VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 17 Februari 2010

Selamat Bersidang....

Selamat bersidang kepada pendebat-pendebat yang menyertai Debat Terbuka Astar 2010. Selama 5 hari kami akan berkampung di Universiti Malaya, dari 17 February 2010 hingga 21 February 2010.
Kepada pasukan debat International Islamic College (IIC), semoga berjaya!
p/s: Aku akan join waktu malam je sebab petang kena pergi kerja. Sedih...

Selasa, 9 Februari 2010

Tak pergi konvo pun...

Rasa macam tak sempat nak kumpul duit. Surat jemputan pun tak dapat-dapat lagi. Macam mana nak sempat kumpul duit, motor asyik masalah jer..

Tarikh akhir bayar, 15 February 2010. Gaji 23 February 2010. Alahai duit... Ada orang nak bayarkan, tapi segan nak call balik sebab tawaran dulu aku tolak. Alahai duit...

Matilah kesemuanya..

Akhirnya, kucing terakhir untuk genrasi ke-2 anak-anak kucing aku mati. Seperti biasa, jatuh dari tingkat 6. Yang tinggal hanya ibu dan 3 orang anak dari generasi ke 5.

Ahad, 7 Februari 2010

Orang Malaysia memang bodoh ke?

  1. Pertanyaan untuk Melayu, India dan Cina Malaysia.
  2. Bodoh sangat ke orang kita ni?
  3. Minggu lepas tengok Wakenabeb, siaran ulangan.
  4. Minggu ni tengok lagi Wakenabeb, juga siaran ulangan.
  5. Motif: Ada satu adegan dalam rancangan tu tanya pasal nama-nama tokoh terkenal di Malaysia.
  6. 99% tak dapat jawab soalan: Siapakah Ketua Polis Negara (KPN)?
  7. Yes! Sembilan puluh sembilan peratus individu yang ditanya tak tau jawapannya.
  8. Jadi, bodoh sangat ke rakyat Malaysia ni atau buat-buat bodoh?


p/s: Tu belum lagi soal nama-nama menteri kabinet.

p/s: Aku pun bukan semua aku hafal tapi sekurang-kurangnya kita kena ambil tahu.