VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 2 Mac 2009

Pengemis Terlampau!

Setelah aku terbaca kisah di blog rakan aku [rujuk], aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman menarik aku.

Suatu hari yang tak berapa cerah dan tak berapa mendung, aku dengan ditemani beberapa kawan seLEPAKan aku mengunjungi medan selera kat Pertama Complex. Alah, yang banyak jual HP murah tu... Dekat pulak dengan Sogo.

Alkisahnya, tengah sedap aku melantak makanan tengahari tu, datanglah seorang budak lelaki (macam anak Myanmar) mintak aku keluarkan sedikit lebihan kekayaan yang aku ada masa tu untuk diberikan kepada beliau tanda kemurahan rezeki yang Allah berikan kepada aku. Aku mulanya buat derk je sebab ko kacau aku makan! Pantang nenek moyang aku (aku tak sempat pun jumpa moyang aku - kui kui kui!!) kalau tengah makan orang datang buat iklan "Bersamamu" depan aku!

Tapi hati aku lembut gak sebab:

  1. Budak tu beri salam banyak kali
  2. Siap baca Al-Fatihah lagi.
  3. Buat muka seperti anak-anak Afrika yang tengah bogel.
  4. Kawan-kawan aku buat seperti budak tu tak wujud. Aku kesian..!
  5. Budak tu berdiri sebelah aku dan aku nak dia pergi!

kesiankan tengok budak ni...


So, dengan perasaan kesian 30%, menyampah 50%, dan ikhlas 20%, aku bagilah RM2.00 tanpa meminta dulang hantaran balas dari pihak budak tu.. Dia pun, GET OUT! Antara lega dan marah dengan sifat rakan-rakan yang sengaja membiarkan aku terkapai-kapai di lautan perikemanusiaan..

Tiba-tiba, kawan aku cakap aku manusia pemurah tetapi bodoh! Aku tanya, "apahal ko cakap macam tu?"

"Nanti ko ikut aku", balas beliau dengan muka kelat tetapi tidak ubah seperti orang yang confident memberi hujah.

Lepas makan, aku ikut dorang berkaraoke kat tingkat atas sekali Sogo. Alah, yang ada game tu... Tiba-tiba (berdebar-debar nak tahu berita selanjutnya),
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku nampak budak tu tengah main Daytona USA kat atas tu....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(kena gelak dengan member!)
Aku terus blah dengan rakus ke tingkat bawah...



Jaga ko budak!!! Aku jumpa ko kat food court tu lagi, aku kerat-kerat mulut ko!!!






Layan....

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

padam muka..hehehe
Nway yg penting kt bg ikhlas niat nak tlg..
yg len serahkan pada-Nya
harap lepas ni serik2 le ye..
jgn tertipu lg:)

admin berkata...

Siap main game?..haha...patutnya masa kat kedai game tu..

pegi sebelah dia...bagi salam banyak kali...baca al-Fatihah..minta duit..buat mcm budak tu buat awal-awal...

ntah-ntah dia leh bagi 20 hinggit..hehehe

Orang Malaysia ni mmg pemurah..

ada wartawan star pernah menyamar jadi peminta sedekah untuk sehari..dia berjaya kumpul RM1000..tapi duit tu dia sedekah kat rumah kebajikan..

kalau sebulan senang-senang dapat RM30,000.00!! dah tu tak kena income tax..

p/s:agak-agaknya berapa lah budak tu dapat yer

Dunia..dunia...

Unknown berkata...

to ano: aku xpenah serik bg duit kt peminta sedekah sbb mane tau org tu btol2 susah...

cume hari tu aku geram sgt sbb nmpak betul2 dpn mata aku!

Unknown berkata...

to nan-naga: aku pun pikir nak wat camtu tp kwn aku ckp budak2 ni ade penjage dorg.kang truk plak kene belasah.

dan aku nmpk sendiri die bg duit kutipan tu kt sorg bro yg tggu kt tgkt atas.

nnti aku pun nak try jd peminta sedekah sbb nk byr duit broadband ni! hehehe

Tanpa Nama berkata...

huhuhuhu.....
dekat kl memang banyak peminta sedekah yang menipu la..
ada cina dekat ong tai kim tu minta sedekah tapi pakai hp N95 8
GB...
wah bengang gle tau..

Unknown berkata...

to ano: ade atuk india yg slalu mintak belas ehsan kt tepi kedai makan HKL tu pun tgk HP die pakai. geram siot! aku pun pkai CSL je.. org kate zaman da berubah....

SyahNURazni berkata...

hahahahahahaha akak pun penah kena... tapi tak ler seteruk tu... ada mamat hitam nie datang minta duit... buat muka kesian tak makan setahun la... pastu akak bagi 5 ringgit... ada ker patut dia minta lagi 5 ringgit... hampeh sungguh... tak reti nak bersyukur langsung...

SyahNURazni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

to kak nur: kalo jumpe die lg, akak karate ubun2 die! mmg kuang hajo!