VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 16 Januari 2007

Bahasa Melayu

Cuba tengok orang Melayu sekarang? Apa yang beza? Banyak............

Actually, never mind, sorry, I dan banyak lagi perkataan Inggeris yang kita rojak buahkan dalam percakapan kita seharian. Memang tak pelik sebab dah kita dah guna lama. Yang peliknya, orang Melayu je yang suka guna perkataan ni sebab nampak gah, matang dan macho bagi lelaki. Perempuan pulak, nampak cantik, molek, moden dan bergaya. Yelah tu!!

Cuba tengok Buletin Utama di TV3 sekarang ni, kalau wartawan soal Pak Abu tentnag sesuatu perkara atau masalah, macam mana diorang balas?

Wartawan: Apa pendapat pak cik mengenai remaja yang suka lari dari rumah?

Pak Abu: (dengan angkuhnya) I think, that is masalah keluarge which we perlu avoid and, I think, that is masalah kurangnya education in agama.

Jadi, apa masalahnya dengan jawapan Pak Abu ni? Ada lagi satu contoh soalan apabila wartawan tanya pulak kat Siti Nur.

Wartwan: Apa pendapat adik tentang masalah sosial ni?

Siti Nur: I think, the kerajaan must take over lah. And, kita perlu cooperate dalam hal ni.

Takda masalah sebab tiap-tiap hari dengar kan? Yang masalahnya, tak boleh ke cakap English tu biar penuh satu ayat? Rase geli ke lidah kalau tak sebut ayat English ni? Diorang ni sebenarnya bukan tau sangat cakap tapi gatal mulut nak tunjuk moden kononnya pandai speaking.

I'm not hate English but I want people use it in proper language!

Biarlah salah cakap pun, tapi jangan berlagak dengan campurkan Bahasa Melayu dan Inggeris. Buruk sangat bunyinya. Macam kudis buta kat kaki. Bercampur aduk!Cuba pulak tengok wartawan temu ramah orang India. Dioramg ni perlu dipuji. Walaupun tergagap-gagap nak cakap, tapi cuba gak. Takda campur-campur.

Melayu, Melayu. Inggeris, Inggeris. Sedap dengar.

Menteri-menteri bangsa selain Melayu pun cuba untuk bercakap Melayu tapi kenapa orang Melayu sendiri malu? Tak percaya, tengok TV tiap-tiap hari. Dengar apa yangg diorang ni cakap kalau di temu ramah wartawan atau apa sahaja yang membabitkan parcakapan.

Siapa lagi yang nak selamatkan Bahasa Melayu kalau tidak Melayu itu sendiri?



Layan...

Tiada ulasan: