Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 30 November 2009

Berjaya!

Aku berjaya mendapatkan sebuah rumah yang selesa di Bukit Tinggi Kelang! Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu.. Aku jadi orang Kelang.. Huhuhu..

Aku malas nak update buat masa ni. Tengoklah nanti. Mungkin sedikit review tentang filem terbaru.

Rabu, 25 November 2009

Berpindah ke Klang..

Yup, aku sedang mencari rumah atau bilik untuk di sewa sekitar Giant Bukit Tinggi atau di sekitar Taman Bayu Tinggi. Ini kerana aku telah ditawarkan tempat kerja baru di RHB Islamic, Klang berkuatkuasa pada 1 Disember 2009.

Kepada sesiapa yang tahu pasal rumah atau bilik sewa, sila contact aku di kayrolldin@yahoo.com dengan kadar segera sebab tinggal hanya beberapa hari sahaja untuk melapor diri di Klang. Aku TERSANGAT TERDESAK ni!

Kalau boleh bilik sewa bawah RM200 dan rumah sewa bawah RM400. Please blogger, I need your help!

Sabtu, 21 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 5)

Esoknya, kecoh di asrama suatu berita gempar. Abang Hussin mengamuk kerana marahkan kawan-kawannya yang sengaja mencari pasal dengan beliau. Beliau mengamuk sambil mencari-cari siapa punya punya angkara yang menyebabkan beliau tidur di luar bilik asrama sampai pagi. Amukannya berpanjangan sehingga waktu rehat tengahari. Tiada seorang pun yang berani mengaku. Untuk tidak menghampakan beliau, aku pun menceritakan perkara sebenar.

Tetapi amukan abang Hussin bertambah. Dia anggap aku sengaja mahu mempermainkannya. Aku terkejut dan bertanya, salahkah apa yang aku cakap? Dia cakap, “Abang Fendi balik kampung sepanjang hari minggu ni dan hari ni adalah hari yang dia akan sampai ke asrama! Macam mana kau boleh cakap semalam Abang Fendi teman kau pergi terkucil?” Aku semakin seram bila dengar perkara tu. Tapi kalau jiwa penyiasat memang sudah ada dalam jiwa aku, ia takkan aku biarkan berlalu begitu sahaja. Aku pun pergi ke bilik warden dan cek bulu log masuk pelajar.

Memang sah dan terbukti! Abang Fendi memang belum sampai dari kampung lagi. Dan lebih gerun lagi menyeramkan, locker Abang Fendi berkunci. Aku cari satu asrama tapi memang dia tak kelihatan langsung.

Untuk menambah keseraman cerita aku ni, aku telah ternampak Abang Fendi masuk ke perkarangan asrama pada jam 2 petang bersama-sama keluarga beliau! - - > Pengsan 3 jam.. Demam 3 hari…

Aku pasrah… tamat. Tiada sambungan.

Khamis, 19 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 4)

Tandas berada di tingkat bawah tetapi di bahagian belakang asrama. Asrama aku pulak berada di tingkat 2. Sebelum sampai ke tandas, aku perlu melalui sederat kelas pelajar tingkatan 1. Kebiasaannya, kelas berkunci. Jadi aku perlu berjalan jauh untuk ke tandas. No shortcuts for us.

Tetapi, nak di jadikan cerita, ketika kami turun ke tingkat bawah, didapati, semua kelas tidak berkunci. Aku bersyukur sebab ia memudahkan kerja aku dan Abang Fendi untuk ke tandas. Tanpa perlu berjalan jauh, aku merentas kelas dengan berkaki ayam sambil terkinja-kinja keriangan. Abang Fendi memegang tangan aku di sepanjang perjalanan ke tandas. Takut aku lari agaknya.

Sesampai di tandas, Abang Fendi menukar fikiran. Dia menyuruh aku berpatah balik ke arah asrama dan menuju ke tempat mengambil wudhu’. Pada fikiran aku, dia menyuruh aku berwudhu’ dahulu sebelum membuang. Tetapi telahan aku meleset. Apabila tiba sahaja di tempat mengambil wudhu’ tersebut, aku di suruh mengosongkan kantung air terjunku di tempat itu! So weird! Tapi melihatkan mukanya yang serius, aku ikutkan sahaja. Itulah kali pertama dan terkhir aku melepaskan air terjun di tempat wudhu’!

Setelah selesai, tiba pula giliran beliau. Sambil tersenyum sinis, beliau pun melepas juga di situ. Kendian, kami naik semula ke asrama. Aku masih boleh nampak yang Abang Hussin masih lena diulit mimpi di luar bilik asrama. Aku ketawa dalam hati.

Abang Fendi menyuruh aku terus masuk ke bilik dan jangan keluar-keluar selagi belum subuh. Aku cakap ok. Ketika aku baru nak ucapkan ribuan terima kasih, kelibat Abang Febdi sudah tiada…


Aku pasrah.. bersambung..

Rabu, 18 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 3)

Abang Fendi bertanya lagi, “nak abang teman ke tak nak? Cepatlah bangun dari katil tu!” "Sabarlah bongok, kau tak nampak ke aku baru nak terbangkan punggung ni?", getus hati kecilku. Aku pun bangun terus ikut dia ke muka pintu bilik asrama. Ketika aku sedang tercari-cari selipar Mickey Mouse ku yang berwarna merah jambu, sekali lagi aku dikejutkan dengan arahan dari Abang Fendi, “jangan pakai selipar tu, nanti budak-budak lain bangun pastu bising pulak”. Aku akur dengan tidak memakai selipar.

Akhirnya setelah pelbagai rintangan yang aku alami hanya kerana mahu melepaskan Air Terjun Viagra, eh silap, Air terjun Niagra dari empangannya, berjaya juga aku keluar dari pintu asrama tu. Ketika melangkah longlai sambil terkepit-kepit, aku ternampak sekujur tubuh yang sedang berbaring di beranda asrama tingkat dua. Tubuh itu menampakkan dirinya seolah-olah sedang tidur walaupun memang ia sedang tidur. Aku amati dengan teliti. Dengan berbekalkan cahaya bulan yang seram, aku dapat lihat, Abang Hussin sedang tidur dengan nyenyaknya sambil memeluk selimut dan beralaskan tilam beserta jam meja di sebelah kanan beliau!

Macam mana beliau boleh tidur dengan nyenyak di beranda asrama? Kenapa? Kenapa? Aku Tanya Abang Fendi, kenapa Abang Hussin tidur kat beranda. Abang Fendi cakap, dia yang buat macam tu. Dia yang angkat abang Hussin tidur di luar. Tapi kenapa abang Fendi? Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan, Abang Fendi sekadar mahu bergurau dengan Abang Hussin. Lagipun Abang Hussin memang suka menyakat orang dan tak salah kita sakat dia balik. Tak gitu Syak?

Tapi aku masih lagi musykil, macam mana dengan tilam-tilam sekali Abang Fendi boleh angkut bawak keluar? Diam jela! Banyak betul pertanyaan ko eh..?

Aku pasrah… bersambung…

Selasa, 17 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 2)

Aku cuba untuk pergi ke tandas dengan sendirinya walaupun aku tahu risikonya. Tiba-tiba, aku terasa seperti ada orang yang mencuit bahuku yang berotot dan pejal. Aku menoleh dengan segala adrenalin tertumpu di urat leherku. La, Abang Fendi rupanya. “Berapa banyak abang da dalam cerita aku ni…?” Kata Aie seraya mahu mengkondem cerita seram aku. Yela, takkan jumpa Kak Siti atau Kak Wani dalam asrama lelaki? Karang lagi pelik!

Balik pada cerita. La, Abang Fendi rupanya. Terkezut beruk tapir aku dibuatnya. Mana tidaknya. Tiba-tiba sahaja tepuk bahu aku. “Kamu nak ke tandas ya?” Tanya Abang Fendi dalam loghat Sabahnya yang di buat-dibuat dan entah dari mana datangnya. Kononnnya seksi. Eh, tahu-tahu je beruk ni. Eh silap, tahu-tahu je bro ni yang aku dalam hazab sengsara.

“Eh taklah, saya nak ke bulan”, balasku dalam nada sinis dan bergurau manja. Tak nampak ke muka aku yang kekebasan ni? “Jom abang temankan kamu pergi”, pelawa abang Fendi dengan ramah. Aku ok je, no hal walaupun sedikit pelik tentang tujuan murni abang Fendi itu.

Yang tak bestnya tu, tiba-tiba je gendang cina mati berhenti bergendang tetapi diganti pulak dengan suasana Air Terjun Niagra yang mahu terhempas. Ni yang tak best ni. Penat-penat je feeling tadi. Tapi salah aku juga sebab melepaskan angin sepoi-sepoi bahasa bahasa cepat sangat. Ini terbukti perut aku memang penuh dengan angin je dari tadi.

Tapi walaupun tidak jadi keluar, ia tetap mahu diganti dengan sesuatu, Air Terjun Niagra, bukan Viagra.

Aku pasrah.. bersambung..

Isnin, 16 November 2009

Cerita seram atau aku yang keseraman? (Siri 1)

Cerita ni terjadi ketika aku tinggal di sebuah asrama yang terletak di Ipoh. Menjadi amalan aku setiap malam sebelum tidur adalah menghadirkan diriku yang hensem ke tandas untuk melepaskan segala sengsara yang akan aku tanggung jika tak dilepaskan sebelum tidur .

Tapi suatu malam tu, puas aku paksa. Puas aku teran. Puas aku merayu dengan ayat-ayat cinta supaya ia melepaskan dirinya dari belenggu tapi ia tetap tidak mahu. Mungkin ia tanda protes dan saja nak cari pasal malam karang.

Tepat telahan aku. Pada malam itu, pada jam 1 pagi, perutku telah memulakan rentak balada dan jazz yang mendayu-dayu. Aku buat derk je. Kemudian pasukan orchestra pula memainkan peranan. Aku buat derk lagi. Kendian lagi, pasukan pancaragam pulak buat persembahan. Aku tahan lagi.. Tiba-tiba, pasukan gendang cina mati pulak amik peranan. Waktu tu muka dah naik kebas. Aku tak boleh tahan lagi!

Aku tengok kiri dan kanan. Ha, ada pun Abang Salleh sedang lena tidur sambil pasukan koirnya menyanyikan lagu katak oh katak. Macam bunyi lembu pun ada. Tapi apa aku kisah janji ada peneman ke “bank” di tingkat bawah.

Aku pun kejut beliau dengan rakus sambil jari jemariku meramas-ramas apa yang boleh diramas supaya beliau boleh bangun dengan girang. Tapi apakan daya, kudrat lelakiku tidak mampu untuk megejutkan Abang Salleh yang memang terkenal dengan tidur separa mampusnya. Mungkin kudrat perempuan kot yang mampu. Hanya Abang Salleh yang tahu.

Aku pasrah. Bersambung..

Peluang Perniagaan!



Hanya USD$1 sahaja untuk permulaan! Jemput rakan-rakan lain juga dapat komisen!

Jumaat, 13 November 2009

Berdialog dengan polis..

Ketika aku dan kawan aku, Syak mandi di sebuah sungai di Gombak, aku ternampak suatu benda yang terapung di depan kami. Syak pulak dengan berani mengusik-usik benda yang begitu berani terapung-apung di hadapan kami. Setelah diamati dengan teliti, maka sahlah benda yang terapung itu adalah mayat seorang lelaki yakni yang sudah mati dan terapung dengan balance-nya tanpa bantuan. Cuma sedikit kembung!

Aku pun terkejut. Jika aku sudah terkejut, apatah lagi si Syak itu yang telah mengusik mayat tersebut. Maka melatahlah beliau dengan rancaknya beserta zikir mencarut yang begitu lancar tanpa merujuk kamus atau buku panduan mencarut.

Dalam kelam-kabut dan kebingitan latahan Syak tu, aku terus menghubungi polis. Dengan jayanya aku berjaya call pihak polis (perempuan).

Polis: Helo, selamat petang. Balai Polis Seri Gombak. Mesra Cepat dan Betul adalah moto kami. Ada apa-apa yang boleh dibantu Encik Khairul?

Aku: (macam tau-tau je nama aku Khairul) Er.., saya nak buat laporan tentang penemuan sebujur mayat di sungai berhampiran Batu Caves ni.

Polis: Mayat macam mana tu eh?

Aku: Nak bagi detail ke? Saya tak berani nak belek pulak mayat tu. Macam mana saya nak buat? Boleh tak hantar pegawai ke sini? Dekat je tempat ni. Sebelah Giant dan Stesen Petronas.

Polis: Encik Khairul Kacak, boleh tak esok sahaja kami hantar pegawai ke sana sebab tinggal saya seorang sahaja Pegawai Polis yang ada sekarang.

Aku: Mana yang lain? Takkan awak nak main-main kes berat macam ni. Saya jumpa mayat orang, bukan mayat tapir, atau lembu. Tapi kalau mayat artis Hollywood seperti Eva Longoria, saya boleh handle sendiri. Huhuhu..

Polis: En khairul ni nakal lah... Suka saya.. Heheheh... Hmmm. Maaf. Memang tinggal saya seorang sahaja. Pegawai lain pergi siasat perkara lain.

Aku: Awak jangan buat lawak Cik Polis... Takkan saya nak biarkan sahaja mayat ni?

Polis: Bila masa pulak saya suruh biarkan. Saya nak Encik Khairul tunggu sampai kami tiba dengan pegawai esok.

Aku: Eh, kena tunggu? Habis tu kawan saya yang tengah melatah ni saya nak buat apa?

Polis: Biarkan dia dengan dunia dia..

Aku: Ok. Takpela. Saya tunggu. Tapi nak balik kejap tukar baju.

Polis: Ok Encik Khairul. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?

Aku: (Tak membantu pun) Terima kasih je la..

Polis: Sama-sama, terima kasih kerana menguhubungi kami. Mesra, Cepta dan Betul, tak gitew Encik Khairul?

POP!! Gedebuk. Mak kau!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku terjaga dari lamunan... Lor mimpi rupanya... Patutla macam tak logik je... Gila mimpi jumpa mayat macam tu! Tapi aku tak tipu memang macam tu aku mimpi semalam. Cuma ada sedikit penambahan ketika berdialog dengan polis tu. Nak bagi best drama aku.

Apa tanda kita mimpi jumpa mayat dan polis eh? Dapat duit tak hari ni? Huhuhuhu... Mungkin rezeki kot...

p/s: Terima kasih pihak polis... Ini hanyalah pengalaman mimpi saya... Tapi polis memang cekap berbanding zaman dulu. Kawan aku hilang kereta dah dekat setahun tapi polis dapat gak jejak kereta tu cuma no plat dah berubah.





Layan........

Rabu, 11 November 2009

Polis nafi amal 'tembak untuk bunuh'


KUALA LUMPUR - Polis semalam menegaskan bahawa mereka tidak melakukan amalan 'tembak untuk bunuh'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, dalam semua kes, penjenayah ditembak setelah polis ditembak terlebih dulu.

"Bila pegawai polis tembak, mereka bukan menembak untuk membunuh, tetapi mereka menembak untuk menghalang ancaman membunuh.

"Jelas sekali adalah menjadi hak polis bertindak mempertahankan diri dan melindungi nyawa orang-orang yang berada di kawasan kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas kejadian lima perompak dibunuh di Klang Ahad lalu sehingga menimbulkan tuduhan oleh pihak tertentu yang polis telah menggunakan kekuatan sewenang-wenangnya mengakibatkan kematian lima lelaki itu.

"Dalam kes ini, berlaku kejadian mengejar kereta yang laju di mana perompak cuba memaksa kenderaan polis yang mengejar terkeluar dari jalan raya sambil melepaskan tembakan rambang terhadap mereka.

"Polis tidak ada pilihan kecuali terpaksa membalas tembakan," kata beliau. - Bernama

KOSMO! Online.

p's: Aku memang dah perasan perkara ni semenjak pengganas Indon mengganas. Bila dapat kesan je pengganas Indon ni, mesti dah mati. Pelik gak apsal asyik mati je. Hahaha..

Selasa, 10 November 2009

Video best!

Dengarkan lagu ini...

Alhamdulillah oleh Idola Cilik (Artis kanak-kanak dari Indonesia).


Gaji oh gaji!

Sudah 4 bulan aku kerja di sini, tapi masalah gaji tak pernah selesai. Selalu pending.. Kerja teruk-teruk tapi gaji selalu problem. Apa kata anda?

Isnin, 9 November 2009

Joystick = kayu ria?

Kosmo! Online

p/s: Bukan pasal berita ni yang aku nak kongsi, tapi penggunaan ayatnya yang sedikit pelik. Aku salah atau Kosmo yang betul.?

Warga AS cipta kapal selam persendirian


NEW YORK - Penggunaan kapal selam kini tidak lagi terbatas kepada pihak tentera atau firma perkapalan berikutan kejayaan seorang warga Amerika Syarikat (AS), Alfred McLaren mencipta kapal selam khusus untuk kegunaan orang persendirian, lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal selam dua penumpang sepanjang 6.7 meter yang diberi nama Super Aviator itu memiliki reka bentuk tirus seperti sebuah pesawat pejuang dan boleh menyelam pada kedalaman lebih 300 meter serta mampu mencapai kelajuan maksimum 6 knot.

Pergerakan Super Aviator dikawal menerusi kayu ria pada kokpit seperti yang terdapat pada permainan video sekali gus memudahkan orang awam mengendalikannya.

"Kapal selam ini merevolusi pengembaraan dan eksplorasi bawah air. Pergerakannya pula jauh lebih tangkas dan fleksibel berbanding kapal selam biasa," kata McLaren,.

"Ia boleh digunakan untuk pelbagai fungsi sama ada untuk penyelidikan atau untuk menyaksikan keindahan flora dan fauna lautan," tambahnya.

Setakat ini, ramai jutawan termasuk bilionair Roman Abramovich dan pengasas penerbangan Virgin Airlines, Richard Branson berminat untuk mendapatkan kapal selam itu yang dijual pada harga amat berpatutan iaitu £1.5 juta (RM8.4 juta). - Agensi

Sabtu, 7 November 2009

Gaduh Besar!

Hari ni aku buat overtime sebab ISO akan datang office Isnin ini. Aku terpaksa cari balik semua fail yang aku dah simpan dalam bilik kebal sebab ada fail yang aku tak rekod kandungannya. Suwey! Aku baru tahu aku kena rekod benda-benda tu semua termasuk tarikh surat kelulusan! Selama ni senior-senior di sini tak bagi tahu langsung! So, aku buat kerja tak ikhlas pada hari Sabtu sebab aku dah berjanji dengan orang lain, tapi last-last kena pergi office.

Khamis lepas, dalam dok buat kerja, aku bergaduh besar pulak dengan salah sorang kakak senior kat sini. Kesnya mudah. Aku hanya jawab balik apa yang dia tanya kat aku dan lepas tu dia marah aku sebab aku menjawab... (what the hell of statement!). Aku pun naik sheikh la sebab ko dah tanya aku, lepas tu aku jawab. Ko cakap pulak aku menjawab! WTF! Aku ada hak nak menjawab untuk pertahankan diri aku.

Hasil pergaduhan: aku bermasam muka sampai hari ni. Hahahah... Tapi nasiblah ko sebab aku dah minta maaf, ko yang buat bodoh dengan aku. Budak senior ni memang suka membanding-bandingkan pekerja baru dan lama. Tahap kesabaran aku ada hadnya. Ok tu je perkara yang nak aku umpatkan. Sehingga berjumpa a.k.a mengumpat lagi...! (ayat pengacara Kelab Disniey Malaysia)

Layan....

Jumaat, 6 November 2009

Perodua MPV terbaru?

Minta rakan-rakan blogger sahkan.




.

klik gambar untuk besarkan image.

White House Berhantu?

NEW YORK - Jenna Bush Hager yang merupakan anak perempuan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush mendakwa terdapat suasana menyeramkan semasa dia tinggal di White House, Washington, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia memberitahu program perbualan yang dikendalikan oleh Jay Leno bahawa suasana menakutkan itu berlaku dekat pendiangan di dalam bilik tidurnya di White House.

[baca selanjutnya]

Isnin, 2 November 2009

Nama Malaysia sudah wujud sebelum merdeka lagi?

Aku baru terbaca fakta ni dari sebuah blog. Bukan blog tersebut yang bagi fakta ni tapi tukang komen. Kepada sesiapa yang tahu fakta sebenar, boleh kongsi? Aku hanya dapat gambar sebuah kulit buku lama yang menceritakan tentang nama Malaysia. Tapi aku tak pasti kesahihan buku tu. Ada sesiapa yang pernah terbaca?


(klik gambar untuk besarkan)
Layan...

USTAZ ASRI DITAHAN

Penahanan Ustaz Asri , bekas Mufti Perlis adalah:

  1. Bermotifkan politik?
  2. Bukti JAIS tidak profesional?
  3. Ustaz Asri penyebar dakyah Wahabi?
  4. Bukti kerajaan zalim ke atas pendakwah Islam?
  5. Bukti JAIS buat kerja?
  6. Dakyah Pakatan Rakyat negeri Selangor?

Anda tentukan..


Layan...

Ahad, 1 November 2009

Entri Khas: Satu Sekolah untuk Semua

Aku menyokong penuh hasrat dan usaha mereka yang mahu menjadikan sekolah pelbagai aliran di Malaysia ketika ni sebagai satu aliran sahaja tanpa ada kompromi. Oleh itu, aku mengajak kepada rakan-rakan blogger yang lain, sila turunkan tandatangan anda di website ini, Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) tanda sokongan anda! Terima kasih.

p/s: kepada yang tak setuju, komen dengan berhemah. Peace, 1Malaysia!


Layan....