Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 4 Mac 2009

Junior Vs. Senior = Bangang!

Bernama

Hapus konsep senior-junior di sekolah - PIBGN

04/03/2009 4:30pm

KUALA LUMPUR 4 Mac. — Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) hari ini mencadangkan supaya konsep ’senior-junior’ di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah faktor penyumbang kepada kejadian ’gangsterism’ di sekolah.

Presidennya Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata selain itu konsep itu turut menyumbang kepada kejadian sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke sekolah.

Mohamad Ali mencadangkan perkara itu sebagai antara langkah bagi membanteras ’gangsterism’ di sekolah yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga membabitkan kematian dan menimbulkan kegelisahan ibu bapa.

Walaupun Kementerian Pelajaran memandang serius gejala berkenaan dan pernah dilapor mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang terlibat, hukuman seperti dibuang sekolah dan tindakan disiplin seolah-olah tidak memberi kesan dan pengajaran kepada mereka.

Terbaru di Kuantan, Pahang, seorang pelajar tingkatan tiga ditendang empat pelajar senior akibat enggan mengambil air minuman manakala di Kuching, Sarawak, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat disepak dan dipukul termasuk dengan menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah dalam sebuah bilik asrama. - Bernama


Komen:

Aku setuju 110% sebab benda ni yang buat budak-budak kita semakin kurang ajar! Pergi sekolah bukan nak belajar tapi nak berlagak kuat! Bagi aku budak-budak macam ni memang bodoh + bengap = Setan! Tak serik-serik pukul anak orang. Patutnya mak bapak dorang pun kena tindakan jugak. Pihak sekolah yang sorok kes ni, SITA je premis dorang!

Kepada yang tak setuju, aku cabar tunjukkan bukti, yang title senior dan junior kat sekolah sekarang mendatangkan manfaat dan melatih budak-budak tu jadi murid mithali!



Layan.........

6 ulasan:

syahNURazni berkata...

akak pun setuju dengan cadangan tu... time akak kat MRSM dulu... ada senior pukul junior sampai lunyai budak tu... kire jadik kes polis la... hurm memang xbagus sebenarnya... bila senior buli junior, junior akan buli super junior, dan menda tu terus-terusan berlaku... hurm sampai bila nak habis...

khairul anuar berkata...

sy dulu pun pernah dipukul kwn2 sbb tolong budak junior yg kena pukul. kdg sbb title ni la dorg boleh jd fanatik sgt! sy mmg anti buli mase kt asrama dulu. sapa yg sy rase x btul mmg kena. kdg2 ustaz pun aim sy blk. hehehe..

bende ni takkan berhenti sbb sy rase ia mcm bls dendam. dia xakan brenti selagi dendam x berbalas. x boleh bls kt senior, die tibai junior.

jgn igt asrama perempuan xde kes mcm ni...

bnyk saham org yg mula-mula reka buli ni...

Sakeena Zahidah berkata...

Aku rs x de pe jd pon klau stakat buang title "senior" "junior" tuh sbb mmg dh mentality bdak skolah camtu... bkan kat asrama je, kat skolah harian biase pon.. camne nk buang "rasa diri" tu "aku lagi lama kat skolah ni - aku lah senior" x bleh nye stakat nk buang title.. same2 la pkir mekanisme yg lbih berkesan...

khairul anuar berkata...

to keena:

maksud aku mmbuang title senior dan junior tu adlh dgn menghapuskan perbezaan pangkat yg ade kt sekolah skang. title ni bkn shj murid yg buat, ttp pihak skolah pun mcm setuju jer. takkan la kita ni tolol sgt nak buang "TITLE JE"!

bile ade pape perkare berbangkit, senior akan diutamakan oleh pihak skolah. sbb tu dorang rase besar sgt!

pastu kalo ade prob, senior akan slalu diberi peluang. dan pihak yg perlu dikorbankan, JUNIOR.

kalo skolah harian, aku tak kesah sgt sbb da mmg HARIAN. so dorg terdedah bende negatif setiap hari. tp aku tgk kalo kt asrama, kes buli atau pukul BIASANYA melibatkan junior dan senior.

Jarang buli dan gaduh mcm budak skolah harian. rebut kawasan, rebut awek, tunjuk gangster!

skang ni kt IIC pun da ade pangkat senior dan junior ni. kalo main futsal duk asing2. kalo ade aktiviti kolej, duk asing2. ape kes? sbb tu kita perlu rawat akar dulu sblm merebak ke daun.

p/s: perkataan aku pling benci time debat dulu, "MEKANISME". entahla, bunyik die buat telinga aku berdesing! hahahah... gurau je. tp serius, aku benci. hehehehe...

putera_asQalan berkata...

erm,..masalahnye..,

sebenrnya berlambak lagi kes or isu kes pukul-memukul ni kat skolah..
lg yg boarding skul..
sebb taknak jatuhkan reputasi..
sanggup rahsiakn hal2 ni dr media.
n taknak disoal siasat oleh krjaan.!!
lg2 skula berasrama penuh..
ape ade pd name..
harp je pndai dr akademik..
tp bab sahsiah teruk.!!

bila dah terbongkar, baru nk ngengada konon amek berat or dah byk tindakan dah amek..
tp kdg2 cekgu2 or ustaz2 pown join gak..huh!!

ceh

khairul anuar berkata...

to aie: pihak skola mmg bebal! nk jage reputasi sggup gadai keselamatan pelajar! sesape yg pernah duk asrama taula bende ni.

uts aku pernah tanye kwn aku yg kene pukul, nape x lawan blik? awkkan jantan!

bodoh btul soklan!