VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 1 April 2009

Perempuan boleh pakai tudung ek...?

Kosmo, 1 April 2009.

Uniform tudung anggota bomba diperkenal di England

LINCOLN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Lincolnshire, England memperkenalkan uniform bertudung khusus yang sesuai bagi kegunaan anggota bomba wanita beragama Islam di jabatan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Langkah itu dilaksanakan untuk menarik lebih ramai anggota baru tanpa mengira latar kaum dan agama supaya berkhidmat dalam agensi tersebut.

Seragam baru itu yang lengkap dengan tudung memenuhi tuntutan Islam diuji oleh seorang anggota bomba wanita Lincolnshire, Julie Smith pada Ahad lepas.

"Ia berwarna kuning dan amat selesa," katanya.

Ketua Pegawai Bomba Lincolnshire, Mike Thomas berkata, uniform itu akan melenyapkan imej tradisi bahawa anggota bomba sinonim dengan pekerjaan penduduk kulit putih.

"Kami berharap seragam baru ini akan menggalakkan wanita dari berbagai etnik supaya menyertai kami kerana mereka boleh menjadi contoh terbaik kepada masyarakat," katanya. - Agensi

2 ulasan:

Hazhari Ismail berkata...

Bagus r. Negara bukan Islam dah emphasize bende tuh. Dah aware yg Muslimah2 kita boleh buat anything while follow the syariah.

Kat M'sia, ade yg tak sedar diri. Dah tau Islam tp pura2 lupe malas pakai tudung. Konon melecehkan dan tidak menyelesakan.

Lg gila, bile ade company yg taknak pekerja pakai tudung bile bekerja. WTH.. Lg2 company non Muslim. Ceih..

Unknown berkata...

betul tu. terutama company kt bukit bintang and KLCC. terang2 suruh bkk tudung.

dorg pkir pkai tudung tak market. menganiaya org bertudung!

kat dubai lg tak boleh!