Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 11 November 2011

Polis siasat Anwar kerana buat laporan 'video seks'


PKR hari ini mendakwa BN dan Umno menggunakan jentera kerajaan untuk membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dalam satu lagi cubaan untuk menganiaya bekas timbalan perdana menteri itu.

Dakwaan itu timbul ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Ahli parlimen Subang PKR, R Sivarasa berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.

Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi.

Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.

Rabu, 1 Jun 2011

Gambar Aneh (HARAJUKU)

Ni fesyen Harajuku yang femes kat Jepun dan beberapa buah negara kat Asia. Tak tahulah "tang" mana yang nampak cantik kalau guna fesyen ni.. hehehe

















Layan...

Ahad, 22 Mei 2011

Al Fatihah untuk pelajar-pelajar tahfiz At-Taqwa..

Sedih bila mendengar berita mengenai tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 16 orang pelajar tahfiz At-Taqwa.. Hilanglah sedikit demi sedikit pewaris Al-Quran dari muka bumi ini.. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. Mungkin inilah petanda yang Allah dan Nabi Muhammad janjikan untuk umat manusia di akhir zaman ini..

Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

berita sila klik link ini

Layan...

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru


"SELAMAT HARI GURU

kepada Semua Guru di seluruh dunia yang tak

jemu-jemu mendidik dan membimbing kami selama ini sehingga kami dapat berdiri dengan sendirinya"


ISNIN, 16 MEI 2011



p/s: Apa aku tulis nih? Selamat Hari Guru...




Layan....

Isnin, 9 Mei 2011

Review Filem-Filem Seram (setakat Mei 2011)

- Senjakala -



Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.

Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Apakah yang berlaku seterusnya?


Komen aku: Aku pun tak tahu apa yang hendak disampaikan oleh pengarah filem ni kepada penonton. Banyak sangat cacatnya. Terkejut jugak aku Ahmad Idham boleh buat filem teruk camni! Filem ni agak merepek jalan ceritanya. Walaupun ia adalah filem seram dan harus dianggap tahyul tetapi pengarah tidak seharusnya mengabaikan kelogikan jalan ceritanya. Sebagai contoh, eh jap-jap. Contoh tu banyak sangat. Korang tengoklah sendiri. Malas nak terangkan.


Korang ada saka tak? Huhuhu


- Penunggu Istana -



Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.


Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Komen aku: Sesuatu yang baru dan belum lagi filem Malaysia buat camni. Kalau nak ikutkan, filem ni memang seram walaupun kita tak nampak apa yang kita seramkan tu. Perasaan berdebar-debar sepanjang menonton filem ni tak pernah berhenti. Kita nak tahu apa yang jadi seterusnya. Tetapi yang menjadi masalah dia adalah, semua itu hanya lakonan tidak seperti yang Uncle Seekers uar-uarkan dalam blog beliau. Mula-mula kita nampak seperti real tetapi bila nak habis filem ni, semakin ketara ketidak logikan dan nampak sangat lakonan. Ada pulak kru filem ternampakkan kepala (bayang-bayang kot) kat kamera. Pastu, dah tahu kawan hilang, pergilah keluar mintak bantuan bukan meraung-raung dalam tu. Betul tak?


So, janganlah menipu penonton dengan mengatakan rakaman sebenar. Siap guna nama polis lagi tu. Kalau cakap perkara sebenar pun penonton masih akan jenguk jika memang filem itu berkualiti. Tapi memang sungguh mendebarkan. Takda pun nampak hantu tapi feeling-feeling nampak hantu tu yang buat takut. Hahaha. Watak Amar tidak mati ye seperti dalam filem ni sebab aku baru je add Faceboook dia dan chat dengan dia. Muahahaha!





- Momok Jangan Panggil Aku -



Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku. Apakah yang cuba disampaikan oleh filem ni?

Komen aku: 3-4 cerita hantu digabungkan dalam sebuah filem memang menjadi tren sejak kebelakangan ni. Bagi aku cerita ni agak best sebab cara hantu-hantu tu keluar mengejutkan penonton agak memeranjatkan. Ada jugak penonton (perempuan opkos) menjerit histeria - tipu je - apabila hantu muncul. Takda hantu pun dia jerit gak. nampak gedik. Muahahah. Kostum dan make-up memang bagus. Jalan cerita je yang aku rasa agak pelik. Kejap pelakon ni nampak penakut kejap nampak berani sangat. Tapi lebih kepada santai seolah-olah hantu ni dah biasa jumpa.


Uncle Seekers pun ada gak berlakon dalam filem ni dan lakonan beliau aku rasa memang menaikkan mood penonton berbanding lakonan M. Jamil yang nampak poyo. Baru aku tahu polong dan penanggal tu sama jenis... (ngarut) Lawak-lawak yang diselitkan memang menjadi. Tahniah.


- Seru -



Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.

Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak..... (proses pemujaan)


Komen aku: Sungguh kreatif. Tahniah kepada kedua-dua pengarah filem ni kerana berjaya membuatkan aku keluar wayang tanpa mencarut-carut tak paham jalan cerita. Mula-mula memang dah seram. Ingatkan cerita hantu dah terus mula. Rupa-rupanya itu hanya lakonan sebab cerita sebenar adalah membabitkan kru filem itu sendiri. Nora Danish memang hot mama. Hahahah keluar tajuk pulak.


Kita bukan disajikan dengan hantu tetapi manusia yang dirasuk hantu (syaitan). Betul-betul boleh membuatkan orang yang lemah semangat terkincit atau terberry dengan lancar.. Lakonan Nisha Dirr (betul ke eja) memang superb sebab pandai buat mimik muka kena rasuk. Tetapi... tetap ada tetapinya... Hahahaha kamera sepatutnya fokus kepada belakang pelakon (seolah-olah dari mata penonton - apa aku cakap ni?) sebab sepanjang filem ni, kamera menggunakan teknik apa ntah nama dia dan yang aku paham, dorang pegang kamera ni. Jadi, visual nampak hidup dan tidak statik. Apa yang jadi dalam filem ni, kamera seolah-olah mendahului pelakon apabila time berjalan, berlari dan macam-macam lagi. Ada ke kalau korang dalam keadaan cemas dan takut, pastu kena pulak ambik gambar orang (kru filem), korang ambik dalam keadaan berundur atau menyenget? Mesti amik dari belakang orang tu sebab korang pun nak tahu apa yang berlaku kat depan orang tu kan? Tengah berundur nak ambik gambar orang, kang tak pasal-pasal korang pulak yang kena bunuh. Tu ikut logik la..


Pelakon semua mati (kot la). Apa jadi dengan video tu? Harap-harap ada sambungan atau sekuel.






- Dilarang Masuk -




Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh, kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.

Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia, rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ? Sama-sama la kita nantikan cerita ini di pawagam..





Komen aku: Aku tak paham sangat cerita ni. Yang aku tahu bukan cerita hantu. Tetapi kisah pembunuhan kejam. Yang seram adalah bagaimana perasaan kita untuk selamatkan diri apabila dikejar pembunh yang kita tak nampak. Memang mendebarkan. Yang last, aku memang tak paham sebab pelakon + pelakon pembantu macam Mr. Bean perangai. Cakap ntah pape pastu berlagak seolah-olah tengah bersajak atau berpuisi.


Lebih kepada pemerdagangan manusia kot. Tapi memang tak paham. Aku pun tak tahu apa yang aku takutkan sangat. Hahahaha. ada jugak yang tak logik. Beselah filem. Tapi korang kena ingat apabila filem ni jenis yang serius, kelogikan (betul ke bahasa den ni?) perlu diambil berat. Kalau filem Naurto, Cicak Man atau fiksyen aku maafkan. Ok?



p/s: Aku taknak bagi bintang. Malas nak ambik kalkulator.








Layan.......

Pulanglah, ayahmu merinduimu..

Kepada rakan-rakan, sila hebahkan kisah ini kepada yang lain..

Sila lawat blog ini.




Layan...

Jumaat, 6 Mei 2011

Tarikh Hari Ibu 2011 Seluruh Dunia

Dicedok dari web, TOPOTATO.com


Ye aku sedar post ini masih terlalu awal untuk diterbitkan haha tapi rasanya bagus jugak kalau korang tahu tarikh hari ibu ni awal-awal. Boleh la nanti nak kumpul duit untuk dijadikan hadiah hari ibu ke. Kepada yang tidak tahu, tarikh hari ibu adalah tidak tetap pada setiap tahun dan ia juga berbeza bagi beberapa negara. Dalam post ini aku ingin kongsikan tarikh sambutan hari ibu di seluruh dunia untuk tahun 2011. Semoga dapat manfaat bersama

8 Mei 2011 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei)

bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

24 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei)

bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011

bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2011

bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2011 di Indonesia
Kalau dikira dan dicongak ada tak sampai sebulan untuk sambut hari ibu. Kalau sesiapa yang ada niat nak beri ibu mereka hadiah boleh la start ikat perut dan menabung dari sekarang .










Layan.....

Khamis, 5 Mei 2011

Peraduan Untuk Anda (1) - update!




Update: Tarikh 'contest' dilanjutkan dan hadiah dinaikkan kepada TOP UP RM30!!


Salam sahabat blogger sekalian..

Untuk pertama kali, blog ini telah mengadakan peraduan menulis cerita lawak. Syarat-syarat:

- Terbuka kepada semua, tak kira ada blog atau tidak.
- Blogger baru amat-amat dialukan.
- Cerita lawak yang ditulis perlulah mudah untuk difahami lawaknya, kalau boleh ringkas sahaja.
- Cerita lawak perlulah pengalaman sendiri. (kalau korang tipu pun mana aku tau kan? hehehe)
- Gaya penulisan adalah bebas tetapi lawak seperti pak pandir atau mat jenin tidak akan dilayan.
- Keputusan adalah berdasarkan pilihan ADMIN dan top 3 adalah berdasarkan undian rakan-rakan ADMIN. (hahahaha - muktamad))
- Tarikh tutup adalah 16.05.2011 (ISNIN - 11.59 p.m)
- Keputusan akan diumumkan pada RABU, 18.05.2011, jam 1.00 p.m.
- Semua penyertaan perlulah di emailkan ke, kayrolldin@yahoo.com dengan tajuk email "Peraduan Untuk Anda (1) - Tajuk Cerita Anda".
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan di bahagian komen entri ini.
- Cerita yang ditaip di ruangan komen akan dijadikan hiasan sahaja. Muahahaha!!
- Hadiah? Untuk permulaan ini, top up bernilai RM30 (untuk semua telco) ditawarkan. (hadiah tidaklah mewah sangat sebab penaja sorang sahaja untuk permulaan ni. Sebab itu jugalah peraduan ini tersangatlah senang!)
- Pemenang adalah seorang sahaja. Tiada tempat kedua dan ketiga serta seterusnya. Hahaha.
- Pemenang akan di hubungi kemudian.
- Setuju? Cepat!!!!!!!!






p/s: Peraduan Untuk Anda (2) akan menyusul... tunggu..... Jangan nak komplen pasal hadiah ye... bersyukur dengan apa yang ada... hahahah.

p/s; Hebah-hebahkanlah...


Layan......

Khamis, 28 April 2011

'1Melayu reaksi pemerkasaan kuasa Cina'

Di 'copy and paste' kan dari laman web:




Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berpendapat cadangan pergerakan 1Melayu 1Bumiputera adalah reaksi semulajadi oleh orang Melayu terhadap pemerkasaan kuasa politik Cina.

“Bagi orang Melayu sendiri corak pengundian kaum Cina dan dasar DAP yang dilihat anti segala-galanya yang membabitkan kepentingan bumiputera dan agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bahawa sudah wujud gelombang mahu memperkasakan kuasa kaum Cina dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi,” tulisnya di blognya.

Khir memberikan contoh bagaimana orang Melayu dan bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan khususnya pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu sebagai sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik Cina melalui DAP.

Dakwanya tindakan itu bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keitimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

“Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1 Melayu 1 Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini?” katanya.

Khir berkata apabila orang Melayu membicarakan soal hak pribumi maka ia dianggap sebagai perkauman, tetapi apabila kaum Cina bercakap soal sekolah Cina, bahasa Cina dan ekonomi - kaum Cina tidak dianggap perkauman.

Bahasa Melayu

“Mengapa apabila ditubuhkan PERKASA maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?

“Apakah bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia?

“Kononnya, nama bahasa Melayu bersifat perkauman dan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan serasi untuk belajar dan bercakap. Mungkin suatu hari nanti apa sahaja ikon kebangsaan yang ada nama Melayu mahu dihapuskan atas alasan tidak mencerminkan konsep 1 Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Khir sama ada slogan 1 Melayu 1 Bumiputera yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan itu berbentuk perkauman adalah bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.

“Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia.

1Malaysia

“Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain,” katanya.

Menurut beliau lagi, ramai juga yang tertanya-tanya apakah kumpulan-kumpulan NGO yang sering menggunakan konsep 1 Malaysia untuk mendesak penghakisan hak-hak bumiputera bukan merupakan satu tindakan perkauman?

"Mengapa orang Melayu sering dianggap perkauman bila bercakap soal penyatuan Melayu sedangkan kaum lain boleh sahaja bercakap soal penyatuan mereka tanpa bantahan orang Melayu?" akhirinya.



p/s: Apa komen anda?



Layan..

Khamis, 3 Februari 2011

update: Pergolakan Di Mesir!

Informasi diperolehi mengenai seorang pelajar disana dari YUTAKA kredit SARANGPLATIPUS

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know.

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita .

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia,

sila hubungi

Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch (Unavailable)

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

Nadia

So what can you do now?

  • Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.

  • Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  • Share this on Facebook.

Untuk mendapat maklumat lanjut tnt keadaan di Egypt, ibubapa dan pelajar boleh juga menghubungi Wisma Putra di Malaysia 03-88892746 atau 03-88874570. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi nombor berikut: +20237610013 atau +20237610164 Ext 116. GMN akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk .menyelaras gerakan di Mansoura dan Alexandria menggunakan staf GMN.KREDIT TO GMN.

Sama-samalah berdoa semoga situasi disana pulih dan semoga rakyat Malaysia terselamat hendaknya.

http://www.teratakarmo.com/2011/02/pergolakan-di-mesir-maklumat-diperolehi.html

Sabtu, 15 Januari 2011

Filem Kembali! (Melayu)

Haq The Movie :-


Filem Haq menceritakan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Sambungan..

Komen:
Terlau boring. Jalan cerita yang tiada arah tujuan. Lebih kepada aksi yang tak jadi. Kenapa mesti pertaruhkan pelakon yang hebat-hebat kalau jalan cerita tidak hebat? Seolah-olah filem eksperimen. Seperti ada yang tidak kena pada filem ni. Adi Putra tidak perlu tayang badan untuk promosi filem sebab kalau cerita bagus, pakai plastik tutup muka pun orang akan tengok. Aksi yang menggunakan CGI percubaan yang bagus tetapi pelakon agak malas dan kaku. Pelakon tambahan pun tangkap muat. Pelakon yang lebih senior lagi menghampakan aku. Hish! Macam tengok Dragon Ball jer.. Ada kawan bisk kat telinga aku, HAQtuihhh!!! Jangan marah, 2 bintang sahaja.

Ngangkung:-


‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Sambungan..

Komen:

Jalan cerita agak perlahan. Watak Tasnim agak over. Lakonan Sam pun nampak macam bodoh-bodoh. Beliau boleh buat lagi bagus dari tu. Lawak selamba memang menjadi tapi jalan cerita yang agak perlahan. Adegan seram agak menjadi. Cerita ni memang santai+lawak. Sesuai untuk semua. Banyak cakap pun tak guna sebab penonton macam aku akan cepat bosan. Aku bagi 3.5 bintang... .

p/s: Aku berdua je dengan kawan aku tengok filem ni. First time masuk panggung filem tak play lagi. Hahaha. Terpaksa panggil pekerja minta play filem. Ala beselah, dorang ingat takda orang nak tengok.

p/s: Tahniah. Kutipan cecah 8.4 juta. Malaysian Bokk of Records!


Aku Masih Dara:-


Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Sambungan..

Komen:

Mesej yang cuba hendak disampaikan memang bagus tapi cara cerita yang diolah agak kurang menjadi. Watak-watak dilihat tidak begitu serius dalam tugas menyampaiakan dakwah atau peranan masing-masing. Cuma seorang dua sahaja yang boleh dipuji. Ada adegan yang betul-betul tidak logik dan amat meloyakan penonton. Seolah-olah maksiat tu harus dibanggakan. Ada juga adegan buruk yang sengaja diulang-ulang konon tujuan hendak mendidik masyarakat tapi hal sebenar hanya mahu mengkormesialkan maksiat. Jalan cerita yang perlahan dan membosankan. Tapi ada juga adegan yang harus dipuji. Bukan semua buruk. Klimaks filem banyak sangat. Ingat dah habis tapi ada sambungan lagi...3 Bintang!


Hantu Kak Limah Balik Rumah:-


Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Sambungan..

Komen:

Lawak seram yang dibuat memang menjadi. Tetapi macam bisalah, kita tak boleh aspek semua benda perlu gempak. Jalan cerita? Rasa-rasa lebih kepada komedi dan seram. Ada mesej yang nak disampaikan tetapi sudah terlambat. Hehehe.. Dah last-last baru tau tujuannya.. Props pun banyak salah gak.. Tapi takpa, cerita lawak memang camtu... 3.5 bintang!


Khurafat:-


Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan.

Sambungan..

Komen:

Sebuah lagi filem seram yang pada aku patut dibuat dengan serius untuk mendidik masyarakat. Bukan seram sahaja yang patut menjadi keutamaan pengarah. Kalau kesan khas dan seram, memang SUPERB! Tapi aku tak tahu cerita atau mesej apa yang nak disampaikan oleh pengarah sebenanya. Walaupun cerita seram ni seolah-olah tengok filem KL Menjerit, Bohisa etc, masih ada juga pengajaran yang boleh diambil. Khurafat membawa kepada Khufur@murtad seorang Islam. Ada sedikit kelainan yang cuba dibawa. Harap-harap lepas ni usaha lagi. Pelakon: mimik muka yang tak jadi macam syamsul yusuf. Muka orang takut tak macam muka tu. Tu muka macam kena asma. Belajar lagi buat mimik muka (ceh macam gempak je aku). Last, walau apa juga alasan, jalan cerita perlulah LOGIK. 3.5 bintang!



"Segala komen di atas adalah komen peribadi aku sahaja. Aku bukanlah dari kalangan penggiat filem. Tapi aku adalah seorang pencinta filem melayu. Kalau tak setuju itu adalah hak korang. Aku hanya sampaikan apa yang aku lihat.. Sekian Terima Kasih.."



Layan.....

Khamis, 13 Januari 2011

Tokek digilai pemburu haram



KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.

Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.

Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.

Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.

Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.

Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.

Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.





p/s: Ada sorang budak Setiawan, Perak dapat RM2.5 juta sebab jual natang ni. Betul ker?




Layan...

Selasa, 11 Januari 2011

Hukum Memukul Muka

Di copy and paste dari blog CINA ISLAM.

6 Safar 1432H
Ust. Salman Maskuri

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ )
. رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )


" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

baca selanjutnya di CINA ISLAM




Layan...

Jumaat, 7 Januari 2011

Haramnya Makan Dengan Tangan Kiri

(Di Copy and paste dari blog Cina Islam)
02 Safar 1432H.
Oleh : Nur Ihsan.


Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ


“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764)


RUJUK ARTIKEL PENUH DI SINI
Layan...

Rabu, 5 Januari 2011

Hilang?

Yup. lama sudah aku tidak berblog ni. Bukang hilang, bukan lari. Tapi ketagih Facebook. Hehehehe.. Tunggulah entri terbaru selepas ini..




Layan........