Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 28 Januari 2009

Terharu!

Sedih aku baca cerita ni... Tak tau ia berdasarkan cerita benar atau tidak. Tapi yang penting memberi kesan kepada si pembaca. Bertapa bertuahnya hidup di bumi bernama MALAYSIA!

Nak tau? Sila Klik Sini!

Persediaan ASTAR

Apa persediaan kitorang untuk Debat Terbuka Astar? (DTA)

1) Gaduh
2) Bincang
3) Masam-masam muka
4) Moody
5) Jumpa tiap-tiap hari (hampir-hampir kot)
6) Lepak minum-minum
7) Mengumpat
8) Keluar masuk kolej sesuka hati
9) Shopping baju untuk DTA.

muahahaha!!!

p/s: no 9 tu baru je buat semalam. huhuhu

Debat Terbuka ASTAR 2009 Kembali!

Debat Terbuka ASTAR kembali lagi untuk edisi yang ke 2009.

Tempat: Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. (ASTAR)
Tarikh: 28 – 31 Januari 2009

USUL DEBAT TERBUKA ASTAR 2009

POLITIK

1. Isu Asia Barat: Kita Kekal Sesat
2. Isu Palestin: Menjolok Sarang Tebuan
3. Politik Kaum Masih Menjadi Pilihan Utama
4. Demonstrasi Lambang Demokrasi
5. Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia
6. Malaysia Perlukan Obama
7. Hak Asasi di Malaysia Membanggakan
8. ASEAN Perlu Lebih Sepakat


EKONOMI

1. Krisis Ekonomi Akan Menular
2. Jawapan Terbaik Adalah Dinar Emas
3. Biodiesel Jawapan Kepada Kenaikan Harga Minyak
4. DEB Perlu Dikembalikan
5. Koridor Ekonomi Tidak Mampu Menawan Hati Rakyat
6. Boikot Produk AS dan Israel: Kita Tidak Sepakat
7. Subsidi Menyebabkan Rakyat Kita Manja

HUMOR / PERIBAHASA

1. Hijau Perlu Kekal Hijau, Merah Perlu Jadi Hijau
2. Isunya Hari Ini Adalah Jong Pecah, Yu Yang Kenyang
3. Mawar Berduri Tidak Bahaya
4. Jalur Gemilang Tidak Semestinya Empat Belas

SOSIAL

1. ICT Menghakis Kreativiti Masyarakat
2. Masalah Rumah Tangga: Orang Ketiga Membawa Bahagia
3. Pengajaran Sains dan Matematik Lebih Baik Dalam Bahasa Malaysia
4. Pindaan AUKU Menghidupkan Mahasiswa
5. Penerokaan Tanah Untuk Pembangunan Membawa Padah
6. IPTS Sudah Setaraf Dengan IPTA
7. Gosip Mengangkat Artis Malaysia
8. Blog Perlu Disekat
9. Tanah Runtuh: Tanggungjawab Bersama
10. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Hanya Bertukar Nama

p/s: Usul-usul kali ni macam ngeri je untuk didebatkan...

Ahad, 25 Januari 2009

Non-Halal Coffee


Terkejut gak aku baca blog seorang rakan mengenai restoran ni.. Ni antara kedai kegemaran aku selepas diperkenalkan oleh seorang rakan di Genting Highlands. Memang betul-betul menganiaya orang Islam. Apa-apa pun, klik sini untuk lebih lanjut.

p/s: Aie, abis kita! Nak kena cari kedai lain lagi! Pasni naik genting bawak bekal. ni semua syaf nyer idea. hahaha.. nak sgt kedai murah... huhuhu...

Rabu, 21 Januari 2009

Saman Pelajar Berserban Agar Elak Jadi Trend

Petikan Dari Utusan Malaysia - 20 January 2009

KUALA LUMPUR 20 Jan. — Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.

Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. - Utusan

Komen aku:

Aku setuju dengan tindakan polis ni sebab banyak cara kita boleh amalkan sunnah Rasulullah S.A.W tapi dah kalau undang-undang kenalah ikut.... Amatlah bahaya kalau tidak memakai topi keledar.

Memang ramai yang memakai serban ketika menunggang motorsikal. Tapi yang aku tak setuju adalah, orang Islam je ke yang pakai serban. Ada juga yang bukan Islam berserban. Mereka yang dari kalangan Sigh juga memakai serban tapi tidaklah pula disaman. Kalau ia betul-betul wajib dalam agama mereka, dan kita terpaksa akur, (dengan mengenepikan undang-undang), kenapa banyak benda yang wajib dalam Islam tapi kita terpaksa lupakan demi undang-undang? Sebab apa? Sebab perkara tu datang dari ISLAM.

Layan...

Selasa, 20 Januari 2009

Kenapa Benci Sangat!!!


Selamber beruk jer tukar. Eh jap-jap, mana Tamil, Jawi dan Inggeris? Ada Cina je ke kat Pulau Pinang? Adeh!



Kita tak kesah pun dorang buat macam ni.



Yang ni pun tak kesah. Lantaklah ko!



Tapi yang ni pulak dia nak sibuk! apa kes ni MP? Boleh rosak ke mata tengok papan tanda besi ni?



Baru-baru ni, (takda la baru sangat. Saja nak buat-buat macam berita baru) kita dikejutkan dengan berita tentang beberapa Ahli Parlimen (tak tau dari mana, PR or BN – muahahaha!!) yang tidak berpuas hati dengan papan tanda di Kuala Lumpur dan beberapa lagi bandar lain di Malaysia seperti Pulau Pinang yang hanya menggunakan Bahasa Melayu a.k.a Bahasa Malaysia sahaja. Kata mereka, rakyat Malaysia berbilang kaum, bukan Melayu sahaja. So, patut ada papan tanda dalam bahasa utama lain seperti Bahasa Inggeris, Tamil or Mandarin. Mereka bermati-matian mempertahankan tindakan mereka. Sampai ada yang panjang tangan (ni bukan peribahasa) gi pasang pulak papan-papan tanda SDN BHD mereka tanpa kebenaran. Mereka terlupa yang bukan mereka sahaja yang bayar cukai. (Bapak aku pun bayar gak!!! Muahahaha!!)

Tu belum lagi benda-benda lain yang mereka tak setuju pasal Bahasa Malaysia ni. Mereka kata kita ni pentingkan diri sendiri. Tak pernah paham perasaan bangsa lain. Lagi satu, kes bumiputra pun dorang tak puas hati. Ok, aku tau sesiapa pun mesti terasa kalau dah duduk lama atau lahir dalam sesebuah negara tapi status berlainan pulak dengan kaum lain (Melayu dan Peribumi Sabah dan Sarawak).

Dan belum lagi pasal Islam yang dorang asyi nak tenteng je. Pasal hudud pun nak kecoh. Takut sangat dengan Islam. Nama pun undang-undang Islam. Takda nyer nak dorang terlibat. Tak Paham tapi taknak pahamkan. Bodoh! Tau nak bangkang je

Kat sini aku nak cakap beberapa perkara yang Ahli-ahli Parlimen tu terlepas pandang. Atau saja-saja nak alih pandangan orang ramai atau pun nak raih simpati orang ramai.

1) Jika sebelum ni sibuk kata kerajaan buat projek tu membazir, buat projek ni membazir, tapi sanggup pulak tukar papan tanda tu. Tak ke membazir namanya tu. Memang la tak pakai duit kerajaan tapi tetap membazir sebab pakai duit pembayar cukai kerajaan tempatan.

2) Dikira juga membazir sebab tak ramai yang boleh membaca tulisan tamil or mandarin. Rata-rata bangsa cina dan india belajar di sekolah kebangsaan! Lagi pun, takkan tak reti-reti baca tulisan bahasa Malaysia? Tak reti? Gi tempat lain! Muahahaha!! (pasal sekolah kebangsaan, nanti aku buat satu entry khas. Banyak gak benda nak kupas dari masalah sekolah ni)

3) Kalau betul nak perjuangkan kesama-rataan (ada ke perkataan ni dalam kamus dewan bahasa?) bangsa, buatlah dengan ikhlas. Pasal papan tanda tu, bahasa Mandarin ada, Bahsa Tamil ada, bahasa inggeris ada, bahasa Malaysia ada, tapi mana pergi pulak tulisan Jawi? Tulisan orang Melayu mana? Mana? Dorang ingat kalau dah Bahasa Malaysia, untuk orang Melayu. BODOH!! Bahasa Malaysia untuk semualah!! MEMANG BODOH! (pastu selang beberapa hari, dan-dan keluar pulak papan tanda baru ada tulisan Jawi- membazir lagi) kalau betul nak buat, buat dalam semua bahasa dan tulisan. Belajar balik kat sekolah kalau tak tau nak beza Malaysia dan Melayu. Paham?

4) Tengok pulak papan tanda perniagaan kat mana-mana. Terutama kawasan Bandar Kuala Lumpur. Rata-rata menggunakan bahasa Inggeris atau Cina. Malahan hampir semua! Kalau ada bahasa Malaysia pun, sebab itu syarat wajib bagi papan tanda perniagaan berdaftar. Kalau tak memang tak letak. Ingat semua orang paham? Mana pulak bahasa Tamil? Dorang ni semua tak mampu ke nak beli barang-barang tu semua dan sebab tu ko tulis dalam bahasa Cina? Or Inggeris? (maaf aku bukan anti bangsa lain tapi anti dengan sikap orang yang tak sedar diri)

5) Kita tengok lagi iklan-iklan kat kompleks beli belah. Hampir tiada langsung iklan dalam bahasa Malaysia! Padahal duduk kat Malaysia! Bahasa Tamil lagilah takda! Tapi kita semua diam je sebab nak jaga hati masing-masing. Kalau tak percaya, pegi tengok Plaza Low Yat, Times Square, KLCC atau apa-apa saja kompleks beli belah kat KL ni. Apa, bahasa Malaysia ni tak standard ke? Tak Nampak prestij? Buruk sangat berbanding bahasa Inggeris tu? Nampak high standard ke? BODOH!!! BODOH!!! BODOH!!!!

6) Tengok lagi lah pulak (ayat geram) kat dalam televisyen. 8TV dan NTV7 dah macam stesen TVB kat Hong Kong! Berapa kerat je siaran berbahasa Malaysia dan Tamil. Yang lain semua Inggeris dan Cina. Tak cukup-cukup lagi ke???? RTM pun dah terikut-ikut jejak stesen TV swasta ni. Siar rancangan pelik-pelik dari mana entah. Tapi kita tak bising pun sebab nak jaga hati masing-masing. Tengok iklan-iklan kat dalam TV. Siapa model-model nyer? Siapa penaja-penaja nyer? Pikir-pikirkanlah…

Kalau rancangan berbahasa Malaysia, iklan lepas tu mesti dalam bahasa Malaysia. kalau bahasa cina or tamil, mesti dalam bahasa-bahasa tu. Tapi kalau dalam bahasa Inggeris punyer rancangan, iklan dalam bahasa cina jugak. Penonton rancangan iggeris orang cina je ke? Rancangan korea dan jepun pun iklan dia dalam bahasa Inggeris or cina (kadang-kadang takdagak BI).

Tak Kisah Pun…

Kita tak kisah pun benda macam ni. Tak pernah nak buat bantahan sebab kita tau hak masing-masing. Takda pulak nak buat boikot. Kalau kaum India buat bantahan memang pun patut sebab MP-MP macam ni buat dorang macam tak wujud je. Kalau ada pun tak ikhlas. Lebih tumpu kepada kaum masing-masing ataupun nak dapat undi je. Tapi dorang sibuk-sibuk pulak kat papan tanda JAWI tu! Dorang cakap hanya mewakili satu kaum je!

Habis tu benda-benda yang aku cakap tadi tak perasan ke selama ni? Orang Melayu ni jahat sangat ke? Kalau lah Melayu ni berkira sangat, jangan harap ko nak dapat benda-benda yang aku cakap tadi. Mesti kena reject!!! Bodoh!! Kalau betul nak naikkan taraf semua kaum, buat dengan ikhlas lah MP! Angkat semua bangsa. Bukan satu je. Pastu cakap bangsa lain tertindas. Siapa yang tertindas kat Malaysia ni? Melayu, Cina or India? Jawab...!!!!

Dan banyak lagi perkara lain yang MP-MP ni tak nampak sebenarnya. bukan nak pandang sekeliling. Tapi menyempitkan minda dengan benda remeh temeh. Aku percaya bangsa lain pun tak kesah sangat dengan papan tanda tu sebab semua boleh baca bahasa Malaysia!! tak tau la MP tu!

Layan…….

Isnin, 19 Januari 2009

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...




Al Fatihah untuk sahabatku, Mohd Najib Bin Abdullah yang kembali ke rahamtullah pada Ahad, 18 January 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi..

Amin.................amin............amin....

'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'

(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah (malapetaka), mereka berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya)

Surah Al Baqarah, ayat 56

Arwah adalah bekas pelajar di SMK Putrajaya Presint 9, Putrajaya, Kolej Teknologi Timur, Sepang, dan International Islamic College, Kuala Lumpur. Kepada rakan-rakan yang mengenali arwah, ataupun tidak, kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah. Moga-moga amal kita diterima Allah s.w.t.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

(Maaf, aku tak sempat melawatmu, sahabatku... Tapi aku sempat melawat kuburmu.... Maafkan aku.. Banyak perkara yeng terjadi semalam. Banyak sangat halangan yang menimpa. Tapi, Insyaallah aku datang lagi minggu depan....)

Sabtu, 17 Januari 2009

2 minit je!!

Kes Satu

Aku pernah bekerja di sebuah pasaraya yang terkenal di Batu Caves. Jadi casher. Tapi kerja tak lama pun. Dalam sebulan setengah je… hehehe…

Satu hari tu, ada satu keluarga Cina datang beli barang dan salah satu barang tu adalah daging VAVI dalam tin. Kebetulan pulak, dia nak bayar kat kaunter aku. Aku bila nampak je tin daging tu, terus amik plastic lain, lepas tu balut tangan aku. Sebab apa? Sebab aku taknak samak tangan aku. Hehehehe… tiba-tiba pulak, laki cina ni tegur aku. Kenapa buat macam tu? Kotor ke tin tu? Aku cakap bukan kotor tapi aku takboleh pegang. Pastu laki Cina tu marah-marah dan membebel dengan bini dia. Bini dia ok je…

Hari yang lain pulak, macam biasa ada ada satu family Cina beli daging VAVI dalam tin. Terus singgah kat kaunter aku. Untuk mengelakkan salah faham macam hari tu, aku tukar taktik lain. Aku panggil bini dan anak beliau untuk scan kan tin VAVI tu. Hehehe. Dorang pun apa lagi, terus buat. Maklumlah tak penah jadi casher… Tapi si laki pandang serong pulak. Terus sound (bukan tegur) aku, kenapa suruh bini dia buat kerja tu. Tak boleh buat sendiri ke?? Aku pun cakap aku tak boleh pegang benda tin tu sebab dilarang. Aku cakap dengan sopan sebab prinsip syarikat aku, CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Dia cakap lagi, “saya bukan suruh you makan, tapi suruh you pegang je. Takkan tak boleh??????” Aku cakap tak boleh sebab dilarang agama. Tapi laki cina tu marah aku depan orang ramai. Dia cakap Islam ni semua tak boleh. Aku diam je (padahal tunggu masa je nak kena tumbuk!!!). Dia cakap nak report kat manager. Aku cakap silakan. Manager aku ada kat customer service. Pastu apa lagi entah dia carut kat aku. Tapi bini dia pulak yang mintak maaf dengan aku. Aku terus je buat kerja aku. Sampai balik takda pulak manager panggil aku. Hehehehe…

Kes Dua

Aku teman kakak aku mintak kerja kat sebuah pusat membeli-belah terkenal kat Jalan Ipoh. Sampai kat satu kedai, kitorang test tanya kerja kosong. Dapat pulak tu. Tapiada syarat.

1) Boleh pakai baju kurung (kalo boleh jangan) tapi tak boleh pakai tudung sebab nanti ganggu kerja.

2) Sembahyang siap-siap kat rumah. Sebab kat sini nanti takda masa, busy.

3) dan macam-macam lagi peraturan pelik yang tak sesuai untuk pekerja muslim.

Kes Tiga

Aku jadi facilitator sebuah program tajaan kerajaan. Peserta melibatkan melayu, cina dan india.. Ni pertama kali aku handle program melibatkan peserta dari pelbagai kaum. Aku tanya salah seorang peserta, (Cina) apa yang dia paham tentang kaum India. Dia jawab, maruku! Sari! Deepavali! Aku tanya budak lain pulak. Apa pendapat dia tentang orang Melayu. dia jawab, sembahyang banyak sangat! Sampai 9 kali sehari. Pastu ada budak (India) lain sampuk, mana ada 9 kali!! 5 kali je!! (caitt!! Terkejut aku. Siapa ajar entah 9 kali.) aku tanya balik budak tu, kat sekolah takda orang Melayu ke? Dia cakap ada. (pastu paham-paham jer)

Kes Empat

Aku terjumpa kawan sekolah aku masa bulan puasa. Kami borak-borak pastu dia ajak minum kat mapley. Aku cakap aku puasa. Dia tanya tak penat ke puasa? Aku cakap penat. Tak mati ke puasa? Aku cakap tak sebab bukan tak makan langsung. Petang nanti makan la. Tapi kalau minum sahaja boleh kan? Bukan makan pun. Aku cakap, tak boleh sebab tu bukan puasa. Aku pun terangkan pasal puasa.

Berdasarkan kes-kes tadi, aku hanya nak kongsi pengalaman aku. Bukan nak hina mana-mana bangsa di Malaysia ni. Cuma apa yang aku nak katakana, masih ada lagi orang yang masih tak paham-paham dan taknak paham tentang agama dan budaya yang dipegang oleh orang Melayu Islam di Malaysia ni. Kalau orang Melayu boleh bertolak ansur dengan kaum lain, tetapi kenapa dorang tak boleh? Kita boleh terima adat dan budaya mereka. Kita tak kisah pun siapa yang jadi pemimpin kita. Kita tak kisah pun siapa yang jadi jiran-jiran kita. Yang kita nak dorang paham je adapt, budaya dan agama kita. Susah sangat ke?

Tapi, sebetulnya aku kita tak boleh salahkan dorang 100% sebab memang dorang tak paham agama kita. Lagi pun kita yang tak pernah cuba nak terangkan tentang agama kita dengan sebaiknya. Macam mana dorang nak paham.

Lagi pun, kerajaan sekarang memang tak nak cuba menerangkan dengan betul apa yang halal, apa yang haram dalam Islam kepada bukan Islam. Cadangan aku:-

1) Bukan susah pun buat ceramah kat tengah-tengah Petaling Street or Bukit Bintang tu. Biar orang bukan Islam boleh tau tentang Islam dengan senang. Tak kan dorang nak masuk dalam masjid kot? (walaupun boleh sebenarnya) Kalau boleh buat konsert berjuta-juta ringgit, takkan tak boleh buat program macam ni?

2) Bagi risalah tentang agama Islam. Cetak dalam pelbagai bahasa.utama di Malaysia. Edar kat orang bukan Islam. Jangan la cetak ayat Quran. Tapi cuma penerangan ringkas tentang Islam. Susah? (kalau aku banyak duit, aku buat Ă  betul ke?)

3) Ajak dorang masuk masjid-masjid kita tengok apa yang ada kat dalam tu. Bukan halau kalau dorang masuk. Ni ade yang tak kenal masjid tu apa. Ceh!

4) Buat satu column kat dalam surat khabar cerita pasal agama Islam yang paling asas dan yang paling senang untuk dipaham. (kerajaan tanggung la!) buat kat semua surat khabar.

5) paling senang la, kalau yang lain-lain tu payah sangat, buat satu slot kat televisyen cerita tentang rukun iman, rukun islam, halal dan haram, serta Islam dan Bisnes. Biar semua rakyat Malaysia tahu cerita sebenar tentang Islam. Bukan percaya dengan berita dari sumber barat! Bukan susah pun!!!!! 2 minit je setiap kali siaran!!! Takyah la ajak ustaz-ustazah pun!!! Pakai narrator pun da cukup!! Susah sangat ke? Kalau sibuk sangat buat warta mandarin, warta tamil, entah warta apa lagi lepas ni, takkan slot 2 minit macam ni pun tak boleh???? Buat slot ni pada waktu puncak atau waktu perdana. Bukannya buat waktu pagi atau waktu tengah malam (sebelum Negaraku berkumandang). Sapa nak tengok?? Aku pun tak bangun lagi!!! Muahahahah!!!! Apa da…!!

Jadi, mari kita berubah!! Muahahaha!!


Layan………….

Rabu, 14 Januari 2009

Siapa Islam? Siapa Yahudi

Petikan Dari Akhbar Utusan Malaysia - 14 Januar, 2009 - Rabu
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem, menulis:-

rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.