VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Khamis, 8 Januari 2015

IOI City Mall, Putrajaya (buang belakang)

Assalamualaikum

Aku dan adik-adik berkesempatan untuk "merasmikan" pusat beli belah terbaru ni. Hahahah poyo. Kami pergi masa hari pertama pembukaannya, November 2014 yang lepas. Pergi waktu malam. Masa ni kedai belum buka semua. Adalah kedai-kedai besar. Tapi orang ramai sangat masa tu. Maklumlah "mall" baru. Semua taknak ketinggalan. Jadi, layanlah gambar-gambar dulu... Heheheh

Eskelator dari kawasan parking

Gunting rambut yang dah naik harga. Hahahah

Adik bongsu, Ahmad Ghazni

Kawasan yang luas untuk dilalui. Selesa.

Pertama kali dengar nama kedai ni. Maaf ye...

Untuk peminat gajet

Parkson pun ada. Rasa-rasanya ni cawangan yang ke-40 buah. Banyak!

Amirah, Ghazni dan aku

Jenama antara bangsa memang banyak dibuka

Pemandangan ruang legar "mall" atau center court



Mana-mana pun ada jenama ni.
Macam taman tema tapi bukan. Hahaha tempat untuk aktiviti lasak seperti wall climbing dan seangkatan. Harga lebih kurang RM75 seorang. main sampai lebam.
Distric 21


Ice skating. Sebesar saiz Olimpik. Harga pun taklah mahal dalam RM35 sorang termasuk stokin, kasut dan sarung tangan. (lebih kurang harga)



Masa ni lagi sebulan nak Krismas. (awal betul pasang dekorasi)

Tesco berkonsep mewah dan urban. Rasa-rasanya, inilah Tesco berkonsep baru yang pertama di Malaysia. Walaupun  nampak eksklusif tapi harga tetap sama. Tesco IOI City Mall. 

Alat kelengkapan rumah, HOME PRO IOI City Mall. MAcam konsep IKEA je. Macam-macam barang rumah ada dijual.


Kesimpulan:

  1. Kawasan yang luas dan terlalu banyak kedai untuk dijenguk
  2. Berkonsep mewah dan setanding Pavilion KL tetapi pada harga patut.
  3. Kedai makan/restoran pun banyak tak susah nak cari makan
  4. Banyak juga booth-booth yang jual makanan dan barang-barang jadi jangan cakap kau tak tahu nak beli apa bila datang kononnya takda pilihan,. Hehehe
  5. Tandas yang besar, selesa, bersih serta moden.
  6. Kawasan parking pun banyak dan mudah untuk akses ke dalam "mall"
  7. Kedai gajet pun banyak. Jenama terkenal seperti Sony, Samsung, Apple, dan pelbagai lagi.
  8. Maxis, dan Digi pun ada


Boleh ditambah baik:

  1. Kerusi roda untuk OKU dan warga Emas. Sediakan dengan banyak.
  2. Eskelator untuk troli dan kerusi roda sebab lif yang ada tidak mencukupi dan ruang dalaman yang tidak mesra pengguna kerusi roda. Lif selalu penuh. Susah nak bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat.
  3. Kurang papan tanda penunjuk arah
  4. Tandas yang jauh-jauh satu sama lain.
  5. Penggunaan bahasa kebangsaan yang kurang. Pihak pengurusan perlu peka kepada pelanggan Malaysia, bukan dari negara China dan Kulit Putih sahaja.
  6. Kawasan parking yang amat kotor dan berdebu. Sentiasa basah. Selepas 2 minggu pergi pun keadaan macam hari pertama beroperasi.
  7. Kaunter pertanyaan jauh dan terletak di tingkat satu. 
  8. Lantai licin dan tidak sesuai untuk kanak-kanak
  9. Kurang kedai makan berstatus HALAL.
  10. Eskelator tidak berada betul-betul hujung kompleks. Maksudnya, sedikit ke tengah. Ini akan menyebabkan orang ramai malas nak jalan ke hujung sebab eskelator takda padahal ada 2-3 kedai lagi kat hujung tu.



Setakat ni itu sahaja. Layan................

2 ulasan:

Hanis Amanina berkata...

woah, tesco ada, parkson pun ada, memang besar sangat ni :)

kurang makanan status halal ek? hmm, kena hati2 la

Unknown berkata...

memang besar sgt... puas la jalan... makananan halal katanya akan ditambah. tak tahula bila.