Assalamualaikum....
Hari Selasa lepas, 20 Januari 2015 adalah hari lahir aku yang ke-??... Hehehe masih muda cuma bertambah umur. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk tengok dunia ni. Kebetulan lepas balik dari opis (dapat cuti kerana lelah tu), aku terlelap sebab makan ubat. Sedar-sedar dah pukul 5 petang.
Kebetulan lagi dapat call dari Abang Noraidi cakap nak belanja makan sempena hari lahir aku. Kebetulan-kebetulan lagi hari tu dia free sebab esoknya tak jadi meniaga (abang ni jual nasi lemak kukus yang teramat sedap di Medan Selera Down Town Cheras bersama rakan kongsi, Abang Ramlee dan aku pelaggan tetap dorang). Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku terus bersiap untuk ke rumah Abang Noraidi kat Kajang. hew hew
Ajak sekali Abang Wan supaya lebih meriah. Sampai sana lepak-lepak jap terus ke Taman Kosas Ampang ambik Ustaz Fuad pulak (Ustaz yang mengajar kat Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul Ulum (rujuk link). Jadi semuanya 5 orang yang besar gedabak naik sebuah kereta. Huhuhu
Lokasi makan malam kami adalah di
Fiske Steakhouse, AU2 Keramat.
Link Facebook
Lokasi : Fiske Steakhouse
Dari kiri, Abang Ramlee, Ustaz Fuad, Abang Wan, Abang Noraidi dan aku.
Breaded Chicken Chop + Salad + Fries.
Memang sedap!
Kek segera ni ada jual jugak kat restoran ni. Ustaz Fuad belikan cuma tak tahu namanya. Makan je tau. Hehehe
Garlic Bread with Mushroom soup.
Nampak biasa tapi rasa amat berbeza dengan yang lain.
Speghetti Cheese
Sedikit muak kalau nak habiskan. Sedap memang sedaplah.
Melayan perasaan Abang Wan ni... asyik dengan HP. kui kui kui
Secara keseluruhan restoran ni bagus, makanan sedap. Cuma bila orang terlalu ramai kau akan jadi kurang selesa dan rasa nak pengsan. Mungkin kebetulan hari tu aku kurang sihat kut. (banyaknya kebetulan kan). Harga boleh tahan mahal. Hehehe gulp... takpa orang belanja kan...
Yang ni gambar bersumberkan Google.
Layan..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan