Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 6 Februari 2015

Perangai Aneh Pekerja Malaysia

Assalamualaikum

Pagi ni nak mengomel sikit + maki hamun + meluahkan rasa tak puas hati. Hari ni aku sampai lewat ke opis. Tapi bukan masuk lewat. Biasanya dalam jam 7.45 pagi dah sampai. Tadi aku sampai jam 7.55 pagi. Waktu kerja bermula jam 8.00 pagi. Kalau sampai awal, sempatlah beli makanan untuk sarapan. Jadi, disebabkan tak berapa nak awal, aku terus buat kerja apa yang patut bila sampai kat opis. Sedar-sedar je dah jam 8.45 pagi. Perut mula menyanyi riang. Kemas-kemas sikit meja, terus menuju ke cafe di tingkat bawah dengan harapan masih sempat membeli sarapan.

Dengan berhati-hati menuju ke cafe supaya tak terserempak dengan pegawai-pegawai besar (pengawas) yang bila-bila masa sahaja boleh buat laporan pasal kita. Sampai je kat cafe, terkejut aku tengok punyalah ramai makhluk berjantina jantan yang tanpa segan silu melepak sambil bergelak pontianak kat suatu sudut. Kat jari pulak, masing-masing ada sebatang rokok - padahal cafe ni kawasan larangan merokok dan berpendingin hawa. Memang jenis tak reti bahasa. Adalah dalam 7-8 orang yang melepak tu.

Aku beli makanan terus naik ke opis semula. Kecewa dan geram. Tu je yang nak melalut pagi ni. Sekian.

Kalau orang kata kita mundur + pemalas - kita marah


Layan...........

2 ulasan:

Najib Ariyan berkata...

kesian kan... bukan boleh ditegur pun... kalau kita tegur terus kena aim... dah tu bising nya kemain...

kayrolldin berkata...

betul tu. kang tegor mmg cari nahas la... smpi kita benti pon dorg tak benti cari salah kita lepas tu