VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 6 Februari 2009

Nizar, jangan!!

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak

06/02/2009 12:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

Komen aku:

Datuk Seri, janganlah sampai macam tu. Hormatilah Sultan. Baginda lebih layak dalam membuat keputusan. Janganlah terpengaruh dengan cakap-cakap belakang yang mahu melihat orang melayu derhaka kepada Sultannya. Mereka-mereka ini mahu melihat melayu berpecah belah. Saya mohon kepada Datuk Seri, biarlah Allah yang menetukannya. Janganlah melampaui batas sebagai seorang rakyat.

Memanglah undang-undang tetap undang-undang, tetapi perlu diingat, Sultan lebih tahu apa yang perlu. Saya berharap sangat, Datuk Seri redha dengan ketentuan Allah. Tolong jangan SAMAN SULTAN. Takut nanti selepas ini, lebih ramai yang akan bebrbuat demikian. Mereka akan menganggap Datuk Seri perintis dalam saman menyaman Sultan ni. Please Datuk Seri. Kasihanlah pada melayu yang semakin lemah ni...

p/s: Ada sebab Sultan Perak buat macam ni. Nanti kita boleh bincangkan kemudain. Tapi takda sebab BN restui pemilihan macam ni. Sebab BN yang bantah keras. Tiba-tiba terima pulak. Adeh...


Layan............

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang betol kata saudara kayrolldin, saman sultan adalah satu pengderhakaan paling tak boleh diterima dalam sejarah malaysia, jika dulu, laksamana bentan hunus keris kepada sultan mahmud, sehingga sultan mahmud mangkat dijulang ketika hendak bersembahyang jumaat dimasjid, semua keturunan laksamana bentan muntah darah jika melalui kota tinggi..... tapi zaman sekarang mungkin kekebalan raja semakin berkurang, tapi kita sebagai rakyat perlu menghormati institusi kesultanan kita sehingga hari bila-bila,

saya mohon juga pada Datuk Seri Nizar agar tarik balik saman tersebut...

wassalam

Dota Melayu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

dalam berkata-kata, batasilah ia...

maaf...