VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Ahad, 1 Mac 2009

Bumiputera: Sebuah Penindasan?

Di "copy and paste" dari Wikipedia

Definisi

Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu, peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.

Dasar Pro-bumiputera

Dasar pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat aksi afirmatif untuk bumiputera. Dasar sebegini termasuk kuota untuk yang berikut:

  1. Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA)
  2. Kelayakan untuk biasiswa Kerajaan
  3. Jawatan dalam kerajaan dan pemilikan perniagaan.

Kebanyakan dasar ini dibentuk dalam Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP) dan memberi tumpuan pada menerbitkan pemilikan saham bumiputera dalam korporat sekurang-kurangya 30 peratus. Matlamat ini asalnya dicadangkan oleh Ismail Abdul Rahman, setelah kerajaan tidak dapat mencapai persetujuan atas satu matlamat dasar yang sesuai.

Contoh-contoh dasar pro-bumiputera:

1. Syarikat disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur mesti mencari Bumiputera untuk memenuhi sekurang-kurangnya 30% saham sebagai salah satu syarat untuk disenaraikan.

2. Peratusan tertentu kawasan perumahan hendaklah dijual kepada Bumiputera. Pembangun rumah perlu memberikan sekurang-kurangnya 7% potongan kepada pembeli Bumiputera.

3. Dana bersama (mutual fund) Kerajaan tertentu hanya terhad pembeliannya kepada Bumiputera sahaja.

4. Banyak projek perlu tender kerajaan memerlukan syarikat yang menghantar tender dimiliki Bumiputera. Syarat ini mengakibatkan syarikat bukan Bumiputera bekerjasama dengan syarikat Bumiputera yang mendapat projek dengan amalan yang dikenali "Ali Baba", di mana Ali (Bumiputera) wujud semata-mata untuk memenuhi syarat ini dan Baba (bukan Bumiputera) memberi Ali jumlah tertentu sebagai pertukaran. Projek-projek terhad kepada Melayu bagi mereka menimba pengalaman di berbagai-bagai bidang. Namun projek-projek tersebut selalunya dijual kepada bukan Melayu kerana pentendernya tidak berminat atau malas bekerja, dan hanya berminat untuk memenangi kontrak sahaja (untuk duit cepat).

5. AP kereta diberi khasnya kepada Bumiputera untuk mengimport kereta. Syarikat pengedar kereta yang berhajat membawa masuk kereta perlu mendapat AP (permit). AP asalnya diwujudkan untuk membenarkan Bumiputera mengambil bahagian dalam industri kereta. Pada 2004, the Edge (suatu akhbar perniagaan Malaysia) menjangka bahawa,

"setiap keping AP bernilai lebih kurang RM35,000. The Edge juga menjangka bahawa Nasimuddin Amin, pengerusi Naza Group menerima 6,387 keping pada 2003, menjadikannya penerima AP terbesar. 12,234 keping AP diisu pada 2003. Tambahan pula, pembuat kereta asing diwajibkan membayar antara 140% dan 300% duti import."

Ekoran dasar-dasar ini, banyak jutawan Bumiputera lahir dengan senangnya daripada hubungan mereka.

Keadaan Kini

Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengulas tentang pergantungan Bumiputera pada dasar pro-Bumiputera:-


"Kami telah cuba memberitahu mereka kalau mereka bergantung pada subsidi, mereka akan terus menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kami memberitahu mereka kalau mereka guna tongkat, mereka tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri tegak kerana anda masih ada kemampuan itu. Saya pernah cakap tentang ini dan sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu cari jalan senang. Kalau saya ada AP dan jualkannya untuk mendapatkan wang, itu tiada masalah, kata mereka."



Penterjemahan Bahasa Inggeris


"We have tried to tell them if you depend on subsidies, you are going to be very weak. But they don’t seem to understand. We tell them if you use crutches, you will not be able to stand up. Throw away the crutches; stand up straight because you still have the capacity. I have talked about this thing and as a doctor I know very well the meaning of crutches but somehow or rather they want the easy way out. If I get an AP and I sell it and make some money, it’s all right, they say."



Mahathir Mohammad pada tahun 2004 mengulas graduan Melayu mempunyai kadar pekerjaan rendah kerana "graduan Cina memilih mata pelajaran yang betul supaya mereka boleh diambil.

"Kami mendapati bahawa graduan Melayu, terutamanya yang berasal dari aliran Melayu, tidak fasih berbahasa Inggeris. Tidak kisah berapa harga anda letak pada sijil, hakikatnya majikan hendak mengupah seseorang yang dapat berkomunikasi. Majikan itu bukan Melayu, mereka dari luar negara. Dan sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dengan anda, mereka tidak akan mengambil anda."



Tambahan pula, penuntut Melayu yang ditaja oleh kerajaan cenderung untuk mengambil mata pelajaran seperti Hukum Syariah, Sejarah Islam dan lain-lain mata pelajaran berkaitan Islam. Daripada memilih untuk belajar Bahasa Inggeris dan mata pelajaran yang bernilai ekonomi (contohnya Kejuruteraan, Perubatan dan sebagainya) ada yang pergi melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dan mempelajari Bahasa Arab. Namun demikian, akibat tindakan yang kurang pragmatik ini adalah malang - pada Jun 2006, ia didedahkan bahawa sekumpulan 169 penuntut yang dihantar ke Universiti Al-Azhar di Kairo menghadapi masalah dengan Bahasa Arab, dan hanya 5 penuntut yang menghabiskan kursus mereka.

Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah mengkritik tren kalangan penuntut Melayu untuk memilih "mata pelajaran senang" yang langsung tiada nilai di pasaran kerja.

Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia, Mustapa Mohamad, pernah menyatakan keinginan kerajaan untuk mengambil lebih staf akademik bukan Bumiputera untuk "mencapai taraf institusi kelas antarabangsa", yang menandakan suatu usaha ke arah mengurangkan profail berdasarkan kaum di kalangan ahli akademik.

Namun, setakat 2007, kaum Cina Malaysia menguasai profesyen akauntan, arkitet dan jurutera manakala kaum India Malaysia menguasai profesyen veterinarian, doktor, peguam dan doktor gigi jauh melebihi nisbah populasi masing-masing berbanding Bumiputera.....



Layan.....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku bukan nak kata apa lah, aku sebenarnya tak nak salahkan bumiputera, tapi kita perlu juga salahkan bukan bumiputera, mereka yang merebut peluang-peluang untuk bumiputera, kalau mereka takambil, dah tentu peluang tersebut dapat pada bumiputera,

aku sangat kagum dan hormat pada tun mahathir, tapi itulah satu perkara yang aku tak setuju dengan tun.mahathir, dia terlalu mengharapkan sesuatu kelainan pada bangsa dia, tapi kenapa dia cepat sangat turun takhta, tengok sekarang apa dah jadi??????!!!!!! paklah porak-perandakan rancangan tun sendiri, sepatutnya tun banyak kan beri kesedaran pada orang bumiputera supaya mereka sedar apa yang tun katakan....... apa2pun aku memang salahkan bukan bumiputera atas apa yang berlaku di malaysia sekarang., kenapa nak mempersoalkan apa yang diperstujui????!!!!!!!

tak habis-hanis nak soal hak bumiputera, macam2 korang dah ambik..... dah kara-raya.... apa lagi yang tak cukup??????!!!!!!!!

semoga ALLAH berikan hidayah pada orang melayu sendiri...... Insyaallah......

Unknown berkata...

terserah kepada orang melayau tu sendiri. dalam kita menyebut bumiputera, bumiputera, kita terlupa yang bukan melayu sahaja yang dapat taraf bumiputera, tetapi orang asli, sabah dan sarawak.

Tanpa Nama berkata...

itu sebabnya aku gunakan perkataan bumiputera, coz yang asli,sabah ngan sarawak pun mempunyai hak yang sama dengan org melayu, kerana ORANG MELAYU NI MEMANG SANGAT BAIK, DAN SANGGUP BERKONGSI APA SAHAJA DENGAN SESIAPA....... TENGOK APA JADI SEKARANG?

Unknown berkata...

tapi aku rase hak bumiputera takkan terhapus smpi bila2 selagi melayu memerintah!