mereka tidak boleh bersaing dengan kaum lelaki. Tetapi hakikatnya di Malaysia dan beberapa negara Islam, ada wanita menjadi menteri; ini berbanding dengan negara bukan Islam termasuk Singapura sendiri yang kurang mempunyai wanita sebagai pemimpin utama dalam Kabinet. Tidakkah ini membuktikan bahawa agama Islam itu tidak menghalang kaum Hawa daripada maju - dari segi pemikiran dan pendidikan dan bukan 'maju' dari segi keruntuhan akhlak dan moral?

Dan kenapakah apabila orang bukan Melayu di Malaysia dan sejumlah kecil orang Melayu yang kononnya liberal bercakap tentang perubahan ini, mereka hanya mahu dan sanggup bercakap tentang penghakisan kuasa Melayu sahaja sebagai satu "perubahan" yang penting dan baik untuk negara? Mereka anggap pembaharuan itu berlaku apabila Parlimen dikuasai bukan Melayu dan negeri-negeri jatuh ke pembangkang. AS tidak ada pembangkang, walaupun ada parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Mereka adalah parti politik yang bersaing dan bukan membangkang. Mereka bertarung hanya ketika ada pilihan raya dan bukan selepas itu. Itulah sebabnya setiap calon Presiden yang kalah, akan berundur dan biar yang menang mentadbir negara.

Di Malaysia, parti politik bertindak lebih ganas dan keras apabila kalah. Mereka tidak tahu berlagak sebagai orang yang kalah. Malah, mereka juga tidak tahu bertindak dan berlagak kalau mereka menang.

Ramai yang berkata tidak mustahil Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu. Ini amat melucukan sama sekali. Ia satu igauan yang hanya boleh dialami kalau seseorang itu tidak sedar dengan alam sekeliling dan menolak hakikat dan faktor penting yang mencorak dan membentuk sesebuah negara, khususnya seperti Malaysia.

Tetapi apakah kenyataan menyokong impian ini? Tentu sekali tidak ada. Alasannya sama seperti yang diberi oleh Hsien Loong tentang kenapa Singapura juga belum tahu bila kemungkinan seperti ini berlaku di negara mereka.

Dan kalau kaum sedikit atau minoriti mentadbir negara, maka sebuah sistem apartheid akan berlaku seperti di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu, atau semasa Inggeris dan Jepun berkuasa. Mereka mengguna kuasa kuku besi dan tidak demokratik. Akhirnya mereka tumpas dan Melayu menguasai negara.

Mustahil

Tentu sekali amat sukar dan hampir mustahil Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu. Malah untuk bukan Melayu menjadi Timbalan Perdana Menteri juga mustahil kerana Malaysia sebenarnya adalah sebuah kesultanan dan Perdana Menteri semestinya orang Melayu.

Lagipun, siapa kalangan bukan Melayu yang kita ada sekarang yang ada keupayaan mentadbir sebuah negara Islam seperti Malaysia? Dalam suasana apabila ramai bukan Melayu belajar di sekolah jenis kebangsaan di peringkat rendah, masakan ada sesiapa kalangan mereka itu yang mahir dalam hal-hal tentang Islam dan Melayu untuk membolehkan mereka menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri di Malaysia tidak dapat disamakan dengan Perdana Menteri atau Presiden di negara lain yang tidak ada peranan untuk menjaga hak kaum dan agamanya. Itulah sebabnya Obama layak dan boleh dipilih oleh pengundi di negaranya untuk menjadi Presiden, sebab beliau tidak ada peranan selain mentadbir negara.

Perdana Menteri Malaysia ada peranan-peranan khas dan beliau adalah juga simbol penting untuk orang Melayu di Malaysia dan agama Islam. Peranan seperti ini tidak dilakukan oleh Perdana Menteri di negara-negara jiran. Oleh sebab itu, orang Cina boleh dipilih menjadi Perdana Menteri di Thailand dan Presiden di Filipina sebab isi bangsa.

Ada banyak faktor lain yang berlaku dalam perhitungan yang tidak memberi kemungkinan seperti ini dari berlaku. Ia akan tetap terperap dalam alam dongengan. Tetapi, malangnya, perubahan yang memberi kebaikan dan keseronokan kepada Melayu tidak disentuh.

Ia seperti kemungkinan perubahan yang akan berlaku di Malaysia apabila Melayu memperoleh kuasa ekonomi sehingga 80 peratus dan tidak hanya 30 peratus sahaja.

Ya, tidak mustahil Melayu menguasai 80 peratus ekuiti di negara sendiri. Ia boleh dilakukan kalau Melayu jadi marah dan menggunakan kemarahan ini dengan baik serta mengukuhkan kedudukan ekonomi dengan bergabung tenaga dan saling bantu-membantu, sama dengan budaya dan semangat yang dipupuk oleh orang Cina, yang selama ini telah menyebabkan ekonomi mereka maju.

Orang Melayu sudah mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Tetapi yang kita tidak ada ialah semangat untuk bersatu. Kita perlu menolong perusahaan sendiri. Kita kena buka kedai-kedai menjual barang-barang yang kita perlukan, supaya kita boleh galak pertumbuhan ekonomi secara makro. Melayu mesti mempunyai pusat bandar atau bandar sendiri di mana semua jenis perniagaan dijalankan oleh Melayu, supaya orang Melayu berdikari dan tidak perlu berurusan dengan orang lain.

Kenapa mesti kita sokong perusahaan orang lain yang apabila ekonomi mereka meningkat, mereka sudah pandai menuntut yang bukan-bukan? Bandar-bandar di mana Melayu memonopoli seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Shah Alam dan lain-lain harus dikembangkan. Ia harus dijadikan contoh bandar Melayu yang baik.

Ini boleh berlaku, sebab Melayu sekarang rata-rata telah mendapat semangat yang baru dari kemenangan Obama baru-baru ini. Dan kalau Obama dapat memberi semangat kepada orang Melayu, ia adalah untuk Melayu berdikari. Dan ramai Melayu mula sedar apakah masalah dan kelemahan mereka sehingga kini. Mereka telah terlena dengan mimpi sendiri sehinggakan kuasa mereka hampir lupus di hadapan mata.

Ramai Melayu kini mendapat perangsang daripada kemenangan Obama dan mereka tahu bagaimana mahu menggunakan kuasa pengundi mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Oleh sebab itu saya yakin dalam pilihan raya umum nanti, negeri-negeri di bawah pentadbiran sementara parti pembangkang akan dapat dirampas balik.

Kemungkinan besar, kuasa politik Melayu akan melonjak ke hadapan dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang kini ' digadaikan' kepada bukan Melayu akan dirampas balik. Melayu telah disedarkan dengan kemenangan Obama. Tidak mustahil Melayu akan memiliki kuasa ekonomi sehingga 80 peratus dan bukan sahaja memperoleh 30 peratus seperti yang diidam-idamkan oleh pemimpin Melayu dan ini akan dilakukan tanpa meminta balik kuasa ini daripada orang lain, tetapi dengan mengguna kuasa akal dan kebijaksanaan. Melayu akan bangkit di negara sendiri dan perubahan besar boleh berlaku kalau orang Melayu mendapat kesedaran baru ini dan tahu untuk menggunakannya sebaik mungkin.

Tidak mustahil Melayu yang merupakan 65 peratus dari jumlah penduduk di Malaysia sekurang-kurangnya memiliki ekuiti sebanyak 65 peratus juga. Ada beberapa cara yang Melayu boleh digunakan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi mereka. Salah satu darinya ialah untuk meluaskan asas ekonomi mikro. Orang Melayu mesti digalakkan untuk membuka kedai runcit dan yang menjual barang-barang yang mereka perlukan, tanpa mendapatkannya daripada pihak lain.

Nampaknya kaum Cina lebih mendekati sunnah Nabi dengan bergiat dalam bidang perdagangan, walhal, kaum Melayu lebih suka menjadi pekerja di pejabat kerajaan dan makan gaji, dan akhirnya Melayulah yang menjadi pembeli barang-barang daripada syarikat Cina. Oleh sebab itu kaum Cina akan terus memajukan perdagangan mereka dalam semua bidang sementara kaum Melayu masih menghambakan diri untuk terus menyokong menjayakan perusahaan Cina. Inilah silapnya, Melayu yang merupakan jumlah penduduk terbesar di Malaysia telah dijadikan penyokong syarikat dan perusahaan kaum Cina dan lalai serta gagal untuk memajukan syarikat sendiri.

Jadi tidak ada guna bagi kerajaan dan agensi Melayu lain untuk terus menggalakkan orang Melayu mendapat pendidikan tinggi di universiti dalam dan luar negara, sebab akhirnya mereka akan jadi 'pekerja' untuk perdagangan kaum Cina. Apa yang harus dilakukan oleh kerajaan dan agensi Melayu ialah menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan serta digalakkan membuka kedai runcit dan kedai-kedai lain yang menjual barang-barang yang mereka perlukan.

Usahawan

Kita mesti membuka pekan baru yang dikuasai oleh perniagaan dan usahawan Melayu, supaya kita tidak bergantung dari perusahaan kaum lain. Kenapa kuasa ekonomi diserahkan begitu sahaja untuk memajukan kaum lain, yang akhirnya sanggup mencemuh orang Melayu dan menganggap mereka malas dan tidak ada kuasa untuk bersaing? Sudah tiba masanya semua kawasan perumahan Melayu mempunyai kedai yang dijalankan oleh Melayu sendiri. Inilah sahaja caranya yang dapat kita guna untuk memajukan orang Melayu dan tidak perlu melaungkan slogan kosong.

Apa yang diperlukan ialah orang Melayu yang berkebolehan sahaja dilantik sebagai pemimpin supaya mereka yang hanya pandai menjaga temolok sendiri disingkir. Kemenangan Obama minggu lalu, juga baik untuk orang Melayu mendapat kesedaran baru. Dan perubahan yang ramai orang katakan itu, tidak semestinya yang merugikan orang Melayu, tetapi yang menguntungkan kita semua.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu telah membuka mata ramai orang Melayu, yang sehingga kini telah terlena dengan keselesaan yang mereka dapat rasakan. Dan keputusan ini telah memberi banyak pelajaran kepada kita. Jadi, tidak ada guna untuk pemimpin dan orang Melayu melaung-laungkan slogan kosong tentang ketuanan Melayu, padahal mereka tidak memberi saranan dan cadangan yang membina untuk memajukan orang Melayu, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh Nusantara.

Yang harus kita diterima ialah perpecahan Melayu menguntungkan bukan Melayu apabila pengundi Melayu dibahagi tiga, kepada UMNO, Pas dan PKR. Sekiranya perpecahan itu kepada dua pihak, kedudukan Melayu dalam Parlimen kukuh seperti apa yang telah berlaku sebelum pilihan raya umum lalu. Tetapi apabila berpecah kepada tiga bahagian, maka Melayu yang mengalami keazaban teramat teruk. Kemenangan Obama di AS hanya boleh berlaku apabila kaum kulit hitam atau Afrika bersatu dan seramai 90 peratus daripada mereka mengundi untuk Obama. Sementara kaum kulit putih memberi sumbangan tambahan untuk menguntungkan Obama.

Isnin, 17 November 2008

Yes, But and So!!!

Yes, final exam untuk semester ni dah habis! Alhamdulillah aku dapat jawab dengan jayanya… lepas ni boleh la tidur dengan lelap. Lepas ni jugak, aku akan berangkat pulang ke Putrajaya (Intelligence City, huhuh hahaha).

Insyaallah, untuk selama 2 minggu aku tak akan update apa-apa entry kerana kat rumah aku ditiadakan PC dan sambungan internet berbayar dari Maxis C***i… Kepada rakan-rakan ku di IIC, tahniah sebab dapat mengahabiskan menjawab soalan anda hingga ke saat-saat terakhir soalan. Takde yang pengsan, takde yang guling-guling dalam dewan, takde yang menangis dalam dewan (kat luar aku tak tahu) dan takde yang membelasah lecturer sebab bagi soalan kimex! sampai tak boleh jawab… TAHNIAH sekali lagi! Muahahaha!!

But, aku rasa sedih sebab ada kawan-kawan aku yang akan berangkat meninggalkan kolej tercinta kerana dah grad… aku pulak kena stay lama sikit sebab masih sayangkan kolej ni… huhuhuh.. aku tak sanggup nak tinggalkan kolej ni walau macam mana sekali pun! (ayat cover neh!). kepada kawan-kawan ku, semoga berjaya di luar sana dan yang sambung belajar, GOOD LUCK! Harap-harap kita jumpa lagi di paper yang sama! Muahahahah!!!!

So, hidup mesti diteruskan.. belajar tetap belajar… makan, tidur, berak dan sebagainya tetep di jadualkan… wasaalam….

Layan…..

Ahad, 16 November 2008

Singapore oh Singapore

Media Singapura Tidak Adil

Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD

Harian Metro, Ahad 16 November


JOHOR BAHRU: Kata bijak pandai, jenayah berlaku kerana dua sebab - niat untuk melakukannya dan kesempatan terhidang akibat sikap tidak berwaspada mangsa. Ia tercetus di mana-mana, tanpa mengira status sesebuah negara.

Bagaimanapun, di samping kedudukan geografi yang menjadi antara pintu masuk utama ke negara ini dan kebanjiran pekerja dari dalam serta luar negara kerana lambakan peluang pekerjaan sama ada di Johor dan Singapura, cabaran polis Johor bukan mudah.

Buktinya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, berlaku dua kes berprofil tinggi membabitkan pengedaran cakera video digital (DVD) dengan aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy.

Tidak hairan Johor dianggap negeri panas dari segi kadar jenayah di kalangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) selain Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, untuk melabel Johor negeri tidak selamat adalah satu tuduhan keterlaluan kerana setiap hujah yang bernas perlu disokong dengan fakta dan perangkaan.

Justeru, tidak adil apabila media khususnya Singapura, mendakwa Johor negeri tidak selamat dikunjungi apabila sesekali rakyat republik itu menjadi mangsa apabila bertandang ke negeri itu.

Buktinya, berdasarkan perangkaan IPK Johor, jika dibandingkan dengan jumlah kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini, iaitu antara 830,000 dan 850,000 orang sebulan, cuma 1.4 peratus menjadi mangsa kes jenayah.

Malah, selain polis Johor, rakyat Singapura sendiri mengaku mereka gemar berbelanja dan bersiar-siar di negeri itu, malah ada yang membeli hartanah serta menetap di Johor biarpun bekerja di negara mereka sendiri. Puncanya, kerana kos lebih murah,

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata hasil risikan mendapati penjenayah tidak akan membuat kaji selidik ke atas seseorang itu sebelum melakukan jenayah terutama ragut atau samun kerana ia bukan jenayah terancang.

“Kes yang berlaku ke atas warga Singapura turut berlaku kepada rakyat negara ini. Saya yakin tidak ada penjenayah yang mensasarkan warga negara jiran, sebaliknya disebabkan peluang yang diberikan mangsa.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah kes jenayah kekerasan membabitkan warga Singapura adalah 26 berbanding 47 tahun lalu iaitu menurun 21 kes. Rakyat Singapura yang menjadi mangsa samun dalam tempoh sama adalah 24 kes berbanding 43 kes tahun lalu, penurunan 19 kes atau 44.18 peratus.

“Kes jenayah harta benda membabitkan kecurian motosikal atau kereta milik warga Singapura, hanya 14 kes tahun ini berbanding 15 kes tahun lalu. Jadi, jika dibandingkan purata kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini sebulan, hanya 1.4 peratus saja menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Malah, jika dilihat sebaliknya, rakyat Singapura sebenarnya turut menyumbang kepada kes jenayah di Johor. Tidak dapat dinafikan segelintir rakyat mereka menjadi dalang atau pembiaya yang menyumbang dana bagi kegiatan pengedaran dadah, judi haram sama ada ekor, bola sepak atau kuda, pelacuran serta sindiket penyeludupan bayi di negeri ini.

Cuma kita terlalu berlembut dan dalam hal ini, peranan media memainkan peranan cukup penting. Jika media negara jiran bebas melaporkan kes terpencil yang menimpa pelancong mereka di negara ini, laporan media kita pula agak terbatas.

Misalnya, dalam sidang media polis, mereka hanya mahu wakil media tempatan melaporkan suspek ditahan dari negara jiran, walaupun diketahui ia membabitkan warga Singapura. Tujuannya, tidak mahu menjejaskan nama baik negara itu.

Malah, tidak dapat disangkal banyak kenderaan bernombor pendaftaran dari Singapura memecut ibarat pelesit di lebuh raya kita terutama pada hujung minggu.

Jumaat, 14 November 2008

Apa Yang Nak Dihairankan....??!!!

Aku ada ramai kawan non-Malay (not non-muslim). Aku takde masalah kawan ngan dorang. Aku pun bukan jenis yang memilih sangat kalau berkawan. Bagi aku yang penting, aku hormat bangsa kau, kau hormat bangsa aku, MELAYU. Paham?


Kes 1

Suatu hari, aku terjumpa kawan lama aku masa kat sekolah rendah, seorang berbangsa Cina. Aku masih cam muka dia sebab tengok dalam Friendster. Kitorang jumpa kat KL. Aku bawak kawan masa tu. Dia pun bawak kawan. Kitorang jumpa pun kebetulan je.

Macam-macam yang kitorang borak. Kawan dia senyap je. Mencelah sikit-sikit. Dekat 10 minit borak, masing-masing minta diri nak blah. Kalo nak borak panjang, kena tetapkantarikh dulu. So, bye my friend.

Dalam perjalanan balik, kawan aku cakap dia terkejut dan pelik bila dengar kawan Cina aku cakap Melayu dengan fasih. Kitorang pulak borak dalam bahasa Melayu. Berbeza dengan kawan yang sorang lagi tu yang tak habis-habis cakap Inggeris. Dia bangga ada Cina yang cakap Melayu dengan fasih.

Aku senyap je..

Kes 2

Bos bapak aku bangsa Cina. Memang pure Chinese. Tapi kalau dia cakap ngan orang selain Cina, memang cakap Melayu. Fasih betul kalau bercakap. Macam orang Melayu. Bagi aku lagi fasih dari sesetengah orang Melayu itu sendiri.

Aku, bapak aku dan sorang kawan bapak aku pergi office Uncle ni. Bapak aku saja nak bawak kawan dia jumpa uncle ni. Aku da selalu jumpa dah. Bila kitorang borak-borak, kawan bapak aku terkejut gila Barbie dengar uncle ni cakap Melayu. Aku buat-buat biasa je. Aku memang dah biasa dengar.

Tengah-tengah borak, ada orang call uncle ni. Dia pun borak jap dalam telefon. Aku paham apa yang dia cakap. Lepas 5 minit, dia matikan call. Sambung balik borak ngan kitorang. Bapak aku tanya, anak call ke? Dia jawab, ye. Anak dia merayu-rayu nak balik Malaysia. Padahal baru jer balik bulan lepas. Dia tak bagi sebab UK jauh nanti makan duit lagi. Kawan bapak aku ni lagi terkezut. Dia borak ngan anak dia cakap MELAYU! Aku pulak buat-buat biasa je..

Aku senyap je..

Motif Kes

Apa yang nak di herankan sangat kalau bangsa lain boleh cakap Melayu ha? Ni kan memang tanah Melayu, tanah orang Malaysia. Memang patut pun dorang cakap Melayu. Lagi pun kita dah 51 tahun merdeka. Takkan la tak reti-reti cakap Melayu. Ko bukan duduk kat Beijing. Betul tak? Kita pun patut bagi sokongan kat dorang ni yang cuba nak cakap dalam bahasa kebangsaan ni. Bukan tengok pelik bila dorang cakap melayu. Bukannya gi perli dorang bile cakap Melayu. Bukannya gi ajuk balik apa yang dorang cakap. Contoh ayat, tak boleh ma… lu wat apa tu r…? gua sakit tikak (tekak) la.. ada mutut (betul) ka ini balang (barang) ?

Mesti korang pernah guna ayat-ayat di atas. Betul tak? Pastu kalo jumpa dorang, mesti nak tunjuk skill speaking tu. Susah sangat ke nak cakap dalam bahasa? Kalau asyik cakap dalam BI, bila lah dorang nak belajar cakap dengan fasih bahasa Melayu ni. Pastu bila jumpa yang fasih, rasa pelik pulak…!!

Yang kita patut pelik adalah, ORANG MELAYU CAKAP MELAYU TAPI PELAT MAT SALEH!! or YANG LANGSUNG TAK RETI CAKAP MELAYU!!! Hampeh orang macam ni….!!! Buang Negara je!!

Layan…………..

Khamis, 13 November 2008

Hujan Batu Di Negeri Sendiri...

Petikan dari Utusan Malaysia Online – 13 November 2008

Pekerja zoo rakyat Malaysia maut dibaham harimau - 13/11/2008 6:10pm


SINGAPURA 13 Nov. – Seorang pekerja zoo mati dibaham tiga ekor harimau putih apabila terjatuh ke kawasan kurungan haiwan berkenaan di sini, hari ini.

Mangsa, Nordin Montong, 32, rakyat Malaysia yang berkerja sebagai pencuci di zoo berkenaan mati di tempat kejadian akibat cedera parah, menurut kenyataan Penolong Pengarah zoo tersebut, Biswajit Guha.

“Pekerja lain bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya mengawal dua ekor harimau itu tetapi seekor lagi terus menyerang Nordin,” katanya.

Jurucakap polis berkata, mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 tengah hari (12.30 tengah hari waktu Malaysia) dan menemui mangsa yang cedera di bahagian kepala dan leher.

Mangsa meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Seorang anggota paramedik yang dikenali sebagai Subhas memberitahu, mangsa mati akibat cedera parah di bahagian kepala dan leher. – Rueters

Let's Compare Israel And Palestine


click this image to view full image

for more details about Israel History, click here

Isnin, 10 November 2008

Nak jadi PM boleh…? Boleh belah!!

Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia (Isnin – 10 November 2008)

Singapura belum sedia pilih PM bukan Cina – Hsien Loong

SINGAPURA 9 Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.

Hsien Loong membuat kenyataan itu semalam semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di sini sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat.

“Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu kerana seseorang perlu memenangi undi,” kata Hsien Loong menurut laporan akhbar Sunday Times hari ini.

Beliau berkata, sentimen yang mendorong seseorang mengundi calon tertentu akan memakan masa yang lama untuk hapus sama sekali.

Kira-kira 75 peratus daripada 3.64 juta penduduk tetap Singapura ialah kaum Cina, sementara hampir 14 peratus merupakan kaum Melayu dan sembilan peratus lagi kaum India.

Jawatan Presiden Singapura yang tidak memiliki kuasa sebenar disandang oleh seorang yang berketurunan India.

Seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong juga daripada kaum India.


– AFP

p/s: saje nak kongsi ngan rakan-rakan….

Tengok? Tengok? Tengok? Kan mak dah cakap….. (iklan)

Layan……

Sabtu, 8 November 2008

oh, Exam Datang Lagi.... (nyanyi dengan gaya Dina Malaysian Idol)

Esok (Ahad), bermulalah final exam bagi semester yang ke - ** untuk aku. Final exam kali ni agak berlainan bagi aku. Walaupun dah banyak kali aku amik dua paper sekaligus dalam sati hari, tapi kali exam aku jatuh pada hari AHAD! (^&%&%&^). Apa boleh buat, dah nasib….

Aku harap, aku boleh jawab exam esok walaupun persediaan yang aku buat ala-ala kadar sahaja. Bukan takanak concentrate, tapi MALAS lebih menyayanigku… kui kui kui..

Dari pagi tadi aku bangun awal nak study tapi, macam-macam pulak benda yang aku kena setelkan. Basuh baju, kemas rumah, makan, main game, cek myspace, dan banyak lagi. Tup tup dah pukul 1.30 petang…

Pastu tengok berita tv3, tengok Bollywood, tengok tu, tengok ni. Tup tup da pukul 6.30… buku bukak baru je muka pertama… kui kui kui…

Apsallah aku ni malas + handsome ar? (perasan lagi). Tiba-tiba je ilham datang suruh update entry. Ish ish ish…

Pape pun, good luck to all my friends yang bakal dang sudah mengambil exam… doakan aku berjaya… harap-harap takda pape yang jadi esok…

P/S: time exam tak boleh mencarut suka-suka je. Tapi aku da tak boleh tahan….

Layan……

Rabu, 5 November 2008

I Love You Mummy, Daddy!!!

Assalamualaikum

Semalam aku terjumpa blog Madam Atie (counselor IIC) selepas terbaca blog Sir Munif (finance IIC kot). Sir Munif cakap kat dalam blog dia, Madam Atie tulis entry yang betul-betul menyentuh perasaan dia. Aku nak tau gak apa yang madam Atie tulis.

Tut. Tut. Tut.

Ada entry pasal arwah ibu madam. Pasal detik-detik terakhir arwah ibu madam sebelum menghadap ilahi. Aku pun tak sedar bile aku start menangis. Bukan manja-manja punya, tapi kaw kaw punya leleh..

Memang betul-betul terasa. Macam mana kalau benda yang sama jadi kat aku. Aku masih tak sanggup nak hadapi benda macam tu. aku masih tak dapat nak lepaskan ibu dan ayah aku. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni melawan takdir pulak.

Lepas baca je, aku terus call mak aku saja nak tanya khabar.

Aku: Assalamualaikum. Ma busy ke?

Ma: Waalaikumussalam. Takda la. Kenapa call?

Aku: nak tau Ma dah balik dari Kelantan ke?

Ma: dah start kerja pun. Pergi sekejap je Kelantan tu. malam semalam balik KL balik.

Aku: oh… ni, nak cakap ngan Ma, kalau tak cukup duit nak bayar MUET, takpa la. Tak kesah. Nanti ada lagi exam MUET bulan 10 tahun depan. Kalau tak dapat masuk UUM pun takpa. Tahun 2010 boleh je…

Ma: ha!!?? Kenapa pulak? Tiba-tiba je…

Aku: la… abah tak bagi tau pape ke? Abah cakap dia tak dapat nak cari duit lagi untuk MUET. Sebab tu kena tangguh dulu..

Ma: hmm… abah tak bagi tau pape pun… takpa la, nanti Ma usahakan gak dapat amik MUET bulan 5 tahun depan. Nanti Ma bincang lagi dengan abah.

Aku: ok. Takpa la. Tu je. Assalamualaikum

Ma: ok. Waalaikumussalam..

Lor, lain yang nak cakap, lain pulak yang keluar. Aku rasa ego dalam hati ni tinggi lagi. Aku macam tak terkeluar ayat, ADIK SAYANG MA… berkali-kali aku nak cakap macam tu. memang tadi aku dah nekad nak call tanya pasal keadaan dia. Sehat ke, baik ke, tapi yang keluar, PASAL MUET PULAK! Adeh!

Aku call bapak aku pulak.

Aku: Assalamualaikum. Abah katne?

Abah: Waalaikumussalam. Kat Kelang. Baru balik dari office Uncle Lai. On da way balik Putrajaya. Kenapa?

Aku: ar…. Errr… abah… aa….bahhh.. (cis tak keluar pulak) <------ segan!! Abah: Apa....??? Cepatlah cakap. Nak duit??

Aku: a’ah. Boleh masukkan sikit duit kat dalam bank? (dan-dan duit)

Abah: nanti petang abah sampai kat Anjung, abah masuk. Duit sewa rumah kemudian. Duit belanja je abah masukkan dulu.

Aku: ok.

Abah: tu. tut. Tut tooot……..

Lor, tiba-tiba keluar pulak pasal duit belanja. Walaupun syukur, tapi bukan benda tu yang aku nak cakap. Madam, saya masih takda kekuatan untuk BERTANYA KHABAR IBU DAN AYAH SAYA!! Ego aku masih tinggi!!! Tapi, itulah bapak aku. Kalau dia nak bagi duit, mesti di dahulukan duit belanja. Sewa rumah katanya no 2 selepas duit belanja harian. Makan lagi penting.

Aku pun hentak-hentak handphone kat mulut sebab penakut…

Layan…..

Rabu, 22 Oktober 2008

Ape kes ni?

hari ni aku rase nak mencarut. tapi tak tau nak start dari mane. sebab ape? sebab ade org da buat aku marah. marah semarahnye. tapi aku taknak mencarut tanpa membuat sebarang persediaan rapi. takpela. nanti aku carut lagi...
hari ni aku rase tak best sangat... pape pon,
layan............

Selasa, 7 Oktober 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Sempena bulan Syawal yang mulia ni,
ku menyusun sepuluh jari,
mohon ampun dan maaf,
dari hujung rambut hingga hujung kuku,
timur dan barat, utara dan selatan,
kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam,
yang mengenali diri ku, dan yang sipi-sipi je kenal.
Maaf Zahir dan Batin..
(ayat cliche') hehehe

Layan....

Ahad, 21 September 2008

20 Perkara Umum Yang Korang Tak Tau

Umum

1 – Korang tau tak, Thailand adelah negare yg tak pernah di jajah oleh mane2 negare lain? Tp Thailand adelah negare penjajah (dulu). Semua negare di asia tenggara pernah dijajah oleh negare lain termasuk oleh Thailand sendiri.

2 – Korang tau tak, keluasan New Zealand adelah berkali-kali gande dari Singapore, ttp jumlah penduduk Singapore adelah lebih banyak dari jumlah penduduk New Zealand.

3 – Korang tau tak, bagi negare yg tidak mempunyai raja, pemerintah tertinggi adelah President.

4 – Korang tau tak, bg negare yg mempunyai raja pula, pemerintah tertinggi mereka adelah raje berkenaan. Ttp, yg mengurus dan mentadbir negare adelah Perdana Menteri.

5 – Korang tau tak, negare India tidak mempunyai raja. Ttp diperintah oleh Perdana menteri dan bukannye President. Ini kerane India masih menganggap Queen Elizabeth (British) adelah raja mereka.

6 – Korang tau tak, Singapore juga diperintah oleh Perdana Menteri walopon mereka tidak mempunyai raja. Mereka mempunyai President ttp tidak memerintah secare mutlak.

7 – Korang tau tak, Benazir Bhuto menjadi Perdane Menteri Pakistan sebanyak 2 kali (PM ke 12 dan 16 Pakistan).

8 – Korang tau tak, bandar paling mahal di dunia terletak di Japan dan Korea? Semua bende yg di jual terlalu mahal dan taraf hidup penduduknye adelah tinggi. Pendapatan pemungut kotak dan tin kosong di bandar Soul, Korea bersamaan dgn RM4000 di Malaysia. Ttp di sane, ia dianggap pendapatan paling murah bg rakyat Korea.

9 – Korang tau tak, hanye lima negare yg mempunyai kuasa veto di PBB (kuasa pembatal), United Kingdom, Peranchis, China, Rusia, dan Amrika Syarikat. Jika salah satu negare ini tidak bersetuju dgn sesuatu resolusi (perancangan) PBB, mereka berhak membatalkannye walopon 100 negare lain menyokong.

10 – Korang tau tak, USA adelah negare yg paling banyak menggunakan kuasa vetonya?

11 – Korang tau tak, USA hanye menganggap Christmas dan Hanukah (perayaan org yahudi) shj yg bleh disambut secare besar-besaran. Penganut kedua2 perayaan ini diberi cuti umum. Perayaan lain tidak.

12 – Korang tau tak, hampir semua President USA mempunyai pertalian darah dgn Yahudi (Israel)? Sbb itu mereka adelah penyokong kuat negare haram yahudi.

13 – Korang tau tak, Israel telah memberikan bantuan perubatan, kewangan, dan ketenteraan kpd Singapore selepas keluarnye mereka dr Malaysia sehingga sekarang?
14 – Korang tau tak, Malaysia adalah negara Islam paling maju, paling aman dan paling makmur di dunia. Ini yang menyebabkan Malaysia di hormati di dunia Islam khususnya dan dunia amnya.

15 – Korang tau tak, enjin carian http://www.yahoo.com/ sebenarnye didalangi oleh org yahudi? Mereka menggunakan logo spt à Y! untuk menggambarkan http://www.yahoo.com/ . Kalo korang bukak Microsoft word dan taip huruf Y, pastu korang tukar jenis tulisan kpd Wingdings. Tengok ape yg jadi…

16 – Korang tau tak, Amerika mendapat kemerdekaannya dari British (Great Britain) pada tahun 1776. Jika dikira dari tahun tersebut, Amerika telah menyambut kemerdekaannya yang ke-232 tahun pada tahun ini (2008).

17 – Korang tau tak, berdasarkan perangkaan yang di keluarkan oleh Bank Dunia, Pendapatan Perkapita Setiap Rakyat bagi negara2 di asia tenggara adalah,

Singapore............ke-3 di dunia.............$ 50,299
Malaysia..............ke-48 di dunia...........$ 13,315
Thailand..............ke-69 di dunia...........$ 8,138
Indonesia.............ke-105 di dunia........$ 3,728
Philippines...........ke-111 di dunia.........$ 3,410
Vietnam...............ke-116 di dunia.........$ 2,600
Laos......................ke-123 di dunia.........$ 2,140
Cambodia.............ke-131 di dunia.........$ 1,802
Timur-Leste........ke-158 di dunia.........$ 776

Selain dari negara2 di atas, maklumat tidak dapat dikesan..

18 – Korang tau tak, negara yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia adalah negara China. Lebih kurang 1,326,200,000 penduduk. Di ikuti oleh India, 1,138,230,000. Negara yang paling sedikit jumlah penduduknya adalah Pitcairn Islands, 50 orang. Di ikiuti oleh Vatican City, 800 0rang.

19 – Korang tau tak, Malaysia mempunyai 116 buah lapangan terbang. Tapi, Amerika mempunyai 14,947 buah lapangan terbang. Paling sikit, sebuah lapangan terbang. Kebanyakannya terdiri dari negara2 pulau yang kecik.

20 – Korang tau tak, negara terbesar di dunia adalah Russia, dengan keluasan keseluruhan 17,098,242 km2. Malaysia, 329,847 km2. Negara paling kecik di dunia adalah, Vatican City, 0.44 km2.

Sekian dulu…. Layan………..

Rabu, 16 April 2008

Bermulanya Sebuah Cerita...

Assalamualaikum,

Untuk mengelakkan salah faham, salah maklumat dan ingin menjaga hati keluarga semua pihak yang terlibat, terutamanya rakan-rakan kami yang terlibat, kami telah bersetuju untuk menerbitkan sebuah cerita ringkas (kronologi) mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian. Di harap, apa yang ditulis, akan menjawab segala persoalan dan spekulasi yang timbul. Di harap juga, rakan2 yang lain tidak lagi membuat sebarang spekulasi yang tidak benar mengenai kejadian ini.

Bismillahirrahmanirrahim,

31 Mac 2008, jam 4.45 petang.

Rata-rata diantara kami telah selesai bergelut dengan “final exam” pada petang tu. Ada juga di antara kami yg telah mengambil last paper…..

Aku bercadang hendak pergi ke cyber café pada petang tu. Aku pun ajaklah Faizal… Aku pun call faizal sebab aku tahu dia pun dah settle jawab paper petang tu. Tp Faizal cakap, dia nak pergi menjala (pukat) ikan dengan Salam dan Wan. Aku pun ‘menawarkan diri untuk pergi sekali kerana memancing, menjala, pukat dan sebagainya adalah hobi aku.

31 Mac 2008, jam 5.00 petang.

Aku sampai di apartment aku (Seri Batu). Aku ternampak Salam dan Wan di kawasan parking motor sambil berborak. Aku pun tanya pasal menjala ikan tu. aku tanya, boleh aku ikut? Salam kata boleh. Aku tanye lagi, kat mane? Lombong kat belakang jawabnya. Kul berapa? Lepas solat asar. Salam bagi tau lagi, kalau nak pergi, jangan pakai lawa-lawa. Kita nak turun ke lombong. Nak redah semak, selut dan air. Ok, aku setuju. Aku pun naik ke rumah di tingkat 7.

31 Mac 2008, jam 5.10 petang.

Sesampai je kat rumah, aku nampak Faizal sedang makan petang di ruang tamu. Kawan-kawan rumah yang lain pun ada. Aku pun menyampaikan pesan Salam tadi kepada Faizal. Aku ngan Faizal bersiap. Kami hanya membawa helmet, pisau, kad pengenalan dan lesen motor sahaja untuk mengelakkan ‘muatan berlebihan’. Kami turun ke rumah Salam di tingkat 5.

31 Mac 2008, jam 5.20 petang.

Salam dan Wan sudah selesai menunaikan solat asar. Salam telah memotong pukat yang akan kami bawa menjadi 2.5 meter sahaja. Katanya, susah kalau nak pakai pukat panjang-panjang. Pukat asal boleh melilit badan orang hingga 10 kali (maklumat tambahan).

Aku tanya Wan, kita berempat je ke? Tak, nanti ade lagi 2 orang ikut. Motor tak boleh naik sampai 6 orang. So, kene buat 2 trip. Tak kene pakai helmet ke? Tak payah…. Dekat je lombong tu. kita ikut jalan dalam. Polis pun takde..membuta (ketika ni hati aku tiba-tiba shj mula memberi gambaran yang kurang baik)

Siapa lagi yang 2 orang tu? Abbas and Ayie (Izri). Siapa Izri tu? Nanti karang jumpalah kat lombong tu.. Salam bawa pisau, beg sandang, pukat, dan penutup kepala.

Aku pun tunggu kat luar sampai diorang siap. Aku ternampak seseorang berjalan dengan laju ke arah lift. Biasanya, dia akan tersenyum jika ternampak aku di mana-mana walaupun tak kenal. Tp pada masa tu, dia seolah-olah mengejar sesuatu. Lupakan jelah hal tu… Misi utama adalah pergi ke LOMBONG.

31 Mac 2008, jam 5.30 petang.

Kami berempat sampai di lombong Ampat Tin (Projek Takungan Air, Batu). Wan cakap, Abbas dan Ayie ada kat apartment lagi. So, dorang kena patah balik ambik Abbas dan Ayie. Aku dan Salam tinggal berdua kat lombong. Wan dan Faizal bwk motor pergi ke apartment ambik Abbas dan Ayie.

Tinggal aku berdua dengan Salam. Macam-macam kami borakkan. Tentang pengalaman, keluarga, dan macam-macam lagi. Dia sempat ajar aku mcm mane nak pukat dan jala ikan. Salam ajak aku tengok-tengok kawasan sekitar lombong. Aku tengok air deras sikit kat bahagian sungai. Tp kawasan kat lombong air tenang.

Salam ajak aku turun sekali kat dalam air. Tp aku macam keberatan sikit sebab tengok keadaan air yang deras. Macam-macam alasan aku bagi kat Salam supaya dia tak paksa aku turun. Aku cakap, air kotor, bersampah, dan macam-macam lagi. Dia pulak tetap ajak aku turun kat dalam air (padahal dah banyak kali aku turun lombong memancing, pukat, jala dan berenang. Tp hari tu aku rasa tak sedap hati. Aku memang dah siap nak turun, baju ngan seluar pun dah tukar.)

Salam tau air memang deras kat sungai, tapi dia tetap nak turun sebab air lombong tenang. (Sungai dan lombong ni bersambung each other)

31 Mac 2008, jam 5.40 petang.

Abbas ngan Ayie sampai. Tp Faizal ngan Wan belum sampai sebab dorang pergi isi minyak motor. Baru aku perasan, ‘budak’ yang aku tengok jalan laju ke arah lift tadi rupanya Ayie. Tp ayie tetap tak senyum bila nampak aku. Kenapa ni? Apa salah aku?

Salam terus ajak Ayie turun. Ayie pun membuka baju dan terus ikut Salam turun ke dalam air melalui sungai. Abbas tak turun sebab kaki dia sakit. Salam ngan Ayie terus ikut sungai tu sampai ke lombong sambil memegang pukat.

Aku dan Abbas terus mengutip barang-barang yang Salam dan Ayie tinggalkan (selipar, handphone, baju dan lain-lain lagi)

Sampai je Salam dan Ayie kat kawasan lombong, Faizal dan Wan pun sampai. Faizal dan Wan pun terus turun ke dalam air tapi melalui tebing lombong. Faizal dan Wan ajak aku turun tapi aku tetap taknak. Hanya duduk kat tepi teping sambil pegang bekas jaring ikan. Abbas plak tunggu kat atas jambatan.

Bile aku tengok dorang dah makin ke tengah, aku pun naik kat atas ambik motor. Aku terus pergi ke tebing yang paling hampir dengan tengah lombong. Abbas pun ikut.

31 Mac 2008, jam 6.00 petang.

Kami ternampak seorang tua Cina yang berada betul-betul kat tengah lombong. Dia seperti sedang mendulang. Aku tanya Abbas, apa dia buat kat tengah-tengah lombong tu? mendulang emas ke? Abbas menggeleng.

31 Mac 2008, jam 6.15 petang.

Mereka berempat (Salam, Ayie, Wan Faizal) semakin dekat ngan orang tua Cina di tengah lombong tu. Mereka makin seronok sebab ikan dah makin banyak dapat ditangkap. Semakin lama mereka makin dekat dengan pintu empangan…. Kami bagi amaran, jangan pergi terlalu jauh. Tp Salam cakap, ni yang last. Pastu kita patah balik. Tetapi….

Wan berpatah balik sebab air makin dalam. Wan tak pandai berenang. Baru je beberapa minit Wan berpatah balik, aku nampak Ayie dah tengelam timbul kat depan pintu empangan. Pastu aku nampak Salam dan Faizal berpegang tangan dengan Ayie, juga dalam keadaan tenggelam timbul. Abbas bagi tau Wan apa yang berlaku kat belakang dia, tp Wan tak perasan langsung. Tak dgr.. Orang tua Cina tadi hilang… kami tak tau ke mana.

Seorang India yang kebetulan memancing di sebelah aku, menjerit bagi tau yang Faizal, Ayie, dan Salam lemas. Aku pulak, terus naik ke atas jalan besar (naik motor) dan terus ke pintu empangan. Diikuti Abbas dan Bro. India tu.

31 Mac 2008, jam 6.30 petang.

Sesampai di pintu empangan yang menghadap ke sungai (mengalir ke jalan ipoh), aku hanya nampak Faizal dalam keadaan muka yang pucat mayat di dinding empangan. Aku bertanya, mana Salam? Tp dia tidak menjawab. Selepas yakin yang Faizal selamat, aku terus mengikut alur sungai. Aku hanya nampak seorang yang hanyut ke sungai (wallahu a’lam, mungkin Ayie). Aku, Abbas, dan Bro. India tadi terus mengejar. Hanya nampak kepala…. Makin lama makin tenggelam. Dan terus tenggelam….

Kami berpatah balik ke tempat Faizal tadi. Alhamdulillah, Faizal berjaya di tarik ke atas dengan bantuan pekerja di JPS dan orang ramai.

31 Mac 2008, jam 6.40 petang.

Kami menghubungi pihak bomba dan polis. Aku menghantar Faizal balik ke rumah.

31 Mac 2008, jam 7.00 malam.

Pihak polis datang dan mengambil keterangan saksi.

31 Mac 2008, jam 7.20 malam.

Barulah pihak bomba datang. Tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana air di pintu empangan terlalu deras. Mereka hanya boleh mencari di sekitar sungai sahaja. Keadaan menjadi kecoh sedikit kerana pihak bomba menerima maklumat yang salah dari mereka yang tidak tahu menahu perkara ni. Pihak bomba menyangka mereka (Salam dan Ayie) hanya berada di sekitar empangan.

31 Mac 2008, jam 8.00 malam.

Faizal di hantar ke hospital atas arahan pihak kolej.

31 Mac 2008, jam 8.30 malam.

Pihak bomba masih mencari di sekitar empangan.

31 Mac 2008, jam 9.00 malam.

Barulah pihak bomba menyusuri sepanjang sungai hingga ke Jalan Ipoh.

31 Mac 2008, jam 11.30 malam.

Jenazah arwah Ayie di temui di bawah jambatan berdekatan Masjid Jamek Jalan Ipoh, 2km dr tempat kejadian (traffic light ke Batu Lima). Jenazah terus di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk di bedah siasat.

01 April 2008

Arwah Ayie dibawa balik ke Perak.

01 April 2008, jam 2.00 pagi.

Operasi mencari arwah Salam di hentikan dan disambung keesokan hari……

01 April 2008 hingga 04 April 2008.

Seorang demi seorang dari kami memberi keterangan kepada pihak polis dan bomba. Orang tua yang berada ketika hari kejadian juga tampil memberi keterangan (beliau bukanlah ‘seseorang’ seperti yang anda semua sangkakan)


05 April 2008, jam 9.00 pagi.

Aku orang terakhir turun ke bahagian tepi pintu empangan untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan bomba.

05 April 2008, jam 7.30 pagi.

Jenazah arwah Salam ditemui berdekatan antara Stesen Petronas di Jalan Ipoh dan Kompleks Mutiara oleh orang ramai. Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk di bedah siasat.

06 April 2008, jam 1.00 pagi.

Selesai bedah siasat, mandi, kafan dan solat, jenazah di bawa ke kampung ibunya di Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan untuk di kebumikan….

06 April 2008, jam 3.30 pagi.

Jenazah sekali lagi di sembahyangkan di masjid kampung itu.

06 April 2008, jam 4.300 pagi.

Segala urusan pengkebumian selesai….

Kami, rakan-rakan mangsa, betul-betul memohon kemaafan dari semua pihak yang terlibat di dalam kemalangan ini. Terutama keluarga kepada arwah Bukan niat kami untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar mengongsi pengalaman pahit yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Diharap, segala penjelasan ini akan dapat membetulkan sedikit salah faham dikalangan sahabat, dan keluarga arwah. Akhir kalam, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat kesalahan fakta, ejaan, dan penggunaan ayat sepanjang cerita ini. Kami bukanlah orang yang sempurna.

Yang baik datang dari Allah. Yang buruk juga datang dari Allah, tetapi disebabkan oleh kelemahan diri kami.

Al-Fatihah untuk:

Arwah Mohd Nur Salam bin Hussein Solomon
Mohd Izri Firdaus bin Mohamad…

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat… Insyaallah.

Assalamualaikum………

Prepared by,

Khairul Anuar,
Mohd Faizal,
Mohd Syazwan,
Mohd Abbas,





smallest

Rabu, 23 Januari 2008

Penipu! Penipu! Penipu

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Selamat pagi. Selamat petang. Selamat malam. Salam perpaduan. Salam berentap. Dan pelbagai lg ucapan salam yg direka oleh org kite utk menunjukkan rase hormat, dan rase gembira apabile berjumpe seseorang, tak kisahlah ikhlas atau tidak. Btul?

Hari ni aku bkn nak crite pasal salam atau ucapan tp nak crite pasal Pembekal Talian untuk H/P yg kite pkai selame ini. Tahukah anda, (chewah, mcm nak bg information gossip je) selame kite memakai line h/p ni, kite bnyk di tipu?

Contoh:

1) Caj tersembunyi or tersorok
2) Tiada liputan rangkaian (biaselah)
3) Kredit mase berbual yg singkat
4) Bonus kredit or sms yg meragukan
5) Caj utk men download pic, song, or anything yg tak beragak mahalnye
6) ^%^%*^8
7) &^%&*^%&
8) &^(
9) mahal sgt
10) promosi yg meragukan ketika perayaan

mungkin ade antare korang yg tak pnah terpkir pon pasal bende2 mcm ni. Sbb ape? Korang mmg dah kaye dan bnyk duit utk top up. Bg kaum yg sederhane mcm aku ni (yg masih terkial-kial mencari duit utk top up bile tiba waktunye), terpakselah berkire-kire sbb nak jimat kredit ni. So ape2 yg terjadi kat dlm maklumat akaun kredit aku, aku akan cek blk. Lepas call, lepas sms, aku mesti cek balance.

Sebenarnye bkn aku sorang je yg mcm ni, tp hampir semua pengguna telafon bimbit kelas bawahan yg menjadi terlalu ‘alert ‘ ttg kredit mereka. Kalo korang tak percaye, cube test sms kat 10 org kwn2 korang, berape yg reply? Dorang akan berkire2 nak reply atau tidak. Kang kalo reply mesti mahal punye.

Bkn nak katekan kedekut (mmg kedekut pon kalo bab2 kredit nih!), tp berhati2 je dlm pengurusan kredit. Org kate pengurusan berhemah (hehehe – korokmu!)

Aku bleh bg contoh.

Telco A: (pling bnyk klentong penggune)

PANGGILAN:

Kate caj utk panggilan 36 sen seminit ke seluruh negare. 20 sen/30 saat. Tak kire ko pkai line ape pon. Kat negeri mane pon tak kisah. Habis satu Malaya heboh. Masuk tv. Masuk radio. Taja rancangan dlm tv sbb nak bg tau AKU PUNYA CAJ YG PLING MURAH SETAKAT NI. Tp, bile call org, seminit jd 39 sen seminit. “alah beze 3 sen je” (ni beselah kate2 org kaye). Tp cube korang pikir, kalo 30 minit bercakap, berape yg korang rugi? Bkn sume no tepon bleh masuk dlm senarai 5 org tersayang…

Itu blum lg kalo call org dr telco lain. Mmg jauh panggang dr api.

5 org tersayang pon dorang klentong. Kate 10 sen seminit. Tp bile call jer 15 sen seminit. Tak tau plak pkul brape br dpt 10 sen tu. Kalo ade waktu2 die, terangkanlah dgn terang! Bkn iklankan yg 10 sen tu jer! (tp setakat ni yg aku perasan mmg 10 sen tu jer yg disebut katdlm2 iklan)

SMS:

Kepada 5 tersayang, 1 sen/sms. Kepada kwn2 dlm line same, 7 sen/sms dulu (5 sen). Kepada telco lain, 15 sen/sms (tp ni yg dorang tak sebut dan tak terangkan dlm iklan). International sms 20 sen/sms. “Iklan sekejap je. Mane sempat nak crite sume. Tp pihak telco dah bg brochure utk lebih maklumat” (mmglah dah bg brochure, tp korang mcm rajin jer nak belek bende tu. Lg pon, promosi tiap2 bulan ade. Takkan nak pegi amik kat center or kedai2 tiap2 bulan? Korang lebih snang tengok kat iklan kan?)

Bonus Hari Jadi, Panggilan or SMS:

Yg ni bg mata ganjaran yg bleh dipilih. Nak sms percuma or kredit percuma. Tp ciput jer.. KEDEKUT! Kelebihan, tiap2 hr bleh tebus. Kalo tak tebus kire burn.

Top up RM10 = 20 mata
Top up RM50 = 100 mata
20 mata = 20 sen. kire2 mcm 2 peratus je die byr utk setiap yg korang top up.
Puas? Korang bleh tebus point ni kalo genap setiap 100 point. Kureng tak bleh… kalo ade 154 point, bleh tebus 100 je. Balnce tu kene kumpul lg..

Download Picture and Song:

Satu picture yg ntah pape ntah, rm3. “jgn download kalo mahal” (mmg aku pon tak pnah download tp apsal nak tipu pengguna. Die pon dpt percume je. Takpon brape sen je satu pic)
Satu lagu, dlm rm3 – rm5. Tu pon sekerat je. Tp iklan cow cow bg tau lagu2 yg dorang ade sume hebat2! Nada Pemanggil plak, daftar tiap2 bulan je dah rm3. blum lg beli lagu tu! kalo stop jap, habis sume lagu2 yg kite dah beli ter delete. Nak sambung blk, byr blk pendaftaran, pastu beli lagu2 semula.

GPRS:

Masuk percuma, tp bile dah masuk page lain, KENE CAJ. Kene caj tak kisah sgt. Tp kuantiti caj tu yg melampau. Tak tau caj yg tetap!

Customer Service:

Kalo call bdk2 kat sini pon dah kene caj 40 sen/minit. Padahal kite yg nak buat pertanyaan dan aduan. Jabatan lain pon tak kene caj kalo nak tanye pasal akaun. Itu satu hal dah. Dahlah berlambak iklan kat dlm call tu. kite bkn nak ckp ngan iklan tu, tp OPERATOR die! Nak buat aduan kerosakan je, tp bleh jadi sesi suai kenal plak. Kekadang jd smpi 5 minit. Ha, kirelah sendiri caj die tu. itu blum tentu die nak buat cpat2 kite punye aduan. Aku punye aduan dah yg ketige dibuat sbb line kurang jelas kat Dengkil City tu. Tp hampeh!

Coverage:

Bleh tahan r… 80 percent

Telco B: (same je perangai)

PANGGILAN:

“sape kate mereka lebih murah?” ingat iklan ni? Hampeh! Mmg kalo 35 sen/minit kire murah dr yg lain. Tp itu hanyelah kate2 mereka. Ape plak kate pengguna? “penggune ade plan yg perlu dipilih” (ha, ade pon plan yg perlu dipilih. Tp knape tak bg tau awal2? Yg pegi iklankan plan yg satu tu je apehal? Ingat aku ni anai-anai nak klepet? (kate seorang sahabat)

ni pon same je. Kalo call 8 tersayang (die bg bnyak sket org tersayang), sesame sendiri kire bleh dikatekan murah. Tp yg mahal kalo call telco lain tu yg mahal. Tp dlm iklan kate anywhere, everywhere, somewhere, dan ape2 lg utk hanye 35 sen/minit. KOROKMU!

SMS:

Ade sket keraguan. Sbb ape? Telco ni mmg bnyk sgt plan yg dicipta utk “memberi pilihan kepada pengguna”. padahal utk memberi kesusahan kepada pengguna kerana takde pilihan. Caj plak mmg tak same. Samelah mcm call. Berubah-ubah. Kekdang smpi 20 sen/sms. Pling murah pon 1 sen/sms. Itu hanye utk kaum kerabat.

Bonus Hari Jadi, Panggilan, SMS:

Bonus hari jadi mmg DAHSYAT utk telco ni. Mmg bleh dipercayai. Tp hanye utk kaum kerabat. Bleh call smpi lebam telinga, cair taik telinga dan leper kelopak teling. Selame seminggu!!! Yg musykil, kredit panggilan. Kalo name dah bonus, sume yg digune kire bonuslah gak…. Bonus rm2 yg kite dpt tu rase kejap je. Cpat je habis. Mcm tak sedar. Berhantu btul telco ni. Bonus die kite tak brape perasan. Pelik! Kelebihan tiap2 hr bleh dpt bonus. Takde kene tebus2 point. Nak bg trus bg jer..

Download Picture and Song:

Kesimpulannya, rata2 picture and song mmg mahal!

GPRS:

Pon lebih kureng same kalo kite dok main PC kat CC. Mahal! Bkn lame pn pkai GPRS tuh! Dan ia lebih mahal dr telco yg ketiga lepas ni.

Customer Service:

Percuma. Cume lambat jawab kekadang.

Coverage:

Bleh tahan… 95 percent!

Telco C:

PANGGILAN:

Setakat ni tiada penipuan yg nyata dlm perkhidmatan panggilan telco ni. Rata-rata ape yg terpampang kat dlm iklan mmg btul. 36 sen/minit. Kalo setengah minit, 18 sen/30 saat. Mg btullah kiraan die. Yg pling best, dpt call sesape je pd kadar yg rata (fix rate). Kebanyakan telco pkai prinsip mcm ni. Kejap atau lame korang pkai, die ttp caj ikut 30 saat or seminit. Kalo nak tanye “ko kat mane?” dan hanye dlm mase 10 saat je soklan ni, ttp dianggap 30 saat pertama. Borak punye borak, jadi 35 saat plak. Caj akan dikire pd kadar seminit plak. Paham? Kalo kpd 6 tersayang plak, hanye 15 sen/seminit dan 8 sen/30 saat. Best tak?

SMS:

6 tersayang: 1 sen
same telco: 7 sen
lain2 telco: 15

kelemahan plak, tak ramai yg pkai telco ni. So, rate2 sms adelah 15 sen gak…. Telco C ni takde plan yg memeningkan kepale. Sume same rate je die bg. Takde plak kalo panggilan murah sms mahal. Sms murah, panggilan mahal. Never ever! Korang takkan sesat pilih plan yg mengarut.

Bonus Hari Jadi, Panggilan, SMS:

Mmg cow cow die bagi! Bonus dibayar setiap 4 bln. Ade 3 jenis kadar bonus. 5 peratus, 7 peratus, dan 10 peratus. Kadang2 bleh dpt smpi rm50 bonus. Dan bonus ni bleh buat sms dan panggilan, sbb die byr dlm bentuk kredit. So, tak kesah korang nak call or sms sesape pon! Kelemahan kene tggu setiap 4 bln.

Hari jadi plak lg bnyk! Kekadang smpi rm150 bleh dpt. Dgn syarat top up le bebanyak. Sume telco pon camtu. Itulah strategi. Kalo die nak bg pon, die bg trus jer… takde tebus2 mcm Telco A.

Download Picture and Song:

MAHAL. MAHAL. MAHAL. MELAMPAU. MELAMPAU. Tp kalo korang buat langganan bulanan, dptlah murah sket… kekadang free je. Itu kelebihan die plak.

GPRS:

MAHAL. MAHAL. MAHAL. Mmg MAHAL, Melampau, cekik darah. Same gak kalo kite gi main PC kat CC.

Customer Service:

Percume. Ckp pon brape lame korang nak ckp, tp percuma. Tak kesah. Nak gayut ngan operator tu pon bleh. Kalo operator tu laratlah nak layan korang…. Tp yg lame tu, iklan melambak. Walopon bleh skip iklan tu, tp bnyk SGT!!! Kalo call plak, asyik busy je oerator kat situ. Maklumlah percuma, mesti tak ckup kakitangan nak jawab panggilan tu. Tak bleh pkai kakitangan, pkai mulut jawab tak bleh? Tak pon kepit ngan ketiak tu. pkai alternative lain plak. Heheh. Lag satu, line tak clear langsung. Mcm ckp pkai tepon cawan je (alah yg smbg pkai tali pancing. Takpon pkai tali rapia).

Coverage:

Korokmu bleh tahan! “TIADA LIPUTAN SEHANDAL KAMI”. Aku pon plik mcm mane bleh kuar statement mcm ni.. dahlah nampak mcm tipu jer.. bg aku 50 percent je thp die.. kalo aku duduk kat Dengkil tu (sebelah putrajaya je), mcm duk kat dlm sebuah gua yg besar. Sb ape, aku dok kat tgh jln pon blum tentu bar line die kuat. Lame2 kene sondol ngan kete sbb gile dok tgh jln! Dulu mase aku dok kat putrajaya pon mcm tu. rase mcm dok tgh hutan. Bkn takde langsung bar line tu, tp liputan tak memuaskan. Nak call org susah.

Ok, aku rase tu je yg dpt aku tulis. Pape pon, komen masuk inbox ye… jgn masuk parlimen ok?

*&%*&^%*
*&%*&%^&*
&^(^(*

Layan……………………….
smallest