VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 6 Februari 2009

Lompat sikatak lompat...! Adeh!

Sebelum tu, apa kata saudara saudari sekalian baca dulu link ni. Lepas tu korang boleh nilai yang mana baik, yang mana buruk. ok?


BATU PAHAT 30 Jan. - Kerajaan digesa meminda segera Perkara 10 2 (c) Perlembagaan Persekutuan bagi menyekat budaya melompat parti sama ada di kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau pembangkang. -read more-


MELAKA 29 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat kemungkinan terdapat unsur rasuah dalam isu lompat parti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim dari UMNO ke Parti Keadilan Rakyat (PKR). -read more-

KAMPAR 29 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pemimpin UMNO yang melompat parti adalah mereka yang gagal meneruskan perjuangan parti dan bangsa.
Perdana Menteri berkata, pemimpin yang kuat perjuangan akan sanggup menghadapi apa sahaja masalah dalam apa juga keadaan. -read more-

IPOH 28 Jan. - ''Insya-Allah tidak (masuk UMNO semula),'' kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.
Keputusan tersebut, tegas beliau, kekal walaupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali telah membayangkan hasrat untuk melepaskan jawatannya dalam masa terdekat. -read more-

IPOH 27 Jan. – UMNO Perak akan meneliti latar belakang setiap calon pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan mereka yang dipilih benar-benar setia kepada parti.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, kaedah tersebut akan mengelakkan timbul isu ‘lompat parti’ seperti yang berlaku sekarang. -read more-

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Walaupun dilihat bukan calon pilihan dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Gerakan, Ma Woei Chyi berhasrat mengenengahkan isu lompat parti dan tentang perlunya undang-undang berkaitan diwujudkan. -read more-

KANGAR 23 Sept. - Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil beberapa ahli politik termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk diambil keterangan berhubung dakwaan menerima 'habuan' tawaran jawatan, lompat parti dan tawaran kedudukan. -read more-

KUALA PILAH 18 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek (gambar) membuat laporan berhubung tawaran lompat parti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pejabat agensi itu di Seremban, kelmarin. -read more-

UTRAJAYA 17 Sept. - Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberi amaran tindakan tegas boleh diambil ke atas mana-mana Ahli Parlimen yang tidak melaporkan kepada badan itu jika mereka ditawarkan ganjaran wang tunai oleh pihak tertentu untuk melompat parti. -read more-

Komen aku:
Jangan ingat rakyat boleh lupa penipuan, kebobrokan dan kerakusan pemimpin dari kalangan lompat melompat ni. TAK SEDAR KE? KE MEMANG TAK MALU? JANGAN SAMPAI RAKYAT MENGAMUK.
Sebelum ni sibuk sangat pasal lompat lompat ni. Tapi sekarang bila ada peluang, TERUS BEDAL! Pelik aku. Macam-macam cadangan supaya lompat melompat ni tak jadi. Bawak lari luar negara la, kurung la, kuarantin la, dan macam-macam lagi.
Kenapa sekarang ni senyap pulak? Mana pergi undang-undang yang nak di tubuhkan tu? Tiba-tiba jadi macam satu kemuliaan pulak lompat melompat ni. Pikir la sendiri.
Layan......
p/s: kepada kawan aku yang tiba-tiba cakap sokong umno, teruskan usaha ko. bukan aku tak ingat ko pernah bertugas kat jentera KEADILAN masa pilihan raya dul. sbb apa? sbb ko ingat BN akan kalah teruk masa tu. kih kih kih... Kalo salah betulkan...


p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

petikan dari harakah daily
6 february 2008
surat pembaca

'Tahniah' Najib kerana tumbangkan Perak!
Mohd Basir Abdullah
Thu | Feb 05, 09 | 5:54:21 pm MYT
Tahniah dato' seri kerana telah berjaya menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat (PR) negeri Perak. Seterusnya dato' seri tentu sedang giat memporak perandakan negeri lain dibawah PR yang hanya menunggu masa dan nasib. Satu demi satu kejayaan ini tentunya akan meningkatkan dan memuaskan nafsu syaitan yang sedia ada dalam diri dato' seri.

Jangan sekali dato' seri fikir kejayaan ini akan dilihat dan diterima dengan senang oleh orang Melayu dan lain lain. Demi kepuasan nafsu dato' seri dan mereka yang bersubahat dengan dato' seri termasuk semua ahli Umno tahniah sekali lagi.

Tunggulah. Anda semua akan menerima padah tidak lama lagi. Dato' seri telah sekali lagi buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin Umno adalah kejam dan zalim. Saya lebih tua dari dato' seri. Saya nyatakan ini semua berdasarkan sejarah UMNO selama 51 tahun.

Jikalau disemak balik kepada kebaikan arwah TUN ABDUL RAZAK ayahanda dato' seri, nyata sekali dari segi kredibiliti, dato' seri jauh ketinggalan. Dari sejarah dato' seri, ini tidak menghairankan saya, kerana dari dulu lagi dato' seri banyak melakukan kesilapan.

'Kejayaan' yang tersebut tadi hanya menjelmakan kejahatan yang ada dalam diri dato' seri. Sikap tidak adil dan kejam dato' seri serta konco-konco dato' seri telah memburukkan keadaan negara ini.

Kejayaan yang dicapai adalah melalui pengaruh wang dan kononnya kemajuan. Dengan kejayaan ini dan dengan kuasa yang ada di negeri Perak, dato' seri telah dapat mengukuhkan kembali cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri negara ini yang pada awalnya berada di ambang kehancuran.

Melayu jenis apakah dato' seri dan anda-anda yang terlibat semua? Keadaan negara yang berleluasa dengan judi, pelacuran, dadah, arak dan lain lain maksiat yang akan membawa negara ke tahap jahanam, tidak pernah dato' seri dan anda sekelian ambil peduli.

Yang dato' seri dan anda sekelian tahu adalah asyik berpolitik, menjatuhkan sesiapa saja yang cuba menyekat kuasa syaitan dato' seri dan anda sekelian. Tentunya semua termasuk rakyat yang tak berdosa akan menerima padah kelakuan buruk dato' seri dan anda sekelian tidak lama lagi.

Saya percaya Tuhan Yang Maha Esa sedang melihat dengan teliti perkembangan menyedihkan dalam negara ini. Janganlah terlalu ghairah sangat menggunakan kuasa yang diberikan pengundi dan ahli ahli perniagaan. Insaflah dan perbetulkan keadaan negara Islam ini sebelum Tuhan bertindak dengan kemarahanNya. Bagi Tuhan, ia perkara mudah.

Jangan pandang ringan apa yang saya katakan. Kawallah diri dan kembali ke pangkal jalan yang betul. Bertindaklah dengan kebenaran untuk kebaikan. Untuk pengetahuan dato' seri, nenek moyang kita telah berjuang habis-habisan untuk bebaskan negara ini daripada pemerintahan Majapahit dan penjajah penjajah seterusnya.

Tentunya mereka menangis melihat keadaan negara ketika ini. Dato' seri kenanglah jasa-jasa mereka yang membebaskan kita dari kekejaman penjajah. Selama ini Umno hanya membawa negara ini ke tahap yang boleh kita sebut Malaya sial. Saya sebut ini atas dasar cinta saya kepada Melayu Islam negara ini dan negara mereka Malaya.

Hari demi hari aktiviti dato' seri dan Umnu hanya menuju kemusnahan negara yang diperolehi melalui perjuangan dan gigih dan pengorbanan nenek moyang kita bangsa Melayu. Tidakkah dato' seri malu dan takut akibat keterlaluan ini? Apakah yang dato' seri dan seluruh Umno banggakan sangat dengan pencapaian yang telah diperolehi?

1. Judi - Orang melayu menjadi mangsa. Ada cabutan hari-hari. Satu minggu tujuh hari, manakala cabutan ada sepuluh kali.

2. Dadah - Orang Melayu adalah penagih paling ramai dan yang untung ialah bukan Melayu.

3. Arak - ketagihan arak kalangan Melayu meningkat. Arak dijual bebas di mana mana.

4. Penyakit - Ramai orang Melayu berpenyakit kerana tidak mampu mendapat rawatan yang baik serta akibat pencemaran kemajuan adalah kepunyaan bukan Melayu.

5. Perniagaan - Pengusaan bukan Melayu bertambah kukuh. Bangsa Melayu meminta sedekah dan tagih simpati.

6. Ketuanan/Kedudukan - Politik melayu semakin rapuh dalam keadaan terumbang-ambing. Mereka terpaksa menagih sokongan bukan Melayu. BN / UMNO bagaikan penternak dan rakyat sebagai ternakan.

Aset negara telah habis dibolot dan dibazirkan untuk kepentingan golongan tertentu dan sebagai penyelamat kuasa. Kepada bangsa Melayu marilah kita selamatkan negara ini dari cengkaman Umno yang sedang membawanya ke arah jahanam. Sedarlah semua sebelum kita dikejutkan dengan kemurkaan Tuhan.

Andai apa yang sedang berlaku dibiarkan, kita dan generasi kita akan datang akan menerima padah. Negara kita terselamat dari penjajah yang kejam hasil perjuangan nenek moyang kita.

Saya, Mohd Basir Abdullah boleh dihubungi di talian 019-6705730. Jaringan Anti Judi Kebangsaan (Jerejak) boleh dihubungi melalui mohamad.basir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _


-->
© Copyright Harakah 2008

Unknown berkata...

terima kasih kepada Anonymous...