Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 30 September 2009

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang

Malaysiakini Online - 30.09.2009

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

isa samad bn candidateIsa, 59, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini.

Sebelum mengumumkan nama calon BN, Muhyiddin bertanya kepada para hadirin siapa yang mereka mahu, dan mereka menjawab: "Isa".

Sambil memetik slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata "sebab rakyat didahulukan, rakyat nak?" disambut dengan laungan kuat "Isa".

Najib tiba sejurus selepas Muhyiddin mengumumkan calon BN itu pada jam 5.15 petang.

isa samad bagan pinang 02Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.

Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal
2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Ahad, 27 September 2009

Pembangkang lupa hak kebebasan bersuara bila bidas Dr.Hasan Ali

27/09/2009 7:24pm - Utusan Online

TANJUNG KARANG 27 Sept. — Para pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang sering melaung-laungkan kebebasan bersuara sepatutnya bersikap terbuka apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, beliau hairan apabila ada yang mahukan tindakan diambil terhadap Dr Hasan sedangkan sebagai wakil rakyat dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pandangan yang diberikannya adalah betul.

Tindakan sehingga menyuruh Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri itu dipecat adalah membelakangi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh parti pembangkang selama ini, katanya kepada pemberita ri Rumah Terbuka UMNO Bahagian Tanjung Karang yang diterajuinya di sini hari ini. - Bernama


p/s: Setuju je. Kalau tak memihak kepada dorang, kutuk, cerca, maki, dan hina. Kalau tak puji melambung orang tu. Kadang-kadang aku rasa menyampah dengan DRAMA RAKYAT ni..

Jumaat, 25 September 2009

Masih utuhkah Perpaduan kita?

Aku tak pernah percaya apa yang pemimpin kita cakap selama ni, "

PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA MAKIN UTUH"

Sebab apa? Korang boleh tengok sendiri apa yang berlaku dalam negara kita selama ni.

Rabu, 23 September 2009

CSL sucks!




Aku beli bulan February, bateri rosak esok hari. Aku sabar. Tukar balik kat Low Yat. Seminggu lepas tukar bateri, rosak lagi. Aku tukar lagi bateri. Sebulan je beliau tahan. Lepas tu rosak juga...



Aku buat derk je sebab malas nak turun naik mahkamah.



Lima bulan selepas itu....



Tapi sekarang aku tak boleh sabar lagi!! Bodoh! Kali ni beliau rosak terus kat bahagian audio! Sah-sah orang tak dengar suara aku kalau call!




CSL SUCKS!!!

Jumaat, 18 September 2009

Jangan letak Isa Samad sebagai calon

Tun Mahathir nasihat kat UMNO jangan letak Isa Samad kat Bagan Pinang sebagai calon nanti akan memalukan UMNO. Setuju?

Aku setuju...!!! Nanti orang akan anggap UMNO .... .... .....

Murah! Murah!

Semalam aku jalan-jalan KL sekitar Jalan TAR, aku tengok ramai yang jual baju kurung 4 Pasang = RM100. Diulangi, 4 Pasang = RM100. Biar betik...! Baju macam ni elok ke..?

Gani: Kajian sebelum seret kerabat ke mahkamah

Sebanyak 41 kenyataan telah direkodkan daripada saksi-saksi berhubung pergaduhan membabitkan anggota dua kerabat diraja di dua tempat di Kuala Lumpur pada 24 Okt tahun lepas, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Beliau berkata perkara itu perlu dikaji dengan terperinci dan mendalam bagi membuat keputusan yang adil dan saksama sebelum mendakwa mana-mana pihak.

"Oleh yang demikian, kertas siasatan perlu dikaji dengan mendalam dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan saya sebaik sahaja ia selesai dilakukan," kata Abdul Gani dalam kenyataan di Putrajaya.

Kertas siasatan itu pertama kali diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 18 Nov, 2008 dan selepas diteliti oleh para pegawai saya, ia dikembalikan kepada polis pada 1 Dis untuk siasatan lanjut.

"Ia telah diserahkan semula semalam, 16 Sept, 2009 kepada Pejabat Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan kepada saya hari ini," kata Abdul Gani.

"Namun begitu, pada masa yang sama polis dan pegawai saya saling berhubung dan memberikan nasihat," katanya.

Katanya, pada masa yang sama beliau difahamkan terdapat cubaan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik antara kerabat diraja berkenaan.

"Bagaimanapun, keadaan itu tidak mendorong polis berhenti daripada menjalankan siasatan yang perlu berhubung mana-mana kesalahan jenayah yang mungkin telah berlaku dan Pejabat Peguam Negara "tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat untuk memudahkan sebarang bentuk penyelesaian yang dilakukan secara peribadi".

Terdahulu pada sidang media di KUALA LUMPUR hari ini kerabat Diraja Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendakwa walaupun beliau dicederakan dalam pergaduhan di sebuah kelab di ibu negara pada hari berkenaan namun kes itu masih belum selesai sehingga kini.

Apabila tiada sebarang perkembangan berhubung kes itu walaupun laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Tunku Nadzimuddin berkata beliau akhirnya terpaksa bersuara.

"Saya menjadi mangsa serangan bersenjata. Saya diserang dengan senjata api dan saya telah dipukul di kepala dan muka saya. Tulang hidung saya retak dan saya mengalami kecederaan serius yang lain," katanya.

Tunku Nadzimuddin berkata beliau tidak mengetahui punca sebenar kejadian itu dan meminta agar polis segera menyiasat dengan adil bagi menyelesaikan kes berkenaan. BERNAMA




Noordin Top ditembak mati di Solo

Ketua polis Indonesia, Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi ini.

Katanya, polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

"Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah dan berkat di akhir bulan Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohd Top," katanya pada sidang media di pejabatnya di Jakarta hari ini, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Katanya, polis terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan akhirnya pada awal pagi ini dalam operasi di Solo, berhasil membunuh Noordin dan tiga pengganas lain serta seorang lagi yang cedera ditembak.

Bambang juga berkata polis turut menjumpai 200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. BERNAMA

Selamat Hari Raya!!

Berakhirnya Ramadhan, tiba pula Syawal.

Selamat Hari Raya,

Maafkan Zahir dan Batinku..



p/s: Aku balik Kuantan, siapa duk Beserah, blueh jumpa. Hahaha..
p/s: Aku malas nak letak gambar. Simple je ucapan. Boleh diterima?

Selasa, 15 September 2009

Rejam dilaksana di Aceh


GAMBAR menunjukkan seorang wanita berjalan melintasi peringatan yang meminta orang ramai memakai pakaian Muslim di Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Aceh kelmarin.


BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.

“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.

Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.

“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.

Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

– AFP


kosmo online - 15.09.2009

Isnin, 14 September 2009

Hukum bersanding


Persandingan bertujuan memperkenalkan pengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlu memelihara batas syariat.


SOALAN:


Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.

JAWAPAN:

Hukum Bersanding

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu 'Alam.


UTUSAN MALAYSIA - 11.09.2009

Jumaat, 11 September 2009

Histeria di Bulan Ramadhan?

Tadi mak aku kena sampuk kat opis. Risau aku. Nak balik rumah bapak aku cakap tak payah sebab banyak kerja kat opis. Dia suruh tunggu petang.

Bulan puasa pun ada syaitan ke? Komen sikit..

Khamis, 10 September 2009

Melayu di hina kita bising. Islam di hina, di mana kita?

Melayu di hina kita bising. Islam di hina, di mana kita? Kadang-kadang kita hipokrit. Kita marah orang lain hina Islam sampai suruh "Majlis Fatwa keluarkan khas" fatwa berkaitan seorang Menteri Besar. Tapi itu semua bukan sebab Islam tapi lebih kepada survival politik., dan konon-kononnya kerana Melayu. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab lepas seminggu dua, kes itu akan senyap. Orang lain sibuk kutuk agama kita, kita tak habis-habis lagi pasal Ketuanan Melayu, kandang babi, politik, cabar mencabar, kuil hindu dan pelbagai lagi.

Sila lawat akaun face book ini.. Facebook | HELP Kartika Sari Dewi Shukarno

Rabu, 9 September 2009

Buluh Runcing Untuk Kita


Sebab itulah ada perkataan 'gila' dan 'bodoh'.
Sebab itulah ada peribahasa buat baik berpada-pada.

Bila hutan mereka terbakar, jerubu tersebar ke kota kita, maka kita pun menghantar bomba memadamkan. Mitosnya kerja pembakaran itu kerja syarikat kita juga.

Bila ada senimannya datang, kita pun menyambutnya bagai dewa. Saya teringat dalam satu program PENA di DBP beberapa tahun lalu, seorang penulis seberang 'mencipta-cipta' - konon dia dipaksa menanggalkan kerudungnya di kaunter imigresen kerana konon pegawai itu kurang percaya dengan passport 'diplomatnya'. Saya tidak percaya SPRM boleh baling orang ke luar tingkap seperti saya tidak percaya imigresen kita bertindak liar begitu. Ini bukan perbatasan Singapura. Bukan juga perbatasan Amerika-Mexico. Pengarang itu menuduh kita menciplak lagu 'Rasa Sayang Eh'. Dan termalu sendiri kemudiannya apabila ada musikologis mengatakan lagu itu memang bukan punyanya dia mahupun kita, datang dari Perancis entah abad ke berapa. Sedang saya dari Melaka sudah mendengar lagu itu dinyanyikan masyarakat Portugis di kampung Serani entah berapa generasi lamanya.

Ini ada segelintir manusia bodoh yang tidak tahu budaya itu boleh berjalan dan berkembang. Pengarang itu memberitahu kononnya ikutkan hati dia tak mahu datang, tetapi mengenangkan kononnya Malaysia ada budaya rendah dan tidak tahu mencipta maka di datang untuk mengajarkan kepada kita tentang keaslian seni dan budaya. Dia sangka ini 700 tahun lampau, waktu itu tiada peta dia dan kita. Yang kalian, alahai ada sahaja produk seni dari sana tergila-gila. Tak pernah mencermin memikir entah apa bagusnya. Punya baiknya, sampaikan yang produk kita pun kalian cela-cela.

Baiknya kita amah 500 akan jadi 800 kalau tidak kena caranya. Baiknyalah kita alahai. Kita memang baik, ada gempa ada tsunami kitalah yang dahuluan berlari memberi bantuan. Baiknya kita menampung sekian ramai umat dari sana dan mereka jadi tidak ada kerja di tempat kita lalu merompak dan merogol, meragut dan menculik orang kita. Baiknya alahai! Waktu ada dakwaan dan khabar angin penjenayah dia meradak anak kecil kita dengan kayu dan timun kita pun waras sahaja, tiada kita tahan orang dia di penjuru kota dan radak mereka semula dengan kayu atau besi panas sebagai balasan.

Dan gilanya mereka, gilanya mereka tarian pendet yang berkemban itu - kita pun malu nak mengaku itu tarian kita - dicuri. Waktu kita di Bali, kita ada menontonnya dalam satu acara pembukaan writers festival. Rasa malu pun ada. Mual pun ada. Tarian telanjang seperti itu kita pun tidak mahu mengaku milik kita. Sedangkan kesilapan itu dilakukan Discovery Channel. Tetapi orang kita yang budiman di sana, mahu dijolok dengan buluh runcing. Sebab itu ada perkataan 'bodoh' dan 'gila'. Beri muka. Terlampau beri muka. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh untuk berbuat baik tak boleh juga.

Baiknya kita,kita sampai terlupa untuk buat baik berpada-pada.

Faisal Tehrani - klik sini





p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Selasa, 8 September 2009

Perayaan Hantu Lapar Hanya Mengarut dan Sengaja diada-adakan?

Hantu lapar cari mangsa

Sami anggap bakar duit waktu malam untuk tenangkan roh jahat bukan ajaran Buddha.


RITUAL yang dikatakan mampu memberi ketenangan pada roh.


Align Center
CHANG WEN - roh tidak perlukan wang.





MENGIKUT kepercayaan masyarakat Tionghua, hari ke-15 pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar Cina, merupakan permulaan Bulan Hantu Lapar. Kononnya pada masa itu pintu neraka akan dibuka dan para hantu serta roh dipercayai keluar dari alam ghaib dan merayau-rayau pada waktu malam.

Dek pegangan turun-temurun, pada bulan itu mereka akan lebih berhati-hati dan patuh kepada pantang larang yang diperturunkan nenek moyang bagi mengelak ditimpa nasib malang.

Bukan itu sahaja, sebagai langkah pencegahan supaya tidak diganggu oleh roh dan hantu itu, sebilangan besar pengamal kepercayaan Taoist membakar duit palsu, emas, kereta dan rumah kertas sebagai persembahan kepada roh jahat atau hantu lapar.

Menurut seorang peniaga di Kuala Lumpur, Lee Hock Ming, 29, dia percaya ritual itu mampu mengurangkan kesengsaraan para hantu.

“Orang Cina percaya dunia di bawah sana sama dengan dunia yang kita tinggal sekarang.

“Selain duit, ada juga orang yang sediakan makanan dengan kerusi kosong dan menganjurkan acara-acara hiburan.

“Mereka akan menyanyi dan berjenaka bagi mengurangkan penderitaan roh,” katanya yang mula menyambut hari tersebut Ahad lalu.

Roh mangsa kemalangan

Hock Ming berkata, rakan sekolahnya sendiri pernah disampuk roh jahat pada Bulan Hantu Lapar.

“Dulu semasa saya tinggal di Perak, seorang kawan Melayu saya tiba-tiba pengsan semasa kami menghadiri kelas malam. Bila sedar, dia bercakap dalam bahasa Hokkien.

“Rupa-rupanya roh itu milik seorang lelaki Cina yang mati akibat kemalangan dan dia hendak ‘balik’ ke rumahnya.

“Roh itu turut memberitahu tempat tinggal keluarganya. Bila kawan saya selidik, keluarga itu memang ada dan salah seorang anggota keluarga itu mati akibat kemalangan beberapa bulan sebelumnya,” katanya.

Seorang sami Buddha di sebuah tokong di Petaling Jaya, Chang Wen, berkata asal-usul perayaan ini adalah daripada seorang anak murid pendeta Buddha bernama Mu Lian.

“Semasa bermeditasi, Mu Lian yang merupakan antara 10 murid terbaik Buddha telah mendapat petunjuk yang ibunya sedang sengsara di neraka.

“Menurut kisah itu, ibu Mu Lian merupakan seorang yang kedekut dan sering menghina golongan pengemis. Apabila Mu Lian mengambil keputusan untuk menjadi sami, ibunya sangat marah.

“Sebagai tanda bantahan, ibunya telah memberi Mu Lian makanan berdaging iaitu makanan yang tidak boleh dijamah oleh para sami. Kerana perbuatannya, si ibu telah diberi balasan dengan dihantar ke neraka selepas dia mati.

“Sebagai anak yang baik, Mu Lian sentiasa berdoa untuk ibunya dan doa itu telah didengari oleh Buddha. Dengan keizinan Buddha, setahun sekali pintu neraka dibuka dan roh-roh boleh kembali ke bumi untuk diberi makanan,” cerita Chang Wen.

Bukan bulan malang

Mengupas kebenaran sama ada wujud roh atau hantu jahat yang berkeliaran dan mengganggu manusia pada bulan ini, Chang memberitahu, ia sebenarnya tidak wujud.

“Perayaan untuk memperingati tarikh 15 haribulan ini telah jauh menyimpang daripada ajaran Buddha. Mungkin ia banyak dipengaruhi oleh adat resam orang Cina itu sendiri.

“Dalam ajaran Buddha, Bulan Hantu Lapar adalah bulan yang paling bahagia dan sangat diberkati. Selain roh ‘dibebaskan’, ia juga hari kemuncak para sami belajar dan berbincang mengenai agama.

“Cara terbaik memperingati para roh ini adalah dengan bersedekah dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka, bukan dengan membakar kertas atau menganjurkan pesta. Itu hanya perbuatan yang membazir dan sia-sia,” jelas Chang Wen.

Tambahnya lagi, ritual yang sering dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Tionghua itu tidak sepatutnya diamalkan.

“Jangan fikir apabila duit, rumah, kereta atau emas dibakar, roh itu akan tenang. Kehidupan mereka di alam fana tidak sama dengan kehidupan kita di sini. Mereka tidak perlukan itu semua, yang mereka mahukan ialah doa dan nikmat sedekah,” katanya.

Menyelar sesetengah orang yang suka meramalkan peristiwa malang kerap terjadi pada bulan ini, Chang Wen memberitahu, semua hari adalah baik dan tiada hari yang malang.

“Pucuk pangkalnya ialah amalan dan perbuatan kita. Ia tiada kena-mengena dengan pantang larang, hari, warna atau perkara-perkara lain. Itu adat sahaja,” kata Chang Wen.

Bumiputera masuk Pavilion?

Qistina penyambung warisan Serai

Qistina Taff memberanikan diri menjadi bumiputera pertama membuka bisnes di gedung beli-belah mewah, Pavilion. Dari mana datangnya kekuatan dalam diri gadis ini?




DI sebalik kemewahan Pavilion di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang diperakui setaraf gedung beli-belah tujuh bintang, Fifth Avenue di New York, ada cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.

Ia bukan mengenai keseronokan membeli-belah barangan berjenama elit seperti Bvlgari, Versace, Gucci, Chopard, Burberry Prosum, Hermès atau Prada tetapi tentang kejayaan anak Malaysia atau lebih khusus, anak Melayu bertapak di situ sebagai penggiat bisnes.

Memperkenalkan diri sebagai Qistina Taff, 28, sosok dirinya lebih memperlihatkan visual tipikal seorang gadis remaja urban yang datang ke Pavilion dengan satu matlamat - membeli-belah!

Namun, tersirat di sebalik pandangan skeptikal terhadap Qistina, gadis cantik ini sebenarnya ialah pemilik Serai Satay Bar.

Penglibatan Qistina dalam dunia bisnes merupakan suatu perkara yang serius pernah berlaku dalam hidupnya.

Bisnes yang diusahakannya bukan berkaitan dengan kecantikan yang secara tipikalnya diusahakan oleh golongan wanita seperti membuka butik atau salon sebaliknya bisnes makanan.

Apatah lagi bisnes yang dijalankannya itu ialah di Pavilion. Bukan calang-calang orang yang berani membuka perniagaan di situ.

Di Serai Satay Bar, menu utama yang ditampilkan ialah sate yang dihidangkan mengikut konsep baru iaitu di dalam cawan kertas yang mudah dibawa ke mana sahaja.


BIAR mengakui cemburu dengan teman-teman yang berseronok dengan zaman muda mereka, Qistina tidak menyesal kerana menghambakan diri dalam bidang bisnes makanan.


Ia turut menyediakan pelbagai makanan tradisional Melayu seperti keropok lekor, keropok ikan, cucur udang, roti bom, roti jala, di samping menu istimewanya, pisang panggang berkeju atau coklat cip dan pisang goreng yang dicelup vanila atau sambal.

Apa ada di sebalik usaha Qistina dalam mengangkat darjat produk makanan Melayu yang biasa dijual di tepi-tepi jalan ke tahap yang lebih tinggi, khususnya di mata pelancong asing?

"Ketika sedang tercari-cari lokasi bagi merealisasikan idea untuk menjelmakan Serai Satay Bar, Pavilion menawarkan ruang niaganya," tutur Qistina.

Empat bulan yang mencabar

"Saya sangat gembira kerana Pavilion menyediakan platform yang sangat baik bagi sasaran bisnes iaitu pendedahan yang meluas kepada pelancong asing dan tempatan, golongan profesional muda, golongan berkeluarga yang muda dan trendy - secara keseluruhannya golongan yang mahukan konsep baru dalam menikmati makanan tradisional Melayu yang selama ini lebih banyak dijual di tepi-tepi jalan," tambahnya ketika ditemui di ruang bisnesnya yang terletak di tingkat 1, Pavilion yang dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Namun, tidak semudah yang dijangka, cabaran sengit kemudian mendatangi Qistina.

"Timbul masalah dari segi teknikal atau operasi. Saya sangat kecewa apabila pihak pengurusan Pavilion tiba-tiba memberitahu ruang yang ditawarkan sebelum ini tidak bersesuaian dengan konsep operasi Serai Satay Bar."

Tambahnya: "Alhamdulillah, selepas beberapa sesi perbincangan, saya diberikan ruang niaga yang lebih baik kedudukannya cuma sewanya lebih mahal.

"Bagaimanapun, selepas mengkaji semula pelan bisnes dan dengan sokongan ibu dan bapa, saya bercadang meneruskan projek bisnes sulung saya ini."


RINA penuh berkeyakinan Qistina mampu menyambung legasi Serai.


Satu cabaran telah diatasi, namun cabaran lain dan yang paling besar pula menjelma. "Saya hanya ada di antara tiga hingga empat bulan untuk menghasilkan reka bentuk bagi hidangan menu di Serai Satay Bar.

"Prosesnya sangat memeritkan kerana ia pertama kali diperkenalkan di dunia - bagi memastikan keselesaan bakal pelanggan kami beradaptasi dengan konsep baru yang menyenangkan mereka untuk menikmati produk Serai Satay Bar di mana-mana sahaja.

"Pada peringkat ini, timbul tekanan antara saya, pereka bentuk dan pengilang kerana semua reka bentuk yang dihasilkan itu adalah eksklusif untuk Serai Satay Bar dan telah dipatenkan," jelas graduan jurusan Rekaan Hiasan Dalaman Universiti RMIT, Melbourne, Australia ini.

Menurut Qistina lagi, yang paling mencabar adalah untuk menyiapkan segala kelengkapan sebelum diwajibkan oleh pengurusan Pavilion memulakan bisnes bermula pada 30 April 2009.

"Percaya atau tidak, semua kelengkapan Serai Satay Bar dihantar oleh pengilang tiga hari sebelum hari pelancaran!"

Asal usul Serai

Selepas empat bulan beroperasi, bagaimanakah sambutan terhadap Serai Satay Bar?

"Ia agak mengujakan. Malah ada pelanggan dari negara asing memberitahu saya kenapa tidak buka francais Serai Satay Bar di negara mereka.

"Namun bagi saya, biarlah saya memantapkan operasi Serai Satay Bar di Malaysia terlebih dahulu.

"Cabaran saya sekarang ini ialah bagaimana mahu mengikut jejak langkah ibu yang berjaya dengan bisnes restorannya," ujar Qistina.


RUANG bisnes Qistina di Pavilion yang menerapkan konsep moden, mudah dan ringkas tetapi berprestij.


Sebagai anak sulung pasangan Rina Abdullah dan Shahryir Taff, Qistina mengakui dia berasa perlu memikul tanggungjawab untuk menyambung bisnes keluarga.

Keluarga Qistina sebenarnya telah membuka sebuah restoran makanan Thailand di Seksyen 3, Shah Alam yang dikenali sebagai Restoran Serai Thai sejak tahun 1989.

"Ibu dan bapa saya sudah lama bercadang untuk mengangkat produk makanan tradisional Melayu yang dijual di jalanan ke tahap antarabangsa, tetapi mereka belum mendapat peluang.

"Sekembalinya saya daripada belajar di Australia pada 2006, saya mahu melakukan sesuatu bagi mengembangkan lagi bisnes di bawah jenama Serai.

"Selepas siri perbincangan dan penyelidikan, akhirnya muncul idea untuk membuka Serai Satay Bar," beritahu Qistina.

Berkongsi cerita mengenai jenama Serai milik keluarga Taff ialah ibu Qistina, Rina Abdullah.

Wanita lemah lembut yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang ini memberitahu: "Keluarga saya sememangnya penggemar masakan Thai. Sejak berpindah ke Shah Alam pada hujung 1980-an, saya mendapati tiada restoran makanan Thai di sini.

"Lagipun ketika itu, suami pula telah bekerja dalam bidang perhotelan selama 30 tahun dan kebetulan kami sememangnya sedang mencari lokasi untuk keluarga kami dapat tinggal tetap.

"Justeru, dari situlah idea untuk membuka restoran saya ini di Shah Alam bermula."

Menurut Rina lagi, bagi menjayakan restoran pertamanya itu dia menggunakan khidmat 14 orang pekerja dari Thailand.

Rina yang mengakui masalah pekerja silih berganti adalah perkara biasa dalam bisnes restoran memberitahu: "Namun, ada di kalangan pekerja saya sudah 20 tahun bekerja dengan saya, sampai sudah beranak-pinak di sini.

"Apa yang penting, hubungan yang baik wajib terjalin antara pekerja dan majikan bagi memastikan keteguhan operasi restoran."

Rahsia bertahan 20 tahun

Menyentuh mengenai keutuhan Restoran Serai Thai yang sudah bertapak selama 20 tahun, selain menu hidangan yang lazat termasuklah udang mentega, ketam masam manis, ayam mangga, ikan siakap stim limau, kerabu makanan laut dan tomyam makanan laut, Rina menegaskan, dia amat mengutamakan pelanggan.

"Hubungan yang terjalin dengan pelanggan saya bukan sekadar hubungan antara pemilik restoran dan pelanggan tetapi kebanyakan mereka sudah menjadi kawan," ujarnya yang mengakui bisnes restoran sangat menyeronokkan.

Menurut Rina, pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut ketika ia mula-mula dibuka 20 tahun lalu kemudian membawa anak-anak mereka makan di situ.

Apabila anak-anak mereka pula dewasa dan berkahwin serta memiliki anak masing-masing, mereka juga membawa anak-anak mereka pula menjamu selera di sini.

"Pendek kata, pelanggan tetap restoran saya ini sudah terbiasa makan di sini, sebab itulah saya dan mereka dah jadi kawan," ujarnya.

Tambah Rina: "Satu lagi mungkin faktor harga makanan yang dijual di sini agak berpatutan berbanding restoran yang sama taraf.

"Malah ketika negara dilanda kemelesetan pada 1996 dan 2008 dulu, harga makanan dalam menu restoran ini tidak dinaikkan.

Menyentuh mengenai Qistina, ibu empat orang anak yang terserlah sikap penyayangnya ini memberitahu: "Saya berasa sudah tiba masanya Qistina menjadi penyambung warisan Serai."

Jumaat, 4 September 2009

Kesilapan yang tidak Disedari...

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-52 rakyat Malaysia..! Belum terlambat kot.

Back to the topic. Aku perasan, kalau solat berjemaah, macam-macam ragam orang kita jumpa. Macam-macam gaya solat kita nampak. Tapi yang paling ketara adalah sebutan dalam solat yang hampir semua orang abaikan. Setahu aku, kalau salah sebutan dalam solat akan menyebabkan solat kita tak sah. Sebab apa tak sah? Sebab ada perkataan dalam solat adalah rukun Qaoli (rukun dalam sebutan) seperti Takbiratul Ihram dan Al-Fatihah. (faham ayat aku? Hahaha...)

Contoh kesalahan lazim orang kita:

1) Takbiratul Ihram - Kita sebut:

  1. Aaaallaaaahhhhhu Akbar
  2. Aaaallaaaahhhhhu Akbaaaaaaaaar
  3. Allahu Ekbar

Allaaahu Akbar - sebutan betul


2) Mengaminkan Fatihah Imam (ni tak kisah pun tapi saja nak share)

  1. Aaaaaaminnnnn
  2. Aaaaaaamin

Aminnnn - sebutan betul


p/s: kemungkinan maksud lari adalah 100%. Nak tahu sebutan betul, tanya guru yang arif.
p/s: tu baru sikit. banyak lagi. tapi ada beberapa perkara yang dibolehkan untuk sesorang menyebut sekadar yang termampu. rujuk guru terdekat.


sumber: Ustaz Rasyid Al-Hafiz, Imam Surau.



Layan....

Selasa, 1 September 2009

Sheikh Muhammad Qutb: Salah Faham Terhadap Undang-undang Jenayah Islam

Oleh : Hasrul Mohd

Kes Kartika memang menguji Undang-undang Syariah di Malaysia. Pelbagai pihak memberi komentar dalam hal tersebut, hingga terdapat pendapat-pendapat mereka yang ganjil berhubung penyelesaian yg dicadangkan. Penulis mengira, pendapat-pendapat ganjil tersebut berpunca tidak lain kecuali mereka tidak faham terhadap keadilan Hukum Jenayah dalam Islam.

Namun, sebelum itu, perlu difahami bahawa, hukuman yg dijatuhkan di Pahang itu memang bukan berdasarkan Hukum Islam. Ia disebabkan pelbagai faktor, antaranya Malaysia belum bersedia ke arah perlaksanaannya, sikap sebahagian pemimpin yg curiga dan memandang rendah kepada Hukum Islam dan salah faham terhadapnya hingga menganggapnya kolot.

Sheikh Muhammad Qutb telah menjelaskan salah faham seperti ini di dalam kitabnya. Beliau juga menjelaskan tentang sistem Islam yg sebenar. Menurutnya, sikap Islam di dalam hukuman-hukuman terhadap kesalahan-kesalahan ialah:

1)Melindungi syara’ dan segala perkara yg mendorong ke arah perlakuan jenayah.

2)Menggantungkan perlaksanaan hukum apabila terdapat keraguan demi langkah waspada.

Jadi, manakah satu sistem yang paling adil jika dibandingkan dgn sistem Islam ini?

Oleh kerana orang-orang Eropah tidak mempelajari hakikat-hakikat konsep jenayah dan
hukuman di dalam Islam, maka mereka menganggap hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Islam itu sebagai kejam dan menjatuhkan status manusia. Mereka tersalah anggap bahawa hukuman Islam itu sama seperti hukuman sivil mereka yang akan dijalani setiap hari.

Akibatnya mereka melihat masyarakat Islam sebagai sebuah gelanggang pembunuhan dan
penyeksaan yang kejam, di mana setiap hari di sana sini dilaksanakan hukuman-hukuman
sebat, potong tangan dan rejam, sedangkan yang sebenarnya hukuman hukuman ini jarang sekali dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Umpamanya hukuman potong tangan hanya dilaksanakan sebanyak enam kali saja dalam masa empat ratus tahun.

(cuba bandingkan dengan kenyataan salah faham seorang pemimpin negara dulu tentang sup tangan kalau buat hudud)...Na'uzubiLllah

Ini adalah satu bukti yang cukup untuk menyedarkan kita bahawa tujuan hukuman-hukuman itu asalnya ialah untuk menakutkan dan mencegah perlakuan jenayah saja. Begitu juga cara Islam bertindak melindungi masyarakat dan pengaruh yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah itu memberi keyakinan penuh kepada kita bahawa perlaksanaan hukuman berat yang jarang dilaksanakan itu adalah dilakukan dengan penuh keadilan.

Tidak ada sebab yang wajar mengapa setengah orang Eropah dan sebagainya (terdapat juga di kalangan umat Islam sendiri) yg rasa khuatir terhadap perlaksanaan hukuman-hukuman Islam itu. Mungkin ada orang berfikir bahawa hukuman-hukuman yang ditetapkan
oleh Islam itu tidak realistik.

Anggapan itu tidak benar kerana hukuman-hukuman itu memang berupaya menakutkan sesetengah orang yang ingin melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar. Biarpun bagaimana kuatnya keinginan mereka untuk melakukan jenayah, namun mereka harus berfikir berkali-kali sebelum melakukan jenayah itu kerana takutkan hukuman yang berat.

Berhubung pentarbiahan, Islam tidak pula akan berpeluk tubuh, sebaliknya akan bertindak sewajarnya untuk mengubati mereka yang cenderung melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar, malah Islam tidak akan membiarkan mereka begitu saja menjadi korban penyelewengan-penyelewengan seperti seks (dan lain-lain).

Inilah konsep hukuman Islam yang sebenar, tetapi malangnya sesetengah intelek dan ahli-ahli perundangan memandang jelek kepada hukuman-hukuman itu kerana semata-mata takut dicop sebagai undang-undang kolot oleh orang orang Barat. Alangkah baiknya jika ada orang-orang yang dapat mengajar mereka secara mendalam segala hikmat-hikmat yang terkandung dalam hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam itu.

Kesimpulan (penulis):
1) Keadilan Islam di dalam Undang-undang difahami secara jelas.
2) Undang-undang Islam di Malaysia terutamanya jenayah perlu direformasikan.
3) Perlu diketahui punca-punca salah faham terhadap Islam khususnya dalam aspek perundangan.

Rujukan:
Sheikh Muhammad Qutb dalam bukunya yang bertajuk Salah Faham Terhadap Islam

http://al-qedahi.blogspot.com/



Layan...