Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Khamis, 12 Februari 2015

Dilarang merokoklah!



Assalamualaikum

Semalam lepak kedai makan dengan Zainuddin. Tengah borak-borak, tiba-tiba brader meja sebelah start bakar rokok. Pastu yang lain pun ikut. Maka asap pun berderaian ke arah kami. Zainuddin pulak tengah batuk dan demam. Bagi aku perkara tu sangat kurang ajar. 

  1. Tempat awam
  2. Ada kanak-kanak


Aku bekas penghisap rokok sebelum ni. Alhamdulillah hampir 2 tahun berhenti membuatkan aku betul-betul menghargai diri. Tapi, masa aku sorang perokok, aku cukup berjaga-jaga dengan orang sekeliling aku. Nak hisap kat kedai makan, ambik meja yang paling hujung. Terutama di kedai mamak. Jika ada yang kurang selesa sekeliling aku, aku akan padamkan baranya. Sekarang ni nak bau asap rokok pun dah macam nak termuntah. Pening. Ada yang degil seperti :-

  1. Hisap rokok sambil berjalan-jalan di kaki lima kedai + waktu sesak
  2. Hisap rokok di dalam kawasan berpendingin hawa
  3. Hisap rokok ketika di taman permainan kanak-kanak
  4. Hisap rokok di premis menjual makanan
  5. Hisap rokok ketika jalan-jalan di pasar malam


bla bla bla bla banyak lagi.

Bukan nak cakap kita ni baik, tapi cubalah pikir kalau anak-anak kita merokok, adik-adik kita merokok, anak buah, dan ramai lagi yang bawah umur, mesti kita marah dan rasa nak pelempang. Tapi bila kita hisap sebelah mereka ni, sama seperti memaksa mereka hisap rokok secara tak langsung. Tergamak tak? Anak kau, tahu pulak tak bagi hisap rokok, tapi anak orang lain kau paksa telan asap tu?


Layan..........

4 ulasan:

mardiana abu darin berkata...

Kan...diana amat memahami that situasi. Sbb En husband perokok. Tapi so far En husband...masih memegang kriteria perokok berkhemah. Even kat Umah sendiri pun, dia akan hisap diluar Umah. Bukan di dalam rumah. *_*

kayrolldin berkata...

perokok berhemah ni maybe 20% peratus je. yg lain mmg tak berhemah. dikalangan kawan2 dan sahabat baik pon ade. ermm

Hanis Amanina berkata...

sy memang tak tahan bau rokok. memang sanggup tak jadi makan kalau kedai tu penuh dgn orang hisap rokok. tapi boleh tahan lg kalau duduk meja kat luar, at least ada udara segar.

kesian lah dkt org yg jadi perokok pasif ni, tak memasal kita pun terkena sekali effect rokok tu.

kayrolldin berkata...

sy ada juga kawan cmtu.. nak tegur, kawan baik. tak kira masa nak hisap rokok. kita yg duk sblah pun segan kat org sekeliling. mcm kita ni pulak perokok. sy ni kira pasif la skang ni.