Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 24 Mac 2009

Benda Pelik di Putrajaya??

Apa yang pelik kat lampu jalan ni? Bagi aku tak pelik pun sebab tiap-tiap hari tengok. Kat Tempat lain ada ke? Hehehe (berlagak). Semua jalan-jalan utama dan biasa ada lampu macam ni. Ni la uniknya Putrajaya. Ada bentuk macam wau, songket, kain batik dan macam-macam lagi bentuk. Tapi korang tau tak, ada gak hamba Allah yang curi tiang atau komponen elektrik kat tiang lampu ni..?? Ish... (ramai pelawat Putrajaya kepala teleng ke atas sebab asyik tengok atas je masa jalan-jalan kat Putrajaya. --> fakta dari kayrolldin.blogspot.com)




Apa yang pelik kat jambatan-jambatan ni? Takda yang pelik sangat pun.. Tapi kalau korang nak tau, jambatan berhias ni ada melambak kat putrajaya! Nak amik satu pun boleh. Kat KL pun kekurangan jambatan! Tak silap aku, ada lebih 20 buah jambatan berhias kat Putrajaya. Jadi, tak timbul masalah "Penduduk Presint 9 mahukan jambatan baru untuk menghubungkan Presint 9 dan Presint 8 kerana masalah banjir." --->> konon-kononlah..





Masji Putra. Apa yang pelik kat masjid tu? Cuba tengok kat puncak menara masjid tu? Mana ada menara masjid macam Masjid Putra ni. Masjid lain menara dia ada bulan atau bintang, tapi menara Masjid Putra kosong je. Pelik tak? Hehehe. Kalau tak pelik nasiblah... Muahaha.. Kubah masjid pun lain dari yang lain. Sebab tu ramai yang nak bergambar depan masjid Putra ni!





Nampak jubah biru tu? Baju tu kena pakai kalau nak masuk dalam Masjid Putra. Tapi bukan semua, sebab yang "wajib" pakai baju tu adalah mereka yang pakai baju tidak cukup kain atau "over" yang boleh menyebabkan pekerja masjid kegeraman. ---> eh takdalah, baju yang kurang sopan memang tak dibenarkan dipakai di dalam masjid kat mana-mana pun. Lelaki pun kalau pakai "short" pun, akan dipaksa pakai jubah. Nasiblah korang, nak pergi masjid Putra tapi baju macam nak pergi Pavilion. Ko ingat ko kat Paris, nak pakai tube je pergi jalan-jalan?





Nampak papan tanda TNB ni? Takda apa yang pelik pun.. Cuma bentuknya unik dan takda kat tempat lain kat Malaysia ni! Habis jahanam besi tu dibengkokkan oleh pelajar sekolah Presint 9. Hehehe.. Budak sekolah korang boleh buat macam ni ke? Kui kui kui! Korang nak baiki kereta yang kemek, boleh mintak budak-budak ni buat. Free jer.. Pakai tangan lagi tu!





Balai polis kat rumah teres. Pernah nampak? Kat tempat korang balai polis paling pelik pun buat kat rumah kedai macam kat Taman Koperasi Polis tu. Betul tak? Hehehehe.. Aku baru perasan balai polis macam ni. Macam mana eh kalau dorang bertukar-tukar juadah buka puasa? Mesti makcik sebelah bagi kuih koci, pakcik polis balas.... (jawab sendiri, aku tak nak timbulkan kontroversi)





Nampak tong kitar semula tu? Nampak sampah sarap tu? Dua perkara timbul. Ada ke kat tempat korang tong sampah kitar semula orang buang perut ikan, taik budak, pampers ****, dan segala bagai? Ha, kat Putrajaya tu perkara biasa. Jangan rasa pelik atau canggung tengok situasi macam ni. Kira bonuslah.. Kalau tak buang segala bagai benda-benda tu, mesti tong tu kesunyian sebab tak pakai pun... Hehehe.. Perkara kedua, pernah tengok ke sampah dibuang macam tu gaya? Lagi sejengkal je nak sampai tong, tiba-tiba ter"stop" kat depan tu. Kalau hari kerja, lagi banyak sampah brek depan tong tu sebab suri rumah akan buat operasi time orang ramai pergi kerja. Hehehe..



Cara baru nak berkempen. Tempat korang ada? Hik hik hik (gelak porno pulak!) Takdalah, aku pun taktau macam mana gambar ni boleh ada. Hehehe, tapi memang pelik bagi aku! Hahahah.. Tempat korang cara berkempen agak klisekan?



Undang-undang unik kat Putrajaya:

1) Tidak boleh membela sebarang haiwan, berkaki empat, berbulu, bermisai dan bla bla bla seperti kucing, anjing, arnab atau apa sahaja yang biasa korang bela.

(tapi ada gak yang bawak ayam, itik dan macam-macam lagi. Tu baru duduk rumah teres, kalau duk banglo, lembu dengan buaya pun bela!)

2) Tidak dibenarkan main layang-layang di tempat awam dan anda boleh didenda sehingga RM2000.(nanti aku cek balik berapa amaun sebenar)

(kitorang tak main layang-layang, tu mainan budak luar Putrajaya. Hehehe - hina gila! Kitorang main kapal layar, belon udara panas, helikopter, dan jet.)

3) Tidak dibenarkan menyidai pakaian ditempat terbuka seperti di balkoni, parkir kereta dan depan rumah. Sidai ditempat yang dikhaskan.

(ada je yang sidai kat tempat-tempat tu sebab bila time pihak perbadanan buat spot cek, cepat-cepatlah angkat kain jemuran tu. Janganlah jujur sangat! - kata-kata mak aku. Tapi dorang lagi cerdik. Dia buat spot cek time orang pergi kerja. Jiran aku balik kerja jumpa surat saman kat depan pintu rumah. Hehehe.. Ada gak makcik yang hati kering dan gamble seperti mencabar kewibawaan pihak Perbadanan dengan menyidai kat pagar balkoni dan pagar rumah. Gempak siot! Mesti dah lali kena saman! Nasib baik tak sidai kat lampu jalan! Tapi sekarang pihak perbadanan dah slow sikit sebab dorang tahu, tempat sidai pakaian sempit!)

4) Tidak dibenarkan bercucuk tanam.

(jangan kata bercucuk tanam, buat kolam ikan pun ada yang dah cuba! Ada yang siap buat reban lagi belakang rumah. Gila! Kawan aku, mak dia siap berkebun pulak belakang rumah. Ada pokok mangga, ciku, dan bagai! Perbadanan datang, terus kena tutup bisnes! Hahaha.. Lagi satu, bagi penduduk yang tinggal di apartment, dorang suka letak pasu bunga kat depan tingkap. Jangan harap perbadanan nak berdiam diri! Hahahaha!!)





Layan....

21 ulasan:

sharol berkata...

hish!!!!

tak seronok tol dok kat PUTRAJAYA NIH!!!!

BAIK DOK KAT KAMPUNG JER!!!!

bandar KL yang maju pun tak seketat undang2 kat putrajaya.... harap pusat pentadbiran kerajaan malaysia jer.... tapi tak ikut lunas2 kemanusiaan langsung!!!!!

dan lah banguan kubah hijau tu jer yang jadi kebanggaan, kalau ada Menara Berkembar Petronas tak pe gak!!!!!

wakakakakaka.....

aihaz berkata...

stuju2 dgn saudara sharol... (^_^)

tgk ni pown x sronok
nasib baik abh x jadi pindah sane... keh3

pastu traffic lite dia ada mengong2 sk8

x best~ x best~ (>.<)

kayrolldin berkata...

to aol:

bnykla ko punye komen! padahal tiap2 mggu ikut aku blik!

kayrolldin berkata...

to wafa:

jgn terperanguh dgn dakyah jahato org yg cemburu dgn kemajuna putrajaya berbanding melaka!

aihaz berkata...

cesss... afa ank jati melaka tau??? kg afa kat sirmabok, melaka. (>.<)

keh3
sbb tu sokong oghe melaka...
wuhhuu~~~ (^_^)

melaka pown ada kemuajuan apa???
tp x melupuskn sejarah... keh3 (^_^)

kayrolldin berkata...

to wafa:

nasibla.. janji putrajaya become the wolrds class places in this world. hehehe

melaka?

cato;patchi berkata...

aku xtau pulak, xpenah pi putrajaya kot, ehehee

Khairul Faizi berkata...

Gua lahir kat Kuching, Sarawak

Masa remaja membesarkan Perak

Pegi boarding school kat Melaka

Blajar kat UKM, Bandar Baru Bangi

Keje Kat Shah Alam

Penah menetap kejap kat Putrajaya, sekarang Shah Alam

Bercadang untuk menetap kat Putrajaya lepas kawin tapi tak jadi..tukar ke Bandar Baru Bangi sebab Putrajaya..takde soul la bro..

Bila sebut Putrajaya je gua terbayangkan pakcik-pakcik berbaju batik, berseluar docker, pakai kasut scholl tak berstokin, bawa Naza Ria, ada anak lima orang, pukul 8 mlm masuk umah tengok berita.

kayrolldin berkata...

to patchi:

hahaha, dtg gak kamu. kalo free meh dtg cni. aku bwk jln2!

kayrolldin berkata...

to KF:

hahaha, mmg ramai org tua kt cni. nak watmcm mane, mmg da nasib... aku mungkin lg 10 thn tggal cni sblum mak aku pencen. hehehe... nak duk tmpt lain mungkin x sggup sbb cni tenang jer..

tp kalo diberi pluang, nk pindah dubai. hik hik hik!!!

kul 8 mmg da senyap sbb esok dor kene kuar g keje. dgr crite, hujung thn ni ade kelab baru bkk kat p14. nak join? hahah

Khairul Faizi berkata...

kalau kelab snooker gua nak join la...

kayrolldin berkata...

to KF:

hahaha, kelab ibu2 ade kt p9. jom join!

PenagihAyamGoreng berkata...

poyo gile perbadanan putrajaya...dah la tempat tak best...

aihaz berkata...

cesss...~~~ provokasi... (-.-)

melaka ada apa?
ada yg paling sepesel skali,
my nenek2 n atuk2. dedua ada kt melaka (^_^) kn sronok tu???

Nik Sharolbahri Bin Nik Rani berkata...

aihaz... awk org melaka ke? semabok kat mana? saya kat pulau gadong, klebang besar.... tahu tak?

hehe....

datang la ke blog saya...

Nik Sharolbahri bin Nik Rani....

kayrolldin berkata...

PAG:

mane ade poyo. tp nak disiplinkan org kerajaan..

aku rase ok jer.. muahahaha xnak kalah!

kayrolldin berkata...

wafa:

putra ade famili abg. sbb tu best..(kot) huhahuhahuha!

melaka sempit. ops!

kayrolldin berkata...

to sharol:

ni bukan ruangan chating ATAUPUN ruang JEJAK kASIH. OK?

aihaz berkata...

to abg k.a:

hehehe~ okeyla. alasan dterima... (^_^)

to sharol:

ya2 insyaAllah sy singgah... keh3

semabok dkt ngn bndar Melaka

kayrolldin berkata...

wafa:

selamat dtg ke putrajaya!

aihaz berkata...

waduh2~

ye2 afa dtg... gi alamanda n pejabat abah pown kat ctu...