VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Sabtu, 17 Januari 2009

2 minit je!!

Kes Satu

Aku pernah bekerja di sebuah pasaraya yang terkenal di Batu Caves. Jadi casher. Tapi kerja tak lama pun. Dalam sebulan setengah je… hehehe…

Satu hari tu, ada satu keluarga Cina datang beli barang dan salah satu barang tu adalah daging VAVI dalam tin. Kebetulan pulak, dia nak bayar kat kaunter aku. Aku bila nampak je tin daging tu, terus amik plastic lain, lepas tu balut tangan aku. Sebab apa? Sebab aku taknak samak tangan aku. Hehehehe… tiba-tiba pulak, laki cina ni tegur aku. Kenapa buat macam tu? Kotor ke tin tu? Aku cakap bukan kotor tapi aku takboleh pegang. Pastu laki Cina tu marah-marah dan membebel dengan bini dia. Bini dia ok je…

Hari yang lain pulak, macam biasa ada ada satu family Cina beli daging VAVI dalam tin. Terus singgah kat kaunter aku. Untuk mengelakkan salah faham macam hari tu, aku tukar taktik lain. Aku panggil bini dan anak beliau untuk scan kan tin VAVI tu. Hehehe. Dorang pun apa lagi, terus buat. Maklumlah tak penah jadi casher… Tapi si laki pandang serong pulak. Terus sound (bukan tegur) aku, kenapa suruh bini dia buat kerja tu. Tak boleh buat sendiri ke?? Aku pun cakap aku tak boleh pegang benda tin tu sebab dilarang. Aku cakap dengan sopan sebab prinsip syarikat aku, CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Dia cakap lagi, “saya bukan suruh you makan, tapi suruh you pegang je. Takkan tak boleh??????” Aku cakap tak boleh sebab dilarang agama. Tapi laki cina tu marah aku depan orang ramai. Dia cakap Islam ni semua tak boleh. Aku diam je (padahal tunggu masa je nak kena tumbuk!!!). Dia cakap nak report kat manager. Aku cakap silakan. Manager aku ada kat customer service. Pastu apa lagi entah dia carut kat aku. Tapi bini dia pulak yang mintak maaf dengan aku. Aku terus je buat kerja aku. Sampai balik takda pulak manager panggil aku. Hehehehe…

Kes Dua

Aku teman kakak aku mintak kerja kat sebuah pusat membeli-belah terkenal kat Jalan Ipoh. Sampai kat satu kedai, kitorang test tanya kerja kosong. Dapat pulak tu. Tapiada syarat.

1) Boleh pakai baju kurung (kalo boleh jangan) tapi tak boleh pakai tudung sebab nanti ganggu kerja.

2) Sembahyang siap-siap kat rumah. Sebab kat sini nanti takda masa, busy.

3) dan macam-macam lagi peraturan pelik yang tak sesuai untuk pekerja muslim.

Kes Tiga

Aku jadi facilitator sebuah program tajaan kerajaan. Peserta melibatkan melayu, cina dan india.. Ni pertama kali aku handle program melibatkan peserta dari pelbagai kaum. Aku tanya salah seorang peserta, (Cina) apa yang dia paham tentang kaum India. Dia jawab, maruku! Sari! Deepavali! Aku tanya budak lain pulak. Apa pendapat dia tentang orang Melayu. dia jawab, sembahyang banyak sangat! Sampai 9 kali sehari. Pastu ada budak (India) lain sampuk, mana ada 9 kali!! 5 kali je!! (caitt!! Terkejut aku. Siapa ajar entah 9 kali.) aku tanya balik budak tu, kat sekolah takda orang Melayu ke? Dia cakap ada. (pastu paham-paham jer)

Kes Empat

Aku terjumpa kawan sekolah aku masa bulan puasa. Kami borak-borak pastu dia ajak minum kat mapley. Aku cakap aku puasa. Dia tanya tak penat ke puasa? Aku cakap penat. Tak mati ke puasa? Aku cakap tak sebab bukan tak makan langsung. Petang nanti makan la. Tapi kalau minum sahaja boleh kan? Bukan makan pun. Aku cakap, tak boleh sebab tu bukan puasa. Aku pun terangkan pasal puasa.

Berdasarkan kes-kes tadi, aku hanya nak kongsi pengalaman aku. Bukan nak hina mana-mana bangsa di Malaysia ni. Cuma apa yang aku nak katakana, masih ada lagi orang yang masih tak paham-paham dan taknak paham tentang agama dan budaya yang dipegang oleh orang Melayu Islam di Malaysia ni. Kalau orang Melayu boleh bertolak ansur dengan kaum lain, tetapi kenapa dorang tak boleh? Kita boleh terima adat dan budaya mereka. Kita tak kisah pun siapa yang jadi pemimpin kita. Kita tak kisah pun siapa yang jadi jiran-jiran kita. Yang kita nak dorang paham je adapt, budaya dan agama kita. Susah sangat ke?

Tapi, sebetulnya aku kita tak boleh salahkan dorang 100% sebab memang dorang tak paham agama kita. Lagi pun kita yang tak pernah cuba nak terangkan tentang agama kita dengan sebaiknya. Macam mana dorang nak paham.

Lagi pun, kerajaan sekarang memang tak nak cuba menerangkan dengan betul apa yang halal, apa yang haram dalam Islam kepada bukan Islam. Cadangan aku:-

1) Bukan susah pun buat ceramah kat tengah-tengah Petaling Street or Bukit Bintang tu. Biar orang bukan Islam boleh tau tentang Islam dengan senang. Tak kan dorang nak masuk dalam masjid kot? (walaupun boleh sebenarnya) Kalau boleh buat konsert berjuta-juta ringgit, takkan tak boleh buat program macam ni?

2) Bagi risalah tentang agama Islam. Cetak dalam pelbagai bahasa.utama di Malaysia. Edar kat orang bukan Islam. Jangan la cetak ayat Quran. Tapi cuma penerangan ringkas tentang Islam. Susah? (kalau aku banyak duit, aku buat à betul ke?)

3) Ajak dorang masuk masjid-masjid kita tengok apa yang ada kat dalam tu. Bukan halau kalau dorang masuk. Ni ade yang tak kenal masjid tu apa. Ceh!

4) Buat satu column kat dalam surat khabar cerita pasal agama Islam yang paling asas dan yang paling senang untuk dipaham. (kerajaan tanggung la!) buat kat semua surat khabar.

5) paling senang la, kalau yang lain-lain tu payah sangat, buat satu slot kat televisyen cerita tentang rukun iman, rukun islam, halal dan haram, serta Islam dan Bisnes. Biar semua rakyat Malaysia tahu cerita sebenar tentang Islam. Bukan percaya dengan berita dari sumber barat! Bukan susah pun!!!!! 2 minit je setiap kali siaran!!! Takyah la ajak ustaz-ustazah pun!!! Pakai narrator pun da cukup!! Susah sangat ke? Kalau sibuk sangat buat warta mandarin, warta tamil, entah warta apa lagi lepas ni, takkan slot 2 minit macam ni pun tak boleh???? Buat slot ni pada waktu puncak atau waktu perdana. Bukannya buat waktu pagi atau waktu tengah malam (sebelum Negaraku berkumandang). Sapa nak tengok?? Aku pun tak bangun lagi!!! Muahahahah!!!! Apa da…!!

Jadi, mari kita berubah!! Muahahaha!!


Layan………….

6 ulasan:

Tamindhari berkata...

Ada sorang penjual ubat kat kaki lima. Dia jual ubat kulit / ubat panau dan ubat kurap.

Si penjual ubat ni berkempen "tuan-puan, adik-kakak... ubat kulit saya ni memang mujarab, semua masalah kulit dapat diselesaikan. Masalah kurap, panau semuanya dapat diselesaikan dengan ubat kulit ni.Memang hebat dan bagus"

Orang ramai pun datang dan berminat dengan ubat kulit tersebut. Semasa nak membeli, orang ramai dapati tangan si penjual ubat tu sendiri penuh dengan panau dan kurap...hahahaha... agak-agaknya diorang nak beli ker? Tuan kalau berada kat situ, nak beli ke ubat kulit tersebut?

Macam tu ler hari ni, kalau kita suruh kerajaan sibuk berkempen tentang Islam, beri penerangan tentang Islam sekalipun... tetapi kalau mereka (orang-orang yang belum Islam) melihat kelakuan orang Islam yang belum menepati tuntutan Islam... fikirkan sajer lah...

dijemput menjengah sebentar di blog saya

tamindhari.blogspot.com

azlishukri berkata...

kisah2 ini sangat baik untuk panduan kita. salam singgah.

Unknown berkata...

to tamin dhari: sy bukanlah hebat sgt dlm agama islam. juga bukanla seorang pakar yang petah bercakap ttg islam. sy cuma mahu bukan islam tahu ttg islam walaupun tak banyak, ttp memadai dgn basic agama islam supaya mereka tahu apa itu agama islam. jgn la pulak kita nak memberatkan mereka dgn hukum2 yg lain.

masalah bukan islam pada hari ini adalah mereka TERLALU KURANG PENGETAHUAN TENTANG ISLAM. lupakan mereka yang belum betul2 mengamalkan islam.

kita da lama merdeka. 52 tahun! bukan 5 tahun! sepatutnya lebih 60% bukan melayu memeluk islam...

ini hanya anggapan...

kepada Muhammad Azli Shukri: terima kasih kerana melawat...

Tanpa Nama berkata...

maybe agaknyer mereka tak faham.... tapi kita perlu slahkan mereka, mereka ni yang tak nak belajar tentang melayu dan islam, mereka dah tahu duduk kat melayusia, agama islam, patutnya mereka tahu keadaan sekeliling mereka bukan tak tahu ajer.... kita suruh masuk sekolah kebangsaan, jorang protes sebab katanya akan melupakan adat resam mereka, kita patut salahkan orang bukan melayu sebab tak nak memahami melayu, kita sebagai orang melayu jangan salahkan diri kita ataupun kerajaan kita. kita dah puas bertolak ansur, dah puas merendah diri, dah penat nak suruh mereka memahami mereka. kali ini biar mereka dipersalahkan pulak!!!!!!!!!!!!!!!! HIDUP MELAYU!!!! HIDUP ISLAM!!!!!!!!!!

GEMILANG MELAYUSIAKU..............

Tanpa Nama berkata...

sorry, just to let you know that tak haram pegang tin makanan ada babi. tanya la ustadz mana pun. kalau waswas samak lepas kerja. Islam ni mudoh jer. bukannya dia suruh kiter menganggur pasal taknak pegang tin babi sampai kena fire. kan?

Unknown berkata...

to ano: thx 4 da information. sy pon x sggup kene fire sbb x pegang tin tu. tp sy lebih snang kalo amik pendekatan pegang gune plastik sbb lebih yakin.

peace!