VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 24 Julai 2009

Syukur...

Syukur Alhamdulillah, aku berjaya mendapat kerja di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Aku akan melapor diri pada 3 Ogos 2009. Jawatan, Pembantu Tadibir Perkeranian dan Operasi.

Perasaan gembira bercampur sedih sebab aku akan berpisah dengan kawan-kawan yang baru 3 minggu aku kenali di Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tetapi, hidup mesti diteruskan dan duit mesti dicari. Harap-harap pengalaman yang sikit ni akan berguna di tempat beru nanti.

Kepada kawan-kawan di KDN, aku akan memaklumkan pemberhentianku secara rasmi minggu depan. Insyaallah..

p/s: Penat pergi interview akhirnya berbaloi!

p/s: Sorry to all my friends. Aku terpadam sebenarnya link-link kat sebelah ni masa aku nak edit blog ni. Habis jahanam link blog kawan-kawan aku. Tapi takpa, nanti dalam masa terdekat ni aku letak balik. Ok?

Layan....

Isnin, 20 Julai 2009

Aku rindu...

Aku rindu kat kawan-kawan aku masa kat kolej... TERUTAMA:

  1. ****
  2. *******
  3. *** **********
  4. *** ***** *** *********
  5. ********
  6. *****

Tekalah...


Layan...

Jumaat, 17 Julai 2009

Interview lagi??

Isnin ni ada interview lagi untuk kali yang ke-4! Bertempat di SPA Putrajaya, bilangan yang ditemuduga hampir seribu orang!! Jawatan yang kosong hanya 600.. Harap-harap dapatlah kerja tetap.. Amin..



Layan...

Selasa, 14 Julai 2009

Hari Ke-2 kerja!

Ha... Hari ni hari kedua aku kerja. Hahahah.... Tak penat pun sebab takda kerja lagi untuk aku buat. Pergi kerja, borak-borak, makan dan minum, petang terus balik! Best kan? Bukan salah aku tak buat kerja. Dorang kata kerja akan sampai dalam sehari dua lagi. Huhuhuh... Indahnya dunia..

Kementerian Dalam Negeri kecik je kawasan dia. Aku pulak jaga bahagian akaun. Lagi la sempit. Tapi takpa. Duit punya pasal, aku sanggup. Nanti takda la orang nak cakap aku PENGANGGUR lagi! Rata-rata yang kerja kat bahagian ni semua budak baru or junior. So, dorang tak boleh nak berlagak dengan aku! Hahaha... Tapi semua ok. Peramah.. Ringan mulut dan ringan tulang.

Rata-rata pegawai kat sini sporting. Harap-harap dapatlah duit gaji cepat. Kui kui kui.. Kerja takda pun bosan gak. Esok tanyalah apa-apa kerja pun. Dapat vacum bilik pun jadi.




Layan....

Rabu, 8 Julai 2009

Aku perlukan sponsor...

  1. Abaikan entri sebelum ni. Saja tulis macam tu sebab takda idea.
  2. Keyboard aku jahanam. Siapa boleh gantikan yang baru?
  3. Broadband kena potong sebab tak bayar walaupun line tak clear kat sini. Boleh tolong bayarkan? Alah... RM268 jer... korang bayarkan 99% je.. Balance aku bayar sendiri...
  4. Kepada kawan-kawan yang further study, tahniah. Aku belum lagi kot sebab masih nak kumpul duit. Aku gila duit!
  5. Tengah tunggu panggilan temuduga Gov.
  6. Budak Farabi yang belum dapat bayaran lagi, padan muka kita! Muahahaa...
  7. Sakeena, jom gi Alamanda!

Apa aku merepek ni? Siapa suruh baca?





Layan.....