VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 14 Januari 2015

Kenangan 2013 dan 2014

Assalamualaikum...



Semenjak laptop rosak ni, dah jarang sangat dapat tengok semula + edit gambar-gambar yang diambil sebagai kenangan. Nak belek kat hp, malas + skrin kecik. Tadi, bila ada masa terluang kat opis setelah semua kerja untuk hari ni selesai, barulah berkesempatan nak belek. Terkejut jugak aku, rupanya dalam dua tahun ni, 2013 dan 2014 banyak tempat aku berpeluang untuk pergi. Aku akui, semenjak kenal dengan Abang Wan, aku selalu berpeluang bercuti terutama ke Kelantan. Dalam setahun mesti 3-4 kali pergi. Cuma masalah aku payah nak ingat nama tempat dan jalan. Selagi ada peluang kan.... redah je... huhuhuh 




Langkawi - Januari 2013
Ikut bos mesyuarat kat Pusat Koreksional Langkawi sambil tu jalan-jalan + shopping coklat. Adalah sikit kain batik untuk mak, pelikat untuk abah. Tak reti beli barang sangat. Berbelas tahun tak pergi. Kalau masa kecik, memang rajin pergi sebab abah memang suka Langkawi. Dalam setahun 2 kali biasa kami pergi. Banyak betul perubahan terutama dari segi harga. Hehehehe




Johor - Februari 2013
Duk depan pintu Legoland je... Tak masuk sebab tak berminat. Hahaha padahal tiket mahal. Lagipun lawatan ni tak dirancang. JB 5 tahun tak pergi sebelum tu.




Cameron Highlands - Mac 2013
Pertama kali dalam hidup naik atas ni. Puas hati berjalan. Sebenarnya ni pun salah satu trip yang tak dirancang. Asalnya pergi Kelantan, singgah dalam perjalanan balik ke KL. Tak tidur pun sini. Insyaallah akan pergi lagi tahun ni.



Kota Kinabalu, Sabah - Mei 2013 (Pertama kali)
Masa ni lagi beberapa hari nak pilihanraya. Jadi keadaan sedikit meriah dengan parti-parti politik berkempen. Masa ni tak berjalan sangat. Hanya sekitar KK dan Pulau Manukan. 4 hari 3 malam. Hahahah.. Rasa menyesal sikit.




Kota Kinabalu - Kundasang, Sabah - September 2013 
(Kali Kedua)
Haaaaa gila tak. Dalam setahun 2 kali pergi Sabah. Kali ni puas berjalan sipa sewa kereta. Balas dendam sebab kali pertama tak puas jalan. Nanti nak pergi lagi sebab Sabah tersangat cantik.




Alor Star, Kedah - Oktober 2013
Perjalanan ni ambil masa seminggu sempena Hari Raya Aidiladha. Orang lain berkumpul kat rumah mak abah, aku dan kawan-kawan jalan merata sebab nak merasa raya tempat orang. Trip ni bermula di Kedah, Pulau Pinang, Dan Perlis. Seterusnya ke Kelantan dan Pahang. Hehehe. Kedah dah lama jugak tak jejak. Kali terakhir masa pertandingan debat antara institut pengajian. Tahun 2008 tu...




Pulau Pinang - Oktober 2013
Bukit Bendera ni kali pertama naik. Memang sejuk je. Sambungan perjalanan dari Kedah. Kami pergi ke Kedah dulu baru turun ke Pulau Pinang sebab nak ke Kelantan pulak lepas tu. Pergi PP kali terakhir masa zaman sekolah dengan famili. Lepas tu lalu je tak pernah singgah pulau. Perghhh jalan teruk jem.



Pasar Rantau Panjang, Kelantan - Oktober 2013
Seterusnya ke Kelantan. Dah biasa pergi cuma belum lagi pergi masa hari raya haji. Puas makan-makan. Waktu puasa lagi best. Banyak pilihan makanan. Perghhhh tak boleh lupa.



Hat Yai, Songkhla, Thailand - Disember 2013
Hehehe dah pernah cerita sebelum ni....



Jakarta - Februari 2014 - Pertama Kali (Bundaran HI)
Trip yang tak dirancang langsung!! Tengok Acap update status, akan berangkat ke Jakarta hari selasa bersama mak dan adik dia. Terus call tanya boleh join tak. Masa tu Ahad. Dia cakap boleh tapi kena join sekali dengan geng marhaban mak dia. Aku cakap no problem. Hehehe terus beli tiket tengahari tu dan terbang pada selasa. Aku pergi sorang je sebab Acap sampai petang. Aku terbeli tiket pagi sampai Jakarta kul 8 pagi. Perghhh terus naik teksi cari hotel. Alhamdulillah jumpa.. Masa ni shopping gila-gila jugak sebab trip dengan geng-geng mak cik. Miahahaha



Kuching - April 2014
Sama juga. Trip yang tak dirancang. Abang Aziz cakap ada kenduri sempena kelahiran anak-anak buah. Kampung dia kat Sarawak. Dia saja pelawa aku nak pergi ke tak.. Aku cakap ok je. Isnin tanya, Ahad nak terbang. Hehehe terus beli petang tu jugak. Dia ajak kawan sebab isteri dan anak-anak tak dapat ikut, tiket mahal. Jalan-jalan dengan puas sebab ada orang Sarawak bawak jalan. 
Terima Kasih Abang Aziz.



Jakarta - Bandung - Jakarta - Mei 2014 (Kali kedua)
Hahahaha trip yang dirancang selepas balik dari trip pertama. Balik KL esoknya tengok ada tiket murah lagi. Terus bedal. Cuma kali ni terus ke Bandung. Tiba di Jakarta terus ke Bandung naik van. Murah je. Pergi dengan Abang Wan dan dia yang paling seronok shopping sebab harga kain murah-murah. Aku ikut je. Kejadian yang tak dapat dilupakan: hampir disamun di Bandung,. Jadi sedikit serik nak ke sana lagi. Huhuhuhu



Kota Bharu - September 2014
Alhamdulillah dapat bawak mak abah dan adik-adik ke Kota Bharu akhirnya sebab sebelum ni selalu pergi dengan member. Kali ni bawak famili. Terima kasih AirAsia sebab ada tiket murah. Huhuhuh sewa kereta pun murah. Trip ni adalah trip yang ke berapa entah bersama famili. Sebelum ni pernah pergi tapi berbelas tahun dahulu. Jadi terubat kerinduan mak abah nak ke sini. Sempat lagi singgah rumah famili Abang Wan. Kahah kahaha




Kuching - Oktober 2014 (kali kedua)
Juga sempena Raya Haji, dan juga sebab terbeli tiket time raya. Terlalu teruja tengok tiket murah yang dibeli semenjak bulan Mac 2014. Lagi sebulan nak terbang barulah perasan time hari raya haji. Hehehehe sedih je... Jalan dengan Din, sahabat baik aku. Pergi Sabah pun dengan dia. 




Phuket - November 2014
Trip terakhir untuk penutup tahun 2014. Beli tiket murah jugak tapi bulan September 201. Hehehe TERIMA KASIH AIRASIA. Hehehe



Alhamdulillah Allah bagi peluang kat aku merasa pergi macam-macam tempat. Rezeki aku murah tahun 2013 dan 2014. Aku berharap sangat aku berpeluang pergi Mekah sebab pernah termimpi pergi sana. Dan mimpi tu rasa macam real sangat. Doakan aku berjaya kumpul duit tahun ni sebab cadang nak pergi tahun depan, 2016 Insyaallah. Buat umrah dulu... Amin amin... 


Layan....................