Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 17 Februari 2015

MAHA 2004

Assalamualaikum

Cerita tahun lepas. Aku pergi pameran MAHA 2014 kat Serdang. Masa nak balik dari pameran tu, (skip cerita - hahaha), terserempak bebudak dalam 6 orang pakai baju Celcom jual sim kad Celcom prepaid. Mula-mula tak heran sangat, tapi bila dia jual dalam pakej kombo camni, terus terpikat. Lagi pun dia cakap, percuma internet 1gb permulaan. Hew hew hew memang itu tujuan aku, nak sim kad siap dengan pakej internet + percuma. Eh

Pertama minta IC nak ambik gambar katanya. Kedua, minta aku isi borang. Ketiga bayar. Lor, kejapnya proses. Tak sampai 10 min. Dia cakap akan daftar sim kad aku kemudian. Dalam masa 24 jam akan aktif. Maka aku pun pasrah terus balik bawak barang belian itu.


SIM KAD + PREPAID RM10 + POWER BANK = RM 50

Sampai rumah terus top up kredit yang dia bagi percuma tu kat HP lain. power bank pulak rosak memang tak boleh guna. Aduh penipu. Patutlah beria dia suruh balik caj dulu sebab taknak aku cuba depan dia nanti kantoi bagi power bank rosak. Padahal power bank baru beli mesti ada sikit kuasa. 

Esoknya, kad sim masih belum aktif. Masuk hari ke-3, aku tak boleh tunggu lagi. Pergi Colcom Center kat Alamanda tanya apa masalah kad sim tu. Terkejut. Terkejut. Tu je. Kad sim tu tak berdaftar dengan mana-mana pun... Seolah-olah kad sim tiruan. Terkejut lagi. Hahaha

Aku cuma risau IC aku disalah gunakan. Sampai hari ni dah kali ke berapa entah aku call Celcom nak semak kot-kot ada orang guna IC aku daftar kad sim lain. Alhamdulillah takda. Cuma risau dia daftar benda lain. Allah.... Risaunya...

Layan....

Tiada ulasan: