Kepada pelancong Brunei, Singapore dan Indonesia serta mereka yang memahami Bahasa Malaysia.
Jika anda ingin melawat melawat Malaysia, terutamanya tahun ini, saya ingin memberi beberapa panduan penting dan berguna kepada anda. Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai tempat dan barangan yang menarik, saya mencadangkan anda supaya membaca dan mempraktikkan panduan ini apabila anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur nanti..
Visit Malaysia 2007, Selamat Datang Dunia!!, Malaysia Truly Asia. Malaysia Boleh!!
Ketika anda masih di negara anda:
1) Pastikan anda membawa passport, visa (jika ada), kad pengenalan, segala barang2 penting, dan surat kebenaran dari suami, isteri, anak2, ibu bapa, jiran2, bos atau prisedent anda.
2) Pastikan anda tidak tertinggal suami, isteri, anak2, ibu bapa, jiran, masyarakat sekeliling, bos, staf, dan president untuk sama2 melawat Malaysia yang cantik atau mereka yang penting bagi anda.
3) Pastikan anda membawa beg atau bagasi yang sebesar-besarnya (yang kosong) supaya anda boleh bersedia dengan barang2 yang bakal anda beli dan perolehi dari Malaysia.
Ini kerana, anda perlu mengisi bermacam-macam buah tangan (buah hati pun boleh!), makanan dan bermacam-macam lagi ke dalamnya.
4) Pastikan anda memperolehi segala maklumat tentang Malaysia dengan lengkap, bukan maklumat tentang Malta, Mississippi, Morocco, atau yang lebih kurang sama ejaan dengan Malaysia kerana semua tempat yang menarik di negara lain tidaklah menarik seperti tempat2 menarik di negara ini.
5) Pastikan anda membawa baju atau peralatan lain yang cukup atau berlebihan dari jangkaan anda. Ini kerana anda mungkin tidak akan berasa puas dengan hanya sehari berada di Malaysia. Ramai pelancong menambah hari pelancongan mereka sehingga sebulan di sini.
6) Pastikan anda merancang perjalanan anda di sini berpandukan maklumat yang di beri oleh Tourism Malaysia. Ini kerana, jika anda terus datang ke Malaysia tanpa rancangan yang mantap, anda mungkin tidak dapat melawat semua tempat yang menarik. Kalau tidak merancang pun, tidak mengapa kerana SEMUA TEMPAT ADALAH MENARIK!!
7) Pastikan anda membawa semua mereka yang berada berdekatan anda untuk bersama-sama melawat Malaysia. Ini kerana, Malaysia tidak akan membazirkan wang dan masa anda!
8) Pastikan anda membawa wang yang berlebihan!. Ini bukanlah kerana barang2 di Malaysia mahal tetapi anda perlu tinggal di Malaysia untuk jangka masa yang panjang dan semua barang2 adalah terlalu murah!
9) Pastikan anda menempah hotel anda awal. Ini bukan kerana bilangan hotel yang sedikit, tetapi ini adalah kerana bilik hotel sentiasa penuh!
Dan yang terakhir, pastikan anda memilih untuk terbang bersama Malaysia Airlines atau Air Asia. In kerana, perkhidmatan mereka sangat cekap, 5 bintang dan pantas, tetapi pada harga yang sangat murah! Selain itu, mereka adlah syarikat penerbangan terbaik di dunia.
Apabila tiba di Malaysia:
1) Pastikan anda tiba di Malaysia
2) Pastikan anda tiba di lapangan terbang yang betul seperti, Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuching International Airport (KIA), Langkawi International Airport (LIA) atau lapangan terbang utama yang lain
3) Pastikan anda tiba beserta barang-barang yang anda bawa tadi. Ini kerana di sebabkan terpegun dengan Malaysia, anda mungkin terlupa barang-barang anda tadi.
4) Pastikan anda tiba di malaysia bersama kawan-kawan yang sama, lapngan terbang yang sama, waktu yang sama, dan Negara yang sama.
5) Pastikan semua barang-barang anda bersama anda ini kerana ramai pelancong yang kehilangan barang-barang mereka di sebabkan khayal dengan keindahan malaysia.
6) Pastikan anda membeli sesuatu di lapangan terbang seperti di KLIA kerana ia bebas cukai, besar, selesa, dan seperti shopping complex.
7) Pastikan anda menempah teksi sebelum keluar dari lapangan terbang. Jangan mengambil teksi yang berda di luar lapangan terbang. Ia tidak sah dan mahal!
8) Pastikan anda sudah menempah hotel, kereta sewa, menelifon ejen pelancongan anda, dan mengetahui kadar tukaran wang anda berbanding Ringgit Malaysia (RM).
Apabila di tempat-tempat menarik di sekitar Malaysia:
1) Pastikan anda tahu berbahasa Inggeris atau Bahasa yang boleh di fahami oleh rakyat tempatan. Bahasa Malaysia di galakkan. Ini kerana, rakyat Malaysia sememangnya suka membantu pelancong asing, tetapi jika mereka tidak paham apa yang anda perkatakan, minta maaf lah. Pemandu teksi adalah mereka yang paling mudah untuk membantu anda.
2) Pastikan anda tahu tempat yang bakal di tuju. Ini disebabkan oleh terlalu banyak sangat tempat yang menarik, anda mungkin melencong ke tempat lain.
3) Pastikan selalu merujuk Panduan Pelancong untuk membuat perjalanan anda lancer.
4) Pastikan jika anda ingin bertanya arah, tanyalah pada rakyat Malaysia yang sebenar. Ini kerana, hanya rakyat Malaysia yang tahu mengenai negara mereka dan kebanyakkan mereka yang tinggal di bandar-bandar adalah pekerja asing.
6) Akhir sekali, pastikan anda membawa cermin mata yang mempunyai cirri-ciri seperti, kalis potongan harga. Ini kerana terlalu banyak kedai yang menawarkan potongan harga sehingga 90 %!! Terutama ketika Year End Sale berlangsung.
Harapan kami, bergembiralah selalu sepanjang berada di sini. Segala masalah, bolehlah hantar ke ruang komen..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan