VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 17 Mac 2009

Kenapa????

Aku ada sedikit persoalan yang masih belum terjawab berkaitan dengan kes poltik wang pemimpin UMNO baru-baru ni.

1) Apa beza politik wang dengan rasuah? Kenapa kalau pemimpin pembangkang ada kes rasuah, istilah "rasuah" digunakan? Tetapi apabila ada kes dalam pihak kerajaan, istilah "politik wang" dan salah "guna kuasa" digunakan dengan meluas.

2) Kedua-dua kes yang melibatkan Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin adalah dari jenis kesalahan yang sama. Ejen mereka melobi (politik wang) perwakilan dengan rancak. Tetapi kenapa Ali Rustam dilarang bertanding, tetapi Khairy hanya diberi amaran?

3) Kenapa kes ni disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM seperti yang lain? Apa kuasa Lembaga Disiplin UMNO sehingga boleh menyiasat perkara ni dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah?

4) Kenapa Azalina Othman tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO? Adakah beliau terlibat dalam rasuah, tetapi bukan poltik wang?

5) Kenapa ada double standard dalam kes penyiasatan antara ahli kerajaan dan ahli pembangkang?

6) Adakah pesalah yang disabitkan kesalahan mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu lagi disiasat oleh SPRM?

7) Adakah adil bagi seseorsang tu yang terbukti bersalah melakukan politik wang dikenakan hukuman sedangkan orang lain yang melakukan kesalahan yang sama hanya diberi amaran? Padahal, tiada beza berat atau tidak kesalahan mereka, yang penting mereka telah terbukti melakukan kesalahan tu, bukannya masih dalam tuduhan!

8) Adakah ejen pelobi mereka memandai je melobi perwakilan untuk mendapatkan jawatan tanpa diarah oleh seseorang? Di mana ejen-ejen tu mendapat duit yang banyak untuk melobi perwakilan? Adakah mereka menjadi ejen secara sukarela dan tidak ada kena mengena dengan calon-calon? Bagaimana mereka boleh menjadi ejen-ejen kepada calon-calon ni jika mereka tiada kaitan dengan calon-calon ini?

9) Adakah adil, hanya ejen-ejen yang dikenakan tindakan sedangkan "bos" mereka tidak? Adilkah ejen-ejen ni hanya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM sedangkan terbukti mereka memberi rasuah?


Layan...



p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

6 ulasan:

-SZ- berkata...

bgus la ko ni kroll x yah aku tgk berita, bc blog ko je dh tau pe tgh jd kat mlaysia skrg... huhuhuu...

Tanpa Nama berkata...

saya nak bg komen...kira budak tak malu jugak ka....kita tak sependapat dalam isu PSSMI...tapi sy sependapat dengan saudara dalam isu ini...saya nampak ada kewajaran dalam cara saudara berfikir...saya bangga ada orang muda yang boleh berfikir seperti saudara....cuma yang perlu kita sama-sama ingat adalah sentiasa tidak membenarkan diri kita dikongkong oleh satu fahaman sahaja...biar kita sentiasa berfikiran terbuka....Boleh?

Dota Melayu berkata...

susah btol la.. politik wang ini.. baik aku main guli.. lagi bagus buat dose dgn wang..

p/s: ini juga metafora..

Unknown berkata...

to keena:

apela ko ni keena, jgnla puji aku mcm tu... hehehehe... aku suke!

k xyah blk mesia cr paper. senangkan??

Unknown berkata...

to tuan JASA:

terima kasih lawat blog sy.

sy masih berfikiran waras. sbb tu jika tuan baca entri2 sy, bukan semua sy tuju kepada satu pihak je... sy berfikiran terbuka dan tidak memihak mana2 pihak. sy cuma memberi gambaran antara kerajaan dan pembangkang sbb ada 2 pihak ini sahaja yg membentuk kerajaan malaysia.

jika yg mana2 sy tak puas hati, sy tulis dlm blog. sy tak tuju kt kerajaan shj.

bukti sy tidak memihak mana2, tuan boleh baca entri2 sy...

terima kasih..

Unknown berkata...

to syak: ape-ape aje..