VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Ahad, 22 Mei 2011

Al Fatihah untuk pelajar-pelajar tahfiz At-Taqwa..

Sedih bila mendengar berita mengenai tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 16 orang pelajar tahfiz At-Taqwa.. Hilanglah sedikit demi sedikit pewaris Al-Quran dari muka bumi ini.. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. Mungkin inilah petanda yang Allah dan Nabi Muhammad janjikan untuk umat manusia di akhir zaman ini..

Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

berita sila klik link ini

Layan...

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru


"SELAMAT HARI GURU

kepada Semua Guru di seluruh dunia yang tak

jemu-jemu mendidik dan membimbing kami selama ini sehingga kami dapat berdiri dengan sendirinya"


ISNIN, 16 MEI 2011



p/s: Apa aku tulis nih? Selamat Hari Guru...




Layan....

Isnin, 9 Mei 2011

Review Filem-Filem Seram (setakat Mei 2011)

- Senjakala -



Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.

Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Apakah yang berlaku seterusnya?


Komen aku: Aku pun tak tahu apa yang hendak disampaikan oleh pengarah filem ni kepada penonton. Banyak sangat cacatnya. Terkejut jugak aku Ahmad Idham boleh buat filem teruk camni! Filem ni agak merepek jalan ceritanya. Walaupun ia adalah filem seram dan harus dianggap tahyul tetapi pengarah tidak seharusnya mengabaikan kelogikan jalan ceritanya. Sebagai contoh, eh jap-jap. Contoh tu banyak sangat. Korang tengoklah sendiri. Malas nak terangkan.


Korang ada saka tak? Huhuhu


- Penunggu Istana -



Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.


Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Komen aku: Sesuatu yang baru dan belum lagi filem Malaysia buat camni. Kalau nak ikutkan, filem ni memang seram walaupun kita tak nampak apa yang kita seramkan tu. Perasaan berdebar-debar sepanjang menonton filem ni tak pernah berhenti. Kita nak tahu apa yang jadi seterusnya. Tetapi yang menjadi masalah dia adalah, semua itu hanya lakonan tidak seperti yang Uncle Seekers uar-uarkan dalam blog beliau. Mula-mula kita nampak seperti real tetapi bila nak habis filem ni, semakin ketara ketidak logikan dan nampak sangat lakonan. Ada pulak kru filem ternampakkan kepala (bayang-bayang kot) kat kamera. Pastu, dah tahu kawan hilang, pergilah keluar mintak bantuan bukan meraung-raung dalam tu. Betul tak?


So, janganlah menipu penonton dengan mengatakan rakaman sebenar. Siap guna nama polis lagi tu. Kalau cakap perkara sebenar pun penonton masih akan jenguk jika memang filem itu berkualiti. Tapi memang sungguh mendebarkan. Takda pun nampak hantu tapi feeling-feeling nampak hantu tu yang buat takut. Hahaha. Watak Amar tidak mati ye seperti dalam filem ni sebab aku baru je add Faceboook dia dan chat dengan dia. Muahahaha!





- Momok Jangan Panggil Aku -



Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku. Apakah yang cuba disampaikan oleh filem ni?

Komen aku: 3-4 cerita hantu digabungkan dalam sebuah filem memang menjadi tren sejak kebelakangan ni. Bagi aku cerita ni agak best sebab cara hantu-hantu tu keluar mengejutkan penonton agak memeranjatkan. Ada jugak penonton (perempuan opkos) menjerit histeria - tipu je - apabila hantu muncul. Takda hantu pun dia jerit gak. nampak gedik. Muahahah. Kostum dan make-up memang bagus. Jalan cerita je yang aku rasa agak pelik. Kejap pelakon ni nampak penakut kejap nampak berani sangat. Tapi lebih kepada santai seolah-olah hantu ni dah biasa jumpa.


Uncle Seekers pun ada gak berlakon dalam filem ni dan lakonan beliau aku rasa memang menaikkan mood penonton berbanding lakonan M. Jamil yang nampak poyo. Baru aku tahu polong dan penanggal tu sama jenis... (ngarut) Lawak-lawak yang diselitkan memang menjadi. Tahniah.


- Seru -



Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.

Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak..... (proses pemujaan)


Komen aku: Sungguh kreatif. Tahniah kepada kedua-dua pengarah filem ni kerana berjaya membuatkan aku keluar wayang tanpa mencarut-carut tak paham jalan cerita. Mula-mula memang dah seram. Ingatkan cerita hantu dah terus mula. Rupa-rupanya itu hanya lakonan sebab cerita sebenar adalah membabitkan kru filem itu sendiri. Nora Danish memang hot mama. Hahahah keluar tajuk pulak.


Kita bukan disajikan dengan hantu tetapi manusia yang dirasuk hantu (syaitan). Betul-betul boleh membuatkan orang yang lemah semangat terkincit atau terberry dengan lancar.. Lakonan Nisha Dirr (betul ke eja) memang superb sebab pandai buat mimik muka kena rasuk. Tetapi... tetap ada tetapinya... Hahahaha kamera sepatutnya fokus kepada belakang pelakon (seolah-olah dari mata penonton - apa aku cakap ni?) sebab sepanjang filem ni, kamera menggunakan teknik apa ntah nama dia dan yang aku paham, dorang pegang kamera ni. Jadi, visual nampak hidup dan tidak statik. Apa yang jadi dalam filem ni, kamera seolah-olah mendahului pelakon apabila time berjalan, berlari dan macam-macam lagi. Ada ke kalau korang dalam keadaan cemas dan takut, pastu kena pulak ambik gambar orang (kru filem), korang ambik dalam keadaan berundur atau menyenget? Mesti amik dari belakang orang tu sebab korang pun nak tahu apa yang berlaku kat depan orang tu kan? Tengah berundur nak ambik gambar orang, kang tak pasal-pasal korang pulak yang kena bunuh. Tu ikut logik la..


Pelakon semua mati (kot la). Apa jadi dengan video tu? Harap-harap ada sambungan atau sekuel.






- Dilarang Masuk -




Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh, kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.

Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia, rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ? Sama-sama la kita nantikan cerita ini di pawagam..





Komen aku: Aku tak paham sangat cerita ni. Yang aku tahu bukan cerita hantu. Tetapi kisah pembunuhan kejam. Yang seram adalah bagaimana perasaan kita untuk selamatkan diri apabila dikejar pembunh yang kita tak nampak. Memang mendebarkan. Yang last, aku memang tak paham sebab pelakon + pelakon pembantu macam Mr. Bean perangai. Cakap ntah pape pastu berlagak seolah-olah tengah bersajak atau berpuisi.


Lebih kepada pemerdagangan manusia kot. Tapi memang tak paham. Aku pun tak tahu apa yang aku takutkan sangat. Hahahaha. ada jugak yang tak logik. Beselah filem. Tapi korang kena ingat apabila filem ni jenis yang serius, kelogikan (betul ke bahasa den ni?) perlu diambil berat. Kalau filem Naurto, Cicak Man atau fiksyen aku maafkan. Ok?



p/s: Aku taknak bagi bintang. Malas nak ambik kalkulator.








Layan.......

Pulanglah, ayahmu merinduimu..

Kepada rakan-rakan, sila hebahkan kisah ini kepada yang lain..

Sila lawat blog ini.




Layan...

Jumaat, 6 Mei 2011

Tarikh Hari Ibu 2011 Seluruh Dunia

Dicedok dari web, TOPOTATO.com


Ye aku sedar post ini masih terlalu awal untuk diterbitkan haha tapi rasanya bagus jugak kalau korang tahu tarikh hari ibu ni awal-awal. Boleh la nanti nak kumpul duit untuk dijadikan hadiah hari ibu ke. Kepada yang tidak tahu, tarikh hari ibu adalah tidak tetap pada setiap tahun dan ia juga berbeza bagi beberapa negara. Dalam post ini aku ingin kongsikan tarikh sambutan hari ibu di seluruh dunia untuk tahun 2011. Semoga dapat manfaat bersama

8 Mei 2011 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei)

bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

24 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei)

bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011

bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2011

bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2011 di Indonesia
Kalau dikira dan dicongak ada tak sampai sebulan untuk sambut hari ibu. Kalau sesiapa yang ada niat nak beri ibu mereka hadiah boleh la start ikat perut dan menabung dari sekarang .










Layan.....

Khamis, 5 Mei 2011

Peraduan Untuk Anda (1) - update!




Update: Tarikh 'contest' dilanjutkan dan hadiah dinaikkan kepada TOP UP RM30!!


Salam sahabat blogger sekalian..

Untuk pertama kali, blog ini telah mengadakan peraduan menulis cerita lawak. Syarat-syarat:

- Terbuka kepada semua, tak kira ada blog atau tidak.
- Blogger baru amat-amat dialukan.
- Cerita lawak yang ditulis perlulah mudah untuk difahami lawaknya, kalau boleh ringkas sahaja.
- Cerita lawak perlulah pengalaman sendiri. (kalau korang tipu pun mana aku tau kan? hehehe)
- Gaya penulisan adalah bebas tetapi lawak seperti pak pandir atau mat jenin tidak akan dilayan.
- Keputusan adalah berdasarkan pilihan ADMIN dan top 3 adalah berdasarkan undian rakan-rakan ADMIN. (hahahaha - muktamad))
- Tarikh tutup adalah 16.05.2011 (ISNIN - 11.59 p.m)
- Keputusan akan diumumkan pada RABU, 18.05.2011, jam 1.00 p.m.
- Semua penyertaan perlulah di emailkan ke, kayrolldin@yahoo.com dengan tajuk email "Peraduan Untuk Anda (1) - Tajuk Cerita Anda".
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan di bahagian komen entri ini.
- Cerita yang ditaip di ruangan komen akan dijadikan hiasan sahaja. Muahahaha!!
- Hadiah? Untuk permulaan ini, top up bernilai RM30 (untuk semua telco) ditawarkan. (hadiah tidaklah mewah sangat sebab penaja sorang sahaja untuk permulaan ni. Sebab itu jugalah peraduan ini tersangatlah senang!)
- Pemenang adalah seorang sahaja. Tiada tempat kedua dan ketiga serta seterusnya. Hahaha.
- Pemenang akan di hubungi kemudian.
- Setuju? Cepat!!!!!!!!






p/s: Peraduan Untuk Anda (2) akan menyusul... tunggu..... Jangan nak komplen pasal hadiah ye... bersyukur dengan apa yang ada... hahahah.

p/s; Hebah-hebahkanlah...


Layan......