Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 26 Januari 2015

New World Trade Center, Bangkok, Thailand. Seram tak?

New World Trade Center, Bangkok Thailand


Assalamualaikum

Saja nak berkongsi sebuah lokasi yang agak unik di Bangkok, Thailand. Tak pernah pergi pun tapi pernah terbaca artikel pasal Mall ni sebelum ni. Tadi sekali lagi ada terbaca di Harian Metro Online, terus teringat nak buat posting pasal Mall yang unik dan jadi tempat tumpuan pelancong ni.



Jelas nampak usang.



New World Trade Center (NWTC) adalah sebuah pusat beli belah terkenal di Bankok, Thailand (ada yang mengatakan antara pusat beli belah terbesar ketika itu) pada masa tu. Tahun dibina, 1982 (aku tak lahir lagi) tetapi ia ditutup sepenuhnya pada tahun 1997 akibat kemelesetan ekonomi dan terus terbiar sehinggalah dua tahun kemudian satu kejadian kebakaran besar telah menyebabkan hampir keseluruhan bumbung NWTC ni runtuh. Akibat dari kejadian bumbung runtuh itu, ruang dalaman NWTC telah ditenggelami air. Semakin lama semakin banyak air yang bertakung sehinggakan terbentuk sebuah kolam yang besar.







"Gambar sumber google"



Penduduk sekitar yang risau tempat itu jadi pembiakan nyamuk dan larva akibat tiada tindakan dari pihak berkuasa telah meletakkan pelbagai jenis ikan antaranya talapia, karp dan keli. Semakin lama, semakin banyak ikan-ikan itu membiak dengan subur. Ada yang mengatakan ada lebih 3000 ekor ikan di dalam "aquarium gergasi" itu.

Akhirnya, tempat itu telah menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tetapi, tapak "aquarium gergasi" itu bakal diruntuhkan pada tahun ini untuk tujuan pembangunan lain... Maka berakhirlah kisah sebuah mall yang hebat pada suatu ketika masa dahulu...






"Menjadi tempat tarikan pelancongan"
sumber google


Petikan dari Harian Metro Online

"Bagaimanapun, bekas tapak pusat beli-belah ini sudah sedia untuk diruntuhkan. Hujung minggu lalu, pekerja bekerjasama membersihkan kawasan seperti kolam itu. Berbekalkan jaring, lampu kepala dan but kalis air mereka menangĂ‚­kap semua benda hidup di dalamnya. Air yang bertakung kemudian disalurkan keluar mengguna pam dan vakum. Bangunan pusat beli-belah pakaian New World yang tidak berbumbung itu musnah akibat satu kebakaran lebih 10 tahun lalu. Ramai yang datang untuk menyaksikan usaha pembersihan itu dijalankan. Pihak berkuasa bimbang struktur bangunan itu runtuh bila-bila masa lebih-lebih lagi dengan eskalator dan laluan pejalan kaki sudah hampir roboh. Malah, yang lebih membimbangkan, kawasan terbiar ini boleh menjadi sarang penyakit. Ikan yang ditangkap dalam operasi pembersihan minggu lalu dijual kepada pelancong. Bangunan yang dibina pada 1982 ini akan sentiasa diingati penduduk tempatan sebagai antara mercu tanda Bangkok ketika zaman kegemilangannya."




Usaha menangkap ikan sedang giat dijalankan...


Artikel lain yang berkaitan, boleh rujuk link.












Layan...........................

Tiada ulasan: