Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Ahad, 23 November 2008

Bukan Melayu Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia?

Petikan dari Akbar Utusan Melayu, Ahad - 23 November, 2008

Obama Sedarkan Orang Melayu


Ramai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44. Mereka membuat pelbagai andaian dan menyatakan badai perubahan melanda bukan sahaja di AS bahkan di seluruh dunia. Dan kemungkinan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia juga tidak lagi merupakan sesuatu yang mustahil. Tetapi tidak pula mereka mahu katakan bahawa orang Melayu juga boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini semestinya satu perubahan yang menarik, kalau berlaku boleh mencerminkan kematangan pemikiran pengundi dan orang Cina dan bukan Melayu lain di negeri itu. Tetapi kenapa bukan Melayu tidak mahu menganggap perubahan seperti ini sebagai perubahan yang pelik dan tidak mustahil boleh berlaku seperti mana kemenangan Obama?

Soalan yang sama telah juga diajukan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang tidak menyangkal kemungkinan negaranya mempunyai Perdana Menteri keturunan Melayu. Bagaimanapun, beliau merasa sangsi ia akan berlaku, kerana menurut beliau, pemilihan orang Melayu sebagai Perdana Menteri tertakluk kepada pemilihan daripada pengundi-pengundi di Singapura yang rata-rata bukan Melayu.

Beliau juga memberitahu bahawa walaupun Obama menang dalam pilihan raya Presiden AS yang lalu, namun pengundi bukan keturunan Afrika tidak sepakat menyokongnya; Obama mendapat sokongan padu daripada pengundi keturunan Afrika atau berkulit hitam dan lebih kurang 46 peratus daripada kaum lain. Tetapi, apa yang Hsien Loong tidak mahu katakan ialah: Apakah Singapura tidak boleh melantik Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri? Ia tidak tertakluk kepada pemilihan pengundi, tetapi dipilih oleh parti yang menang dan bagaimana pula kalau seorang wanita Cina jadi Perdana Menteri di Singapura? Adakah ini satu pembaharuan yang pelik dan baik di Singapura? Bolehkah pembaharuan seperti ini berlaku?

Sedangkan kita sering mendengar bahawa wanita Melayu dan Islam tertekan, mereka tidak boleh bersaing dengan kaum lelaki. Tetapi hakikatnya di Malaysia dan beberapa negara Islam, ada wanita menjadi menteri; ini berbanding dengan negara bukan Islam termasuk Singapura sendiri yang kurang mempunyai wanita sebagai pemimpin utama dalam Kabinet. Tidakkah ini membuktikan bahawa agama Islam itu tidak menghalang kaum Hawa daripada maju - dari segi pemikiran dan pendidikan dan bukan 'maju' dari segi keruntuhan akhlak dan moral?

Dan kenapakah apabila orang bukan Melayu di Malaysia dan sejumlah kecil orang Melayu yang kononnya liberal bercakap tentang perubahan ini, mereka hanya mahu dan sanggup bercakap tentang penghakisan kuasa Melayu sahaja sebagai satu "perubahan" yang penting dan baik untuk negara? Mereka anggap pembaharuan itu berlaku apabila Parlimen dikuasai bukan Melayu dan negeri-negeri jatuh ke pembangkang. AS tidak ada pembangkang, walaupun ada parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Mereka adalah parti politik yang bersaing dan bukan membangkang. Mereka bertarung hanya ketika ada pilihan raya dan bukan selepas itu. Itulah sebabnya setiap calon Presiden yang kalah, akan berundur dan biar yang menang mentadbir negara.

Di Malaysia, parti politik bertindak lebih ganas dan keras apabila kalah. Mereka tidak tahu berlagak sebagai orang yang kalah. Malah, mereka juga tidak tahu bertindak dan berlagak kalau mereka menang.

Ramai yang berkata tidak mustahil Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu. Ini amat melucukan sama sekali. Ia satu igauan yang hanya boleh dialami kalau seseorang itu tidak sedar dengan alam sekeliling dan menolak hakikat dan faktor penting yang mencorak dan membentuk sesebuah negara, khususnya seperti Malaysia.

Tetapi apakah kenyataan menyokong impian ini? Tentu sekali tidak ada. Alasannya sama seperti yang diberi oleh Hsien Loong tentang kenapa Singapura juga belum tahu bila kemungkinan seperti ini berlaku di negara mereka.

Dan kalau kaum sedikit atau minoriti mentadbir negara, maka sebuah sistem apartheid akan berlaku seperti di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu, atau semasa Inggeris dan Jepun berkuasa. Mereka mengguna kuasa kuku besi dan tidak demokratik. Akhirnya mereka tumpas dan Melayu menguasai negara.

Mustahil

Tentu sekali amat sukar dan hampir mustahil Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu. Malah untuk bukan Melayu menjadi Timbalan Perdana Menteri juga mustahil kerana Malaysia sebenarnya adalah sebuah kesultanan dan Perdana Menteri semestinya orang Melayu.

Lagipun, siapa kalangan bukan Melayu yang kita ada sekarang yang ada keupayaan mentadbir sebuah negara Islam seperti Malaysia? Dalam suasana apabila ramai bukan Melayu belajar di sekolah jenis kebangsaan di peringkat rendah, masakan ada sesiapa kalangan mereka itu yang mahir dalam hal-hal tentang Islam dan Melayu untuk membolehkan mereka menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri di Malaysia tidak dapat disamakan dengan Perdana Menteri atau Presiden di negara lain yang tidak ada peranan untuk menjaga hak kaum dan agamanya. Itulah sebabnya Obama layak dan boleh dipilih oleh pengundi di negaranya untuk menjadi Presiden, sebab beliau tidak ada peranan selain mentadbir negara.

Perdana Menteri Malaysia ada peranan-peranan khas dan beliau adalah juga simbol penting untuk orang Melayu di Malaysia dan agama Islam. Peranan seperti ini tidak dilakukan oleh Perdana Menteri di negara-negara jiran. Oleh sebab itu, orang Cina boleh dipilih menjadi Perdana Menteri di Thailand dan Presiden di Filipina sebab isi bangsa.

Ada banyak faktor lain yang berlaku dalam perhitungan yang tidak memberi kemungkinan seperti ini dari berlaku. Ia akan tetap terperap dalam alam dongengan. Tetapi, malangnya, perubahan yang memberi kebaikan dan keseronokan kepada Melayu tidak disentuh.

Ia seperti kemungkinan perubahan yang akan berlaku di Malaysia apabila Melayu memperoleh kuasa ekonomi sehingga 80 peratus dan tidak hanya 30 peratus sahaja.

Ya, tidak mustahil Melayu menguasai 80 peratus ekuiti di negara sendiri. Ia boleh dilakukan kalau Melayu jadi marah dan menggunakan kemarahan ini dengan baik serta mengukuhkan kedudukan ekonomi dengan bergabung tenaga dan saling bantu-membantu, sama dengan budaya dan semangat yang dipupuk oleh orang Cina, yang selama ini telah menyebabkan ekonomi mereka maju.

Orang Melayu sudah mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Tetapi yang kita tidak ada ialah semangat untuk bersatu. Kita perlu menolong perusahaan sendiri. Kita kena buka kedai-kedai menjual barang-barang yang kita perlukan, supaya kita boleh galak pertumbuhan ekonomi secara makro. Melayu mesti mempunyai pusat bandar atau bandar sendiri di mana semua jenis perniagaan dijalankan oleh Melayu, supaya orang Melayu berdikari dan tidak perlu berurusan dengan orang lain.

Kenapa mesti kita sokong perusahaan orang lain yang apabila ekonomi mereka meningkat, mereka sudah pandai menuntut yang bukan-bukan? Bandar-bandar di mana Melayu memonopoli seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Shah Alam dan lain-lain harus dikembangkan. Ia harus dijadikan contoh bandar Melayu yang baik.

Ini boleh berlaku, sebab Melayu sekarang rata-rata telah mendapat semangat yang baru dari kemenangan Obama baru-baru ini. Dan kalau Obama dapat memberi semangat kepada orang Melayu, ia adalah untuk Melayu berdikari. Dan ramai Melayu mula sedar apakah masalah dan kelemahan mereka sehingga kini. Mereka telah terlena dengan mimpi sendiri sehinggakan kuasa mereka hampir lupus di hadapan mata.

Ramai Melayu kini mendapat perangsang daripada kemenangan Obama dan mereka tahu bagaimana mahu menggunakan kuasa pengundi mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Oleh sebab itu saya yakin dalam pilihan raya umum nanti, negeri-negeri di bawah pentadbiran sementara parti pembangkang akan dapat dirampas balik.

Kemungkinan besar, kuasa politik Melayu akan melonjak ke hadapan dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang kini ' digadaikan' kepada bukan Melayu akan dirampas balik. Melayu telah disedarkan dengan kemenangan Obama. Tidak mustahil Melayu akan memiliki kuasa ekonomi sehingga 80 peratus dan bukan sahaja memperoleh 30 peratus seperti yang diidam-idamkan oleh pemimpin Melayu dan ini akan dilakukan tanpa meminta balik kuasa ini daripada orang lain, tetapi dengan mengguna kuasa akal dan kebijaksanaan. Melayu akan bangkit di negara sendiri dan perubahan besar boleh berlaku kalau orang Melayu mendapat kesedaran baru ini dan tahu untuk menggunakannya sebaik mungkin.

Tidak mustahil Melayu yang merupakan 65 peratus dari jumlah penduduk di Malaysia sekurang-kurangnya memiliki ekuiti sebanyak 65 peratus juga. Ada beberapa cara yang Melayu boleh digunakan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi mereka. Salah satu darinya ialah untuk meluaskan asas ekonomi mikro. Orang Melayu mesti digalakkan untuk membuka kedai runcit dan yang menjual barang-barang yang mereka perlukan, tanpa mendapatkannya daripada pihak lain.

Nampaknya kaum Cina lebih mendekati sunnah Nabi dengan bergiat dalam bidang perdagangan, walhal, kaum Melayu lebih suka menjadi pekerja di pejabat kerajaan dan makan gaji, dan akhirnya Melayulah yang menjadi pembeli barang-barang daripada syarikat Cina. Oleh sebab itu kaum Cina akan terus memajukan perdagangan mereka dalam semua bidang sementara kaum Melayu masih menghambakan diri untuk terus menyokong menjayakan perusahaan Cina. Inilah silapnya, Melayu yang merupakan jumlah penduduk terbesar di Malaysia telah dijadikan penyokong syarikat dan perusahaan kaum Cina dan lalai serta gagal untuk memajukan syarikat sendiri.

Jadi tidak ada guna bagi kerajaan dan agensi Melayu lain untuk terus menggalakkan orang Melayu mendapat pendidikan tinggi di universiti dalam dan luar negara, sebab akhirnya mereka akan jadi 'pekerja' untuk perdagangan kaum Cina. Apa yang harus dilakukan oleh kerajaan dan agensi Melayu ialah menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan serta digalakkan membuka kedai runcit dan kedai-kedai lain yang menjual barang-barang yang mereka perlukan.

Usahawan

Kita mesti membuka pekan baru yang dikuasai oleh perniagaan dan usahawan Melayu, supaya kita tidak bergantung dari perusahaan kaum lain. Kenapa kuasa ekonomi diserahkan begitu sahaja untuk memajukan kaum lain, yang akhirnya sanggup mencemuh orang Melayu dan menganggap mereka malas dan tidak ada kuasa untuk bersaing? Sudah tiba masanya semua kawasan perumahan Melayu mempunyai kedai yang dijalankan oleh Melayu sendiri. Inilah sahaja caranya yang dapat kita guna untuk memajukan orang Melayu dan tidak perlu melaungkan slogan kosong.

Apa yang diperlukan ialah orang Melayu yang berkebolehan sahaja dilantik sebagai pemimpin supaya mereka yang hanya pandai menjaga temolok sendiri disingkir. Kemenangan Obama minggu lalu, juga baik untuk orang Melayu mendapat kesedaran baru. Dan perubahan yang ramai orang katakan itu, tidak semestinya yang merugikan orang Melayu, tetapi yang menguntungkan kita semua.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu telah membuka mata ramai orang Melayu, yang sehingga kini telah terlena dengan keselesaan yang mereka dapat rasakan. Dan keputusan ini telah memberi banyak pelajaran kepada kita. Jadi, tidak ada guna untuk pemimpin dan orang Melayu melaung-laungkan slogan kosong tentang ketuanan Melayu, padahal mereka tidak memberi saranan dan cadangan yang membina untuk memajukan orang Melayu, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh Nusantara.

Yang harus kita diterima ialah perpecahan Melayu menguntungkan bukan Melayu apabila pengundi Melayu dibahagi tiga, kepada UMNO, Pas dan PKR. Sekiranya perpecahan itu kepada dua pihak, kedudukan Melayu dalam Parlimen kukuh seperti apa yang telah berlaku sebelum pilihan raya umum lalu. Tetapi apabila berpecah kepada tiga bahagian, maka Melayu yang mengalami keazaban teramat teruk. Kemenangan Obama di AS hanya boleh berlaku apabila kaum kulit hitam atau Afrika bersatu dan seramai 90 peratus daripada mereka mengundi untuk Obama. Sementara kaum kulit putih memberi sumbangan tambahan untuk menguntungkan Obama.

Isnin, 17 November 2008

Yes, But and So!!!

Yes, final exam untuk semester ni dah habis! Alhamdulillah aku dapat jawab dengan jayanya… lepas ni boleh la tidur dengan lelap. Lepas ni jugak, aku akan berangkat pulang ke Putrajaya (Intelligence City, huhuh hahaha).

Insyaallah, untuk selama 2 minggu aku tak akan update apa-apa entry kerana kat rumah aku ditiadakan PC dan sambungan internet berbayar dari Maxis C***i… Kepada rakan-rakan ku di IIC, tahniah sebab dapat mengahabiskan menjawab soalan anda hingga ke saat-saat terakhir soalan. Takde yang pengsan, takde yang guling-guling dalam dewan, takde yang menangis dalam dewan (kat luar aku tak tahu) dan takde yang membelasah lecturer sebab bagi soalan kimex! sampai tak boleh jawab… TAHNIAH sekali lagi! Muahahaha!!

But, aku rasa sedih sebab ada kawan-kawan aku yang akan berangkat meninggalkan kolej tercinta kerana dah grad… aku pulak kena stay lama sikit sebab masih sayangkan kolej ni… huhuhuh.. aku tak sanggup nak tinggalkan kolej ni walau macam mana sekali pun! (ayat cover neh!). kepada kawan-kawan ku, semoga berjaya di luar sana dan yang sambung belajar, GOOD LUCK! Harap-harap kita jumpa lagi di paper yang sama! Muahahahah!!!!

So, hidup mesti diteruskan.. belajar tetap belajar… makan, tidur, berak dan sebagainya tetep di jadualkan… wasaalam….

Layan…..

Ahad, 16 November 2008

Singapore oh Singapore

Media Singapura Tidak Adil

Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD

Harian Metro, Ahad 16 November


JOHOR BAHRU: Kata bijak pandai, jenayah berlaku kerana dua sebab - niat untuk melakukannya dan kesempatan terhidang akibat sikap tidak berwaspada mangsa. Ia tercetus di mana-mana, tanpa mengira status sesebuah negara.

Bagaimanapun, di samping kedudukan geografi yang menjadi antara pintu masuk utama ke negara ini dan kebanjiran pekerja dari dalam serta luar negara kerana lambakan peluang pekerjaan sama ada di Johor dan Singapura, cabaran polis Johor bukan mudah.

Buktinya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, berlaku dua kes berprofil tinggi membabitkan pengedaran cakera video digital (DVD) dengan aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy.

Tidak hairan Johor dianggap negeri panas dari segi kadar jenayah di kalangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) selain Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, untuk melabel Johor negeri tidak selamat adalah satu tuduhan keterlaluan kerana setiap hujah yang bernas perlu disokong dengan fakta dan perangkaan.

Justeru, tidak adil apabila media khususnya Singapura, mendakwa Johor negeri tidak selamat dikunjungi apabila sesekali rakyat republik itu menjadi mangsa apabila bertandang ke negeri itu.

Buktinya, berdasarkan perangkaan IPK Johor, jika dibandingkan dengan jumlah kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini, iaitu antara 830,000 dan 850,000 orang sebulan, cuma 1.4 peratus menjadi mangsa kes jenayah.

Malah, selain polis Johor, rakyat Singapura sendiri mengaku mereka gemar berbelanja dan bersiar-siar di negeri itu, malah ada yang membeli hartanah serta menetap di Johor biarpun bekerja di negara mereka sendiri. Puncanya, kerana kos lebih murah,

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata hasil risikan mendapati penjenayah tidak akan membuat kaji selidik ke atas seseorang itu sebelum melakukan jenayah terutama ragut atau samun kerana ia bukan jenayah terancang.

“Kes yang berlaku ke atas warga Singapura turut berlaku kepada rakyat negara ini. Saya yakin tidak ada penjenayah yang mensasarkan warga negara jiran, sebaliknya disebabkan peluang yang diberikan mangsa.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah kes jenayah kekerasan membabitkan warga Singapura adalah 26 berbanding 47 tahun lalu iaitu menurun 21 kes. Rakyat Singapura yang menjadi mangsa samun dalam tempoh sama adalah 24 kes berbanding 43 kes tahun lalu, penurunan 19 kes atau 44.18 peratus.

“Kes jenayah harta benda membabitkan kecurian motosikal atau kereta milik warga Singapura, hanya 14 kes tahun ini berbanding 15 kes tahun lalu. Jadi, jika dibandingkan purata kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini sebulan, hanya 1.4 peratus saja menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Malah, jika dilihat sebaliknya, rakyat Singapura sebenarnya turut menyumbang kepada kes jenayah di Johor. Tidak dapat dinafikan segelintir rakyat mereka menjadi dalang atau pembiaya yang menyumbang dana bagi kegiatan pengedaran dadah, judi haram sama ada ekor, bola sepak atau kuda, pelacuran serta sindiket penyeludupan bayi di negeri ini.

Cuma kita terlalu berlembut dan dalam hal ini, peranan media memainkan peranan cukup penting. Jika media negara jiran bebas melaporkan kes terpencil yang menimpa pelancong mereka di negara ini, laporan media kita pula agak terbatas.

Misalnya, dalam sidang media polis, mereka hanya mahu wakil media tempatan melaporkan suspek ditahan dari negara jiran, walaupun diketahui ia membabitkan warga Singapura. Tujuannya, tidak mahu menjejaskan nama baik negara itu.

Malah, tidak dapat disangkal banyak kenderaan bernombor pendaftaran dari Singapura memecut ibarat pelesit di lebuh raya kita terutama pada hujung minggu.

Jumaat, 14 November 2008

Apa Yang Nak Dihairankan....??!!!

Aku ada ramai kawan non-Malay (not non-muslim). Aku takde masalah kawan ngan dorang. Aku pun bukan jenis yang memilih sangat kalau berkawan. Bagi aku yang penting, aku hormat bangsa kau, kau hormat bangsa aku, MELAYU. Paham?


Kes 1

Suatu hari, aku terjumpa kawan lama aku masa kat sekolah rendah, seorang berbangsa Cina. Aku masih cam muka dia sebab tengok dalam Friendster. Kitorang jumpa kat KL. Aku bawak kawan masa tu. Dia pun bawak kawan. Kitorang jumpa pun kebetulan je.

Macam-macam yang kitorang borak. Kawan dia senyap je. Mencelah sikit-sikit. Dekat 10 minit borak, masing-masing minta diri nak blah. Kalo nak borak panjang, kena tetapkantarikh dulu. So, bye my friend.

Dalam perjalanan balik, kawan aku cakap dia terkejut dan pelik bila dengar kawan Cina aku cakap Melayu dengan fasih. Kitorang pulak borak dalam bahasa Melayu. Berbeza dengan kawan yang sorang lagi tu yang tak habis-habis cakap Inggeris. Dia bangga ada Cina yang cakap Melayu dengan fasih.

Aku senyap je..

Kes 2

Bos bapak aku bangsa Cina. Memang pure Chinese. Tapi kalau dia cakap ngan orang selain Cina, memang cakap Melayu. Fasih betul kalau bercakap. Macam orang Melayu. Bagi aku lagi fasih dari sesetengah orang Melayu itu sendiri.

Aku, bapak aku dan sorang kawan bapak aku pergi office Uncle ni. Bapak aku saja nak bawak kawan dia jumpa uncle ni. Aku da selalu jumpa dah. Bila kitorang borak-borak, kawan bapak aku terkejut gila Barbie dengar uncle ni cakap Melayu. Aku buat-buat biasa je. Aku memang dah biasa dengar.

Tengah-tengah borak, ada orang call uncle ni. Dia pun borak jap dalam telefon. Aku paham apa yang dia cakap. Lepas 5 minit, dia matikan call. Sambung balik borak ngan kitorang. Bapak aku tanya, anak call ke? Dia jawab, ye. Anak dia merayu-rayu nak balik Malaysia. Padahal baru jer balik bulan lepas. Dia tak bagi sebab UK jauh nanti makan duit lagi. Kawan bapak aku ni lagi terkezut. Dia borak ngan anak dia cakap MELAYU! Aku pulak buat-buat biasa je..

Aku senyap je..

Motif Kes

Apa yang nak di herankan sangat kalau bangsa lain boleh cakap Melayu ha? Ni kan memang tanah Melayu, tanah orang Malaysia. Memang patut pun dorang cakap Melayu. Lagi pun kita dah 51 tahun merdeka. Takkan la tak reti-reti cakap Melayu. Ko bukan duduk kat Beijing. Betul tak? Kita pun patut bagi sokongan kat dorang ni yang cuba nak cakap dalam bahasa kebangsaan ni. Bukan tengok pelik bila dorang cakap melayu. Bukannya gi perli dorang bile cakap Melayu. Bukannya gi ajuk balik apa yang dorang cakap. Contoh ayat, tak boleh ma… lu wat apa tu r…? gua sakit tikak (tekak) la.. ada mutut (betul) ka ini balang (barang) ?

Mesti korang pernah guna ayat-ayat di atas. Betul tak? Pastu kalo jumpa dorang, mesti nak tunjuk skill speaking tu. Susah sangat ke nak cakap dalam bahasa? Kalau asyik cakap dalam BI, bila lah dorang nak belajar cakap dengan fasih bahasa Melayu ni. Pastu bila jumpa yang fasih, rasa pelik pulak…!!

Yang kita patut pelik adalah, ORANG MELAYU CAKAP MELAYU TAPI PELAT MAT SALEH!! or YANG LANGSUNG TAK RETI CAKAP MELAYU!!! Hampeh orang macam ni….!!! Buang Negara je!!

Layan…………..

Khamis, 13 November 2008

Hujan Batu Di Negeri Sendiri...

Petikan dari Utusan Malaysia Online – 13 November 2008

Pekerja zoo rakyat Malaysia maut dibaham harimau - 13/11/2008 6:10pm


SINGAPURA 13 Nov. – Seorang pekerja zoo mati dibaham tiga ekor harimau putih apabila terjatuh ke kawasan kurungan haiwan berkenaan di sini, hari ini.

Mangsa, Nordin Montong, 32, rakyat Malaysia yang berkerja sebagai pencuci di zoo berkenaan mati di tempat kejadian akibat cedera parah, menurut kenyataan Penolong Pengarah zoo tersebut, Biswajit Guha.

“Pekerja lain bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya mengawal dua ekor harimau itu tetapi seekor lagi terus menyerang Nordin,” katanya.

Jurucakap polis berkata, mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 tengah hari (12.30 tengah hari waktu Malaysia) dan menemui mangsa yang cedera di bahagian kepala dan leher.

Mangsa meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Seorang anggota paramedik yang dikenali sebagai Subhas memberitahu, mangsa mati akibat cedera parah di bahagian kepala dan leher. – Rueters

Let's Compare Israel And Palestine


click this image to view full image

for more details about Israel History, click here

Isnin, 10 November 2008

Nak jadi PM boleh…? Boleh belah!!

Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia (Isnin – 10 November 2008)

Singapura belum sedia pilih PM bukan Cina – Hsien Loong

SINGAPURA 9 Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.

Hsien Loong membuat kenyataan itu semalam semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di sini sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat.

“Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu kerana seseorang perlu memenangi undi,” kata Hsien Loong menurut laporan akhbar Sunday Times hari ini.

Beliau berkata, sentimen yang mendorong seseorang mengundi calon tertentu akan memakan masa yang lama untuk hapus sama sekali.

Kira-kira 75 peratus daripada 3.64 juta penduduk tetap Singapura ialah kaum Cina, sementara hampir 14 peratus merupakan kaum Melayu dan sembilan peratus lagi kaum India.

Jawatan Presiden Singapura yang tidak memiliki kuasa sebenar disandang oleh seorang yang berketurunan India.

Seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong juga daripada kaum India.


– AFP

p/s: saje nak kongsi ngan rakan-rakan….

Tengok? Tengok? Tengok? Kan mak dah cakap….. (iklan)

Layan……

Sabtu, 8 November 2008

oh, Exam Datang Lagi.... (nyanyi dengan gaya Dina Malaysian Idol)

Esok (Ahad), bermulalah final exam bagi semester yang ke - ** untuk aku. Final exam kali ni agak berlainan bagi aku. Walaupun dah banyak kali aku amik dua paper sekaligus dalam sati hari, tapi kali exam aku jatuh pada hari AHAD! (^&%&%&^). Apa boleh buat, dah nasib….

Aku harap, aku boleh jawab exam esok walaupun persediaan yang aku buat ala-ala kadar sahaja. Bukan takanak concentrate, tapi MALAS lebih menyayanigku… kui kui kui..

Dari pagi tadi aku bangun awal nak study tapi, macam-macam pulak benda yang aku kena setelkan. Basuh baju, kemas rumah, makan, main game, cek myspace, dan banyak lagi. Tup tup dah pukul 1.30 petang…

Pastu tengok berita tv3, tengok Bollywood, tengok tu, tengok ni. Tup tup da pukul 6.30… buku bukak baru je muka pertama… kui kui kui…

Apsallah aku ni malas + handsome ar? (perasan lagi). Tiba-tiba je ilham datang suruh update entry. Ish ish ish…

Pape pun, good luck to all my friends yang bakal dang sudah mengambil exam… doakan aku berjaya… harap-harap takda pape yang jadi esok…

P/S: time exam tak boleh mencarut suka-suka je. Tapi aku da tak boleh tahan….

Layan……

Rabu, 5 November 2008

I Love You Mummy, Daddy!!!

Assalamualaikum

Semalam aku terjumpa blog Madam Atie (counselor IIC) selepas terbaca blog Sir Munif (finance IIC kot). Sir Munif cakap kat dalam blog dia, Madam Atie tulis entry yang betul-betul menyentuh perasaan dia. Aku nak tau gak apa yang madam Atie tulis.

Tut. Tut. Tut.

Ada entry pasal arwah ibu madam. Pasal detik-detik terakhir arwah ibu madam sebelum menghadap ilahi. Aku pun tak sedar bile aku start menangis. Bukan manja-manja punya, tapi kaw kaw punya leleh..

Memang betul-betul terasa. Macam mana kalau benda yang sama jadi kat aku. Aku masih tak sanggup nak hadapi benda macam tu. aku masih tak dapat nak lepaskan ibu dan ayah aku. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni melawan takdir pulak.

Lepas baca je, aku terus call mak aku saja nak tanya khabar.

Aku: Assalamualaikum. Ma busy ke?

Ma: Waalaikumussalam. Takda la. Kenapa call?

Aku: nak tau Ma dah balik dari Kelantan ke?

Ma: dah start kerja pun. Pergi sekejap je Kelantan tu. malam semalam balik KL balik.

Aku: oh… ni, nak cakap ngan Ma, kalau tak cukup duit nak bayar MUET, takpa la. Tak kesah. Nanti ada lagi exam MUET bulan 10 tahun depan. Kalau tak dapat masuk UUM pun takpa. Tahun 2010 boleh je…

Ma: ha!!?? Kenapa pulak? Tiba-tiba je…

Aku: la… abah tak bagi tau pape ke? Abah cakap dia tak dapat nak cari duit lagi untuk MUET. Sebab tu kena tangguh dulu..

Ma: hmm… abah tak bagi tau pape pun… takpa la, nanti Ma usahakan gak dapat amik MUET bulan 5 tahun depan. Nanti Ma bincang lagi dengan abah.

Aku: ok. Takpa la. Tu je. Assalamualaikum

Ma: ok. Waalaikumussalam..

Lor, lain yang nak cakap, lain pulak yang keluar. Aku rasa ego dalam hati ni tinggi lagi. Aku macam tak terkeluar ayat, ADIK SAYANG MA… berkali-kali aku nak cakap macam tu. memang tadi aku dah nekad nak call tanya pasal keadaan dia. Sehat ke, baik ke, tapi yang keluar, PASAL MUET PULAK! Adeh!

Aku call bapak aku pulak.

Aku: Assalamualaikum. Abah katne?

Abah: Waalaikumussalam. Kat Kelang. Baru balik dari office Uncle Lai. On da way balik Putrajaya. Kenapa?

Aku: ar…. Errr… abah… aa….bahhh.. (cis tak keluar pulak) <------ segan!! Abah: Apa....??? Cepatlah cakap. Nak duit??

Aku: a’ah. Boleh masukkan sikit duit kat dalam bank? (dan-dan duit)

Abah: nanti petang abah sampai kat Anjung, abah masuk. Duit sewa rumah kemudian. Duit belanja je abah masukkan dulu.

Aku: ok.

Abah: tu. tut. Tut tooot……..

Lor, tiba-tiba keluar pulak pasal duit belanja. Walaupun syukur, tapi bukan benda tu yang aku nak cakap. Madam, saya masih takda kekuatan untuk BERTANYA KHABAR IBU DAN AYAH SAYA!! Ego aku masih tinggi!!! Tapi, itulah bapak aku. Kalau dia nak bagi duit, mesti di dahulukan duit belanja. Sewa rumah katanya no 2 selepas duit belanja harian. Makan lagi penting.

Aku pun hentak-hentak handphone kat mulut sebab penakut…

Layan…..