Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 16 Januari 2007

Adat - Tukar!

Pernah dengar Pepatah Melayu yang mengatakan "biar mati anak jangan mati adat"?. Sebenarnya, dalam konteks Islam, anak sepatutnya lebih penting dari adat dan adat tidaklah lebih penting dari Agama Islam. Paham ka?

Sebetulnya, pepatah "expired" ni perlu ditukar kepada "biar mati adat, jangan mati agama." Betul tak? Oleh kerana adatlah, banyak masalah sosial berlaku.

Orang dulu-dulu sebenarnya tak salah sebab buat pepatah macam ni sebab diorang tak terfikir yang perangai budak-budak zaman sekarang teruk, tak macam dulu-dulu.

Sebab adatlah, bila tengok orang lain buat maksiat, segan nak tegur. Kenapa? Sebab dah biasa tengok perbuatan tu zaman sekarang.. ADATLAH...

Sebab adatlah, bila "dating" je, mesti nak pegang tangan.. Kenapa? Malu kat orang lain sebab awek ada, cantik, tapi tak boleh pegang pulak..
ADATLAH..

Sebab adatlah, sampai sekarang takda orang nak tegur orang tua yang buat salah... Kenapa? Orang tua lebih dulu makan garam.
ADATLAH..
(pepatah ni pun nak kena tukar jugak)

Tapi, kita tak boleh salahkan adat sebab, manusialah yg membuatkan adat itu salah. ADATLAH...



Layan...

2 ulasan:

adibah faatima berkata...

wah!! sungguh pedas! harap nyer org yg bace pun g mkn cili lepas nih.. aku pun terasa gak taw.. part yg xbrani tegur org tua tuh.. part lain tade yeh!!hahaha.

Tendou Souji berkata...

Setuju bro.Memang bernas dah pedas ulasan ini.