Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 31 Mac 2009

Selamat Tinggal Sahabat...

Hari ni 31 Mac 2009, genaplah setahun pemergian dua orang sahabat aku, Allahyarham Mohd Nur Salam dan Allahyarham Mohd Izri Firdaus dalam kejadian lemas di lombong tempat kami belajar. Pada petang 31 Mac 2008, tercatitlah sebuah kenangan pahit yang tak akan aku dan rakan-rakan yang lain lupakan. Kepada yang masih tertanya-tanya apa yang terjadi, sila rujuk entri ini.

Untuk makluman semua, Arwah Mohd Najib juga adalah rakan baik kepada Arwah Mohd Nur Salam ketika belajar di IIC. Semoga mereka bertemu di sana..

Tiap tahun, seorang demi seorang rakan aku pergi menghadap Ilahi. Tanpa aku sedari, sejak aku berada di sekolah rendah lagi aku dah mengalami pengalaman kehilangan kawan.. Bagaimana dengan korang?

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Ilahi..

Al-Fatihah kepada mereka.. Tidak lupa juga kepada:

1) Muhd Izhar Bin Rosli (12 Tahun)
2) Syarifah Nurhaliah (15 Tahun)





Layan...

Isnin, 30 Mac 2009

Izinkanku Pergi...

Pagi tadi, aku terdetik nak melawat MySpace arwah Mohd Najib, iaitu rakan baik aku yang meninggal dunia pada 18 Januari 2009 [Rujuk Entri]. Najib adalah rakan sekelas aku masa di tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Tiba-tiba rasa rindu pulak..

Dan Najib juga adalah rakan sehostel aku bila masuk kolej. Bila kami pindah keluar dan menyewa rumah sewa, aku ajak Najib sekali. Beberapa semester selepas itu, Najib berhenti belajar di IIC kerana dapat tawaran lain. Selepas tu, kami hanya berhubung melalui telefon dan sms.

Apa yang aku nak cerita ni bukan pasal kehidupan kami. Tapi nak buat macam mana, kalau dah start taip tu, tak boleh nak berhenti. Hahaha... Back to the story, selama aku bukak MySpace Najib, aku tak perasan yang Najib dah tukar lagu latar beliau. Selama ni aku dengar, lagu rancak, dan kalau aku bukak pun, internet mesti tengah lembab pastu lagu mesti lambat nak loading!

Pagi tadi, disebabkan lajunya internet, aku bukak kejap je dah loading! (Baru aku perasan ada lagu kat blog Shima, dan Sakeena!). Tapi, aku agak terkejut dan sayu. Sebab apa? Lagu yang aku dengar adalah lagu IZINKAN KU PERGI, nyanyian oleh Kaer Azami!!

Aku pun terpikir balik, sebelum ni pun, arwah kawan aku yang meninggal tahun lepas, Mohd. Izri Firdaus Mohamed, MySpace dia pun pakai lagu latar WISH YOU WERE HERE, nyanyian Nightwish!! Aku tak perasan bila dia tukar lagu ni..




Bila dipikirkan balik atas semua yang berlaku, mungkin benar kata-kata ulama, orang yang akan meninggal dunia biasanya Allah akan bagi hint kat dia bahawa dia akan mati, cuma sedar atau tidak sahaja. Ataupun, mungkin dia sedar, tapi menunggu masa....


Al-Fatihah sahabatku... Allah bersamamu, Insyaallah..





Layan...

Blog yang aku benci (1)

Contoh-contoh blog yang aku benci nak baca tapi terbaca gak..

"Huem.. Knp neh sume blaku kt ktew.? Byk dugaan yg tepkse ktew rempuhi. Naseb baek *** pny bf yg amat penyaba seperti sygs. Sygs redha jea dan masih mau ngun *** walaupun family *** ta dpt trime sygs seperti dlu."

"Sygs.. *** na ucap an myk2 trime kaseh sbb myk tlg *** dan syg byk k0rban an mase, wang dan sebagainye untuk *** . *** hrgai tuh sesgt. Dan *** mntk maf sbb *** myk wt slh and silap kt sygs. "

"Huem.. Knpla ktew ta dpt jd cm c0uple yg laen.? Knp ktew ta dpt jmp cm dlu.? Knp family *** sggp wt sygs cmneh.? Knp.? Huem.. Sygs.. *** tiap2 ary nangis sal sygs. *** ta dpt na trime neh sume. *** nangis sbb *** takut ktew ta dpt besame ag. "

"*** tna ktew tepisah. *** sayang sygs sesgt. *** tna kehlgan sygs. Sygs la satu2nye d ati *** . Tade 0rg laen. Trust me 0yke. Kal0 *** ade 0rg laen bun0h la *** . Please trust me. 0nly u in my heart. Tade 0rg laen slaen syg dlm ati *** 0yke. "

"Sygs.. Blea ag ktew dpt jmp.? Adeka pasneh sygs akn carik 0rg laen.? Adeka sygs akn tggl an *** ? Kal0 sygs wsea 0rg laen tuh leh buat sygs bahagie. *** akn rela an sygs tuk besame diye.

"Ya Allah.. Kau kuat an la iman ku dan tabah an la ati ku tuk ku tempuhi ranjau hidupku ini Ya Allah. Dan ak berharap kami akn terus besame hingga ke jinjang pelamin jika engkau mengizinkan-Nya."



Aku bukan nak komen tentang isinya, sebab ikut suka hati koranglah nak isi apa, betul tak? Yang aku nak sentuh adalah bahasa yang digunakan oleh gadis ini untuk menulis blognya. Bahasa apakah yang adik ni pakai?Nak kata bahasa Melayu, bunyi macam Tamil. Bunyi Hebrew (bahasa yahudi) pun ada. Contoh-contoh macam nilah yang membuatkan bangsa lain malu nak cakap bahasa Melayu sebab orang kita sendiri pun malu nak pakai bahasa Melayu! Jadi, salah siapa? Habis rosak bahasa kita!

Tunggu episod akan datang...





Layan...

Ahad, 29 Mac 2009

Berhenti memBLOG!

Tadi, aku saja test tutup blog aku selama sehari. Konon-konon nak berehat untuk sebulan disebabkan exam. (Padahal nak join Earth Hour!) Tapi.... tak sampai sehari pun ,aku dah tak keruan. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, dan macam-macam lagi benda yang menyebabkan aku terasa,



"AKU TAK BOLEH DUDUK DIAM SEHARI TANPA UPDATE BLOG!!!!"



Jadi, dengan rasa suka dan gumbiranya, aku bukak balik blog aku kepada rakan-rakan dan die-hard-fans aku. Muahahaha!!



p/s: Aie tak dapat tahan nak baca blog aku, terus serang blog satu lagi! Hahahaha!!


AMARAN: Apa-apa sahaja artikel yang diambil dari blog aku, jika aku yang punya, sila letak KREDIT pada blog korang. Jika artikel tu aku ambil dari blog orang lain, dan korang nak jugak artikel tu ada dalam blog korang, sila beri KREDIT juga pada blog orang tersebut. Sila hormati hak berkarya orang lain.






...:: Layan ::....

Jumaat, 27 Mac 2009

Gambar lucah..!! Melampau!!

Saja buat entri panas.. Selamat menonton... Hahahaha!








(Klik gambar untuk besarkan ---> Kalau boleh besarlah)



Siapa yang mula dulu mengusik raja-raja dan pihak Istana?

Siapa yang mula ingkar arahan istana?

Siapa yang mula derhaka kepada sultan?


Siapa yang mula memalukan Istana?


Siapa yang mempersoalkan kedaultan raja-raja?


Siapa yang mula menghina raja-raja Melayu?





..:: Layan ::..

Khamis, 26 Mac 2009

Handphone Anda Original ???

Dari blog Dr. Azwan - [Di Sini!]

Cara-cara untuk mengenal pasti status telefon, sama ada asli atau tiruan.
Sila ikut panduan di bawah..

**********************************************************************

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity numbers appears.

Then check the 7th and 8th numbers:

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 th - 8 th - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15

Phone serial no. x x x x x x ? ? x x x x x x x



1) IF the Seventh & Eighth digits are - 02 or 20 - this means:
Your cell phone was assembled in China which is low quality.


2) IF the Seventh & Eighth digits are - 08 or 80 - this means:
Your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality


3) IF the Seventh & Eighth digits are - 01 or 10 - this means:
Your cell phone was manufactured in Finland which is very Good.


4) IF the Seventh & Eighth digits are - 00 - this means:
Your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality.


5) IF the Seventh & Eighth digits are - 13 - this means:
Your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health.


*************************************************************************



Jadi, apa no siri telefon korang? Aku punya - 00 - huhuhu!!





Layan...

Selasa, 24 Mac 2009

Benda Pelik di Putrajaya??

Apa yang pelik kat lampu jalan ni? Bagi aku tak pelik pun sebab tiap-tiap hari tengok. Kat Tempat lain ada ke? Hehehe (berlagak). Semua jalan-jalan utama dan biasa ada lampu macam ni. Ni la uniknya Putrajaya. Ada bentuk macam wau, songket, kain batik dan macam-macam lagi bentuk. Tapi korang tau tak, ada gak hamba Allah yang curi tiang atau komponen elektrik kat tiang lampu ni..?? Ish... (ramai pelawat Putrajaya kepala teleng ke atas sebab asyik tengok atas je masa jalan-jalan kat Putrajaya. --> fakta dari kayrolldin.blogspot.com)




Apa yang pelik kat jambatan-jambatan ni? Takda yang pelik sangat pun.. Tapi kalau korang nak tau, jambatan berhias ni ada melambak kat putrajaya! Nak amik satu pun boleh. Kat KL pun kekurangan jambatan! Tak silap aku, ada lebih 20 buah jambatan berhias kat Putrajaya. Jadi, tak timbul masalah "Penduduk Presint 9 mahukan jambatan baru untuk menghubungkan Presint 9 dan Presint 8 kerana masalah banjir." --->> konon-kononlah..





Masji Putra. Apa yang pelik kat masjid tu? Cuba tengok kat puncak menara masjid tu? Mana ada menara masjid macam Masjid Putra ni. Masjid lain menara dia ada bulan atau bintang, tapi menara Masjid Putra kosong je. Pelik tak? Hehehe. Kalau tak pelik nasiblah... Muahaha.. Kubah masjid pun lain dari yang lain. Sebab tu ramai yang nak bergambar depan masjid Putra ni!





Nampak jubah biru tu? Baju tu kena pakai kalau nak masuk dalam Masjid Putra. Tapi bukan semua, sebab yang "wajib" pakai baju tu adalah mereka yang pakai baju tidak cukup kain atau "over" yang boleh menyebabkan pekerja masjid kegeraman. ---> eh takdalah, baju yang kurang sopan memang tak dibenarkan dipakai di dalam masjid kat mana-mana pun. Lelaki pun kalau pakai "short" pun, akan dipaksa pakai jubah. Nasiblah korang, nak pergi masjid Putra tapi baju macam nak pergi Pavilion. Ko ingat ko kat Paris, nak pakai tube je pergi jalan-jalan?





Nampak papan tanda TNB ni? Takda apa yang pelik pun.. Cuma bentuknya unik dan takda kat tempat lain kat Malaysia ni! Habis jahanam besi tu dibengkokkan oleh pelajar sekolah Presint 9. Hehehe.. Budak sekolah korang boleh buat macam ni ke? Kui kui kui! Korang nak baiki kereta yang kemek, boleh mintak budak-budak ni buat. Free jer.. Pakai tangan lagi tu!





Balai polis kat rumah teres. Pernah nampak? Kat tempat korang balai polis paling pelik pun buat kat rumah kedai macam kat Taman Koperasi Polis tu. Betul tak? Hehehehe.. Aku baru perasan balai polis macam ni. Macam mana eh kalau dorang bertukar-tukar juadah buka puasa? Mesti makcik sebelah bagi kuih koci, pakcik polis balas.... (jawab sendiri, aku tak nak timbulkan kontroversi)





Nampak tong kitar semula tu? Nampak sampah sarap tu? Dua perkara timbul. Ada ke kat tempat korang tong sampah kitar semula orang buang perut ikan, taik budak, pampers ****, dan segala bagai? Ha, kat Putrajaya tu perkara biasa. Jangan rasa pelik atau canggung tengok situasi macam ni. Kira bonuslah.. Kalau tak buang segala bagai benda-benda tu, mesti tong tu kesunyian sebab tak pakai pun... Hehehe.. Perkara kedua, pernah tengok ke sampah dibuang macam tu gaya? Lagi sejengkal je nak sampai tong, tiba-tiba ter"stop" kat depan tu. Kalau hari kerja, lagi banyak sampah brek depan tong tu sebab suri rumah akan buat operasi time orang ramai pergi kerja. Hehehe..



Cara baru nak berkempen. Tempat korang ada? Hik hik hik (gelak porno pulak!) Takdalah, aku pun taktau macam mana gambar ni boleh ada. Hehehe, tapi memang pelik bagi aku! Hahahah.. Tempat korang cara berkempen agak klisekan?



Undang-undang unik kat Putrajaya:

1) Tidak boleh membela sebarang haiwan, berkaki empat, berbulu, bermisai dan bla bla bla seperti kucing, anjing, arnab atau apa sahaja yang biasa korang bela.

(tapi ada gak yang bawak ayam, itik dan macam-macam lagi. Tu baru duduk rumah teres, kalau duk banglo, lembu dengan buaya pun bela!)

2) Tidak dibenarkan main layang-layang di tempat awam dan anda boleh didenda sehingga RM2000.(nanti aku cek balik berapa amaun sebenar)

(kitorang tak main layang-layang, tu mainan budak luar Putrajaya. Hehehe - hina gila! Kitorang main kapal layar, belon udara panas, helikopter, dan jet.)

3) Tidak dibenarkan menyidai pakaian ditempat terbuka seperti di balkoni, parkir kereta dan depan rumah. Sidai ditempat yang dikhaskan.

(ada je yang sidai kat tempat-tempat tu sebab bila time pihak perbadanan buat spot cek, cepat-cepatlah angkat kain jemuran tu. Janganlah jujur sangat! - kata-kata mak aku. Tapi dorang lagi cerdik. Dia buat spot cek time orang pergi kerja. Jiran aku balik kerja jumpa surat saman kat depan pintu rumah. Hehehe.. Ada gak makcik yang hati kering dan gamble seperti mencabar kewibawaan pihak Perbadanan dengan menyidai kat pagar balkoni dan pagar rumah. Gempak siot! Mesti dah lali kena saman! Nasib baik tak sidai kat lampu jalan! Tapi sekarang pihak perbadanan dah slow sikit sebab dorang tahu, tempat sidai pakaian sempit!)

4) Tidak dibenarkan bercucuk tanam.

(jangan kata bercucuk tanam, buat kolam ikan pun ada yang dah cuba! Ada yang siap buat reban lagi belakang rumah. Gila! Kawan aku, mak dia siap berkebun pulak belakang rumah. Ada pokok mangga, ciku, dan bagai! Perbadanan datang, terus kena tutup bisnes! Hahaha.. Lagi satu, bagi penduduk yang tinggal di apartment, dorang suka letak pasu bunga kat depan tingkap. Jangan harap perbadanan nak berdiam diri! Hahahaha!!)





Layan....

Orang Cacat yang Pelik



Sekadar renungan..




...Layan...

Ahad, 22 Mac 2009

Ramai Guru Nyanyok??

Semalam aku tengok filem [B.L.A.C.K] (Bollywood) kat TV3. Pasal seorang buta dan pekak (Rani Mukerji) bersama cikgu kesayangan (Amitabh Bachchan). Aku bukan nak ceritakan balik cerita tu sebab korang boleh tengok sendiri cerita tu, tapi aku ada beberapa persoalan.

Selepas apa yang Amitabh ajar dan bagi ilmu kat Rani, Amitabh perlahan-lahan hilang ingatan dia. Sampaikan Rani pun dia terlupa nak bawak balik selepas pergi beli ais krim. Apa kaitan dia dengan nyanyok?

Aku ada terdengar mitos bahawa, sesiapa yang jadi cikgu, bila tua nanti dia akan nyanyok. Aku mula tak percaya sangat sebab aku kecik lagi masa tu. Tetapi, bila cikgu aku masa sekolah rendah dah "start", aku mula percaya. Dia dah tak berapa kenal jiran-jiran, anak-anak dia yang rapat je dia kenal, anak-anak yang lain dia buat derk je..

Pastu, cikgu kepada bapak aku pun macam tu. Padahal cikgu tu memang cikgu English yang hebat. Tetapi mungkin dak takdir dia, nyanyok ketika usia masuk 70 tahun..

Mitos ni semakin kuat pulak ketika aku tengok filem BLACK ni. Mitos tu bukan je orang kita percaya, tapi seluruh dunia percaya. Sedih pun ada gak masa tengok filem tu. Pengorbanan seorang cikgu..

Aku harap, cikgu-cikgu aku takkan jadi macam tu sebab aku sayang sangat cikgu-cikgu aku. Dan diharap juga, dorang takkan lupakan aku. Harap-harap juga, mitos tu tak betul dan hanya tanggapan aku dan masyarakat sebab aku tak sanggup kalau cikgu aku lupakan aku seperti mak atau ayah kita akan "lupakan" kita suatu hari nanti. Aku tak nak ilmu yang diberi sekadar ingatan aku tetapi bukan diingatan cikgu-cikgu aku.

Harapan terakhir, biarlah ia dengan mitosnya sebab semangat aku untuk jadi guru suatu hari nanti tidak pernah pudar! Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu aku! (sebelum terlambat, baik kita mulakan...)


You are My Teacher

If I should meet you
on the dusty road of life
Do not despair
for I am your teacher

If you should stumble
while crossing my muddy path
Do not despair
for you are my teacher

If we should cry alone
and falter in hurricane winds
Do not despair
for they are our teachers

If our souls should meet again
with tattered and worn-out shoes
Do not despair
for we have not learned

Antoinette Kopperfield




Layan...

Sabtu, 21 Mac 2009

Siapa Mustafa Kamal Attartuk?

Artikel diambil dari blog Cina Islam.blogspot
Justify Full
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama..

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.


Dosa Mustafa Kemal

  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
  2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
  3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
  4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
  7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
  9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
  17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung
  3. Penyakit darah tinggi
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
  5. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
  6. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
  7. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .
  8. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya( susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
  9. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
  10. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:34 AM - blog Cina Islam



Layan...

Jumaat, 20 Mac 2009

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Wikipedia dan Laman Web Rasmi SPMR

Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia diambilalih oleh SPRM. Ketua SPRM sekarang ini adalah Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Sejarah BPR

Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.

Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta.

Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan.

“Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”

Bermu1a pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.

Fungsi SPRM

Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu:


1) Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;

2) Mengesan dan menyiasat -

  • apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;
  • apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini; dan
  • apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

3) Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;

4) Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;

5) Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;

6) Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan

7) Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.


Bacaan lanjut, rujuk Laman Web Rasmi SPRM!





Layan.....



p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Race to Witch Mountain

Semalam, aku pergi menonton filem [Race to Witch Mountain] bersama-sama sahabat, Sharol & Syak (terima kasih belanja!) di Berjaya Times Square, KL. Bagi aku, ni adalah filem kedua terbaik (ikut suka akulah nak cakap yang ke berapa terbaik, aku yang tengok, bukan ko! Huhuhuh!!!) keluaran Disney Pictures selepas National Treasure (betul ke eja??).

Nak kata best sangat pun tak, tapi aku lebih suka cara penyampaian filem ni yang betul-betul penuh dengan fakta-fakta menarik tentang UFO dan makhluk asing. Filem ni bukan sekadar Sains Fiksyen, tapi lebih kepada pendedahan sebenar mengenai makhluk asing yang cuba disorok oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pernah tengok National Treasure? Lebih kurang macam tulah filem ni. Terpulang nak tengok ke tak, tapi bagi aku, empat bintang (4) sudah memadai. Tapi korang janganlah sangka semua perkara dalam filem ni betul. Mungkin ada gak yang auta! Ada gak sesetengah babak tu boleh dikategorikan sebagai klise. Apa-apa pun, selamat menonton!








Layan...

Khamis, 19 Mac 2009

Syiah Semakin Menular?

Tadi sahabat baik aku, Sharol baru pulang dari Melaka. Ketika sampai di Pudu Raya, dia ternampak ada seorang lelaki Melayu sedang mengedarkan buku secara percuma kepada orang ramai yang lalu lalang kat situ. Tapi ramai yang tak amik buku tu sebab takut kena bayar. Dia yang memang terkenal dengan sikap selamba, terus mintak buku tu. Dan ia berhasil..

Tapi yang menjadi masalah adalah, buku tu semuanya berkaitan dengan dengan ajaran Syiah yang berasal dari Iran (Syiah Iran eh, sebab semua cerita pasal Syiah Iran). Apa yang membimbangkan adalah, buku ini menggunakan Bahasa Melayu secara keseluruhannya dan diedarkan secara percuma kepada orang awam!!! Harga asal RM5.00!

Kepada sesiapa yang pernah terjumpa buku ni, tolong jangan sebarkan! Silalah sebarkan kepada rakan-rakan tentang keburukan dan kesesatan yang cuba ditanam ke dalam diri rakyat Malaysia oleh penulis buku ini. Harap-harap janganlah percaya kepada apa yang ditulis.. Kalau rasa aku ni menipu, terpulang, tetapi buku ni memang jelas menyesatkan manusia...

p/s: Ada ke Selawat ke atas Nabi disertakan dengan nama Ali? Dorang siap letak nama Imam Reza (salah seorang Imam Syiah yang terkenal) beserta "peace be upon him" yang jika kita amati maksudnya, ia lebih kepada S.A.W. Betul tak?




Bahagian hadapan buku Iran Syurgawi (Iran Paradise)
-sila klik gambar untuk besarkan-




Bahagian belakang buku
- sila klik gambar untuk besarkan-



Layan....


Rabu, 18 Mac 2009

HP haram di sisi....

KOSMO, 18 Mac 2009.

Telefon bimbit diharamkan di sekolah

PUTRAJAYA – Kementerian Pelajaran mengambil keputusan melarang terus penggunaan telefon bimbit oleh pelajar-pelajar di kawasan sekolah berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu diambil oleh kementerian setelah perbincangan diadakan dengan guru-guru dan wakil persatuan guru pada mesyuarat jawatankuasa induk menangani gejala disiplin murid di sini semalam.

Katanya, ia selaras dengan surat Pekeliling 1 Tahun 2006 yang telah dihantar ke sekolah-sekolah yang meminta pihak sekolah melarang para pelajar membawa atau menggunakan telefon bimbit di sekolah.

“Semasa mesyuarat tadi (semalam), saya dimaklumkan pelajar yang membawa telefon bimbit gemar bermain SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan rakan-rakan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa penggunaan telefon bimbit memang dilarang di sekolah dan kita merayu kepada ibu bapa supaya jangan membenarkan anak-anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah,” katanya.


Komen:

1) Memang patut pun sebab budak-budak sekarang makin manja. Sikit-sikit mengadu kalau kena pukul. Lagi-lagi, yang ada HP terus call mak ayahh.

2) Mak ayah yang bagi anak bawa HP pulak memang patut kena sebat gak sebab nak pantau anak, bukan dengan HP, tapi pergi sendiri sekolah tengok apa anak awak buat kat sekolah. tu Lainlah kalau anak tu ada kat luar kawasan sekolah. Bolehlah bawa HP.

3) Spot Check pengawas selalu kantoi sebab ada budak-budak yang bocor rahsia kat budak lain pakai HP. Jangan kata takda!

4) Kalau nak bawak gak, biar cikgu simpankan. Waktu balik baru mintak balik. Bukan susah pun!

5) Lagi satu, kalau HP aku berani jamin, 10% je untuk kebaikan. Lagi 90%, untuk berlagak, merakam yang tak patut, sms, mengumpat, dan banyak lagi. Betulkan???


Layan....

Selasa, 17 Mac 2009

Kenapa????

Aku ada sedikit persoalan yang masih belum terjawab berkaitan dengan kes poltik wang pemimpin UMNO baru-baru ni.

1) Apa beza politik wang dengan rasuah? Kenapa kalau pemimpin pembangkang ada kes rasuah, istilah "rasuah" digunakan? Tetapi apabila ada kes dalam pihak kerajaan, istilah "politik wang" dan salah "guna kuasa" digunakan dengan meluas.

2) Kedua-dua kes yang melibatkan Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin adalah dari jenis kesalahan yang sama. Ejen mereka melobi (politik wang) perwakilan dengan rancak. Tetapi kenapa Ali Rustam dilarang bertanding, tetapi Khairy hanya diberi amaran?

3) Kenapa kes ni disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM seperti yang lain? Apa kuasa Lembaga Disiplin UMNO sehingga boleh menyiasat perkara ni dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah?

4) Kenapa Azalina Othman tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO? Adakah beliau terlibat dalam rasuah, tetapi bukan poltik wang?

5) Kenapa ada double standard dalam kes penyiasatan antara ahli kerajaan dan ahli pembangkang?

6) Adakah pesalah yang disabitkan kesalahan mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu lagi disiasat oleh SPRM?

7) Adakah adil bagi seseorsang tu yang terbukti bersalah melakukan politik wang dikenakan hukuman sedangkan orang lain yang melakukan kesalahan yang sama hanya diberi amaran? Padahal, tiada beza berat atau tidak kesalahan mereka, yang penting mereka telah terbukti melakukan kesalahan tu, bukannya masih dalam tuduhan!

8) Adakah ejen pelobi mereka memandai je melobi perwakilan untuk mendapatkan jawatan tanpa diarah oleh seseorang? Di mana ejen-ejen tu mendapat duit yang banyak untuk melobi perwakilan? Adakah mereka menjadi ejen secara sukarela dan tidak ada kena mengena dengan calon-calon? Bagaimana mereka boleh menjadi ejen-ejen kepada calon-calon ni jika mereka tiada kaitan dengan calon-calon ini?

9) Adakah adil, hanya ejen-ejen yang dikenakan tindakan sedangkan "bos" mereka tidak? Adilkah ejen-ejen ni hanya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM sedangkan terbukti mereka memberi rasuah?


Layan...



p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Alahai Ali Rustam...

Mohd Ali serah kepada lembaga disiplin

Mar 17, 09 1:06pm
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang, lapor Utusan Online. [baca selanjutnya]

Ali Rustam dilarang tanding timbalan presiden

Abdul Rahim Sabri | Mar 17, 09 4:22pm
Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno. [baca selanjutnya]

Perhimpunan bantah keputusan lembaga disiplin?

Abdul Rahim Sabri | Mar 17, 09 12:48pm
dikemaskini 3.30pm Kira-kira 40 anggota polis - separuh daripadanya adalah anggota pencegah rusuhan - kini ditempat di pintu bangunan ibupejabat Umno di ibunegara.

Mereka datang bersama empat trak pacuan empat roda polis dan sebuah van. [baca selanjutnya]

Khairy: Saya tidak bersalah...

Mar 17, 09 5:33pm
Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah"

khairy jamaluddinDalam reaksinya, ahli Parlimen Rembau itu berkata, apa yang penting, walaupun didapati bersalah, beliau hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding. [baca selanjutnya]



Layan...

Biarkan Dia Terus Murtad...

Kes Siti Fatimah: Rayuan MAIPP ditolak
Malaysiakini.com - Mac 16, 09 12:40pm

Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang hari ini menolak rayuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mengisytiharkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39, sebagai bukan lagi seorang Islam pada Mei 2008.

siti fatimah tan abdullah tan ean huangKetua Hakim Syarie/Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Ibrahim Lembut membuat keputusan itu setelah mendengar hujah kedua-dua peguam bagi pihak perayu iaitu MAIPP dan juga Siti Fatimah selaku responden.

Beliau yang mengetuai korum tiga hakim, yang turut dianggotai Datuk Muhammad Asri Abdullah dan Datuk Abu Bakar Ahmad sebulat suara memutuskan bahawa responden tidak sempurna Islamnya, lapor Bernama.

"Permohonan rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 adalah kekal," katanya.

Pada Mei tahun lalu, hakim bicara ketika itu, Othman Ibrahim mengisytiharkan bahawa Siti Fatimah bukan lagi orang Islam dan mahkamah itu memerintahkan MAIPP untuk membatalkan pendaftaran sijil akuan memeluk Islam beliau.

Bagaimanapun, Ibrahim menolak permohonan Siti Fatimah supaya mahkamah memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memadamkan perkataan Islam pada kad pengenalannya dengan alasan bahawa mahkamah tiada bidangkuasa untuk berbuat demikian dan menasihati Siti Fatimah untuk menguruskan sendiri perkara itu dengan jabatan berkenaan.

Dalam prosiding hari ini, Ibrahim berkata keputusan menolak rayuan MAIPP itu dibuat berikutan lafaz syahadah yang dibuat oleh responden adalah tidak sah kerana beliau memeluk Islam dengan niat untuk berkahwin dan tidak pernah percaya dengan agama itu.

'Tidak dianggap murtad'

"Responden tidak dianggap sebagai Islam. Responden juga tidak boleh dianggap murtad kerana proses pengislamannya tidak sah," katanya.

Ibrahim berkata asas keputusan itu berdasarkan Seksyen 107 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004 yang menyebut kaedah memeluk Islam itu adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah, sedar akan maksud kalimah serta ia dilakukan dengan kerelaan hati.

"Seksyen 108 enakmen yang sama pula menyebut seseorang yang memeluk Islam itu adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah dan memenuhi kehendak seksyen 107 itu dan orang itu selepas itu dianggap muallaf," katanya.

Beliau berkata responden gagal memenuhi kehendak Seksyen 107 enakmen itu.

Sementara itu Tan memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa beliau gembira kerana semuanya sudah selesai.

MAIPP memfailkan rayuan tersebut Mei lalu terhadap keputusan mahkamah berkenaan membenarkan permohonan Siti Fatimah keluar Islam setelah mendapati wanita itu tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 10 Julai 2006, Tan berkata, dia tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Tan, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya Tan menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala dan mengikut ajaran agama asalnya, Buddha, dan masih memakan daging babi.




Layan...

Isnin, 16 Mac 2009

PPSMI Berjaya?

SPM 2008.

"...prestasi pencapaian Bahasa Inggeris menurun sebanyak 1.6 peratus bagi calon yang mendapat gred 1A-2A, manakala Pendidikan Islam menurun 5.4 peratus."

Utusan Malaysia

Jadi, apa komen anda?

"...kita akan kaji dan gali dalam-dalam permasalahan ini. Selepas itu, kita tambah lagi dana untuk pendidikan, janji jangan mansuhkan PPSMI..."

~kroll~



Layan...

Ahad, 15 Mac 2009

Geng: Upin dan Ipin?

Hahaha, aku pergi tengok lagi filem Geng: Pengembaraan Bermula semalam (Sabtu) untuk kali yang ke-2!! Kali ni tengok wayang kat kampung halaman aku, Putrajaya. Ada panggung ke? Ada... Di Alamanda Putrajaya. Haha, kampungkan...?

Filem ni terlalu best bagi aku. Terlalu unik! Dengar cerite, filem ni dah kumpul RM6 juta. Betul ke? Ada sesiapa yang boleh confirmkan?

p/s: Aku nak beli tiket tengah hari., tapi SOLD OUT. Pilih pulak tiket kul 3.10, pun...SOLD OUT!. Last-last, dapat tiket kut 8.10 malam. Gempak siot! Ramai gila umat manusia macam baru launching je filem ni!

p/s: Tengok dengan adik-adik aku. Terabur pop corn sebab gelak melampau! Sindrom gelak tu terbawak-bawak dalam tidur!

p/s: Banyak pulak p/s ni. Tapi ni last! AIE, JANGAN JELES! KO TENGOKLAH WAYANG DENGAN ****.



Layan....

Sabtu, 14 Mac 2009

Hina Sultan

Kes 1

Hon Keong dituduh edar komen lucah

BUTTERWORTH 13 Mac - Gara-gara mengedar komen lucah yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, seorang ahli perniagaan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Chan Hon Keong, 26, didakwa melakukan kesalahan itu bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. [read more]

Kes 2

Pembantu makmal didenda RM10,000

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pembantu makmal sebuah sekolah swasta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak di sebuah laman web pada pertengahan Februari lalu. [read more]

Kes 3

Juru ukur beri alasan tertekan

PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya ke laman web pejabat Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati orang lain. [read more]

Kes 4

Pemilik kedai dihadap ke mahkamah

KOTA KINABALU 13 Mac - Seorang pemilik kedai telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam laman blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. [read more]

Berita lanjut, dapatkan Utusan Meloya anda hari ini!

KOMEN:

1) Aku rasa, ni pengajaran berguna kepada semua rakyat Malaysia bahawa, Sultan tidak boleh dipermainkan, diejek dan dibuat bahan gurauan. Kalau rasa benci sangat duduk Malaysia, pergilah negara-negara kat bahagian Barat tu yang boleh buat sesuka hati kat raja-raja mereka. Ejeklah puas-puas.

2) Aku tak tahulah, kat mana hati dorang ni sebenarnya. Ingat dah gempak sangat ke? Tapi aku tak akan lupa suatu kisah kat Terengganu dulu. Kenapa tak kena dakwa eh...?



Layan...

Jumaat, 13 Mac 2009

Rotan bukan penyelesai masalah

Kosmo, 13 Mac 2009

Keratan Akhbar Kosmo semalam

KUANTAN - Masalah pelajar memeras ugut pelajar lain di tiga buah sekolah menengah di Temerloh tidak dapat diselesaikan sepenuhnya dengan hukuman rotan.

Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Cawangan Pahang, Kamarulzaman Abdul Razak berkata, pelajar terbabit dibimbangi menjadi semakin ganas dan agresif apabila dikenakan hukuman sedemikian.

"Hukuman rotan lebih banyak merosakkan daripada menyelesaikan masalah, pelajar terbabit sepatutnya diberi khidmat nasihat serta kaunseling," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! kelmarin bahawa kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar di tiga buah sekolah menengah di Temerloh supaya memeras ugut pelajar lain di sekolah masing-masing.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sebilangan pelajar boleh menjadi serik apabila dirotan.

"Semuanya bergantung kepada penerimaan pelajar itu sendiri, ada yang bila kena rotan mereka jadi serik, tak mahu ulang kesalahan lagi tetapi ada juga yang sebaliknya," katanya.

Kamarulzaman menegaskan, gejala peras ugut tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibanteras segera sebelum menular sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat seharusnya bermuafakat dan memberi perhatian sewajarnya kepada masalah seumpama itu dan tidak terlalu mengharap kepada pihak sekolah semata-mata untuk menyelesaikannya.


KOMEN:

Budak kita semakin manja dan kurang ajar. Jentik sikit dah panggil polis. Aku teringat kat-kata ayah aku,


"Cikgu buatlah macam mana pun dengan anak saya, nak pukul ke, nak denda ke, tapi jangan sampai patah atau mati anak saya tu. Lagi satu, barang peribadi anak saya jangan diusik atau dibuang sebab saya yang belikan barang tu, bukan Cikgu".



Layan...

Wudhu' Suami Isteri Tidak Batal Bila Bersentuhan?

Suatu hari, aku tanya sahabat-sahabat aku, adakah terbatal wudhu' suami atau isteri yang bersentuhan? Semua jawab dengan serentak dan spontan, "batal!". Aku tanya balik sebab apa batal? Dorang cakap, semua orang dah tahu perkara tu. Tanyalah sesiapa pun, jawaban yang sama tetap akan dijawab. ~BATAL~

Aku tanya perkara ni sebab aku ada terbaca hadith, maksudnya:

1)

Dari 'Aishah RA bahawa Rasulullah SAW menciumnya sedangkan baginda berpuasa dan baginda berkata, "Ciuman tidak membatalkan wudhu' dan tidak pula membatalkan puasa seseorang yang berpuasa" [Ishaq ibn Rahawih dan al-Bazzar]

2) Daripada ‘Aisyah R.’anha:

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي
فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا
قَامَ بَسَطْتُهُمَا


Maksudnya: “Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)


3)

Maksudnya: “Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu.” (HR Muslim)

Aku agak keliru sekarang. Dari hadith-hadith ni membuktikan ia (bersentuhan) tidaklah membatalkan widhu'.

Kalau ia betul-betul boleh mebatalkan wudhu', beberapa persoalan akan timbul.

1) Bersalam selepas solat.

Macam mana suami dan isteri nak bersalaman selepas solat kalau wudhu' boleh terbatal? Ada orang akan cakap mereka perlu berlapik. Tapi tidakkah ia nampak seperti merumitkan keadaan? Bukankah hubungan suami isteri perlu dieratkan dan bukan dirumitkan?

2) Tidak menimbulkan syahwat.

Ada yang cakap, kalau tidak timbulkan syahwat tidak mengapa. Tapi kenapa ada pula acara membatalkan wudhu' ketika kahwin? Adakah semua bakal pengantin naik syahwat ketika mencium pasangan masing? Macam mana kalau si isteri sahaja yang tidak naik syahwat? Adakah dia juga terbatal wudhu'? Kenapa suami isteri perlu berwudhu' kalau bersentuhan jika ia tidak bersyahwat? Seolah-olah, terpegang je, BATAL. Wajib berwudhu'.

3) Memandikan jenazah

Macam mana nak memandikan jenazah suami isteri jika ia membatalkan wudhu'? Adakah perlu berlapik? Macam mana nak berlapik kalau air tidak dapat diratakan ke seluruh badan? Kalau ia tidak boleh, apa akan jadi pada jenazah-jenazah yang telah dimandikan oleh suami atau isteri ke atas suami atau isteri mereka? Adakah tidak sah "mandi" mereka? Adakah perlu dimandikan semula?

Aisyah r.a berkata:

Maksudnya:

“Sekiranya aku teringat lebih awal mengenai ungkapan Nabi s.a.w kepadaku dahulu, pasti aku tidak akan biarkan baginda dimandikan kecuali oleh para isterinya sahaja.” – Hadis sahih riwayat Abu Daud.

“Sekiranya engkau mati sebelumku, akulah yang akan menguruskanmu. Akulah yang akan memandikan engkau, mengkafankan engkau, mensolatkan engkau dan mengkebumikan engkau.” – Hadis sahih riwayat Abu Daud.

4) Suami atau Isteri yang sakit

Bagai mana suami atau isteri mahu mewudhu'kan suami atau isteri yang uzur jika ia boleh membatalkan wudhu'? Adakah perlu berlapik mewudhu'kan mereka? Jika timbul pula syahwat antara suami atau isteri, adakah perlu tunggu dahulu sehingga ia "surut"? Bagaimana pula waktu solat yang semakin berjalan?

Ada beberapa persoalan lagi yang terlintas, tapi bagi aku cukup ini sahaja sebab lagi banyak bertanya, lagi dekat kita dengan kaum Yahudi punya perangai, "banyak bertanya".

Ada tiga pendapat yang aku dapat cari dalam internet, diambil dari sebuah blog:

1) Hukum menyentuh kulit wanita membatalkan wuduk walau apa jua keadaan sama ada disertai nafsu, sentuhan biasa, sengaja, tidak sengaja atau lupa. Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam al-Syafie r.h.

2) Menyentuh wanita tidak membatalkan wuduk secara mutlak sama ada bersyahwat atau tidak. Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah r.h.

3) Sekiranya sentuhan itu disertai dengan syahwat, terbatal wuduk dan jika sebaliknya tidak terbatal wuduk. Pendapat ini dipegang oleh pengikut bermazhab Maliki dan Hanbali. Mereka semua lebih senang menghimpunkan (jamak) antara nas-nas yang warid.

Pendapat paling rajih (tepat) antara perselisihan ulama adalah pendapat kedua (Imam Abu Hanifah) setelah dikuatkan dengan perbuatan Nabi s.a.w yang tsabit di dalam sahih al-Bukhari, Muslim, al-Nasaai dan al-Baihaqi mengenai persentuhan antara baginda dan isterinya lalu terus menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk.

Sumber:



Wallahu a’lam B.S..





Layan......

Rabu, 11 Mac 2009

Mat dan Minah

Siapa pernah dengar Mat Rempit, Mat Skodeng, Mat Jawa, Mat Kelentong, Mat Clubbing, dan Mat Gian? Mesti pernahkan...? Ada bermacam-macam lagi gelaran buruk yang selalu diberikan kepada sesiapa pun tanpa kita sedari, yang dimulakan dengan perkataan MAT. Panggilan ni biasa untuk lelaki.

Kalau yang perempuan pulak, Minah Rempit, Minah Tonggeng, Minah Ronggeng, Minah Gayut dan macam-macam lagi gelaran yang juga dimulakan dengan MINAH.

Tapi sedar atau tidak, Nabi s.a.w kita bernama Muhammad? Ibu baginda pula bernama Siti Aminah? Kita mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya yang mula-mula menimbulkan perkataan yang sepatutnya boleh dianggap menghina agama kita. Tetapi disebabkan benda ni dah berlaku sejak dahulu, kita seolah-0lah terlupa akan hal ni..

Oleh itu, jika kita melihat penganut agama lain berkata sesuatu yang menyebabkan agama Islam kita tercabar, kita perlu sedar dahulu, siapa yang mulakan. Kalau kita mahu mereka menghentikannya, kita yang patut mulakan dahulu..

  • Muhammad=Mamat, Mad, Mat
  • Aminah=Ina, Mina, Minah.

"Salam Maulidur Rasul 2009, Mac"


p/s: Kalau ada yang kata, ia hanya nama, terpulang. Kalau ada yang kata, janganlah samakan nama tersebut dengan Nabi dan ibu baginda, terpulanglah.. Aku hanya tulis apa yang terlintas sahaja...





Layan....

Gambar Sekitar Bantahan PPSMI

































Gambar sekita bantahan PPSMI pada 07 hb Mac, 2009. Semoga menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

p/s: Aku amik gambar ni kat pelbagai blog. Aku tak ingat. Ada yang diambil dari blog Faizal Tehrani. Minta maaf kalau aku amik gambar ni tanpa memberi kredit.





Layan.....