VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Khamis, 13 Januari 2011

Tokek digilai pemburu haram



KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.

Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.

Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.

Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.

Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.

Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.

Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.





p/s: Ada sorang budak Setiawan, Perak dapat RM2.5 juta sebab jual natang ni. Betul ker?




Layan...

2 ulasan:

Tokek Sabah berkata...

Salam kenal.
Rasanya tak perlu memburu kat hutan kalau nak cari tokek ni. kat dalam rumah pun boleh dapat jumpa tokek. Lebih-lebih lagi untuk rumah yang dekat dengan hutan belukar macam rumah saya. Lagipun mana ada pemburu halal untuk tokek. Kerajaan tidak ada menyediakan lesen untuk mencari tokek.

Daripada:
Zezebel.

Unknown berkata...

budak yang jumpa tokek tu ckp, dia jumpa sblh dalam kawasan kebun sawit. xtau la dia yg ckp atau x. hehehe

thx..