Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 15 September 2009

Rejam dilaksana di Aceh


GAMBAR menunjukkan seorang wanita berjalan melintasi peringatan yang meminta orang ramai memakai pakaian Muslim di Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Aceh kelmarin.


BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.

“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.

Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.

“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.

Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

– AFP


kosmo online - 15.09.2009

2 ulasan:

keta sport biru berkata...

kt m'sia pun ptut laksanakn hukum hudud.cuma halangan utama adalah pemimpin2 kta yg byk wt maksiat tkut nk laksanakn sbb tkut nnt dorg kena. xpe hukuman dunia bleh lps, tp kt akhirat nnt la korg........

kayrolldin berkata...

ada plak yang ckp kita tak sesuai laksanakan hukuman tu sbb kita ni multi racial. multiracial tang mana kalau benda tu hanya utk org islam! yg lain tak kena pon!