Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 16 Januari 2007

Sukan dan Rasuah

pernah tak kiter terpikir bahawa, kenape kiter selalu sgt kalah dlm ape-ape jenis sukan antarabangsa seperti olahraga dan bola sepak? ade pendapat yg mengatekan, atlit itu sendiri yg tak ade sikap profesional spt kalh sblum berjuang?

tp tau tak kite, banyak tanggungjawab yg perlu di pikul oleh atlit ni spt ade yg dah ader keluarge dan perlu bekerje.

atlit ni kalo menang dptlah duit. kalo yg kelas A, lg banyak dpt. tak perlu kerje pon. tp bg atlit kalah, dahlah duit tak dpt, kene kutuk plak lg dan diserang rakyat dgn kate-kate keji.
tak terpikir ker kite ngan masalah diorang ni?

yg masalah sebenarnyer adelah menteri-menteri (pengurus) yg menguruskan sukan- sukan ni. diorang ni tak ikhlas dlm memberi pertolongan kpd atlit ni supaya maju dlm sukan. tp yg diorang ikhlas adalah mengenai duit. RASUAH!!!!!

RASUAH adalah penyebab kpd kekalahan atlit. kenapa? kerajaan bagi duit berjuta-juta supaya bola sepak dpt pegi WORLD CUP tp mane pegi duit tu? tengok bola sepak, diorang lesu dan lemah sbb duit yg patut diorang dpt, hilang ke mana. diorang tahu pasal duit ni, tp takut nak bertindak sbb nanti akan diambil tindakan oleh FAM (kaye ngan duit org).

atlit ni nak rase gak duit tu sbb DUIT PEMBAKAR SEMANGAT! tp pak-pak menteri ni ckp, jgn bagi sume nanti naik lemak. sape yg naik lemak kat sini sbb tiap-tiap tahun asyik muker yg same jer menerajui pemerintahan. taknak lepas sbb tiap-tiap thn dpt gaji bute.

apelah sgt ngan latihan kat luar negara tu sampai RM3.5 juta pak menteri mintak. satu juta pon tak sampai. lainlah kalo bukak satu tempat latihan kat sane.


Pelikkan? tp ape-ape pon, kiter hanyer bleh memerhati. tp tak bleh bertindak pon..

Pihak Berkuasa Tempatan

suker bace surat khabar? surat khabar adelah bende yg kuar hari ini, tp expired esoknyer. kenape? paham-paham jelah..

antara kandungan yg terkandung dlm nyer selain berita adalah iklan dan aduan org ramai.

surat aduan ni besenyer berkaitan dgn masalah yg dialami penduduk sesuatu tempat yg ade kaitan dgn pihak berkuasa tempatan atau PBT.

anda tahu PBT itu sape?pak-pak menteri ler...
perasan tak, ape-ape shj aduan org ramai besenyer takde tindakan diambil? ini kerana, PBT ni tak dpt terima hakikat bahawa tempat diorang ni banyak masalah sebenarnyer.

lg stu, diorang ni suker jadi PBT sbb nanti dpt banyak duit. dgn duit, mulut perigi pon dpt tutup. tp ader satu perkara yg diorang tak dpt tutup.

Mulut karam singh walia. takut!! JUST kidding.

tak gune buat adun kat dlm surat khabar ni sbb press pon bkn berani sgt. yg bleh kite buat adelah hebahkan ajer kat dlm internet biar stu dunia tahu buruknyer perangai PBT ni.

ade yg baik, baiklah.... ade yg giler kuase, nak wat mcm mane...

diorang ni takut sgt tempat diorang ade masalah. biler dah kecoh baru nampak muke pak-pak menteri ni. kalo buat adun, diorang pkir takper sbb baru sorang due buat aduan.


Layan....

Hadis

Sekarang ni, terlau banyak ruangan untuk melaporkan aduan atau menulis pendapat dorang seperti dalam majalah, akhbar arus perdana atau secara online sahaja. Dalam banyak-banyak tu, perasan tak sekarang ni, ada kata-kata pujangga yang indah-indah dan tak terpikir kita macam mana diorang reka ayat-ayat tu. Dan macam mana dorang dapat ayat-ayat tu.

Contoh ayat, "Setiap Amalan di Mulakan Dengan Niat". Pernah dengar? Sebenarnya jangan tertipu dengan dorang ni sebab kebanyakkan ayat-ayat "pujangga" ni diorang ciplak terus dari al-quran atau hadis. Tapi dorang tak tulis pun dari mans dorang dapat ayat-ayat ni atau tak bagi langsung kredit.

Hanya tulis ayat pastu ditambah dengan "renung-renungkanlah..." Memanglah perlu direnungkan tapi cara nak ajar orang tu salah. Apa kata tulis dari mana dapat ayat tu baru boleh renung... Kalau buat sendiri takpalah..

Ingat, ayat Al-Quran dan Hadis bukan mainan. Memang tujuan kita nak ajar tapa salah cara macam tu. Memang banyak manusia yang gunakan ayat-ayat ni terutama dalam Kosmo. macam pesta pulak tengok. Sampai ada yang jadi SMS pilihan Kosmo! walaupun kata-kata tu sebenarnya ciplak.. Jadi, apa yang direnungkan lagi...?



Layan...

Bahasa Melayu

Cuba tengok orang Melayu sekarang? Apa yang beza? Banyak............

Actually, never mind, sorry, I dan banyak lagi perkataan Inggeris yang kita rojak buahkan dalam percakapan kita seharian. Memang tak pelik sebab dah kita dah guna lama. Yang peliknya, orang Melayu je yang suka guna perkataan ni sebab nampak gah, matang dan macho bagi lelaki. Perempuan pulak, nampak cantik, molek, moden dan bergaya. Yelah tu!!

Cuba tengok Buletin Utama di TV3 sekarang ni, kalau wartawan soal Pak Abu tentnag sesuatu perkara atau masalah, macam mana diorang balas?

Wartawan: Apa pendapat pak cik mengenai remaja yang suka lari dari rumah?

Pak Abu: (dengan angkuhnya) I think, that is masalah keluarge which we perlu avoid and, I think, that is masalah kurangnya education in agama.

Jadi, apa masalahnya dengan jawapan Pak Abu ni? Ada lagi satu contoh soalan apabila wartawan tanya pulak kat Siti Nur.

Wartwan: Apa pendapat adik tentang masalah sosial ni?

Siti Nur: I think, the kerajaan must take over lah. And, kita perlu cooperate dalam hal ni.

Takda masalah sebab tiap-tiap hari dengar kan? Yang masalahnya, tak boleh ke cakap English tu biar penuh satu ayat? Rase geli ke lidah kalau tak sebut ayat English ni? Diorang ni sebenarnya bukan tau sangat cakap tapi gatal mulut nak tunjuk moden kononnya pandai speaking.

I'm not hate English but I want people use it in proper language!

Biarlah salah cakap pun, tapi jangan berlagak dengan campurkan Bahasa Melayu dan Inggeris. Buruk sangat bunyinya. Macam kudis buta kat kaki. Bercampur aduk!Cuba pulak tengok wartawan temu ramah orang India. Dioramg ni perlu dipuji. Walaupun tergagap-gagap nak cakap, tapi cuba gak. Takda campur-campur.

Melayu, Melayu. Inggeris, Inggeris. Sedap dengar.

Menteri-menteri bangsa selain Melayu pun cuba untuk bercakap Melayu tapi kenapa orang Melayu sendiri malu? Tak percaya, tengok TV tiap-tiap hari. Dengar apa yangg diorang ni cakap kalau di temu ramah wartawan atau apa sahaja yang membabitkan parcakapan.

Siapa lagi yang nak selamatkan Bahasa Melayu kalau tidak Melayu itu sendiri?



Layan...

Adat - Tukar!

Pernah dengar Pepatah Melayu yang mengatakan "biar mati anak jangan mati adat"?. Sebenarnya, dalam konteks Islam, anak sepatutnya lebih penting dari adat dan adat tidaklah lebih penting dari Agama Islam. Paham ka?

Sebetulnya, pepatah "expired" ni perlu ditukar kepada "biar mati adat, jangan mati agama." Betul tak? Oleh kerana adatlah, banyak masalah sosial berlaku.

Orang dulu-dulu sebenarnya tak salah sebab buat pepatah macam ni sebab diorang tak terfikir yang perangai budak-budak zaman sekarang teruk, tak macam dulu-dulu.

Sebab adatlah, bila tengok orang lain buat maksiat, segan nak tegur. Kenapa? Sebab dah biasa tengok perbuatan tu zaman sekarang.. ADATLAH...

Sebab adatlah, bila "dating" je, mesti nak pegang tangan.. Kenapa? Malu kat orang lain sebab awek ada, cantik, tapi tak boleh pegang pulak..
ADATLAH..

Sebab adatlah, sampai sekarang takda orang nak tegur orang tua yang buat salah... Kenapa? Orang tua lebih dulu makan garam.
ADATLAH..
(pepatah ni pun nak kena tukar jugak)

Tapi, kita tak boleh salahkan adat sebab, manusialah yg membuatkan adat itu salah. ADATLAH...



Layan...

Isnin, 15 Januari 2007

Rempit Gila!

Tiap-tiap hari kita dengar tentang cara nak banteras perangai buruk anak muda merempit. Tapi satu pun tak berkesan sebab hati budak-budak rempit ni memang dah keras macam batu caves. Itu belum lagi dengan perangai muka tebal macam bontot kuali yg mereka hasilkan semasa merempitkan diri diorang. Tau tak, sebenarnyer ada satu cara yang 99% berkesan untuk melawan atau membanteras gejala ni tapi pihak polis tak nak gunakan sebab terlalu kasar kaedahnya bagi kulit rakyat Malaysia yang lembut ni!.

1) Setiap seorang perlu disebat 5 hingga 10 das bagi setiap kesalahan yang dorang buat. Hati pun dah keras, jadi kenalah dibalas dengan benda yang keras. Nasihat-nasihat ni dah tak boleh pakai lagi dah.. Buat penat je bagi tazkirah yang memang dah bagi dari dulu!

2) Dari tahan dorang dalam jel, baik sebat jer terus dorang masa kena tahan kat tepi jalan tu. Bukan susah pun nak upah penyebat orang ni. Gunakanlah warden penjara yang memang berpengalaman tu. Jimat masa dan wang ringgit kerajaan. Yela, dari tahan dorang masuk jel, pastu kena pulak bagi makan, baik polis gunakan duit tu untuk meningkatkan keperluan polis. Muka yang keras dan tebal boleh dikendurkan sebab malu kena sebat macam budak sekolah kat tepi jalan.

3) Yang menonton pulak, kalau terlibat sebat jugak. Tapi 50-50 la..

Amacam? Best tak cadangan aku?


Layan....