VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 15 Mei 2009

Minggu yang memenatkan..

Aku sekarang agak payah nak update blog sebab kelajuan internet-ku TERLALU perlahan di Putrajaya. Aku saja nak bagi tahu kat semua orang bahawa Putrajaya masih dalam proses membangun. Mungkin sesetengah tempat coverage telefon dan internet kuat, sesetengah tempat pulak kadang-kadang terus takda. (apa aku merepek ni...?)

Balik kepada tajuk entri. Memang terlau memenatkan. Minggu lepas, aku menjadi PEGAWAI PENGIRING (hahaha, riak dan takbur jawatan ku!) kepada rakan aku yang menjadi peserta Pidato Rakan Muda IPT bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Selama 4 hari 3 malam kami berbandar eh berkampung di sana. Dalam menjawat jawatan sebagai pegawai pengiring sementara tu, aku perlu berkejar ke Putrajaya 2 hari berturut-turut sebab nak selesaikan segala dokumen untuk temuduga nanti (sempat lagi tangkap gambar kat Alamanda untuk temuduga tu!). Pergi hari Jumaat, balik Isnin tanpa dirancang langsung! Busy kan? Muahahah!!!

Isnin tak jadi balik Putrajaya, terus ke rumah sewa kemas barang-barang sebab nak pindah. Tidur tengahari. Petang pergi kolej selesaikan duit yuran, apply pulak untuk full transcript. Selesai pukul 6 ptg. Busy kan? Muahahaha!!

Hari Rabu, exam MUET berjalan dari pukul 7.30 a.m (padahal sampai kul 8.00 p.m). Habis pukul 12 aku terus balik rumah sewa sambung kemas barang. Lepas tu kawan baik aku sampai dari Melaka kitorang terus balik Putrjaya. Busy kan? Muahahaha!!

Rehat-rehat malam tu balik KL semula dengan sahabat tadi sebab nak amik barang yang dah packing petang tadi. Kemas punya kemas, dah cecah pukul 1 pagi.. Terus gerak balik Putrajaya. Sampai pukul 2 pagi. Kemas barang bawak naik atas rumah tingkat 6. Habis pada pukul 3 a.m dan terus tidur.... Busy kan? Muahahaha!!!

Pukul 6 a.m, bangun bersiap apa yang patut untuk hari temuduga. Naik motor sahabat. Sampai SMK Presint 18 pukul 7.30, makhluk tuhan seramai 300 lebih dah siap beratur. Habislah aku! Tapi dah rezeki untuk yang kacak, aku dan sahabat jadi kumpulan pertama masuk bilik temuduga. Hahahaha, interview serentak 10 orang sekaligus! Sejam di interview! Hambik ko! Leper bontot aku duduk lama-lama! Pukul 10.30 dah selesai. Keluar je kat kawasan berkumpul tadi, aku tengok dah macam nak audition American Idol atau Akademi Fantasia pulak! Ada la dalam 3000 orang dah siap berkumpul dengan sijil masing-masing. Ada gak yang baru nak datang! Rasalah, malam karang baru masuk bilik interview. Muahahaha!!! Berlagak! Busy kan? Muahahaah!!!

Pukul 2 ptg, kawan baik aku yang interview sama-sama tadi, balik Melaka semula. Jadi, tidur je la sampai petang.. Bapak aku call suruh amik mak aku kat office. Balik jalan jem teruk. Yes, Putrajaya jem petang-petang! Pastu, terjadilah kemalangan yang melibat kereta mak aku dan dua buah kereta lain. Syukur kereta kami kemik-kemik manja je.. Kereta belakang pun ok jer... tapi kereta ketiga kemik teruk kat bahagian enjin. Malam tu buat report kat balai. Busy kan? Muahahaha!!!

Apa entah mimpi aku tulis pasal menda nih! Apa-apa pun, minggu ni memang minggu yang amat memenatkan...




Layan je lah.....!!!!

2 ulasan:

Hazhari Ismail berkata...

tulis diari ke wahai PEGAWAI PENGIRING.

ish, over lak tulis PEGAWAI. pengiring sudah la. hahhaha.


org suh masuk jd peserta taknak. haha

Unknown berkata...

aie:

diam2 suda.. aku yg bersusah payah, so pegawai adalah nama yg terbaik.