VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Khamis, 22 Januari 2015

Jakarta, 2014 (Pertama Kali)

Persediaan rapi sebelum berangkat. Huhuhuhuhu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Episod kali ini, saya akan membawakan kepada anda pengalaman pertama saya ke Jakarta pada 11-13 Februari 2014 (Selasa hingga Khamis) - poyo. Hehehe... Tapi ni memang kali pertama sebab ada kali kedua pulak. Hahaha. Percutian ke Jakarta tidak dirancang langsung. Tiket pun beli 2 hari sebelum berlepas. Bila dengar je Acap dan Geng Marhaban mak dia nak ke Jakarta, aku terus tanya boleh join ke tak? Bila Acap bagi lampu hijau terus beli tiket AirAsia berharga RM350 untuk perjalanan pergi balik. Betul-betul nekad ni. Hehehe. Hari Isnin dengan selamba mohon cuti untuk 3 hari sekaligus. Ceh

Kebetulan waktu penerbangan yang masih ada adalah jam 6.30 pagi (Selasa). Seawal jam 4 pagi aku dah tercongok kat LCCT dihantar oleh Abang Wan. Hiks. Dan kebetulan juga, baru teringat yang Acap and The Geng naik MAS, bukan AirAsia. Habis aku. Dan nak tambah kebetulan lagi, waktu penerbangan dorang jam 12 tengahari. Haaaaaabisssss aku.... kata dalam hati. Aku tak terpikir pulak nak tanya Acap awal-awal naik flight apa. Takpalah, Acap dah bagi tahu nama hotel yang aku kena cari kat Jakarta area Tanah Abang. Jadi bukan masalah.

Hari Pertama

Tepat jam 8.30 (waktu tempatan), pesawat berjaya mendarat di 
Alhamdulillah.Terminal 3 (Terminal baru untuk penerbangan tambang murah)



Beratur nak cop passport. Macam biasa orang kita melambak kat sini termasuk dari Brunei dan Singapura. Borang berkotak tu kita kena isi siap-siap dalam flight sebab taknak buang masa isi borang kat sini. Beratur panjang tapi takdalah tunggu lama. 



Suasana dalam Terminal 3



Suasana dalam teksi Blue Bird (warna biru). Keluar je dari terminal bersepah teksi ni menunggu. Elakkan menggunakan perkhidmatan lain ke Bandar Jakarta selain teksi biru ni sebab takut kena tipu. Harga teksi ni dah ditetapkan. Bayaran ikut meter. Caj dari terminal 3 ke hotel di Tanah Abang lebih kurang RM25 - RM27. Bergantung kepada trafik. Agak murah nak bandingkan dengan teksi di negara kita. (Aku pernah kena dari LCCT ke KLIA RM45.50)



Ada jugak plaza tol sebelum nak sampai ke bandar. Kita kena bayar sendiri. Sampai je kat plaza tol, pemandu akan minta duit. Sediakan duit kecik. Ada ke? Tak silap aku ada 2 plaza tol akan korang jumpa. Harga lebih kurang 50 sen.



Jakarta ni memang terkenal dengan jalan raya yang jem. Setiap masa jem (macet orang sana panggil). Tak tahulah macam mana dorang boleh redah jem camni. Bayangkan dekat kul 11.30 barulah sampai hotel.



Inilah hotel aku di Tanah Abang. Dekat je dengan tempat beli belah terkenal kat sini, Mall Tanah Abang. Jalan kaki je dah boleh sampai mall. Dekat jugak dengan Tamrin City, juga tempat beli belah terkenal kat sini. Nama hotel aku menginap ni Hotel Caravan, Tanah Abang. RM80 termasuk cukai untuk satu malam. Aku duk sorang je sebab Acap duk dengan mak dan adik dia. Sedihkan... Bilik ada 2 katil bujang. Eh



Menu makanan beserta harga yang boleh ditempah di restoran hotel.
(klik untuk besarkan)



Sementara tunggu Acap sampai petang nanti, aku jalan-jalan dulu sekitar hotel cari makanan sebab kelaparan. Ni pemandangan depan hotel. Jangan nak berangan Eropah bila sampai sini. Heheheh macam KL je kan... Cuma KL bersih sikit lah kalau area depan hotel. Kalau dari tingkap hotel boleh nampak Tamrin City. Tapi kalau Mall Tanah Abang tak nampak dari tingkap hotel.



Besarkan? Ada Blok A dan Blok B. Dengar cerita Blok C dalam perancangan. Perghhh!
(rujuk link)



Punnnnnnnnnnnnnn besar jugakkan? Hahahah
(rujuk link)



Sup daging yang sedap. Betul-betul depan restoran depan hotel. Agak mahal tapi berbaloi sebab banyak dia letak daging tu. Boleh makan 2 orang. Anggaran RM10 untuk sup + nasi + air sirap. Insyaallah dijamin halal.



Puas jalan-jalan cari makan pastu dalam kul 2.30 balik hotel. Harap-harap dapat jumpa Acap. Sampai je hotel aku terus kecewa sebab dapat tahu Acap dah sampai kul 1 tadi dan terus letak barang dan keluar berjalan. Tinggallah aku keseorangan lagi dengan tak tahu camna nak call Acap. Tapi betul jugak cakap Acap sebab dia akan utamakan mak dia dan geng dulu sebab aku pergi tak rancang. Huhuhu. Jadi aku teruskan berjalan ke Tamrin City jalan sorang-sorang..... Pastu ke Mall Tanah Abang.... Kebetulan nak cari selipar (serius aku pakai lagi sampai sekarang selipar murah tu) berjalan tanpa arah tujuan. Akhirnya ambik gambar jela kerja aku...



Suasana dalam Mall Tanah Abang. Memang besar gedabak. Kaki kau akan melecet kalau berjalan. Ada dua blok yang sama besar. Ada beribu (ye beribu) kedai-kedai yang jual pelbagai barangan. Jenuh nak belek semua kedai. Boleh pitam! Orang kita melambak dalam ni.



Aku terlupa nak ambik gambar-gambar dalam Tamrin City. Heheh tapi ni antara barangan yang dijual dalam ni. Bukan setakat baju, kain dan permainan, perabot juga ada dijual dalam ni. Perabot yang pelik dan unik. Harga memang macam mahal sebab dalam berbelas ribu, tapi kalau sampai Malaysia lagilah jadi berpuluh ribu.



Balik hotel dah jam 7.30 malam. Cepat masa berlalu. Merayau-rayau tanpa arah tujuan. Hahaha. Mandi bersiap nak keluar makan malam barulah terjumpa Acap kat lobi. Tak sedih kau tengok dorang nak sambung lagi berjalan. Nasib baik jumpa kat lobi kalau tak kena tinggal dah.  Hehehe

Aktiviti malam takda nak buat sangat - penat. Borak-borak sambil di temuduga oleh geng Ibu-ibu. Hehehe ada jugak soalan cepu emas. Pastu aku gi kedai runcit ni untuk beli air mineral dan sedikit biskut. Huhuh



Ambik dari blog mana ntah gambar ni. Hahaha. Namanya INDO MARET. Serius kedai ni macam KK Mart, kedai runcit moden tetapi harga super duper murah. Disebabkan aku dimomokkan dengan cerita yang mengatakan kita tak boleh bawak keluar apa-apa jenis cecair ke luar negara melalui laluan udara, jadi aku tak bawak satu habuk pun barang toiletries. Yang hotel punya aku tak puas sebab sabunnya hanyalah sebesar biskut Oreo. Badan sebesar ini mana cukup. Lagi pun aku bawak beg kecik je memuatkan baju, seluar dan ehem hem. Hiks. 
Deodorant jenama Rexona Men hanyalah RM3++. Sabun LifeBuoy RM2 sebotol kecik. Dan macam-macam lagi. Beli nak dekat 10 barang tapi habis dalam RM12 je... huhuhu lumayan.........



Sambil tu jangan lupa beli plug ni kat sana sebab nanti susah nak charge HP ke apa. 
Plug dorang lain.


Hari Kedua

Esok pagi bangun awal terus sarapan nasi goreng pebenda ntah nama dia. Sedap dan dijamin halal kata geng-geng ibu. Dorang ni kebanyakkan dah banyak kali pergi sini dan lepak hotel ni. Dorang ni kebanyakkan peniaga kat opis masing-masing. Dush! Jadi tak perlu risau katanya.

Perjalanan diteruskan ke Mall Tanah Abang dan Tamrin City, sekali lagi sebab nak repeat yang semalam punya tak habis lagi. Hahahah memang jenuh kalau ikut dorang ni. Tak kenal erti penat. Kan kan kan kan... Aku pun terjebak sama beli macam-macam untuk family dan kawan-kawan opis. Elok-elok nak jadikan percutian bajet terus melatah tengok harga yang murah. Dekat 2 juta rupiah lah jugak habis kat sini,. Hahaha sila convert sendiri ye... Kat sini kau akan automatik jadi Jutawan Rupiah. Hak hak hak

Dekat kul 1 camtu, sambung pulak perjalanan ke Mangga Dua. Adoi lagilah melecet segala celah. Hahaha kami naik teksi lebih kurang RM6 untuk ke Mangga Dua dari Tanah Abang (barang sempat hantar balik hotel). Korang jangan keliru pulak. Jakarta ni termatlah besar, Ada Jakarta Pusat, Timur, Barat, Utara, Selatan. Keluasan Jakarta ni macam dari Kuala Lumpur, bersambung ke Shah Alam dan Seremban. Itulah perbandingannya. Jadi, Magga Dua dan Tanah Abang terletak dalam 2 kawasan yang berbeza. Hehehe jadi, sila bayangkan. Trip kali ni aku hanya ke Jakarta Pusat sahaja. Mall Tanah Abang tu dalam kawasan Tanah Abang. Mangga Dua dalam kawasan Mangga Besar. Ok abaikan. Hahaha




Kawasan yang teramat luas. Ni adalah antara mall terdapat di Mangga Dua. Boleh rujuk link ini.



Suasana dalam salah sebuah mall kat sini yang dipilih oleh ibu-ibu tadi. Dorang cakap yang ni lagi best. Mall ni antara yang terawal di kawasan Mangga Dua. Rambang mata sampai nak pitam kalau tengok berang-barang murah. Tetapi banyak yang tiruan. Alah, tiruan pun buatan yang kemas dan kualiti. Hehehe yang gred A+, AA+, AAA+  bla bla bla bla



Pintu masuk bahagian paling depan. Huhuhu selebet je



Puas berjalan, mari kita menjamu selera. Ada satu yang tak best sini. Kalau makan memang kau akan kena ketuk. Mahal nak mamp**. Sebab utama adalah kita ni pelancong. Lagi-lagi, dari Malaysia pulak. Dush! Aku makan ikan goreng kicap + air sirap RM18. Ada yang kena RM20. Tips nak makan sini setelah tengok orang lain adalah, tanya dulu harga dan catit siap-siap. Hahaha serius kita kena tanya harga supaya dorang tak tipu. Lagi pun tiada langsung tanda harga yang terpamer. Dahlah nak convert duit rupiah dengan RM kena bawak kalkulator. 


Dah kul 4 petang barulah balik hotel. Jalan sentiasa jem. Tak perlu nak risau. Dorang dah lali. Hahaha sambil-sambil melayan perasaan dalam teksi tu, tiba-tiba teringat mak kat umah. Rasa nak bawak je dia jalan-jalan sini. Sob sob sob



Masa kat jalan tu, terserempak pulak kemalangan ni. Dengar cerita kereta terjunam ke dalam sungai tu. Sama jugak situasi macam kat Malaysia, ramai yang menonton. Jalan jadi jem 100%. Tak bergerak. Habbit kat sini dorang kalau memandu HON sentiasa tekan. Bingit tau!



Sambil tu akan ada pemuzik jalanan seperti ini. Elakkan dari membuka tingkap teksi. Pastikan pintu teksi sentiasa dikunci untuk keselamatan. Kalau boleh elakkan dari bersedekah kat pemuzik ni atau mana-mana pengemis sebab dalam beberapa saat je akan bilangan pemuzik ni akan jadi berbelas-belas orang. Terus jadi konsert sebelah tingkap teksi kau. Dahlah jalan jem. Huish



Balik hotel mandi-mandi dan keluar jalan-jalan sekitar Jakarta Pusat berdua je dengan Acap. Heheh esok nak balik dah.


Antara pusat beli belah yang terkenal kat Jakarta Pusat (Jakpus) dan pemandangan biasa waktu malam. Ramai yang lepak-lepak depan Mall je sebab dorang segan nak masuk dalam tu. Untuk yang mampu je katanya... Kat Malaysia semua kita bedal. Hiks. Kalau perasan, Indonesia memang suka cipta sesuatu ringkasan nama, seperti Jakpus, Monas dan pebagai lagi. Nama orang pn kalau boleh nak panggil sesingkat yang boleh macam Julia Perez jadi JUPE. Eh.



Pemandangan sekitar Bundaran HI (sebutan Ha-I) - Ni kira bulatan besar tengah-tengah nadi Jakarta. Ada hotel Hi-Season tak silap. Sebab tu nama dia camtu.



Dalam pusat beli belah Grand Indonesia. Memang tersangat mewah dekorasi dalamnya. Serba serbi keemasan warna tema. Dan barang-barang yang dijual berharga Mampu Tengok. Boleh dikatan lagi mahal dari Malaysia dan Singapura. Serius! Tak logik beg jenama POLO berharga RM1000 ke atas. Tapi ramai gila orang yang jalan-jalan dalam ni siap ada penyambut tetamu kat pintu-pintu masuk.



Pawagam dalam Grand Indoseia. Harga sama macam kat Malaysia. Ada jugak pawagam untuk orang biasa. RM2 je tiket. 



Masa ni dorang pun tengah nak siapkan projek MRT. Memang projek mega ni. Jalan bertambah jem. 24 jam.



Inilah MONAS a.k.a Monumen Nasional. Boleh rujuk link. Ramai jugak yang lepak + kedai jualan kat area ni. Tapi hati-hati penyeluk saku. Boleh naik BUS (sebutan baku), angkut-angkut (seperti Toyota Unser / pickup) dengan bayaran RM2 dari Bundaran HI tadi. Tapi sebelum naik kena tanya dulu takut tak pergi sini. Kalau waktu siang kita boleh naik kat menara tu. 



Setelah puas naik turun bas, angkut-angkut, akhirnya kami singgah McDonalds ni di Sarinah Thamrin Plaza. Boleh rujuk link ni. Heheh terasa seperti orang kaya. Semuanya anak orang berada yang makan-makan sini. Kat Malaysia tak heran makan McD ni..



Layankan gambar comel daripada aku. Huhuhu riak.
Ni sekitar Bundaran HI. Sebelum balik hotel.



Kul 2 pagi balik hotel tidur dengan nyenyaknya. 

Hari Terakhir

Esoknya, bangun awal pagi sebab nak sambung jalan lagi sekitar Tanah Abang dan Thamrin City. Ni memang jalan-jalan final sebelum nak check out jam 12 tengahari.


Inilah hasil belian kami. Hehehe datang satu beg, bila balik 18 ratus beg. Hik.


Lepas je siap semua barang-barang, terus call teksi Blue Bird dan hantar kami ke airport. Acap dan geng ibu-ibu berlepas jam 5 petang di Terminal 1 (sebab naik MAS), aku Terminal 3 (AirAsia). Waktu berlepas pulak jam 8.30 malam. Adoiiiii sorang-sorang lagi di terminal berlainan. Hehehe. Masa ni sampai terlalu awal. Jam 2 petang dah ada kat Lapangan Terbang. Jadi sambung jalan-jalan habiskan baki duit yang ada. Hew hew



Pintu masuk Terminal 3



Pastikan lorong yang betul. International yer. Korang bukan kat Malaysia. Huhuhu



Ni nama pintu berlepas. Pastikan betul-betul sebab ada banyak pintu berlepas. Sama macam kat KLIA, LCCT, KLIA2.



Masa ni dah jam 7 malam. Suasana makin sunyi tak macam siang tadi. Ni dah final tunggu flight. Masa ni Acap and The Geng dah sampai ni. Hahaha



Sedang mengelamun tunggu flight sambil minum secawan kopi susu, aku tak perasan yang pintu berlepas dah bukak... Tiba-tiba terdengar panggilan,

"Bapak (encik) Khairul Anuar Kamaruddin, sila ke Zona 2 untuk pelepasan" 



Lebih kurang camtulah. Sampai 2 kali dia panggil. Aku boleh terlupa yang kalau flight kul 8.30 malam, 7.45 kita dah kena berada dalam flight ataupun dah ready nak naik flight. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat. Amin...


Layan.........

Tiada ulasan: