Kes 1
Aiery: Ko tau sex tu apa?
Aku: Tau la sikit-sikit. Kenapa? (Padahal expert!)
Aiery: Meh aku terangkan. Bla.. bla.. bla..
(sambil terangkang apa itu persetubuhan, apa beza air mani perempuan dan lelaki. Pastu terangkan lagi macam mana "dorang" boleh terhasil dan "dihasilkan". Aku dengar dan buat-buat bodoh sebab tengah best dengar kursus kahwin percuma dan dibuat di kedai mamak)
Aku: Oh... Macam tu eh... Hebatlah ko! Sekolah Menengah Kebangsaan je tapi boleh cerita pasal benda macam ni!
Aiery: Alah, biasalah tu. Aku kan amik Biologi, Fizik, dan Kimia...
Aku: Apa kaitan Fizik dengan sex?
Aier: Bla.... bla..
(terangkan lagi - agak lucah untuk diceritakan - maaf readers! :p)
Aku: Hebat. Hebat.
Aiery: Cepatlah, aku nak balik. Nak terBERRY ni.
(on da way balik rumah beliau)
Aiery: Aku pergi bilik air dulu.
Aku: Ok! Jangan lama-lama sangat nanti membazir bahan buangan tu. Petang ni nak buang lagikan?
Aiery: KO MEMANG BUDAK GILA!
Aku: Muahahaha!! (Gelak porno)
Aku: Dah setel?
Aiery: Dah.. Aku nak mandi kejap.
Aku: Takkan ko tak mandi lagi? Tadi keluar makan memang belum mandi lagi?
Aiery: Dah la bodoh. Takkan aku tak mandi kot! Ni aku nak mandi wajiblah...
Aku: Sebab apa? Ko buang anak ke?
Aiery: Ko memang gila! Aku nak mandi sebab tadi kan aku buang air besar. Ko ni bodohlah... Takkan hukum pun tak tahu?
Aku: (hantuk kepala kat dinding sambil guling-guling naik syiling)
Kes 2
Sembahyang Jumaat dekat masjid TTDI Jaya, Shah Alam. Tengah-tengah sembahyang, pakcik kat sebelah aku ni asyik tergaru-garu telinga dia. Gatal meroyan kot getus hatiku (ayat novel?). Dari mula sampai nak habis solat asyik-asyik tergaru. Asyik-asyik menggatal eh silap. Asyik-asyik gatal.
Time tahiyat akhir, pakcik ni garu-garu lagi. Masa tengah menegakkan jari ketika bacaan "Asyhaduallaa ila haillallah", beliau gatal lagi. Terus diangkat tangan kanan tu untuk menggaru telinga beliau. Manakala tangan kiri pula menggantikan tempat tangan kanan tadi siap angkat jari lagi tu!(masa ni, mesti korang tengah praktikkan apa yang aku tulis ni kan? Mengaku jelah! Aku dah agak!).
Kes 3
Tempat adalah sama, tetapi time sembahyang maghrib. Nak sembahyang je, ada abang sorang ni, letaklah HP dia kat atas sejadah. Imam angkat takbir. Pastu dia pun angkat takbir. Tengah-tengah sembahyang, HP beliau berbunyi girang. Tet... tet... toot... toot...
(lagu Siti Nurhaliza kot? - lupa).
Pastu beliau tanpa segan silu terus menjawab panggilan tu...
Beliau: Weh, aku tengah solat ni. Ko nak apa?
Toot: Sokseh.. sokseh.. sokseh...
Beliau: Ok2. Kang jumpa kat mapley U2.
Toot: sokseh sokseh sokseh..
Terus sambung balik solat beliau tanpa Takbiratul Ihram. Aku? Terbatal solat sebab nak pergi tandas gelak puas-puas (aku masa tu budak lagi lah... Tapi dah baligh!)
Kes 4
Masjid Negara, KL. Berkisar juga tentang pakcik (aku taktau umur dialah...). Time nak takbiratul ihram, aku tengok (aku memang suke tengok orang sebelum solat, tapi bukan tengok orang ketika solat - nanti tak khusyuk - betul ker?) beliau berulangkali mengangkat takbir. Mulut pulak terkumat kamit baca apa entah. Banyak kali angkat takbir, tapi tak start-start gak solat tu. Pelik aku! Allahu Akbar! Ish. Silap. Allah....hu Akbar. Adeh silap lagi (macam tulah lebih kurang gaya beliau). Tiba-tiba imam pun ruku'. Dan......
Pakcik ni pun terus ikut ruku' gak... Uits! Apa sudah jadi? Habis je solat, pakcik ni pun habis sama-sama gak. Tak tambah pun lagi satu rakaat. Aku tanya Ustaz, dia cakap orang tu kira masbuk. Kena ganti rakaat.. Adeh, terlebih sudah!
Kes 5
Sembahyang Jumaat lagi.
Syakur: Bla... bla... bla...
Aku: Bla... bla... bla... (padahal tengah khutbah tu! - Anak-anak sekarang...)
Tiba-tiba,
Siak Masjid: Wei, korang tak reti senyap ke? Tak boleh nak diam? Kan orang dah cakap, waktu khutbah tak boleh bercakap langsung! Tak sah solat Jumaat!
Tiba-tiba pulak,
Sorang Jemaah Masjid: Ko tu bercakap boleh pulak, tak batal solat kau? Pastu jalan-jalan mintak derma untuk masjid pulak. Bukan nak dengar khutbah tu! Ada hati nak nasihat orang!
Aku dan Syakir: Bla.... bla... (Mampus, semua batal solat jumaat! Aku, syakir, Pak Siak dan termasuk Pakcik yang sorang tu semua tergolong dalam golongan orang yang rugi! - Adeh, silap statement!)
Komen
Aku rasa korang boleh nilai sendiri.
p/s: Ada babak yang aku reka sendiri untuk menyedapkan cerita. Hik hikHik!! Muahahaha!!! Tak suka boleh belah!
Layan.....
3 ulasan:
baru sekali gi masjid..
terus crite kat blog!!
Huh..!!!!
Lalala...
tak bleh blah nama airy ngan syakur......
wakakakakaka......
Catat Ulasan