VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Khamis, 2 April 2009

Aku bukan hipokrit!

Ada 4 jenis kawan pada pendapat aku.

1) Kawan Biasa

Sekadar jumpa, atau pernah duduk sekelas dengan dia. Nama pun kadang-kadang tak ingat atau tak tahu langsung. Kalau jumpa, dia hai kat kita. Kita pun buat-buat kenal. Padahal sejam lepas tu baru teringat, "oh, budak ni pernah sekelas dengan aku! Patut macam kenal!". Nak buat gelak boleh, tapi time kita sedih, jangan harap dia nak sedih sama-sama.

Nombor telefon dia mungkin akan hanya ada dalam HP je..

2) Kawan Kecemasan

Sekadar untuk minta tolong je. Kalau takda apa-apa kepentingan, no telefon delete terus! Mula meroyan cari no telefon dia time nak exam atau tengah kering sebab waktu nilah dia sahaja harapan kita! Baru teringat kat si dia yang banyak duit dan banyak salin nota dari lecturer! Kira macam Kaunter Khidmat Pelanggan atau Information Counter-lah..

Nombor telefon kejap ada kejap takda dalam list buku telefon..

3) Kawan Karib

Tempat mengadu masalah dan di adu masalah.. Kadang-kadang terlupa kat mak ayah untuk cerita masalah peribadi sebab asyik cerita kat kawan je. Konon kawan lebih memahami.. (teringat mak ayah time nak duit je kot..?). Sedih sama-sama, gembira bersama, tidur, mandi, baring, tukar baju, dan makan, semua bersama-sama.

Nombor telefon ada dalam list Activ10, 8pax, or Friends and Family...

4) Bekas Kawan

Kalau boleh, jumpa je terus rasa macam nak tumbuk. Kalau perempuan rasa nak cakar manjang.. Dah tak boleh ngam! Kalau dulu makan bersuap, kini makan berasap jer.. Padahal gaduh sebab hal kecik je.. Gaduh sebab masuk kelab debat ada. Gaduh sebab tak puas hati komen dalam blog pun ada.

Nombor telefon jangan kata nak buang, kalau boleh nak kikis simkad tu biar takda bekas langsung. No more activ10, no more 8pax, and no more F&F.



Jadi, ko rasa ko jenis yang mana? Aku dah biasa jadi yang no 2! Hehehe..






Layan...

7 ulasan:

Hazhari Ismail berkata...

Eh, apasal bekas kawan tu.

makan dalam nampak.

selalu kenakan org..

sengal

Unknown berkata...

terase apsal?

lala~

Seladang berkata...

Kayrolldin !

Koi tambah sikit boleh?

1) Kawan di kedai kopi.
2) Kawan sampai pintu pagar.
3) Kawan sampai ke dalam rumah.

Tapi tidak ada kawan yang boleh masuk bilik tidur kita kecuali kita dalam keudzuran yang tenat !

Unknown berkata...

to seladang, hahaha! rakus.. huh

Ertyqa~ berkata...

i no 2 kot..
kwn tegur2 gitu2..
hehehe

Ertyqa~ berkata...

eh silap2..
no 1 la..
tp kn,no 3 pown ade..
hehehe

Unknown berkata...

to ertyqa:

beselah tu. kdg2 jd no 1. kdg2 no 2...

hhuhuhueee