Tadi aku pergi Pavilion, KL tengok filem animasi 3D pertama Malaysia. Best sangat!! Aku setakat ni aku puas hati sebab filem ni memang berkualiti dari segi penceritaan, grafik dan watak-watak yang merangkumi pelbagai kaum di Malaysia ni.
Hari ni adalah hari pertama filem Geng ni ditayangkan secara rasmi. Aku kira orang terawal la pergi tengok! Aku syorkan korang tengok sebab cerita ni memang tak boring. Lagipun sesuai sangat kalau bapak dan mak budak pergi tengok. Tak percaya? Tadi melambak family datang siap bawak atuk nenek, pastu anak-anak dorang. Poster cute kat atas ni menceritakan segalanya.
Satu je aku mintak, korang kalau tengok filem ni janganlah harap sangat Upin dan Ipin tu jadi pelakon utama. Sebab cerita ni sebenarnya bukanlah cerita pasal Upin dan Ipin sahaja. That's why the title is GENG. Upin dan Ipin ni hanyalah sebagai promo sahaja. Ingat!
Untuk itu, terimalah bintang dari aku:
1) Grafik : 4 Bintang (memang gempak!)
2) Jalan cerita: 3.5 Bintang (terlalu ringkas - memang untuk kanak-kanak dan menghiburkan)
3) Lawak: 4.5 Bintang (tersangat lah kelakar! Senak perut!)
Sinopsis Geng: Pengembaraan Bermula
Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam. Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.
Untuk maklumat lanjut, sila klik sini!
Layan....
10 ulasan:
bukan nak ajak..!!
lalalala..
ceh..
alah ko pun bkn tgk wayang pun...
syak pun aku x ajak sbb td kitorang x rancang pun nak tgk. hehehe
wuhuu! tenkiu tengok geng awal awal! kami menghargainya! thanks alot!
-Nizam LCP Buat Keje
ahakz! beselah.... martabatkan animasi negara agenda saya! hehehe...
minggu ni nak g skali lagi tp ngan adik2 plak. huhuh... best sgt!
ceh
ceh
ceh
ceh
ceh
ceh!!
nak tgk lg bleh je, nnti kite g la same2... ajak syak skali. nak? ko frust nonggeng pon x gune sbb crite ni sebulan kt panggung!
nak g tak?
aku dah tengok juga..memang lawak 'GENG' ni dan layannn..
dari awal sampai habis pecah perut..idea best..watak-watak dan jalan cerita memang ada kaitan dengan masyarakat Malaysia..Tak rugi tengok wooo..
Yang best..masa masuk dalam panggung... Gelap..sbb wayang dah start..Dalam hati bagus lah.. biar budak-budak dalam panggung tak nampak orang tua yang baru masuk ni nak tgk citer kartun...
masa tengok tu..memang dengar lah suara gelak ketawa terbahak-bahak dalam panggung..aku fikir..suka betul budak-budak dengan kartun ni..
Skali..bila wayang dah abis.. lampu terpasang..panggung pun terang benderang..ku tengok sekeliling..Smua orang tua rupanya.. termasuk dengan aku skali..hahahaha
Apa-apa pun tahniah kepada tenaga kerja Les Copaque yang berjaya membawa industri perfileman animasi ke tahap yang membanggakan.
p/s: orang tua ni nak pi tgk lagi..
to nan naga: memang lawak pon!
aku ni susah sket nak gelak.
kwn2 aku ckp
kalo aku gelak
mmg nampak xikhlas.
pastu gelak aku buruk.
tp xtau nape,
aku lepaskan
gelak aku btul2
mase cerita ni.
kwn aku pun pelik
tgk aku bleh gelak!
aku pun dikire
budak tua, sebab
70% yg dtg mase
opening tu, org
dewasa yg nak
masuk, tp segan2.
muahahaha...
habis wayang perut
sakit senak dan
nak terBERRY.
hahahah penangan
lawak GEBG!
memng salute kt
Les Copaque bleh
wat cerita mcm ni!
syg Les Copaque!!!
Catat Ulasan